You are on page 1of 1

Pengenalan Kursus PRA 3108 Perkembangan Kerohanian dan Moral, melibatkan teori dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kursus ini meliputi konsep dan teori asas perkembangan kerohanian dan moral kanak-kanak, pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah, Pengenalan kepada perkembangan Moral, Penaksiran perkembangan kerohanian dan Moral, Pembentukan perkembangan kerohanian dan moral peringkat awal kanak-kanak, Pengurusan kurikulum perkembangan kerohanian dan moral prasekolah serta Nilai berkaitan diri dan keluarga. (Sila rujuk - Agihan Tajuk). Modul ini mengandungi empat tajuk iaitu Tajuk 1 Pengenalan kepada perkembangan kerohanian dan moral (Topik 1 dalam proforma), Tajuk 2 Kurikulum Pendidikan Islam Prasekolah (Topik 2 dalam proforma), Tajuk 3 Pengenalan kepada perkembangan moral kanakkanak (Topik 3 dalam proforma), dan Tajuk 4 Penaksiran kepada perkembangan kerohanian dan moral (Topok 8 dalam proforma). Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan pembelajaran. Terdapat beberapa aktiviti dan latihan yang disediakan bagi setiap tajuk. Aktiviti dan latihan tersebut termasuk analisis peranan guru Prasekolah berdasarkan pengalaman pelajar di sekolah, membuat perbincangan berkaitan kepanitiaan Pendidikan Prasekolah dengan merujuk Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), mencatat aspek-aspek yang perlu dititikberatkan semasa membuat pemilihan bahan bantu mengajar, menyenaraikan ruang-ruang khas untuk penyimpanan bahan bantu mengajar, menjelaskan konsep kerohanian dan moral dalam kurikulum Pendidikan Islam prasekolah, menganalisa dan merumus berkaitan Penaksiran kepada Perkembangan Kerohanian dan Moral berpandukan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia, Jemaah Nazir Sekolah (2004). Setiap tajuk disertakan latihan bertulis berbentuk analisis dalam setiap topik yang dipelajari. Setiap ulasan tersebut akan dibimbing dengan persoalan-persoalan disusuli dengan sumber rujukan yang berkaitan. Latihan ini harus disiapkan dalam jangkamasa yang ditetapkan. Hasil kerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah secara e-mel atau bersemuka. Sebagai memantapkan lagi kefahaman setiap tajuk dalam kursus ini, pelajar dinasihatkan membuat banyak rujukan dan pembacaan . Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang dipelajari.

viii

You might also like