You are on page 1of 35

mam AlGhazali atau nama sebenarnya ialah Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad ibn Ahmad AlGhazali dilahirkan

pada tahun 450 hijrah bersamaan 1058 Masihi di desa Ghazalah, di pinggir kota Tus, yang kini terletak di bahagian timur laut negara Iran, berdekatan dengan kota Mashhad, iaitu ibu kota wilayah Khurasan. Al Ghazali bebangsa Parsi. Beliau di gelar dengan beberapa gelaran seperti Hujjat alislam (the proof of islam) dan Zayn al-Din (The Ornament of Religion). AlGhazali berasal daripada keluarga yang berkedudukan sederhana dalam masyarakat yang menekankan aspek penghayatan ajaran islam. Ayahnya bekerja sebagai penenun kain dari bulu biri-biri. Hasil tenunan kainnya itu dibawa dari desa Ghazalah ke kota Tus untuk dijual disana. Ayah Abu Hamid Al-Ghazali telah meninggal dunia ketika beliau berumur lebih kurang 6 tahun. Al-Ghazali telah berkahwin sebelum umurnya mencecah 20 tahun, dan dikurniakan 4 orang anak iaitu 3 perempuan dan seorang lelaki. Gelaran Abu Hamid yang terdapat di pangkal namanya adalah sempena nama anak lelakinya Hamid yang telah meninggal dunia ketika masih kecil lagi. Imam al-Ghazali mempunyai daya ingat yang kuat dan bijak berhujah. Beliau digelar Hujjatul Islam kerana kemampuannya tersebut. Beliau sangat dihormati di dua dunia Islam iaitu Saljuk dan Abbasiyah yang merupakan pusat kebesaran Islam. Beliau berjaya mengusai pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Imam al-Ghazali sangat mencintai ilmu pengetahuan. Beliau juga sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup untuk bermusafir dan mengembara serta meninggalkan kesenangan hidup demi mencari ilmu pengetahuan. Sebelum beliau memulakan pengembaraan, beliau telah mempelajari karya ahli sufi ternama seperti al-Junaid Sabili dan Bayazid Busthami. Imam al-Ghazali telah mengembara selama sepuluh tahun. Beliau telah mengunjungi tempat-tempat suci yang bertaburan di daerah Islam yang luas seperti Mekkah, Madinah, Jerusalem, dan Mesir. Beliau terkenal sebagai ahli falsafah Islam yang telah mengharumkan nama ulama di Eropah melalui hasil karyanya yang sangat bermutu tinggi. Sejak kecil lagi berliau telah dididik dengan akhlak yang mulia. Hal ini menyebabkan beliau benci kepada sifat riya, megah, sombong, takabur, dan sifat-sifat tercela yang lain. Beliau sangat kuat beribadat, wara, zuhud, dan tidak gemar kepada kemewahan, kepalsuan. Kemegahan, dan kepuran-puraan dan mencari sesuatu untuk mendapat keredhaan dari Allah SWT. Pada asalnya, beliau mendapat pendidikan secara percuma dari beberapa orang guru kerana kemiskinan keluarganya. Pendidikan yang diperoleh pada peringkat ini membolehkan beliau menguasai Bahasa Arab dan Parsi dengan fasih. Pendidikan awal AlGhazali adalah secara formal bermula di Kota Tus. Beliau telah memulakan pengajian di sebuah madrasah dalam kota Tus. Sebelum umurnya mencecah 15 tahun, beliau berhijrah pula ke Jurjan bagi

menyambung pengajiannya dalam bidang al-fiqh dengan bimbingan al-Imam Abi NasralIsmail, dan Imam Harmaim di Naisabur. Oleh sebab minatnya yang mendalam terhadap ilmu, beliau mula mempelajari ilmu usuluddin, falsafah, dan mempelajari segala pendapat keempat mazhab hingga mahir dalam bidang yang dibahas oleh mazhab-mazhab tersebut. Beliau juga telah mengembara ke beberapa tempat seperti Mekah, Madinah, Mesir dan Jerusalem untuk berjumpa dengan ulama-ulama di sana untuk mendalami ilmu pengetahuannya yang ada. Dalam pengembaraan, beliau menulis kitab Ihya Ulumuddin yang memberi sumbangan besar kepada masyarakat dan pemikiran manusia dalam semua masalah. Al-Ghazali merupakan seorang tokoh unggul dalam bidang al-Tasawwuf, al-fiqh,ilm al- Kalam, pendidikan serta tokoh pemikir Islam yang bersifat sederhana dalam displin logik. Beliau telah wafat pada tahun 505 hijrah bersamaan 1111 masihi pada usianya 55 tahun Sumbangan Al-Ghazali dalam Pendidikan Imam Al-Ghazali telah memperkatakan dan membincangkan tentang banyak perkara mengenai pelbagai aspek kehidupan. Antara yang mendapat perhatian dan yang telah diperkatakan dengan meluas ialah mengenai pendidikan, dalam konteks kaedah pembelajaran dan penyebaran ilmu. Pada tahun 484 H, Imam Ghazali dilantik menjadi guru besar Perguruan Tinggi Nizamiyah di Kota Baghdad dalam negera Iraq. Semua pengajar dan pelajar di perguruan tinggi tersebut sangat menghormatinya kerana ketinggian dan kesucian ilmu serta hatinya. Setelah menunaikan ibadah haji pada tahun 488H, beliau telah mengembara ke negeri Syria dan meneruskan perjalanannya ke Kota Damaskus tempat beliau menetap. Pada masa yang sama, beliau turut mengarang buku yang berjudul IHYA. Dalam buku tersebut salah satu babnya beliau memberikan nasihat tentang adab kesopanan pada pelajar dalam menuntut ilmu dan pendidik sebagai pengajar para pelajar. Antara pesanan dan nasihat Imam Al-Ghazali pada pelajarnya ialah : Pelajar perlu mempunyai kesucian batin dari kerendahan budi pekerti serta sifat-sifat yang tercela. Mengurangi hubungan persoalan duniawi dan belajarlah jauh dari kampung halaman agar lebih fokus dan lebih berkomitmen. Jangan sombong dengan ilmu pengetahuan dan jangan angkuh pada guru. Belajarlah perkara yang asas, perkara pokok terlebih dahulu. Bila guru tidak mempunyai ilmu pendirian, berhati-hati. Semua ilmu yang berguna perlu dipelajari walaupun pada asasnya sahaja. Pelajar harus mempunyai pegangan yang kuat bahawa belajar hanyalah untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T

Belajar secara peringkat-peringkat, dari bawah ke tahap yang atas. Imam Al-Ghazali membahagikan ilmu kepada 3 iaitu perkara asas, perkara yang penting dan pelengkap kepada ilmu tersebut. Beliau menyuruh kita mengutamakan yang asas terlebih dahulu barulah perkara yang penting dan seterusnya. Imam Ghazali sangat mementingkan pendidikan dan juga telah meninggalkan nasihat kepada pendidik supaya dapat bekerja dengan penuh dedikasi.Nasihat yang diberikan Imam Ghazali ini telah meningkatkan martabat institut pendidikan. Nasihat yang diberikan oleh Imam Ghazali terdiri dari 7 perkara, iaitu : Para pendidik perlu mempunyai kasih sayang pada murid, walaupun dalam keadaan marah tetapi sifat kasih saying masih perlu ada dalam diri pendidik. Pendidik mestilah bekerja secara ikhlas dengan niat beribadat kerana Allah S.W.T. Pendidik mestilah memberikan tunjuk ajar dalam didikan pelajaran dan juga keperluan social dan sivik. Pendidik mestilah menegur murid dengan cara kiasan bukan dengan cara marah atau sebagainya. Mestilah mengekalkan sifat ramah dan kasih sayang. Antara pendidik itu sendiri mestilah sentiasa saling hormat menghormati dan bekongsi ilmu pengetahuan. Pendidik mestilah memberikan ilmu pengetahuan mengikut kemampuan murid dan secara berperingkat-peringkat. Setiap ilmu pengetahuan yang dicurahkan oleh pendidik mestilah diamalkan olehnya supaya dapat menjadi pedoman atau model kepada murid-murid. Satu perumpamaan yang dihasilkan oleh Al-ghazali dalam konsep guru dan pelajar, iaitu: Umpama guru dengan pelajar adalah seperti tongkat dengan bayangannya Al-Ghazali berpendapat bahawa proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani, dan hormat-menghormati. Beliau juga telah menegaskan pendidikan ialah sifat murni dan harus kongruen dengan dengan versi AlQuran yang suci. Mengikut pandangan beliau, pedagogi adalah berkait rapat dengan proses manusia yang implikasinya ialah proses pendidikan hanya dapat diamalkan melalui sikap rendah diri, penumpuan perhatian, mendengar dengan teliti, dan kolaboratif antara individu. Beliau pula, berpendapat pendidikan ialah suatu proses logical, bermula dari aspek hidup yang mudah kepada aspek hidup yang kompleks. Guru harus memainkan peranan sebagai role model dan menyokong murid mereka untuk mengisikan keperluan dan perkembangan potensi mereka secara menyeluruh.

Pemikiran Imam Al-Ghazali Secara amnya, Al-Ghazali memegang pada falsafah : "Sebahagian ilmu tidak akan menyerah dirinya kepada kamu sebelum kamu menyerah sepenuh jiwa raga kepadanya. Apabila kamu telah menyerah sepenuh jiwa raga kepadanya, sebahagian ilmu diberikan kapada kamu, namun sebahagian lagi masih belum tentu untuk menerima kamu" (Mahayudin Yahaya, 2001) Melalui ungkapan ini, Al-Ghazali menekankan bahawa seseorang yang ingin menuntut ilmu haruslah membersihkan hati mereka daripada pekerti buruk dan unsur negatif. Malahan kesucian jiwa dan kemuliaan akhlak merupakan asas untuk memperoleh kesucian ilmu dan keberkatan daripada Tuhan supaya dapat dimanfaatkan untuk diri dan orang lain. Aktiviti pembelajaran juga dianggap sebagai satu ibadah dan tujuannya adalah supaya seseorang dapat mendekatkan diri dengan penciptanya. Selain itu, proses mencari ilmu tidak dapat berjalan lancar sekiranya hati seseorang dipenuhi dengan sifat-sifat negatif seperti marah, dengki, takbur, bongkak, dan sebagainya. Oleh yang demikian, individu yang menuntut ilmu pengetahuan haruslah mengurangkan hubungan dengan dunia, kaum keluarga, dan kampung halaman. Pada pendapatnya, perkaraperkara seperti ini boleh mengganggu tumpuan dan melalaikan seseorang dari mencari ilmu dengan lebih gigih lagi, terutamanya jika sibuk dengan hal-hal keduniaan. Begitu juga dengan Ibnu Khaldun yang mengatakan bahawa pendidikan seseorang akan menjadi lebih sempurna dengan cara merantau untuk mencari ilmu. (meninggalkan kampung halaman) Setiap pelajar tidak boleh menceburi diri ke dalam sesuatu disiplin ilmu baru sebelum mempelajari secara sempurna disiplin ilmu terdahulu. Ini disebabkan disiplin ilmu adalah tersusun secara sistematik di mana sebahagian ilmu berkait antara satu sama lain. Pendapat seperti ini turut ditegaskan oleh Ibnu Khaldun, yang menyebut bahawa pengajaran ilmu kepada pelajar hanya akan dirasakan berkesan apabila dilakukan secara beransur-ansur dan sedikit demi sedikit. Hal ini dikatakan kerana seseorang belum tentu memahami sesuatu ilmu pada peringkat awal pembelajaran. Selain itu, Imam Al-Ghazali juga menyarankan agar seseorang menuntut ilmu secara tertib mengikut keutamaan. Maknanya, kita perlulah menuntut ilmu yang paling penting dahulu kerana dikhuatiri umur tidak panjang. Ilmu-ilmu inilah yang menjadi bekalan untuk menyempurnakan ilmu mulia iaitu ilmu akhirat. Semua pandangan atau pemikiran yang dibawa oleh Al-Ghazali ini telah ditulis di dalam karyanya Ihya Ulumuddin yang mana dalam bentuk nasihat kepada anak muridnya serta nasihat kepada pendidik. Nasihat dan pandangan ini memberi sumbangan yang terbesar dalam pendidikan. Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa ilmu pengetahuan memang

I.

penting dan amat perlu dalam diri setiap insan. Pandangan-pandangan dan penekanan Al-Ghazali dapat dijadikan ikutan yang baik dalam menjalani proses pendidikan tidak kira apa topik sekalipun selagi ianya membawa kebaikan dan faedah bersama. Dari segi pemikiran, beliau juga telah mengaplikasikan proses mendapat ilmu melalui empat cara iaitu pancaindera, akal fikiran, hati dan wahyu. Ilmu bersumberkan Pancaindera Imam Al-Ghazali mengatakan ilmu dapat dipelajari melalui pancaindera, namun didapati bahawa ilmu yang dipelajari ini palsu apabila kita mempelajarinya secara dekat. Sebagai contohnya apabila kita melihat bintang, kita mendapati ia sebesar wang satu dinar sahaja. Tetapi berdasarkan ilmu ukur, kita mendapati ia lebih besar dari bumi. Beliau juga telah menjelaskan kelemahan mata di mana salah satunya ialah mata tidak mampu melihat objek yang terlalu jauh atau terlalu dekat. Oleh itu, ilmu berdasarkan pancaindera bukanlah ilmu yang hakiki. Ilmu Bersumberkan Akal Fikiran Seterusnya beliau telah meletakkan kepercayaan kepada kemampuan akal untuk mendapatkan ilmu. Al-Ghazali membandingkan kemampuan akal adalah lebih bermakna jika dibandingkan dengan pancaindera. Al-Ghazali menyatakan walaupun akal mempunyai daya lihat namun masih banyak lagi hal yang tidak terjangkau oleh akal. Oleh itu, akal perlu dirangsang, digerakkan dan diberi perhatian.

II.

III.

IV.

Ilmu Bersumberkan Hati Al-Ghazali juga menyatakan bahawa ilmu juga diperolehi melalui hati. Cara ini bersifat rohani sepenuhnya tanpa apa-apa hubungan dengan dunia iaitu tidak melibatkan proses deria zahir dan akal. Memperolehi ilmu dengan hati dengan menutup pancaindera dan mengasingkan diri untuk menjernihkan akhlaknya. Ilmu Bersumberkan Wahyu Menurut al-Ghazali, sumber ilmu berdasarkan wahyu adalah paling utama. Al-Quran juga menegaskan bahawa sumber ilmu lain jika jika diiringi dengan kajian dan orientasi yang betul akan dapat menyempurnakan kebenaran ilmu wahyu kerana ilmu ini berasal daripada sumber ilmu yang sama iaitu Allah S.W.T Selain itu, al-Ghazali juga telah mengklasifikasikan keseluruhan disiplin ilmu kepada dua iaitu ilmu-ilmu praktis (muamalat) dan ilmu-ilmu spiritual. Dari segi metodologi pengajaran, alGhazali tidak mengemukakan satu kaedah pengajaran yang khas tetapi beliau mempunyai beberapa prinsip yang harus dipegang oleh pelajar dan pendidik dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Di samping itu, al-Ghazali juga telah menekankan keperluan pendidikan pada peringkat awal dan peranan bagi perkembangan dan pendidikan selanjutnya. Al-Ghazali juga banyak memberikan sumbangan dalam pendidikan Islam. Antara kata-kata hikmah yang pernah dilafazkan oleh al-Ghazali dalam dunia pendidikan beliau ialah :Ilmu tanpa amal adalah sesat Semua orang binasa kecuali orang yang berilmu Semua orang beriman akan binasa kecuali orang yang berilmu, beramal dan ikhlas Beramal tanpa ilmu satu yg sia-sia Kehidupan yg utama dan kebahagiaan ialah marifatullah, beribadat dan cinta kepadaNya itulah matlamat yang sebenar
POSTED BY CHEKGU ATIE AT 12:50 AM

Dri Ummu Slmh

berkt;

Ketik slm dlm solt Subuh Nbi mengucpkn;

Allhumm Inni As Aluk Ilmn Nfin, W Rizqn Thyyibn, W Amln Mutqbbln (Y Allh, dku memohon kepdMu ilmu yng bermnft, rezeki yng bik sert ml yng diterim.) Hdith Riwyt | Ibn Mjh
DITERBITKAN DALAM:

DOA

ILMU ON MAC 8, 2013 AT 2:07 AM KOMENTAR (3) TAGS: ALLAH, AMAL, DOA, ILMU, PEDOMAN, RELIGIUS, RENUNGAN, REZEKI, TAZKIRAH

Sifat Sombong Merugikan


Apabila kita tidak berilmu, kita harus mengamalkan sifat merendahkan diri untuk belajar. Kita tidak boleh menjadi orang sombong, kerana dengan kesombongan itu, kita akan menjadi orang bodoh. Sekalipun seseorang itu mempunyai ilmu yang mencapai tahap ijazah kedoktoran (PhD), jika dia sombong, ijazah kedoktorannya itu tidak akan menjadikan dia lebih bijaksana. Hal ini kerana, orang sombong dengan ilmunya tidak akan suka ditegur dan dibetulkan. Dia merasakan dirinya sentiasa benar dalam semua perkara. Maka jika dia tersalah, dia akan kekal dalam kesalahan itu. Dia juga tidak suka menadah ilmu daripada orang yang dirasakannya lebih rendah tahap ilmunya. Maka ilmunya tidak akan meningkat dan berkembang, tetapi akan beku atau hanya menjurus pada satu-satu bidang yang dia pakar sahaja. Lain halnya dengan ahli ilmu yang tawaduk atau merendah diri. Seorang yang tawaduk akan sanggup menadah ilmu daripada siapa saja. Dia juga rela ditegur dan dikritik. Kepada orang yang merendah diri, Allah akan berikan padanya hati yang lapang, fikiran yang cerdas dan perasaan yang tenang untuk mendapat ilmu yang banyak. Ilmu akan meninggikan darjat seseorang di sisi Allah dan manusia tetapi dengan syarat, orang itu merendah diri. Namun sekiranya dia angkuh, tunggulah, ilmu itu yang akan menghenyaknya ke bawah. Ingatlah, rasa tidak berilmu adalah pakaian peribadi orang yang benar-benar berilmu. Sumber : Nota Fikir untuk Zikir (Pahrol M Juoi)
DITERBITKAN DALAM:

ILMU

KEBIJAKSANAAN

KEPERIBADIAN

MEMBAIKI DIRI

NASIHAT ON APRIL 25, 2012 AT 3:50 PM KOMENTAR (11) TAGS: AGAMA, AKHLAK, ALLAH, FILSAFAT, ILMU, ISLAM, KATA MUTIARA, KATA-KATA MUTIARA, KEMASYARAKATAN,KEMULIAAN, MEMBAIKI DIRI, MUTIARA KATA, NASIHAT, PEDOMAN, PENCERAHAN, PERENUNGAN, PERIBADI., PERMATA KATA, PERSONAL, QURAN, RENUNGAN, SOMBONG

Kata-kata Profesor Ungku Aziz

DITERBITKAN DALAM:

ILMU

MANUSIA

NASIHAT ON JULAI 17, 2011 AT 2:10 PM KOMENTAR (11) TAGS: KATA MUTIARA, KATA-KATA MUTIARA, KEHIDUPAN, KELUARGA & KEMASYARAKATAN, KEMASYARAKATAN, KERJA,MALAS, MEMBAIKI DIRI, MUTIARA KATA, NASIHAT, PEDOMAN, PEDOMAN &

KEINSAFAN, PEKERJAAN, PERENUNGAN,PERIBADI., PERMATA KATA, PERSONAL, PRIBADI, PROFESOR UNGKU AZIZ, RENUNGAN, SOSIAL, UMUM

Teka-teki Imam Ghazali rah.a


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) : Imam Ghazali = Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ? Murid 1 = Orang tua Murid 2 = Guru Murid 3 = Teman Murid 4 = Kaum kerabat Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185). Imam Ghazali = Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ? Murid 1 = Negeri Cina Murid 2 = Bulan Murid 3 = Matahari Murid 4 = Bintang-bintang Iman Ghazali = Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,

hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. Iman Ghazali = Apa yang paling besar didunia ini ? Murid 1 = Gunung Murid 2 = Matahari Murid 3 = Bumi Imam Ghazali = Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka. IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia? Murid 1 = Baja Murid 2 = Besi Murid 3 = Gajah Imam Ghazali = Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah. Imam Ghazali = Apa yang paling ringan di dunia ini ? Murid 1 = Kapas Murid 2 = Angin

Murid 3 = Debu Murid 4 = Daun-daun Imam Ghazali = Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat Imam Ghazali = Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? Murid- Murid dengan serentak menjawab = Pedang Imam Ghazali = Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri
DITERBITKAN DALAM:

ILMU

NASIHAT ON MEI 20, 2011 AT 11:27 PM KOMENTAR (31) TAGS: AGAMA, ISLAM, KATA MUTIARA, KATA-KATA MUTIARA, KEBAIKAN, KEHIDUPAN, KEJAYAAN, KEMASYARAKATAN,MEMBAIKI DIRI, MUTIARA KATA, PEDOMAN, PEDOMAN & KEINSAFAN, PENCERAHAN, PRIBADI, RELIGIUS, RENUNGAN,TAZKIRAH, TEKATEKI, UMUM

Kata Imam Syafie rah. a


Imam Syafie berkata: Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu.
DITERBITKAN DALAM:

ILMU

KEBIJAKSANAAN

MANUSIA ON MEI 7, 2011 AT 11:44 PM KOMENTAR (4) TAGS: AGAMA, AKHLAK, ILMU, ISLAM, KATA MUTIARA, KATA-KATA MUTIARA, KEMASYARAKATAN, MUTIARA KATA,NASIHAT, PEDOMAN, RELIGIUS, RENUNGAN, SPIRITUAL, TAZKIRAH, UMUM

Nasihat sepanjang zaman


Barangsiapa merasa cukup dengan apa yang telah diberikan Allah, maka dia kaya. Barangsiapa suka memandang harta orang lain, dia akan mati miskin. Barangsiapa tidak redha (tidak rela) dengan apa yang telah diberikan Allah kepadanya, maka dia telah menentang keputusanNya (qadhaNya) Barangsiapa memandang remeh kesalahannya, maka dia akan memandang besar kesalahan orang lain. Barangsiapa memandang besar kesalahannya, maka dia akan memandang remeh kesalahan orang lain. Barangsiapa membuka aib orang lain, maka aib keturunannya akan tersingkap. Barangsiapa menggali lubang untuk mencelakakan saudaranya, maka dia sendiri akan terjerumus ke dalamnya. Barangsiapa bergaul dengan ulama, maka dia akan dimuliakan.

Barangsiapa memasuki tempat-tempat biasa dikunjungi orang-orang bodoh, maka dia akan direndahkan. Dan barangsiapa memasuki tempat-tempat kemaksiatan, maka dia akan dituduh berbuat maksiat.
DITERBITKAN DALAM:

AKHLAK

AMAL

DOSA

HATI

IBADAT

ILMU

KEBAHAGIAAN

KEBAIKAN

KEBIJAKSANAAN

KEBURUKAN KEHIDUPAN

KEJAYAAN

KEKAYAAN

KEMULIAAN

KEPERIBADIAN

MANUSIA

NASIHAT

PERBUATAN

SYUKUR ON NOVEMBER 8, 2009 AT 11:24 PM KOMENTAR (13) TAGS: AGAMA, AKHLAK, ALLAH, AMAL, CINTA, FILSAFAT, HATI, HIDUP, ILMU, ISLAM, KATA MUTIARA, KATA-KATA MUTIARA, KEBAHAGIAAN, KEBAIKAN, KEHIDUPAN, KEJAYAAN, KELUARGA & KEMASYARAKATAN, KEMASYARAKATAN,KEMULIAAN, MUTIARA KATA, PEDOMAN, PEDOMAN & KEINSAFAN, PENCERAHAN, PERENUNGAN, PERIBADI., PERMATA KATA, PERSONAL, RELIGIUS, RENUNGAN, SOSIAL, SPIRITUAL, TAZKIRAH, UMUM

Antara kerendahan hati dan kesombongan diri


Musthafa Assibai berkata: Setengah pintar yang disertai tawadhu (rendah hati) lebih disenangi oleh hati manusia dan lebih bermanfaat bagi masyarakat dibandingkan dengan kecerdasan dan kepandaian yang tinggi yang disertai dengan kesombongan.

DITERBITKAN DALAM:

AKHLAK

HATI

ILMU

KEBAIKAN

KEBIJAKSANAAN

KEHIDUPAN

KEMULIAAN

KEPERIBADIAN KEPIMPINAN

MANFAAT

MANUSIA

NASIHAT ON NOVEMBER 4, 2009 AT 11:22 PM KOMENTAR (16) TAGS: AGAMA, AKHLAK, ALLAH, AMAL, FILSAFAT, HATI, HIDUP, ILMU, IMAN, INDONESIA, ISLAM, KATA MUTIARA, KATA-KATA MUTIARA, KEBAIKAN, KEHIDUPAN, KEJAYAAN, KELUARGA & KEMASYARAKATAN, KEMASYARAKATAN, KEMULIAAN,MUSTHAFA ASSIBAI, MUTIARA KATA, NASIHAT, PEDOMAN, PEDOMAN & KEINSAFAN, PENCERAHAN, PERENUNGAN,PERIBADI., PERMATA KATA, PERSONAL, PRIBADI, RELIGIUS, RENUNGAN, TAZKIRAH, UMUM

Konsep pendidikan Al-Ghazali dapat diketahui antara lain dengan cara mengetahui dan memahami yang berkenaan dengan berbagai aspek yang berkaitan dengan pendidkan, yaitu aspek tujuan pendidikan dan kurikulum;

1.1Tujuan Pendidikan Menurut pandangan Al.Ghazali mengenai konsep pendiaikan adalah pendidkan merupakan hasil dari ilmu sesungguhnya ialah mendekatkan diri kepada Allah, Tuhan semesta alam,dan menghubungkan diri dengan para malaikat yang tinggi dan bergaul dengan alam arwah, itu semua adalah kebesaran, pengaruh, pemerintahan bagi raja-raja dan

penghormatan secara naluri.Pendidikan melalui pendekatan diri kepada Allah adalah salah satu bentuk ilmu, seterusnya mengabungkan setiap insan kepada para malaikat supaya dapat bergaul dengan alam

arwah.Sekaligus ia merupakan kebesaran,pengaruh serta penghormatan secara maluri dalam semua individu. Selanjutnya dari kata-kata berikut dapat diartikan bahwa tujuan pendidikan menurut Al-Ghazali dapat dibagi menjadi dua

bagian,pendidikan jangka panjang danpendidikan jangka pendek. 1.1.1Tujuan Jangka Panjang Menurut Al-Ghazali tujuan pendidikan jangka panjang ialah

pendekatan diri kepada Allah. Pendidikan dalam prosesnya harus mengarahkan manusia menuju pengenalan dan kemudian pendekatan diri kepada Tuhan pencipta alam.Beliau berkata, barang siapa menambah ilmu keduniawian tetapi tidak menambah hidayah, ia tidak semakin dekat dengan Allah, dan justeru semakin jauh dari-Nya. Menurut konsep ini, dapat dinyatakan bahwa semakin lama seseorang duduk dibangku pendidikan, semakin bertambah ilmu pengetahuannya, maka semakin mendekat kepada Allah. Tentu saja, untuk menentukan itu tujuan

itu bukanlah sistem pendidikan sekular yamg memisahkan antara ilmuillmu keduniaan dari nilai-nilai kebenaran dan sikap agama, juga bukan sistem islam yang konservatif. Tetapi, sistem pendidikan yang

integral.Sistem inilah yang dapat membentuk manusia melaksanakan tugas-tugas kekhalifahan.

1.1.2 Tujuan Jangka Pendek Menurut Al-Ghazali, tujuan pendidikan jangka pendek ialah

pendidkan dimana manusia sesuai dengan bakat dan kemampuannya. Selanjutnya Al-Ghazali juga menyinggung masalah pangkat, kedudukan, kemegahan, populariti, dan kemulian dunia secara naluri. Semua itu bukan merupakan tujuan dasar seseorang yang melibatkan diri di dunia pendidikan. Seorang penuntut ilmu,sebagai seseorang siswa, mahasiswa, guru dan sebagainya, mereka akan memperoleh darjat, pangkat, dan segala macam kemulian hendak meningkatkan kualiti dirinya melalui ilmu pengetahuan, dan ilmu pengetahuan itu untuk diamalkan.Oleh sebab itu, Al-Ghazali menyatakan bahwa langkah seseorang dalam belajar adalah untuk menyucikan jiwa dari kerendahan budi dan sifat-sifat syarat tercela, dan dan motivasi Rasulallah, mengejar pertama bukan adalah untuk untuk

menghidupkan kemegahan

misi

mencari atau

duniawi,

pangkat,

populariti.Kesimpulannya,tujuan pendidika menurut AL-Ghazali adalah tercapainya kesempurnaan insani yang bermaruah kepada pendekatan diri kepada Allah, dan kesempurnaan insani yang bermaruah kepada kebahagian dunia dan akhirat.

Seterusnya, proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek, latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat-

menghormati. Al-Ghazali berpendapat bahwa pendidikan agama harus mulai diajarkan kepada anak-anak sendiri.Lantaran itu,seorang anak mempunyai persiapan menerima kepercayaan agama semata-mata dengan mengimankan saja dan tidak di tuntut untuk mencari dalilnya.Sementara itu berkaitan dengan pendidikan akhlak, bahwa pengajaran harus mengarah kepada pembentukan akhlak yang mulia. Sehingga Al-Ghazali mengatakan bahwa ahklak adalah suatu sikap yang mengakar di dalam jiwa yang darinya lahir berbagai perbuatan dengan mudah tanpa perlu pemikiran dan pertimbangan.

- See more at: http://setphenetomi.blogspot.com/2012/02/pandangan-imam-alghazali-dalam-konsep.html#sthash.sdMiOCOi.dpuf

NAMA TOKOH

Abu Ali Muhammad bin al-Hasan bin al-Haitham al-Basri Al-Misri. Beliau lebih dikenali dengan nama samaran Ibnu Haitham. Di dunia Barat beliau telah dikenali dengan beberapa nama seperti Alhazen, Avennathan, dan Avenetan, tetapi lebih terkenal dengan panggilan sebagai Alhazen.

LATARBELAKANG

Dilahirkan pada 354 H bersamaan dengan 965 M, di negeri Basrah, Iraq.

Beliau dibesarkan di bandar Basrah dan Baghdad, dua kota yang menjadi pusat ilmu pengetahuan Abbasiyah pada masa itu.

Di dua kota inilah beliau memulakan pendidikan awalnya sebelum dilantik

menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya. Setelah beberapa lama berkhidmat dengan pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau telah melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan.

Keintelektualan Ibnu Haitham terbukti ketika beliau masih menjadi seorang pelajar dengan kecenderungan beliau terhadap pelbagai bidang ilmu. Beliau tidak jemu menimba ilmu pengetahuan, baik agama mahupun umum seperti ilmu matematik, fizik, astronomi, perubatan, falsafah, mantik dan lain-lain lagi.

Beliau adalah salah seorang tokoh cendakiawan sains yang terkenal dan termasyhur dengan ketinggian ilmunya di tanah Arab dan di benua Eropah pada zamannya.

Kemasyhurannya sebagai ilmuwan menyebabkan pemerintah Bani Fatimiyah di Mesir waktu itu, iaitu Pemerintah Khalifah Al-Hakim bin Amirillah (386411H/996-1021M) mengundangnya ke Mesir. Maksud undangan Dinasti Fatimiyah itu adalah memanfaatkan keluasan ilmu yang dimiliki oleh Ibnu Haitham. Beliau diharapkan mampu mengatur banjir Sungai Nil yang kerap kali melanda negeri itu setiap tahun. Sayangnya, beliau tidak dapat mewujudkan rancangan takungan raksasa yang dibuatnya kerana kurang peralatan canggih yang ada pada masa itu. Untuk melindungi dirinya dari kemurkaan pemerintah, beliau kemudian meninggalkan pekerjaan itu dengan berpura-pura hilang ingatan. Sehingga pada tahun 1021 Sultan Al- Hakim bin Amirillah telah mangkat dan dari tarikh itulah Ibnu Haitham kembali normal dan aktif dalam kegiatan ilmu.

Ibnu Haitham datang berlindung dan mengabdikan diri di Universiti al-Azhar, dan terus menyambung usaha ilmiahnnya dalam bidang yang cukup saintifik. Beliau juga turut menterjemahkan buku-buku matematik dan falak ke bahasa Arab,

terutama dari bahasa Latin.

Sebelum itu beliau telah pergi ke Andalusia (Sepanyol), kiblat ilmu pengetahuan Eropah pada masa itu. Di sana beliau mempelajari optik sehingga terkenal dalam bidang optik.

Pada tahun terakhir hayat beliau, beliau kembali ke Kaherah (Mesir) dan sebagai ahli matematik hingga akhir hayatnya.

Ibnu Haitham meninggal dunia di Kaherah pada tahun 1039M katika usianya 74 tahun.

SUMBANGAN IBNU HAITHAM

* TEORI HUKUM PEMBIASAN (fenomena atmosfera)

Selama di Sepanyol, Ibnu Haitham melakukan beberapa penyelidikan dan percubaan ilmiah berhubung dengan bidang optik. Penemuannya yang terkenal ialah hukum pembiasan, iaitu hukum fizik yang menyatakan bahawa sudut pembiasan dalam pancaran cahaya sama dengan sudut masuk Menurut pengamatan Ibnu Haitham, beliau berpendapat bahawa cahaya merah di kaki langit di waktu pagi (fajar) bermula ketika matahari berada di 19 darjah di bawah kaki langit. Sementara cahaya warna merah di kaki langit di waktu senja (syuruk) akan hilang apabila matahari berada 19 darjah di bawah kaki langit selepas jatuhnya matahari. Dalam fizik moden, hukum ini dikenali dengan nama hukum pembiasan Snell yang bersempena nama ahli fizik Belanda, Willebrord van Roijen Snell.

*TEORI PENGLIHATAN (optik)

Dengan menggunakan kaedah matematik dan moden fizik yang baik beliau dapat

membuat eksperimen yang teliti, Ibnu Haitham telah meletakkan optik pada batu asas yang kukuh. Beliau telah menggabungkan teori dan eksperimen dalam penyelidikannya. Dalam penyelidikan, beliau telah mengkaji gerakan cahaya, ciriciri bayang dan imej dan banyak lagi fenomena optik yang penting. Beliau telah menolak teori Ptolemy dan Euclid yang mengatakan bahawa manusia melihat benda melalui pancaran cahaya yang keluar dari matanya. Tetapi menurut Ibnu Haitham, bukan mata yang memberikan cahaya tetapi benda yang dilihat itulah yang memantulkan cahaya ke mata manusia.

*CERMIN KANTA CEKUNG DAN KANTA CEMBUNG

Ibnu Haitham telan menggunakan mesin lathe (larik) untuk membuat cermin kanta cekung dan kanta cembung untuk penyelidikannya. Dengan ini beliau telah mengkaji tentang cermin sfera dan cermin parabolik. Beliau mengkaji Aberasi Sfera dan memehami bahawa dalam cermin parabola kesemua cahaya dapat tertumpu pada satu titik.

*TEORI BIASAN CAHAYA

Teori ini agak mengkagumkan, beliau telah menggunakan segi empat halatuju pada permukaan biasan beberapa abad sebelum Isaac Newton memperkenalkannya di dunia Barat. Beliau juga percaya kepada prinsip masa tersingkat bagi rentasan cahaya (Prinsip Fermat).

*AHLI BIDANG FALSAFAH

Ibnu Haitham telah disenaraikan diantara salah seorang ahli falsafah Aristo. Dikalangannya adalah sahabat beliau iaitu Ibnu Sina dan al-Biruni. Ibnu Haitham mendahului Kant lebih tujuh abad lamanya. Teori yang dilebalkan dari Kant sebenarnya datang dari beliau iaitu: bahawa untuk mencapai kebenaran hendaklah dengan mengetahui pendapat-pendapat yang berunsur kepada kenyataan yang dapat digambarkan dengan akal rasional.

*BIDANG ASTRONOMI

Beliau melanjutkan pendapat ilmuwan Yunani tentang proses pengubahan langit abstrak menjadi benda-benda padat. Dalam karya astronominya, beliau melukis gerakan planet-plenet, tidak hanya dalam terma eksentrik dan episiklus, tetapi juga dalam satu model fizik. Pendapatnya banya mempengaruhi Dunia Pemikiran Barat pada zaman Johannes Kepler. Tiga abad kemudian karya ini ditukar dalam bentuk ikhtisar oleh astronomi muslim iaitu Nasiruddin at-Tusi.

*BIDANG FIZIK

Dalam bidang fizik Ibnu Haitham telah mengkaji tentang gerakan yang membawa beliau menemui prinsip intersia dan statik. Beliau telah mengasaskan dan menjadikan optik menjadi satu sains baru. Banyak kajian beliau telah mendahului dan diikuti oleh Francis Bacon, Leonardo da Vinci, dan Johannes Kepler.

KARYA-KARYA AGUNG IBNU HAITHAM

Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang produktif dan memiliki banyak karya penulisan dalam pelbagai cabang ilmu. Beliau telah menulis tidak kurang daripada 200 judul buku, namun hanya sedikit yang terselamat. Di antaranya ialah:

Maqalah fi Istikhraj Samt al-Qiblah(penyusunan kota), Maqalah fi hayat alAlam(astronomi), Kitab fi al-Minasit(kamus optik), Fi al-Maraya al-Muhriqah bi al-Dawair(cermin yang membakar), Maqalah fi Daw al-Qamar(cahaya dan gerakan langit), Zawahir al-hasaq(gejala senja), Fi Kayfiyat al izlal, Fi al-Asar Allazi al-Qamar, Fi ad-Dawar, Fi al-Makan, fi al-Mulumar, Fi Misahat alMujassamah al- Mukafi, Fi Irtifa al-Quth, semua itu adalah tentang kajian ilmu fizik dan astronomi. Karya-karya tersebut adalah berhubung dengan ilmu fizik dan

matematik, iaitu di antara ilmu yang sangat dikuasainya, hampir keseluruhannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah.

Ibnu Haitham juga pernah menulis empat buah risalah tentang ilmu cahaya dan ilmu ukur. Risalah-risalah tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman dan telah tersebar dengan meluas di Eropah sejak tahun 1907M.

Al-Munadzir adalah satu daripada karya Ibnu Haitham yang teragung tentang bidang kajian optik dan buku tersebut pernah menjadi rujukan kepada para ahli kaji optik selepasnya. Karya ini diterjemahkan oleh Witelo pada tahun 1270M dan kemudiannya diterbitkan oleh F. Risner pada tahun 1572M dengan namaThesaurus Opticae.

KESIMPULAN Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak. Kerana itulah Ibnu Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan. Beberapa pandangan dan pendapatnya masih relevan sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah "dicuri" dan "diceduk" oleh ilmuwan Barat tanpa memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada beliau. Sesungguhnya barat patut berterima kasih kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam kerana tanpa mereka kemungkinan dunia Eropah masih diselubungi dengan kegelapan. Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan landasan kepada perkembangan ilmu sains dan pada masa yang sama tulisannya mengenai falsafah telah membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu tersebut yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani.

Setelah dikaji mengenai latarbelakang kehidupan Ibnu Haitham, dapat kita memberi kesimpulan bahawa Ibnu Haitham adalah seorang tokoh ilmuwan Islam yang

sangat disegani dan termasyhur pada zamannya. Azam beliau untuk meningkat taraf hidup umat Islam dan usahanya mendekatkan diri kepada Allah tidak sia-sia. Ibnu Haitham tidak pernah puas menuntut ilmu sehingga penghujung nafasnya yang terakhir. Berkat hasil usaha dan ikhtiarnya beliau telah menjadi seorang cendakiawan yang terkenal. Beliau bukan sekadar tokoh ilmuwan sahaja, malahan beliau amat menitik beratkan pendidikan agama sepanjang beliau menuntut ilmu. Ibnu Haitham memainkan pengaruh yang besar di tanah Arab dan juga seluruh dunia Barat. Beliau telah memberikan sumbangan besar dalam dunia ilmu pengetahuan moden. Contohnya, teori optiknya mempengaruhi ilmuwan Eropah seperti Roger Bacon dan Johannes Kepler. Penyelidikan ilmiahnya menjadi asas penyelidikan yang kemudian diguna pakai dan dikembangkan di Barat. Sebagai seorang penuntut perlulah kita mencontohi beliau dan sebagai pendorong semangat untuk meningkatkan mutu pembelajaran serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Isnin, 14 Mac 2011

Rawatan Umum Dalam Perubatan Ibnu Sina

Tajuk: Rawatan Umum Dalam Perubatan Ibnu Sina Penulis: Dr. Mohd. Hilmi b. Abdullah Penerbit: Pustaka Hilmi.

Perubatan Ibnu Sina mungkin belum lagi terkenal di negara ini. Perubatan ini selalu disalah anggap sebagai perubatan homeopati, sedangkan terdapat banyak perbezaan antara kedua-dua disiplin ilmu perubatan tersebut, tanpa menafikan terdapatnya beberapa persamaan antara kedua-duanya. Perubatan Ibnu Sina, di sebalik usianya yang telah pun mencapai angka seribu tahun, masih lagi diamalkan secara serius dan efektif di India, Pakistan, Asia Tengah, dan Eropah. Malah, di India dan Pakistan, perubatan ini diiktiraf oleh kerajaan kedua-dua negara tersebut dan turut diajar di beberapa buah universiti sehingga ke peringkat Doktor Falsafah.

Oleh itu, buku ini amat penting sekali dimiliki oleh mereka yang mahu mengkaji rahsia kemujaraban Perubatan Ibnu Sina, khususnya berkaitan bentuk-bentuk rawatan umum yang diamalkan dalam perubatan ini semasa merawat pesakit. Kaedah rawatan secara pencaharan, pemuntahan, perdarahan, bekam, enema, penggunaan lintah, kauteri, dan sebagainya perlu diketahui dan difahami terlebih dahulu sebelum kita membincangkan bentuk-bentuk rawatan khusus secara lebih terperinci dalam siri-siri Perubatan Ibnu Sina selepas ini. Insya Allah.

Kandungan.

Kata-Kata Aluan.

Kata Pengantar.

Bab 1. Ketidakseimbangan Mizaj. 1.1. Perbincangan Umum Tentang Perawatan.

1.2. Rawatan Ketidakseimbangan Mizaj.

Bab 2. Pengosongan. 2.1. Perbincangan Tentang Pengosongan.

2.2. Peraturan Umum Berkaitan Pemuntahan dan Pencaharan.

Bab 3. Pencaharan. 3.1. Peraturan Pencaharan.

3.2. Menguatkan dan Menamatkan Pencaharan.

3.3. Pencegahan Terhadap Pencaharan Yang Keterlaluan.

3.4. Pengurusan Mereka Yang Mengambil Ubat-Ubatan Pencahar Tetapi Gagal Berfungsi.

3.5. Sifat Ubat-Ubatan Pencahar.

Bab 4. Penuntahan. 4.1. Perbincangan Tentang Pemuntahan.

4.2. Perkara Yang Perlu Dilakukan Oleh Mereka Yang Muntah.

4.3. Faedah Pemuntahan.

4.4. Bahaya Pemuntahan Yang Keterlaluan.

4.5. Cara Mengatasi Gejala Yang Berlaku Ke Atas Mereka Yang Muntah.

4.6. Pengurusan Mereka Yang Keterlaluan Muntah.

Bab 5. Perdarahan. 5.1. Perbincangan Umum.

5.2. Demam dan Perdarahan.

5.3. Larangan Perdarahan.

5.4. Langkah-Langkah Perdarahan.

5.5. Pengulangan Perdarahan.

5.6. Sebelum dan Selepas Perdarahan.

5.7. Perdarahan dan Salur Darah.

5.8. Perdarahan dan Organ Tubuh.

5.9. Peraturan Perdarahan.

5.10. Peralatan Perdarahan.

5.11. Perdarahan Salur Darah Kaki.

5.12. Perdarahan Salur Darah Kepala.

5.13. Perdarahan Salur Darah Abdomen.

5.14. Waktu Perdarahan.

5.15. Penggunaan Pisau Bedah.

5.16. Ikatan dan Salur Darah.

Bab 6. Beberapa Lagi Kaedah Rawatan. 6.1. Bekam.

6.2. Enema.

6.3. Minyak Urut.

6.4. Pembasahan.

6.5. Lintah.

6.6. Penurisan.

6.7. Kauteri.

Bab 7. Rawatan Beberapa Gejala Tubuh. 7.1. Pengurungan Gejala Pengosongan.

7.2. Merawat Gejala Penyumbatan.

7.3. Merawat Bengkak.

7.4. Merawat Organ Yang Rosak.

7.5. Merawat Gejala Pemecahan Ikatan.

7.6. Meredakan Kesakitan.

7.7. Memulakan Rawatan Bagi Penyakit Yang Pelbagai.

IBNU SINA TOKOH PERUBATAN DUNIA

IBNU Sina adalah doktor Islam yang terulung. Sumbangannya dalam bidang perubatan bukan saja diperakui dunia Islam tetapi juga sarjana Barat. Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Hussain Ibnu Abdullah. Di Barat, beliau lebih dikenali sebagai Avicenna. Ibnu Sina dilahirkan pada 370 Hijrah bersamaan 980 Masihi. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fikah dan perubatan. Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor atau mahaguru ilmu berkenaan. Ibnu Sina mula terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas Al-Samani yang gagal diubati doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran Al-Syeikh Al-Rais (Mahaguru Pertama). Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun Fil Tabib diterbitkan di

Rom pada 1593 sebelum dialihbahasakan ke bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu dicetak ke dalam 15 bahasa. Pada abad ke17, buku itu dijadikan sebagai bahan rujukan asas di universiti Itali dan Perancis. Malah, sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh pelajar perubatan. Ibnu Sina juga menghasilkan buku yang diberi judul Remedies for The Heart yang mengandungi sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan saja dan turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, filologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama. Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya. Di samping menjadi unggul dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki ranking tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif. Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul Al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi aliran falsafah al-Farabi yang menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates. Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile) dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur ini. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit. Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina turut menapis teori kosmogoni Yunani ini dan mengislamkannya. Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang ada dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan. Pemikiran Ibnu Sina turut mencetuskan kontroversi dan disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat AlFalasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan Al-Farabi.

Antara percanggahan yang diutarakan oleh Al-Ghazali ialah kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan Al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka. Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak dapat dinafikan. Bahkan beliau dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam

Disediakan Untuk: Ustaz Abd Aziz Bin Harjin Disediakan Oleh: Nur Syahira Binti Ismail 2009211392 Tarikh: 10 Mac 2010 / 24 Rabiulawal 1431 Fakulti Sains Komputer Dan Matematik Cs110 Universiti Teknologi Mara (Uitm) ABSTRAK Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan 980 Masihi di Afsyanah, Bukhara, Turkistan. Nama sebenarnya ialah Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina. Beliau mula mempelajari al-Quran semenjak berumur 5 tahun. Beliau menghafaz al-Quran ketika berusia 10 tahun. Ibnu Sina mula belajar sendiri setelah berusia enam belas tahun. Beliau sangat menyenangi ilmu kedoktoran dan metafizik. Dalam sekitar satu hingga lima tahun, beliau telah dikenal sebagai ahli falsafah dan doktor di Bukhara. Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika berusia 18 tahun. Ibnu Sina mula dikenali ramai setelah berjaya menyembuhkan Nuh bin Mansur, salah seorang pemimpin Dinasti Samaniyah. Pada Dinasti Hamdani, beliau dilantik sebagai menteri sebanyak dua kali. Kerana terlibat dalam persoalan politik, dia dipenjarakan dan dipecat daripada kedudukannya sebagai menteri. Ibnu Sina banyak menulis karya, hampir 200 buah karya. Karya beliau yang terkenal ialah al-Qanun Fit Tib (diterjemahkan dengan judul Canon of Medicine), karya ini menjadi rujukan universiti terkemuka di dunia. Ibnu Sina banyak memberi sumbangan kepada tamadun Islam. Ibnu Sina meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah bersamaan dengan tahun 1037 Masihi di Hamadan. Secara keseluruhannya, Ibnu Sina merupakan seorang yang berinovatif. Ini dibuktikan dengan beliau banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutama dalam bidang perubatan. Selain itu, Ibnu Sina adalah seorang yang pintar dan taat kepada Allah. Beliau adalah seorang yang tidak mengenal putus asa, kreatif, gigih dan tabah dan tekun dalam menerokai dan menguasai pelbagai jenis ilmu khususnya ilmu perubatan. Beliau juga seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu. Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah mempunyai semangat berusaha dan jangan mudah putus asa seperti Ibnu Sina.

PENDAHULUAN: Ibnu Sina lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama penuh Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi dan dilahirkan di Afsyanah, Bukhara pada 980 Masihi. Bapa kepada Ibnu Sina merupakan seorang gabenor pada masa Kerajaan Samaniyah (819M 1005M). Selepas bapanya meninggal pada tahun 390 Hijrah bersamaan dengan tahun 390 Hijrah bersamaan dengan 1000 Masihi, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm, Jurjan, Rai, dan Hamadan. Pendidikan awal Ibnu Sina pada masa kanak-kanaknya ialah al-Quran dan sastera yang dipelajarinya secara persendirian. Ibnu Sina mula belajar menghafal al-Quran ketika berusia 5 tahun. Beliau sudah menguasai tasawuf, fikah, tafsir, dan usuludin ketika berusia 10 tahun. Beliau telah menuntut dengan Abu Abdullah an-Natli yang mengajarnya al-Quran, fikah, mantik, ilmu hisab, sains, fizik, dan kaji bintang. Beliau menelaah falsafah, politik dan logik, matematik, fizik, politik dan kedoktoran hingga berusia 16 tahun. Ibnu Sina sangat meminati ilmu kedoktoran dan metafizik. Dalam sekitar satu hingga lima tahun, beliau telah dikenal sebagai ahli falsafah dan doktor di Bukhara. Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika berusia 18 tahun. Beliau berjaya menyembuhkan Nuh bin Mansor, pemerintah Kerajaan Samaniyah dan semenjak itu beliau dilantik menjadi doktor istana. Pelantikan tersebut merupakan suatu peluang keemasan kerana beliau telah diberi kebebasan menggunakan perpustakaan istana yang sangat kaya dengan beraneka jenis buku. Beliau mengambil kesempatan dengan membaca, merujuk dan menghafal buku-buku penting di perpustakaan. Pembesar negeri lain seperti Ratu Sayyidah dan Sultan Majdud dari Rayy, Syamsu Dawla dari Hamadan, dan Alaud Dawla dari Isfahan juga pernah mengundangnya. Ibnu Sina digelar al-Syeikh al-Rais iaitu guru para raja. Dalam bidang kedoktoran, beliau digelar pangeran para doktor dan raja ubat. Dalam dunia Islam beliau dianggap sebagai puncak ilmu kedoktoran. Ibnu Sina pernah dilantik menjadi menteri sebanyak dua kali. Disebabkan Ibnu Sina terlibat dalam persoalan politik, dia dipecat dan dipenjarakan daripada kedudukannya sebagai menteri. Dalam tempoh Ibnu Sina dipenjara, beliau sempat menulis 3 buah buku. Ibnu Sina banyak meninggalkan karya yang ditulis beliau, semuanya tidak kurang 200 buah, kebanyakan berbahasa Arab dan Parsi. Salah satu karya terbesar Ibnu Sina ialah al-Qanun Fii al-Tibb (peraturan kedoktoran). Di Eropah dan China buku ini sudah lama menjadi rujukan kedoktoran. Al-Qanun Fii alTibb diterjemahkan dengan judul Canon of Medicine digunakan sebagai rujukan utama dalam bidang perubatan di seluruh pusat pengajian Barat termasuk Universiti Franfurt di Jerman, Universiti Paris di Perancis, dan Universiti Oxford di England. Di dalam buku al-Qanun Fii al-Tibb karya Ibnu Sina dinyatakan bahawa darah mengalir terus-menerus dalam satu kitaran dan tidak pernah berhenti. Karya lain Ibnu Sina ialah al-Syifa (18 Jilid), iaitu tentang psikologi, pertanian, retorika dan syair; alRasail, iaitu tentang biologi, fizik, astronomi, psikologi, etika dan teologi; Al-Insyarah wa alTanbihat,tentang ketuhanan serta kemurnian hidup; dan Risalah al Isyqa tentang kerinduan Ibnu Sina kepada Tuhan. Sewaktu Ibnu Sina berusia 21 tahun, beliau mula menulis karyanya yang pertama yang berjudul "AlMajmu" di Kawarazm yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Kemudian beliau meneruskan menulis buku-buku lain. Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan dihimpun dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo. Antara yang terkandung dalam buku tersebut termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit Tibb. Ibnu Sina memiliki pemikiran yang mendalam. Beliau menafsirkan ayat al-Quran untuk mendukung falsafahnya. Seperti al-Farabi iaitu ahli falsafah dari Turkistan, Ibnu Sina mengakui bahawa alam diciptakan secara emanasi yakni memancar dari Tuhan. Ibnu Sina juga mengemukakan pemikiran falsafah tentang jiwa (al-nafs) dan kenabian. Ibnu Sina berpendapat bahawa nabi adalah manusia yang

terunggul dan pilihan Tuhan. Ahli falsafah hanya menerima ilham, sedangkan nabi menerima wahyu. Oleh itu, ajaran nabi haruslah menjadi pedoman hidup manusia di muka bumi. Ibnu Sina banyak menyumbang dalam tamadun Islam terutamanya dalam bidang perubatan. Kebijaksaan Ibnu Sina dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan dunia. Ibnu Sina berjaya melakukan beberapa pencapaian dalam perubatan iaitu pertama, penemuan penyakit baru serta puncanya. Antara penemuan penyakit yang dikaji oleh Ibnu Sina ialah pengaruh kuman dalam penyakit, jangkitan virus seperti Tibi (TB), dan penyakit seperti rubella, alahan (allergy), cacar (smallpox), penyakit jiwa dan sebagainya. Kedua,Ibnu Sina mengkaji dalam bidang farmasi dan beliau dapat menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit. Selain itu, beliau juga menemui untuk ubat bius. Ketiga, Ibnu Sina membangunkan teknologi perubatan dengan mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan dan mencipta picagari dan lain-lain. Terdapat banyak lagi penemuan dan teori perubatan yang dikemukakan oleh Ibnu Sina dalam karya-karyanya. Kesan peninggalan Ibnu Sina dalam bidang ilmu perubatan telah berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap pada masa itu. Beliau melakukan metode pemerhatian (observation) dan analisis. Berdasarkan metode ini, ilmu perubatan berkembang maju hingga ke hari ini. Ibnu Sina telah menulis buku berjudul Remedies for the Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Ibnu Sina banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih kurang 760 jenis penyakit serta kaedah merawatnya. Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden. Ibnu Sina juga banyak telah menyumbang ilmu dan pemikiran. Ibnu Sina telah menghasilkan 116 karya dalam bidang falsafah, mantik, matematik,astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains politik. Buku-buku tersebut telah dihimpun oleh Domonican Institute for Oriental Studies di Kaherah, Mesir. Pada 1950 Masihi ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan dinamakan Muallafat Ibni Sina (karya-karya Ibnu Sina). Jasa Ibnu Sina dihargai hingga ke hari ini. Sebuah universiti pendidikan di Hungary telah mengambil nama sempena nama beliau iaitu Avicenna College (Kolej Ibnu Sina). Ibnu Sina meninggal pada usia 58 tahun dalam suatu perjalanan bersama raja Isfahan, lalu dimakamkan di Hamadan. Kehilangan Ibnu Sina merupakan kehilangan yang sangat besar kepada umat Islam terutama dari segi ilmu perubatan. KESIMPULAN Secara keseluruhannya, Ibnu Sina banyak memberi sumbangan terhadap tamadun Islam terutamanya dari ilmu perubatan. Beliau seorang yang tidak mengenal putus asa, sebab itulah beliau berusaha bersunggu-sungguh mempelajari sesuatu ilmu dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Ibnu Sina adalah seorang yang berinovatif kerana beliau banyak menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu terutama dalam bidang perubatan. Selain itu, Ibnu Sina juga seorang yang taat beragama. Beliau sering berdoa kepada Allah SWT terutama apabila menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Beliau sering ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah SWT. Ibnu Sina memiliki akal yang cergas dan tekun dalam mempelajari ilmu ini kerana pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali. Ibnu Sina juga mahir dalam ilmu anatomi iaitu mengenai kedudukan organ dan tubuh manusia. Beliau orang pertama membuat kajian tentang fungsi mata iaitu penglihatan dan fungsi mata. Walaupun Ibnu Sina terkenal dengan ilmu perubatan, beliau juga pakar dari aspek lain seperti matematik, falsafah dan agama. Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah mempunyai semangat berusaha dan jangan cepat putus asa seperti Ibnu Sina. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi).

BIBLIOGRAFI / RUJUKAN: 1.H. Zainol Abidin Ahmad.1974.Ibnu Siena (Avicenna) Sarjana dan Filosoof Besar Dunia. Penerbit Bulan Bintang Jakarta. 2.Sayyed Hussein Nasr.1986.Tiga Pemikir Islam Ibnu Sina Suhrawardi Ibnu Arabi. Penerbit Risalah Bandung. 3.Maimon Husin,Apendi Sahi, Mohammad Zaini Yahya,Zulhazmi Omar. 2008. Pendidikan Islam SPM. Sasbadi Sdn. Bhd. 4.1994. Ensiklopedia Islam Jilid 2 (F-K).PT Ichtiar Van Hoeve. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. 5.1994.Ensiklopedia Islam untuk Pelajar, Jilid 2 (Bud-Idr). Terjemahan, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM): Era Visi Publication Sdn.Bhd. 6.1996. Ensiklopedia Dunia Jilid 2 (I-J). Global Arabic Encyclopedia , Darwana Sdn.Bhd. 7.Baharudin Yatim & Sulaiman Nordin. 1997. Islam Al-Quran dan Ideologi Masa Kini: Pusat Pengajian Umum UKM, Bangi 8.M.M. Syarif,M.A.1985. Para Filosof Muslim. Penerbit Mizan. 9.Ismail Hamid. 1982. Asas Kesusasteraaan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

You might also like