You are on page 1of 16

P

elbagai Definisi ditakrifkan oleh sebilangan pakar berhubung murid pendidikan khas. Berikut ialah beberapa definisi yang telah di terjemahkan. Definisi Murid Pendidikan Khas Mengikut terjemahan Kirk (1993), definisi pendidikan khas

ialah kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak sederhana ataupun biasa dalam: a. Ciri-ciri mental b. Keupayaan deria c. Ciri-ciri saraf dan otot ataupun fizikal d. Tingkah laku sosial ataupun emosi e. Keupayaan komunikasi ataupun f. Pelbagai kekurangan sehingga memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubah-suai ataupun memerlukan perkhidmatanperkhidmatan pendidikan khas, supaya ia dapat berkembang sehingga kemampuan yang maksimum. Culatta (1999) pula, definisi pendidikan khas ialah pengajaran yang bercorak individu, direka bagi memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum ataupun perkhidmatan-perkhidmatan persekolahan biasa. Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas atau kanakkanak luar biasa sebagai kanak-kanak yang mempunyai perbezaan yang nyata dari segi kecerdasan, kejasmanian, kemasyarakatan atau pun dari segi rasa hati. Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak normal. Kesimpulan yang dapat menerangkan tentang kanak-kanak berkeperluan khas adalah golongan kanakkanak yang menghadapi ketidakupayaan yang serius sehingga memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan normal mereka (Abd. Rahim 2006). dan pembelajaran serta perkembangan kognitif

Terdapat pelbagai kategori bagi kanak-kanak berkeperluan khas dan golongan kanak-kanak istimewa ini mestilah dikenal pasti ketidakupayaan mereka bagi memenuhi keperluan perkembangan intelek, emosi, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Abu Bakar & Ikhsan 2003). Dalam usaha membantu golongan ini sudah tentulah seorang yang bernama guru turut bertanggungjawab. Berikut adalah kategorikategori kanak-kanak berkeperluan khas.
1. Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Murid - murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran merupakan murid - murid yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar perubatan sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut:

Kebolehan Kognitif Tingkah Laku Sosial / Perkembangan Sosial Pengguasan Bahasa ( Lisan / Pertuturan) Keupayaan Membaca Kemahiran Perkembagan (Development Skills) Kemahiran Matematik

Antara kecacatan yang dialami oleh murid - murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran ialah seperti yang berikut :

Lembam ( akibat kecacatan otak) Autistik Dowm Sindrom Terencat Akal Ringan Terencat Akal Sederhana Hiper Aktif Hipo Aktif Cerebral Palsy Emosi / Tingkah Laku Pertuturan Epilepsi

Setiap murid ini perlu diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka mencapai beberapa berkara untuk digunakan dalam kehidupan seharian seperti yang berikut:

Menguasai kemahiran berkomunikasi Menguasai kemahiran bergaul Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling

Menjaga keselamatan dan keselamatan diri Menguruskan hal-hal berkaitan kehidupan seharian Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni Mengembangkan potesni, bakat dan daya kreatif dan intelek Membolehkan murid melakukan praktis asas dan dapat menjalankan kerja dengan sendiri.

2. Masalah Penglihatan

Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanakkanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan denagn keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka. Murid-murid di program ini juga mengikuti pelajaran yang sama seperti diikuti oleh murid normal. Yang berbeza adalah kaedahnya, di mana murid-murid ini didedahkan kepada penggunaan bahan cetak yang dibesarkan saiz tulisannya bagi yang rabun manakala bagi yang buta mereka akan diajar menggunakan Braille. Program ini juga disediakan dalam dua jenis iaitu sekolah khas dan di sekolah biasa (bagi program integrasi)

Kanak-kanak ini memerlukan kurikulum khas yang khusus dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan ketidakupayaan mereka. Masa mereka di sekolah adalah masa yang amat

berharga yang perlu digunakan sepenuhnya untuk meminimumkan kesan kecacatan terhadap keupayaan mereka. Definisi yang dikemukakan oleh The World Council for the Welfare of the Blind dalam Hajah Hasnah (1988) tentang masalah penglihatan adalah seperti berikut: i. ii. iii. 2.1 Tidak dapat melihat langsung. Kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu dengan Ujian Snellen. Penglihatan yang terhad iaitu kurang daripada 20 peratus. Tahap Kecacatan

Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual acuity dan juga adaptasi pendidikan khas. Masalah penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut: 1. Sederhana Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat bantu khas seperti kanta. 2. Teruk Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malam mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan khas. 3. Sangat teruk Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung kepada deria-deria lain. 2.2 i. Tingkah laku masalah penglihatan Selalu memusingkan kepala ke sebelah sahaja, misalnya untuk melihat papan tulis ataupun objek. ii. iii. Selalu mengerutkan ataupun mengecilkan mata. Kerap bercakap.

iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi.

Kerap menggosok mata. Selalu menutup sebelah mata. Selalu terlanggar objek. Keliru dengan huruf. Menonton televisyen ataupun membaca buku dengan jarak yang terlalu dekat. Memegang kepala dengan cara luar biasa. Kerap menangis Memegang buku ataupun bahan bacaan terlalu dekat dengan muka ataupun paa sudut berlainan.

xii. xiii. xiv. xv.

Sering mencari-cari ayat yang dibaca. Meniru kerja kawan. Tidak menyiapkan tugasan yang diberi. Selalu mengelak membuat sebarang tugasan yang diberi.

Disebabkan kekurangan yang mereka ada, timbul perasaan kurang keyakinan diri dan sering menyisihkan diri tetapi ianya boleh diatasi dengan memberi layanan yang baik kepada mereka (bukan bermaksud layanan yang istimewa sehingga mereka rasa berbeza dengan orang normal) (Jamila 2005). 3. Masalah Pendengaran Mohd. Salleh (1999) mendefinisikan kecacatan pendengaran sebagai golongan manusia yang tidak dapat berkomunikasi dan bergaul dengan orang ramai kerana rosak pendengaran. Menurut Hasnah (1988) dalam Mohd. Salleh (1999), caca pendengaran dibahagikan kepada dua jenis iaitu: i. Cacat Bahagian Penerimaan ( Conductive Deafness) Kecacatan disebabkan telinga tersumbat, luka pada gegendang telinga atau tidak ada lubang telinga.

ii.

Cacat Bahagian Tanggapan ( Perceptive Deafness) Kecacatan terjadi disebabkan oleh masalah saraf pendengaran pada bahagian organ dalam telinga.

Tanda-tanda yang menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran adalah kurang memberi perhatian di dalam kelas, kelihatan selalu berkhayal, percakapannya tidak jelas, terkejut apabila dihampiri daripada belakang, tidak memahami arahan yang diberikan dan pencapaian yang lemah terutamanya berkaitan dengan bahasa. Perkembangan kognitifnya adalah agak lambat disebabkan oleh kelambatan perkembangan bahasa. Bagi perkembangan sosial pula, ia bergantung kepada pengalaman mereka, cara layanan yang diterima dan melalui kebolehan perkembangan mereka sendiri. 3.1 Jenis Masalah Pendengaran

Menurut Jamilah (2005) terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu kurang pendengaran dan pekak. 1. Kurang pendengaran

a) Ringan (mild) i. ii. iii. iv. Tahap kehilangan pendengaran antara 27 hingga 40 dB Memahami perbualan Mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi yang perlahan dan jauh Memerlukan terapi pertuturan

b) Sederhana (moderate) i. ii. iii. iv. v. vi. Tahap kehilangan pendengaran antara 41 hingga 55 dB Dapat mendengar bunyi setakat 1 hingga 1.5 meter daripadanya Memahami perbualan Sukar melibatkan diri dalam perbincangan secara kelas Memerlukan alat bantu dengar Memerlukan terapi pertuturan

c) Sederhana teruk (moderate severe)

i. ii. iii. iv. v.

Tahap kehilangan pendengaran antara 56 hingga 70 dB Memerlukan alat bantu dengar, latihan pendengaran Memerlukan latihan pertuturan dan komunikasi Orang yang ingin berhubung dengan mereka perlu bercakap dengan kuat Pertuturan kanak-kanak kategori ini mungkin tidak sempurna kerana pengalaman pendengarannya yang terhad

2. Pekak a) Teruk (severe) i. ii. Tahap kehilangan pendengaran antara 71 hingga 90 dB Dapat mendengar bunyi yang kuat pada jarak sifar hingga 30.5 sentimeter daripadanya iii. iv. v. Mungkin dapat membezakan sesetengah bunyi sahaja Menghadapi masalah dalam pertuturan Memerlukan pendidikan khas, alat bantu dengar dan latihan pertuturan dan komunikasi

b) Sangat teruk (profund) i. ii. iii. Tahap kehilangan pendengaran lebih daripada 90 dB Sukar untuk mendengar walaupun bunyi yang kuat Memerlukan alat bantu pendengaran dan terapi pertuturan

Kesimpulannya, berdasarkan kepada penerangan mengenai murid murid bekeperluan khas ( bermasalah pembelajaran, masalah penglihatan, dan masalah pendengaran ), jelas menunjukkan murid murid ini perlu diberikan pendidikan yang bukan sahaja berbentuk akedemik semata mata tetapi juga ilmu berkaitan pengurusan kehidupan mereka. Oleh itu seorang guru yang terlibat dengan proses pengajaran dan pembelajaran murid murid ini sudah tentu perlu peka dengan kekurangan murid murid ini dan merancang suatu pengajaran yang sesuai dan seiring dengan tahap dan kebolehan murid murid bekeperluan khas ini.

Berdasarkan kepada tugasan yang dipertanggungjawabkan, saya telah menjalankan lawatan ke Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran ( PPKIBP ) Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau. Hasil lawatan tersebut, saya mendapati pengurusan di sekolah tersebut adalah sangat baik. Pelbagai aktiviti dirancang dan dilaksanakan sepanjang tahun sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid murid bermasalah pembelajaran di sekolah itu. Antara aktiviti yang menarik minat saya ialah seperti :i. Terapi Berkuda ii. Terapi Renang iii. Aktiviti Ole Ole Aidilfitri iv. Jalinan Kasih Aidilfitri. Aktiviti aktiviti seperti di atas dijalankan sebagai salah satu langkah untuk mewujudkan satu proses pembelajaran yang memberi peluang kepada para pelajarnya berhubung dan berkomunikasi dengan masyarakat sekitar. Sebagai seorang guru di kelas pendidikan khas, mereka boleh menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran demi menyampaikan ilmu dan pengetahuan yang berguna kepada murid murid bekeperluan khas ini mengikut keperluan mereka. Ianya selari dengan pernyataan yang berikut:Peraturan peraturan ( Pendidikan Khas )1997, yang menyatakan Guru guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau masa atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunanaktiviti, matapelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas Melalui kelebihan ini, seorang guru itu perlulah lebih kreatif untuk menyediakan strategi pengajaran yang pelbagai dan menarik untuk murid murid bekeperluan khas ini. Guru guru tidak terikat dengan proses pengajaran hanya di dalam bilik darjah sahaja yang boleh mendatangkan kebosanan kepada murid murid bekeperluan khas ini. Berdasarkan tugasan, saya telah merancang satu program untuk murid murid PPKIBP di sekolah saya. Saya merancang untuk menjalankan Terapi Berkuda. disediakan. Berikut ialah kertas kerja yang telah

PENDAHULUAN Murid Pendidikan Khas Intergrasi terdiri daripada murid yang mengalami beberapa ketidak upayaan dari segi emosi, mental dan fizikal. Ketidak upayaan mereka merupakan limitasi mereka dalam perlaksanaan pembelajaran dan tidak menjalakan pembelajaran seperti mana murid perdana. Berdasarkan kepada pernyataan berikut, membolehkan guru guru

pendidikan khas mengubahsuai perlaksanaan aktviti penngajaran bagi mencapai objektif pembelajaran. Pengubahsuain ini perlu bagi memberikan proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna kepada murid PPKIBP.

Bagi memenuhi keperluan individu , program pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dibentuk secara Fleksibel selaras dengan Peraturan - Peraturan Pendidikan ( Pendidikan Khas ) 1997, yang menyatakan " Guru -guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau masa atau pembelajaran , masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, matapelajaran dan bahan mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas"

Program Terapi ini merupakan aktiviti pembelajaran luar bilik darjah bagi murid murid PPKI yang mana murid murid khas ini didedahkan dengan dunia luar dan pengalaman menunggang kuda. Dengan itu, murid murid PPKI lebih memahami pembelajaran yang telah diajarkan dalam bilik darjah. Tambahan pula, terapi berkuda dapat membantu menambahbaik pergerakkan motor kasar, motor halus dan perkembangan kecergasan fizikal bagi membantu menambah kemahiran kehidupan seharian. Adalah besar harapan agar program ini akan berjalan dengan jayanya. Sesungguhnya penyatuan idea dan tenaga dari pelbagai pihak mampu memberikan impak yang positif bagi menjayakan niat murni ini.

2.0

OBJEKTIF

Program Terapi berkuda mempunyai objektif-objektif seperti yang berikut:


Menanam sifat yakin diri dan keberanian. Disiplin dan membentuk imej. Pendedahan kepada kehidupan luar. Boleh berinteraksi dengan masyarakat luar. Menanam sikap tanggungjawab dan hormat menghormati. Membantu membentuk pergerakkan dan kekuatan motorkasar dan motorhalus murid.

3.0

RASIONAL

Perlaksanaan program ini memberi peluang kepada murid murid Kelas Pendidikan Khas Integrasi ini memperolehi pembelajaran di luar bilik darjah dan melihat secara lansung haiwan ( kuda ) dan melakukan aktiviti terapi berkuda. Sehubungan dengan itu, ia dapat membantu dalam menimbulkan minat belajar sekaligus mampu mewujudkan pembelajaran berkesan dan bermakna dikalangan murid murid PPKIBP. Oleh yang demikian, besarlah harapan pihak penganjur sekiranya murid murid khas ini diberi peluang untuk merasai pembelajaran di luar bilik darjah demi kebaikan murid murid PPKIBP dan juga pihak SK Kangka Tebrau amnya.

4.0

KUMPULAN SASARAN

1. Murid Pendidikan Khas Integrasi yang terdiri daripada :

Seramai 45 orang murid Seramai 9 orang guru Seramai 3 orang pembantu pengurusan murid

5.0 Tempat Tarikh

TARIKH DAN TEMPAT : Pusat Ekuin, Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor Bahru , Johor. : 5 Mac 2012

6.0 ANJURAN

Unit Kurikulum Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran Sk Kangka Tebrau.

7.0 Bil

ANGGARAN PERBELANJAAN Perkara Nilai ( RM ) Jumlah ( RM )

1.

Pengangkutan - Sewa bas

RM 150.00

RM 150.00

2.

Makanan dan minuman murid

1 orang x RM 5.00 45 orang x RM 5.00

RM 225.00

3.

Bayaran kepada Jurulatih Kuda

1 orang x RM 10.00 3 orang x RM 30.00

RM 30.00

JUMLAH

RM 405.00

10.0

TENTATIF PROGRAM - Berkumpul di tapak perhimpunan sekolah - Mendengar taklimat dari ketua lawatan

8.00 Pagi

8.15 Pagi 8.20 Pagi 8.40 Pagi 8.45 Pagi

- Setiap murid bergerak menaiki bas. - Bas bergerak ke Pusat Ekuin UTM Skudai Johor Bahru, Johor. - Tiba di Pusat Ekuin UTM Skudai Johor Bahru, Johor. - Berkumpul di dataran terbuka Pusat Ekuin UTM. - Mendengar taklimat daripada jurulatih.

9.00 Pagi

- Memulakan aktiviti - Lawatan ke kandang kuda / memberi makan kepada kuda - Terapi berkuda dengan bantuan jurulatih.

10.30 Pagi

- Berkumpul di dataran terbuka Pusat Ekuin UTM. - Mengucapkan terima kasih kepada jurulatih dan wakil murid memberi sumbangan kepada jurulatih.

10.45 Pagi 11.15Pagi

- Murid berehat dan menikmati makanan serta minuman. - Berkumpul di dataran Pusat Ekuin UTM, dan menaiki bas untuk pulang ke sekolah.

11.35Pagi

- Tiba di sekolah.

11.0

PENUTUP Adalah menjadi harapan agar segala perancangan yang telah diatur dapat memberi

faedah kepada warga Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SKKT dan mampu mencapai objektif-objektif yang telah digariskan dengan jayanya. Semoga segala usaha dan bakti ikhlas yang ditaburkan dalam menjayakan program ini akan mendapat ganjaran yang lebih baik di sisi Allah SWT. Insya-Allah.

Aktiviti Pengayaan Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan. Tujuan program pengayaan ialah untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman di samping mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Penglibatan murid-muird dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat. Berikut ialah definisi yang diutarakan mengenai aktiviti pengayaan :Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 693) mentakrifkan pengayaan sebagai perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan, misalnya mengayakan atau meluaskan kosa kata. Mok Soon Sang (1990: 55) pula menjelaskan bahawa aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana, atau lambat. Menurutnya lagi, melalui aktiviti pengayaan, murid-murid akan dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu. Berdasarkan kepada Program Terapi Berkuda yang dijalankan, saya merancang untuk menyediakan beberapa aktiviti pengayaan mengikut keupayaan murid murid bekeperluan khas ini. Aktiviti pengayaan yang telah dirancang adalah seperti yang berikut: Kumpulan A ( Murid yang telah pandan menulis dan membaca dengan baik ) Soalan : Anda diminta menulis lima Ayat m

Perancangan Program Terapi Berkuda Bagi Tahun 2012


TARIKH / AKTIVITI FEBRUARI APRIL JUN OKTOBER

Aktiviti Mengenali Terapi Berkuda kepada murid

melalui tayangan LCD / penerangan guru.

Program Terapi Berkuda kali pertama

5 Mac 2012

Program Terapi Berkuda kali kedua

Program Terapi Berkuda kali ketiga

Rujukan http://www.pts.com.my/modules.php?name=News&file=print&sid=484 Siapa Murid Pendidikan Khas? 2010

http://zackzahran.blogspot.com/feeds/posts/default?orderby=updated 1:57:37 PM | noreply@blogger.com (Mohamad Zahran bin Mohd Halil)

You might also like