You are on page 1of 10

SJK ( T) LADANG BUKIT MERTAJAM, KULIM.

JAWATANKUASA PANITIA PENDIDIKAN MUZIK 2008

PENASIHAT En. Muthusamy.M. Guru Besar

PENGERUSI En. P.Mahandren

SETIAUSAHA Pn. K. Kalarani

AHLI JAWATANKUASA

Pn. T. Anbujavalli

En. P. Backiyeraj

Cik. M. Kanakavalli

SJK ( T) LADANG BUKIT MERTAJAM, KULIM RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN PANITIA PENDIDIKAN MUZIK 2008

JANUARI

FEBRUARI

MEI

JULAI

SEPTEMBEROKTOBER

BULAN AKTIVITI

FM

1. Membuat folio muzik

2. Pertandingan meniup Rekoder ( Tahap II )

3. Pertandingan nyanyian ( Tahap II ) 4. Pertandingan nyanyian ( Tahap I ) 5. Bulan Patriotik

6.

Pameran muzik

NOVEMBER

DISEMBER

MAPRIL

OGOS O

MAC

JUN

OKTOBER

J J

ANGGARAN PERBELANJAAN
PANITIA PENDIDIKAN MUZIK 2008

BIL

JENIS PERBELANJAAN

JUMLAH PERBELANJAAN (RM)

Kaset / CD Lagu- lagu KBSR

RM 50.00

Hadiah untuk Pertandingan Muzik

RM100.00

Pameran Muzik

RM 50.00

Buku Teori Muzik

RM 30.00

Alat alat solek ke Pertandingan Luar

RM 50.00

Jumlah Perbelanjaan

RM280.00

SJK ( T) LADANG BUKIT MERTAJAM, KULIM.


RANCANGAN TAHUNAN PANITIA PENDIDIKAN MUZIK 2008

1.Membuat folio muzik

2. Pertandingan meniup rekoder

3. Pertandingan nyanyian

4. Pameran muzik

SJK ( T) LADANG BUKIT MERTAJAM, KULIM. MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA PANITIA MUZIK TAHUN 2008. Panitia Mata Pelajaran Tarikh Masa Tempat Kehadiran Hadir Bersama :Pendidikan Muzik :25.01.2008 :1.30 Tengahari :Bilik 4 UPM :5/5 :Pn. C.Malliga ( PK 1)

1.0 Ucapan Pengerusi. 1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru guru yang hadir ke mesyuarat Panitia Muzik kali pertama tahun 2008 . 1.2 Beliau memaklumkan tujuan sebenar mesyuarat diadakan ialah untuk melantik AJK Panitia Muzik dan membincangkan aktiviti Panitia Pendidikan Muzik bagi tahun 2008. 2.0 Ucapan Penolong Kanan Pn. C. Malliga 2.1 Penolong Kanan Kurikulum meminta semua guru muzik menyediakan rancangan pelajaran untuk subjek muzik. 2.2 Beliau juga menekankan supaya semua guru muzik menyimpan sukatan pelajaran muzik dan merujuk apabila diperlukan. 2.3 Seterusnya beliau menyeru semua guru muzik supaya merancang program tahunan yang menarik dan memberi manfaat kepada murid.

2.4 Peruntukan waktu ( 1jam seminggu ) untuk pelajaran muzik harus digunakan sepenuhnya untuk pelajaran muzik. 3.0 Pemilihan AJK bagi Tahun 2008 Penasihat : En. Muthusamy ( Guru Besar ) Pengerusi : En. P. Mahandren. Setiausaha : Pn. K.Kalarani AJK : Semua guru Pendidikan Muzik.

4.0 Rancangan Tahunan. 4.1 AJK Panitia Pendidikan Muzik telah menyenaraikan aktiviti tahunan untuk tahun 2008.Aktiviti yang dipilih adalah:1. Membuat folio muzik 2. Pertandingan meniup Rekoder ( Tahap II ) 3. Pertandingan nyanyian ( Tahap II ) 4. Pertandingan nyanyian ( Tahap I ) 5. Bulan Patriotik 6. Pameran muzik

5.0 Bahan Rujukan. 5.1 Cikgu M. Kanakavalli memberitahu bahan rujukan untuk Pendidikan Muzik tidak mencukupi. 5.2 Beliau juga mencadangkan untuk membeli CD lagu lagu KBSR untuk setiap darjah. 6.0 Anggaran Perbelanjaan. 6.1

a. b. c. d.

Kaset / CD Lagu- lagu KBSR Hadiah untuk Pertandingan Muzik Pameran Muzik Buku Teori Muzik

RM 50.00 RM100.00 RM 50.00 RM 30.00

f. g.

Alat alat solek ke Pertandingan Luar Jumlah Perbelanjaan

RM 50.00 RM280.00

7.0 Hal hal Lain. 7.1 Pn. T. Anbujavalli mencadangkan supaya Pertandingan Suara Emas Tahap II diadakan dalam bahasa inggeris dengan lagu lagu yang mudah dihayati. 7.2 Melukis dan melabelkan alatan muzik pada dinding sekolah.Pengerusi Panitia Muzik bertanggungjawab untuk mendapatkan kelulusan daripada Guru Besar untuk membuat mural muzik . Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang. Disediakan Oleh Disemak oleh

........................................ (MAHANDREN A/L PERUMAL) Pengerusi Panitia Muzik

......................................... ( Pn. C. Malliga) Penolong Kanan Kurikulum

SJK ( T) LADANG BUKIT MERTAJAM, KULIM. MINIT MESYUARAT KALI KEDUA PANITIA MUZIK TAHUN 2008. Panitia Mata Pelajaran Tarikh Masa Tempat Kehadiran Hadir Bersama
1.0 Ucapan Pengerusi Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir.Beliau memaklumkan tujuan mesyuarat diadakan ialah untuk membincangkan keberkesanan rancangan tahunan muzik dan program sambutan bulan patriotik tahun 2008. 2.0 Ucapan Guru Penolong Kanan Kurikulum 2.1 Guru Penolong Kanan Kurikulum Pn. C . Malliga memberi penerangan tentang kepentingan Matapelajaran Pendidikan Muzik. 2.2 Beliau meminta semua guru yang mengajar Matapelajaran Pendidikan muzik mesti berpandukan sukatan pelajaran terkini. 2.3 Para guru yang mengajar Pendidikan Muzik hendaklah sentiasa menjaga disiplin murid murid agar P & P berjalan dengan lancar dan berkesan. 2.4 Beliau juga menyarankan Guru Muzik menerapkan nilai nilai murni di sanubari murid murid .

:Pendidikan Muzik :25.06.2008 :1.30 Tengahari :Bilik 4 UPM :5/5 :Pn. C.Malliga ( PK 1)

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu 3.1 En. P. Mahandren membaca minit mesyuarat pertama . 3.2 Minit mesyuarat tersebut dicadangkan oleh Pn. K. Kalarani dan disokong oleh Cik M. Kanakavalli. 4.0 Perkara Perkara Berbangkit. 4.1 Pengerusi panitia En. P. Mahandren meminta guru guru Pendidikan Muzik mengenalpasti masalah yang dihadapi dalam Pengajaran dan Pembelajaran dan masalah tersebut hendaklah dikemukakan dalam mesyuarat panitia agar masalah tersebut dapat diatasi bersama dengan bantuan pandangan dan pendapat semua guru. 4.2 Penolong Kanan Kurikulum Pn. C. Malliga berkata rancangan panitia yang telah dirancang perlu dilaksanakan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. 4.3 Guru guru perlu menilai penguasaan muzik oleh murid murid dari segi nyanyian , penggunaan alatan muzik , gerakan dan teori muzik serta perlu dicatitkan dalam buku kemajuan murid. 5.0 Sambutan Bulan Patriotik. 5.1 Pengerusi Panitia Muzik berkata semua Guru Muzik bertanggungjawab untuk menjayakan Sambutan Bulan Patriotik. 5.2 Guru guru muzik diminta mengajar lagu lagu patriotik terutama sekali pada bulan kemerdekaan. Mereka juga perlu menyediakan murid untuk pertandingan nyanyian. 5.3 Hadiah akan disediakan untuk para pemenang.Anggaran perbelanjaan untuk sambutan ini akan dibincangkan dengan Guru Besar. 6.0 Hal hal lain.

6.1 Pn. T. Anbujavalli menyarankan supaya setiap kali perhimpunan diadakan kaset / CD lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedahhendaklah dimainkan.Hal ini kerana muridmurid dapat menyanyi lagu lagu tersebut dengan rentak dan sebutan yang betul.Tindakan ini boleh meningkatkan semangat patriotisme di kalangan murid. 6.2 Guru guru yang menjalankan ujian muzik secara bertulis hendaklah menghantar satu salinan kepada Pengerusi Panitia untuk simpanan Bank Soalan. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang.

Disediakan Oleh

Disemak oleh

........................................ (MAHANDREN A/L PERUMAL) Pengerusi Panitia Muzik

......................................... ( Pn. C. Malliga) Penolong Kanan Kurikulum

You might also like