You are on page 1of 8

PENGENALAN Wacana merupakan sebuah kesatuan lengkap melebihi batas-batas ayat.

Dalam bidang penulisan, wacana dianggap dapat memenuhi sesebuah ciri penulisan yang lengkap. Ini kerana, wacana menyediakan kesemua ciri yang melengkapi bagi sesebuah penulisan. Di dalam wacana, terkandung koheren dan kohesi di samping kewujudan penanda-penanda wacana tertentu bagi menghasilkan sesebuah penulisan yang lengkap. Tuntasnya, kewujudan wacana menentukan kelangsungan sesebuah penulisan yang baik dan bermutu. 9.1 Definisi Wacana KAMUS DEWAN EDISI BARU (1993), menjelaskan wacana bererti: -Ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan Keseluruhan terbitan atau hasil karya dalam sesuatu bahasa

Kesimpulan daripada takrifan-takrifan di atas terdapat lapan unsur penting wacana , iaitu: 1. Satuan bahasa 2. Terlengkap / terbesar / tertinggi kedudukannya 3. Mengatasi ayat / klausa 4. Teratur / tersusun rapi / rasa koheren (kepautan) 5. Berkesinambungan 6. Rasa kohesi (kesepaduan) 7. Dalam bentuk lisan / tulisan 8. Mempunyai permulaan dan penutup Ciri-ciri Wacana : 1. Mempunyai koheren (pertautan: ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan lain dan isi dengan isi yang lain. 2. mempunyai kohesi (kesepaduan): ketepatan seluruh isi-isi yang dikemukakan fokus kepada tajuk atau isu yang diketengahkan. 3. mempunyai tujuan bagi menentukan jenis wacana,penggunaan ayat. 4. Bermaklumat: tiap-tiap ayat mesti mempunyai maklumat baru yang tidak terdapat dalam ayat sebelumnya. 5. Diterima khalayak/audiens: penerimaan tinggi jika pembaca atau pendengar memahami sepenuhnya wacana itu dan mempunyai tujuan yang sama. 6. Berlandaskan hubungan: penutur dengan pendengar, penulis dengan pembaca. 7. Mempunyai andaian dan inferens: inferens memberikan maklumat baru kepada andaian. 8. Mempunyai gaya: bersahaja atau tidak bersahaja, rasmi atau tidak rasmi, mempengaruhi pemilihan laras bahasa, ayat, penggunaan dialek. 9. Mesti memasukkan maklumat yang tidak berlawanan dengan logik akal dan tidak bertentangan dengan maklumat yang ada dalam ayat sebelumnya. AKTIVITI 9.2 Buat perbincangan berikut: 1. Ciri-ciri wacana yang paling dominan dalam melakari penulisan yang baik. 9.3 Jenis-jenis Wacana 1. Berdasarkan media penyampaian: wacana lisan dan tulisan

2. Berdasarkan pengungkapan: wacana langsung dan tidak langsung 3. Berdasarkan


Jenis-jenis Wacana 1. Berdasarkan media penyampaian: wacana lisan dan tulisan 2. Berdasarkan pengungkapan: wacana langsung dan tidak langsung 3. Berdasarkan bentuk: wacana prosa, puisi dan dramai

Wacana adalah satuan bahasa yang lengkap sehingga dalam hirarki gramatikal merupakan satuan gramatikal tertinggi atau terbesar. Sebagai satuan bahasa yang lengkap, terdapat konsep, gagasan, fikiran atau idea yang utuh, yang boleh difahami oleh pembaca dan pendengar tanpa sebarang keraguanpun. Ini bererti wacana dibentuk dari ayat atau ayat-ayat yang memenuhi syarat gramatikal, serta syarat kewacanaannya yang lain. Pensyaratannya akan dapat dipenuhi sekiranya wacana itu sudah terbina yang disebut kekohesian, iaitu adanya keserasian hubungan antara unsur-unsur yang ada dalam wacana tersebut. Apabila wacana itu kohesif, akan terciptalah kekohesian iaitu isi wacana yang benar. Contohnya: Fadil dan Nizam pergi ke kedai buku. Dia ingin membeli Kamus Dewan yang terbaharu. Wacana itu tidak kohesif kerana kata ganti nama diri dia tidak jelas untuk menunjukkan kepada siapa, sama ada Fadil atau Nizam yang ingin membeli kamus tersebut atau perkataan dia itu merujuk kepada kedua-duanya sekali. Jika ayat tersebut ingin ditujukan kepada kedua-duanya seharusnyalah perkataan dia digantikan dengan perkataan mereka. Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa wacana itu tidak koherens.
Alat Wacana Sesuatu wacana akan disebut baik sekiranya wacana itu kohesif dan koherens. Untuk mendapatkan wacana yang kohesif dan koherens,ia dapat digunakan dengan pelbagai alat wacana, baik yang berupa aspek gramatikal maupun yang berupa aspek semantik atau gabungan kedua-dua itu sekali. Alat-alat gramatikal yang dapat digunakan untuk membuat sebuah wacana menjadi kohesif antaranya ialah: Pertama penghubung ialah alat untuk menghubungkan bahagian-bahagian ayat atau menghubungkan perenggan dengan perenggan yang lain. Dengan itu

penggunaan kata hubung ini menjadi ayat lebih eksplisit dan menjadi jelas jika dibandingkan dengan ayat tanpa kata hubung seperti ayat: Suami sakit. Isteri meninggal dunia. Pada wacana ini, hubungan antara ayat pertama dan yang kedua tidak jelas. Adakah ia satu hubungan penambahan, sebab dan akibat atau hubungan kewaktuan. Hubungan akan menjadi jelas sekiranya diberi kata penghubung dan menjadi wacana seperti berikut. Contohnya: i) Suami sakit dan isteri meninggal dunia. ii) Suami sakit kerana isteri meninggal dunia. Suami sakit. Oleh sebab itu isteri meninggal dunia. iv) Suami sakit, sedangkan isteri meninggal dunia. Kedua, kata yang menggunakan kata ganti diri dia, nya, mereka,ini, itu sebagai rujukan anafora. Dengan menggunakan kata ganti diri sebagai rujukan anafora, kalimat yang sama tidak perlu diulang. Melainkan digantikan dengan kata ganti diri itu. Dengan itu ayat-ayat itu saling berhubungan. Contohnya i) Pelajar-pelajar tingkatan lima mula memasuki dewan peperiksaan. ii) Mereka tenang untuk menjawab soalan peperiksaan. iii) Fadil lemas di sungai. Beberapa orang cuba untuk menyelamatkannya. iv) Awan tebal menutupi langit. Itu tanda hari nak hujan. Ketiga, menggunakan ellipsis, iaitu menghilangkan beberapa bahagian tertentu yang sama yang terdapat ayat yang lain. Dengan ellipsis, kerana tidak diulang bahagian yang sama. Dengan itu, wacana itu kelihatan lebih efektif, dan penghilangan itu sendiri menjadi alat penghubung dalam wacana tersebut. Contohnya:

Kawan saya berbaju biru itu namanya Fadil, dia berasal dari Perak. Yang di hujung sana namanya Nizam berasal dari Kuala Lumpur. Dan yang gadis itu bernama Nora berasal dari Pulau Pinang. Tanpa ellipsis wacana tersebut kelihatan tidak efektif, kerana terlalu banyak menggunakan kata, dan kelihatan tidak ada perhubungan antara ayat yang satu dengan yang lain. Setiap ayat tersebut berdiri dengan sendirinya.

PENANDA PENGHUBUNG Selain dari keupayaan gramatikal, sesebuah wacana yang kohesif dan koheren dapat juga dibuat dengan bantuan pelbagai aspek semantik. Antaranya: Pertama, menggunakan kata hubung pertentangan pada ayat yang kedua yang terdapat di dalam wacana itu. Contohnya Semalam hari hujan dengan lebat sekali. Hari ini cerah pula. Wacana dan Laras Bahasa| Kedua, menggunakan hubungan generik-spesifik atau spesifik generik contohnya Kerajaan telah cuba untuk menambah bilangan kenderaan awam dan sedaya upaya mengurangkan jumlah bilangan kenderaan peribadi. Ketiga, menggunakan hubungan antara ayat antara kedua-dua ayat tersebut. Contohnya Lapar sungguh lagaknya, seperti seminggu tidak makan. Keempat, menggunakan hubungan sebab-akibat, contohnya Dia malas. Seringkali dia ponteng kelas. Wajarlah jika ia gagal dalam peperiksaan. Kelima, menggunakan hubungan tujuan di dalam isi sesebuah wacana, contohnya Kelima-lima orang anaknya telah bersekolah. Dia tidak mahu terjadi seperti dirinya. Keenam, menggunakan hubungan rujukan yang sama pada ayat atau pada dua ayat dalam satu wacana. Contohnya Kebakaran sering terjadi di Kuala Lumpur.Ia tidak mengira waktu sama ada siang atau malam.

HIERARKI SATUAN WACANA WACANA AYAT KLAUSA FRASA KATA MORFEM FONEM Berdasarkan rajah di atas, dapatlah disimpulkan bahawa satu tahap yang lebih kecil akan membentuk satuan yang lebih besar. Dengan itu fonem akan membentuk morfem lalu morfem akan membentuk kata kemudian kata akan membentuk frasa selanjutnya frasa membentuk klausa. Klausa seterusnya membentuk ayat. Dan akhirnya ayat akan membentuk wacana.

Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana. Fonologi merupakan kajian mengenai fonem sebagai unit bahasa. Sintaksis pula mengkaji ayat sebagai unit bahasa, binaan serta konstruksinya. Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-bidang ini hanya menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturan tatabahasa sahaja. Tingkat-Wacana dan Laras Bahasa |tingkat fonem, morfem,
kata. frasa, klausa, dan ayat merupakan peringkat bentuk; manakala wacana merupakan peringkat fungsi. Sesuatu wacana merangkumi: i. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan' ii. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, aartikel, novel, cerpen). Wacana ialah satu unit bahasa yag lengkap . Ia melebihi tingkat ayat. Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut: a. pendahuluan b. tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal)

c. penutup d. graf, jadual, peta dan statistik. KOHESI DAN KOHEREN Kohesi merupakan hubungan perkaitan antara proposisi yang dinyatakan secara eksplisit oleh unsur gramatikal dan semantik dalam ayat yang membentuk wacana. Contoh: (a) Apakah yang dilakukan oleh Ahmad? (b) Dia memukul anaknya. (c) Apakah yang dilakukan oleh Ahmad? (d) Jahanam itu memukul anaknya. Proposisi dalam ayat (a) berkait dengan proposisi dalam ayat (b), dan perkaitan itu diwujudkan dalam bentuk penggunaan kata ganti nama dia yang merujuk Ahmad. Pada ayat (d), perkaitan itu dinyatakan Wacana dan Laras Bahasa| 9 dengan frasa jahanam itu yang dalam konteks normal mempunyai rujukan yang sama, iaitu Ahmad. Perkaitan itu juga dapat dilihat pada kata kerja dilakukan dan memukul yang mempunyai kesinambungan makna. Kohesi biasanya diwujudkan melalui penggunaan kata yang maknanya berbeda dengan makna kata yang ditujukkannya. Yang penting, kata yang digantikan dan kata pengganti menuju pada rujukan yang sama. Contoh: (a) Anak penyair terkenal itu semakin besar. Gadis itu kini belajar di sekolah asrama penuh. (b) Pak Abu telah turun ke laut pada waktu subuh lagi. Nelayan yang rajin dan gigih itu bekerja dengan tidak mengenal jemu. Anak penyair terkenal itu dan gadis itu mempunyai rujukan yang sama. Hubungan ini dikatakan kohesi, dan kerananya juga mewujudkan koherensi. Demikian juga Pak Abu dan nelayan memiliki acuan yang sama. Sehingga dapat dirumaskan bahawa Pak Abu dan nelayan ialah orang yang sama. Ini dibantu pula oleh kehadiran kata lain seperti laut yang membawa implikasi bahawa orang yang turun ke laut pada waktu subuh untuk menangkap ikan ialah nelayan.

Koheren juga merupakan perkaitan antara proposisi, tetapi perkaitan itu tidak secara eksplisit (nyata) dapat dilihat daripada ayat yang mengungkapkannya. Contoh: (a) Angkat telefon itu, Jef! (b) Aku sedang mandi, Mat! (c) OK! Dalam wawancara di atas (a), (b) dan (c), perkaitan antara proposisi tetap wujud, tetapi tidak secara nyata memperlihatkan perkaitan gramatikal atau semantik. Ayat (b) dapat ditafsirkan sebagai bentuk pendek daripada ayat Aku sedang mandi, Mat!. Oleh itu, aku tidak dapat menjawab telefon itu. Sementara ayat (c) dapat ditafsirkan sebagai OK! Kalau begitu, biar aku sahaja yang menjawabnya.

Perbezaan Kohesi dan Koheren Perbedaan antara kohesi dengan koheren itu menunjukkan bahawa terdapat wacana yang sekali gus hadir kohesi dan koherensi. Dan terdapat juga wacana yang hadir koherensi, tetapi tidak kohesi. Sesuatu wacana tidak mungkin kohesi tanpa koherensi. Untaian ayat yang kohesi tetapi tidak koherensi tidak mungkin membentuk suatu wacana. Contoh: (a) Siapakah yang dipukul oleh Ali? (b) Ali memukul budak kecil itu. Wacana dan Laras Bahasa| 10 Ayat (a) dan ayat (b) menunjukkan bahawa terdapat perkaitan antara gramatis dengan semantik. Tetapi tidak koherensi kerana fokus pertanyaan ayat (a) ialah siapa. Oleh itu, jawapan yang diharapkan ialah orang yang dipukul Ali. Dalam keadaan biasa, ayat (b) seharusnya berbunyi budak kecil itu (yang dipukul oleh Ali), dan bukannya Ali memukul budak kecil itu. Anafora dan Catfora

Anafora dan katafora ialah sejenis hubungan atau pertautan dalam wacana. Anafora ialah hubungan antara kata ganti nama yang mengaju kepada kata sebenar. Contoh: (a) Apakah yang dipandang oleh emak? (b) Dia memandang bulan di langit. Dalam ayat di atas, dia mengaju kepada kata emak. Katafora ialah hubungan antara kata ganti nama dengan nama sebenar yang mengikutinya. Contoh: (a) Dengan keretanya itu, Halimah menjelajah Malaysia. (b) Halim membeli motosikal baharu, dan dengan motosikalnya itu, Busro diajak mengelilingi bandar Kajang. Dalam ayat (a), kata ganti nya mengacu kepada kata berikutnya, iaitu Halimah. Dalam ayat (b), kata ganti nya tidak mengacu kepada Busro, tetapi Halim. Ini dinamakan hubungan anafora. Laras Bahasa Laras bahasa dikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan. Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu wacana digunakan. . Wacana dan Laras Bahasa| Contoh dalam bidang agama, politik, sains, sukan dan sebagainya. Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan. Laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa. Contoh: Ayat aktif dan ayat pasif, ayat bias dan ayat songsang, dan panjang pendek ayat akan menghasilkan laras yang berbeza. Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi. Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iaitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian. Tiga Dimensi

You might also like