You are on page 1of 19

akaun pengurusan

Site menu:
Welcome | Blogcrowds | Discography | Downloads | Photos | Tour | Merchandise | Interviews

Advanced Photoshop Magazine Issue30


0 comments Posted by teh0aisbawang at 4:36 PM

pengalokasian kos
0 comments Posted by teh0aisbawang at 9:48 PM

P u s a t P e m b a n g u n a n K e m a h i r a n I n d u s tr i P o l i m e n (PISDEC) .
Dialamtkan di : No 12, Jalan Kesuma, 3/3 Bandar Tasik Kesuma, 43700 Beranang Selangor. Tel : 019 - 416 9598 Fax : 03 - 872 39231 Email : pisdec@gmail.com Pusat pembangunan kemahiran industri poliment ini telah ditubuhkan hampir tiga tahun iaitu beroperasi pada awal 2005 sehingga sekarang. Beoperasi sebagai sebuah Syarikat Latihan Industri Polimen kepada pelatih-pelatih yang inginkan latihan didalam industri plastik dan acuan (molding), namun dalam masa yang sama, ia juga mengeluarkan barangan plastik apabila diminta oleh pelangannya. Pusat latihan ini bergerak dibawah Kementerian Pembangunan dan Latihan Industri Selangor. Pemilik syarikat ini iaitu Mustafa Rizal Bin Bakar adalah pengurus yang utama bagi Syarikat ini manakala isterinya Nurlis menjadi pengurus bagi kewangan syarikat. Mempunyai 15 orang pekerja iaitu termasuk pengurusan, tenaga pengajar dan teknikal yang bersamasama berkerja untuk memjayakan Syarikat ini.

Walaupun aktiviti utama syarikat ini adalah sebagai pusat latihan industri polimen. Namun syarikat ini juga menjalankan pengeluaran produk plastik. Pengeluaran produk plastik akan dijalankan apabila terdapat ruang masa antara cuti pelajar dan kelas mengajar iaitu apabila pelajar yang diajarkan menjalankan praktikal di luar. Ataupun jika diminta oleh pelangan kepada syarikatnya untuk mengeluarkan barangan plastik. Kami akan meceritakan dengan lebih lanjut berkenana Syarikat pada mukasurat seterusnya.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kumpulan kami menjalankan kajian ini adalah seperti berikut : 1. Mengkaji dan melihat bagaimana Syarikat mengalokasian kos di dalam mengangarkan kos produknya. 2. Melihat sama ada kaedah yang digunakan berkesan kepada pengiraan kos produknya atau tidak. 3. Melihat kebaikan den kelemahan dalam kaedah yang digunakan.memberi caadangan 4. Mengaplikasiakan kuliah perakaunan untuk pengurusan dalam projek yang diberikan.

SKOP KAJIAN
Skop kajian kami adalah syarikat perkilangan iaitu PISDEC. Kami hanya akan melihat bagaimana overhead perkilangan dikira didalam akaunya bagi maksud melihat sama ada ia mengunakan pengalokasian secara tradisional ataupun pengalokasian kos berasaskan aktiviti. Kaedah pengalokasian kos yang digunakan oleh Syarikat PISDEC adalah berasakan tradisional. Jadi kami akan mengulaskan secara terperinci kaedah yang digunakan dan melihat sekiranya boleh ada penambahbaikian boleh dilakukan iaitu mengunakan pengalokasian berasaskan aktiviti

KAEDAH KAJIAN
Dalam usaha kami menjalan tugasan ini, kami telah menggunakan beberapa kaedah kajian dalam memastikan usaha kami berjaya. Antaranya kaedah kajian kami ialah:

1. Buku Teks a. Kami menggunakan buku teks dan buku rujukan sebagai kaedah kajian utama kami. 2. Temu Ramah a. Untuk memudahkan kami mendapatkan maklumat yang lebih jelas. Kami telah menemuramah En Mustafa Rizal Bakar. b. Temuduga dilakukan di kilang Syarikat bagi mendapatkan maklumat berkaitan sejarah syarikat, produk syarikat, cara akaun disediakan dan kos perkilangan syarikat

Ringkasan kos produk di PISDEC.


Kami telah melakukan temuduga bersama pengurus utama Syarikat PISDEC (En. Mustafa Rizal Bakar) pada 19 September 2007 (Rabu). Disebabkan hari bekerja dan En Mustafa Rizal Bakar sedikit sibuk hari itu, maklumat yang dapat ditanya oleh kami tidak terlalu banyak. En Mustafa Rizal Bakar (31 tahun) adalah lepasan Universiti di Malbourn Australia dalam bidang Plastik Enjection Moulding (Managment). Ia telah menceburkan diri dalam bidang Plastik setelah pulang ke Malaysia. Dab pada tahun 2005 telah berjaya menubuhkan Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Poliment. Di PISDEC, aktiviti utama mereka adalah menjadi Jurulatih bagi program pembangunan kemahiran poliment di Malaysia. Program ini dilakukan bersama Kementerian Pembangunan Industri Selangor.Plastik katanya sangat penting pada masa sekarang. Ianya bukan sahaja dapat menjadi peganti bagi produk yang sedia ada, tetapi dengan ciri-ciri yang menarik ia lebih menarik perhatian berbanding produk sebelumnya. Contohnya pen steel dan pen plastik yang lebih berwarna warni. Plastik yang lebih murah dan mudah dikeluarkan juga menjadi sebab mengapa kementarian menyediakan peruntukan bagi melatih para pelajar dalam industri plastik ini. Namun ia juga mengeluarkan barangan plastik kepada industri yang tertentu sebagai vendor. Antaranya adalah pengeluaran lampu sisi dan helmet. Pengeluaran yang dilakukan adalah dalam bentuk

pukal (batch). Pengeluran yang secara besar-besaran ini dilakukan berasaskan mesin. Bahan utama adalah polimer. Bahan mentah ini diperolehi daripada kilang yang menjadikan syarikat ini vendor pengeluara bahan mereka. Melalui temuduga yang telah dijalankan, kos pengeluaran adalah mengikut tradisional iaitu tidak mengambil kira kos aktiviti yang terlibat. Kos yang digunakan dibahagikan kepada 3, iaitu buruh langsung, bahan langsung dan overhead bagi pengeluran bahan perkilanganya. Bagi bahan langsung dan buruh langsung, pengiraan adalah berlandaskan pusingan masa mesin berjalankan bagi setiap produk. Nilai ini diperolehi daripada andaiyan(sekiranya ia produk baru) atau melalui penyata lepas sekiranya produk yang sama. Oleh itu, andaian overhead juga digunakan mengikut mesin per jam kerana pengeluaran berlandaskan mesin digunakan. Kos pengankutan dan pentadbiran tidak banyak yang terlibat. Ini kerana kos pengankutan hanya sebilangan kecil daripada keseluruhan kos produk, manakala kos pentadbiran pula kurang kerana syarikat PISDEC tidak menjalankan pengeluaran produk sebagai aktiviti utama syarikat. Ia hanya sampingan kepada syarikatnya walaupun pengeluaran ini menyumbangkan pendapatan yang tinggi kepada penyata tahunanya.

Pengalokasian kos secara tradisional di PISDEC.


Melalui apa yang ditemuduga, kami akan menceritakan secara ringkas bagaimana kos seara tradisional ini digunakan didalam syarikat PISDEC. Pengeluran di PISDEC adalah berlandaskan kos pemprosesan dimana barangan yang dikeluarkan adalah dalam bentuk yang sama dengan kuantiti yang banyak. Kos barangan dijual mudah diperolehi hanya dengan membahagikan jumlah kos produk kepada jumlah produk yang dihasilkan. Namun disebabkan barangan yang hendak dikeluarkan adalah dalam kuantiti yang besar, jadi pembayaran pendahuluan perlu diberikan oleh pelanggan sebelum barangan dapat diperolehi oleh mereka. Namun untuk menetapkan harga kepada pelanggan sebelum kos pengeluaran berlaku bukan nya senang. Jumlah kos pengeluaran bagi setiap unit perlu dianggarkan bagi memperolehi

kos pengeluaran yang dijangka apabila tempoh pengeluaran tamat. Untuk mengandaikan kos pengeluaran ini, syarikat PISDEC mengunakan kaedah pengalokasian kos secara tradisional. Mengikut kaedah ini, buruh langsung dan bahan langsung diandaikan melalui penyemakan semula kos pengeluran yang telah tamat pada masa lalu. Namun bagi keluaran yang baru, kos pengeluaran mengikut pesaing atau andaian sendiri digunakan. Kos Bahan langsung dan buruh langsung adalah mudah dianggarkan. Ini kerana ia berkaitan kemampuan mesin dan masa mesin berjalan untuk menyiapkan produk megikut apa yang diramcamg oleh pengurus. Namun bagi overhead andaian yang lebih luas terpaksa digunakan. Kajian terhadap kos yang terlibat didalam overhead dan kuantit yang diandaikan bagi sejumlah overhead itu perlu diketahui melalui kajian secara terus kepada pengeluaranpengeluaran lepas atau temuduga kepada department pengeluran dilakuakn. Setelah kos overhead dan jumlah unit yang terlibat dapat diketahui, jumlah kos overhead yang dianggarkan ini dan unit yang dianggarkan akan dibahagikanbagi memperolehi nilai overhead per unit(kadar overhead)Setelah memperolehi kos-kos ini, barulah syarikat dapat mengandaikan nilai harga yang perlu ditawarkan kepada pelanggannya sebelum kos pengeluran berjalan.

Langkahlangkah yang digunakan dalam menyediakan akaun di PISDEC.


1. Di PISDEC, setelah pesanan diterima, pesanan bahan mentah dilakukan. Sumber bahan mentah utama syarikat adalah daripada kilang yang membuat pesanan itu sendiri. Disebabkan PISDEC adalah vendor kepada beberapa kilang tertentu. Jadi ini juga akan menyerdiakan bahan mentah kepada kilang PISDEC. Bayaran akan dibuat, kuantiti yang diperlukan akan dianggarkan bagi proses kerja ini. Nilai ini akan dinyatakan di dalam kos barang dikilangkan bagi melihat kos perkilangan. 2. Mengangarkan upah buruh langsung. Anggaran ini dilakukan dengan melihat tiket masa berkerja. Bagi proses perkilangan di Syarikatnya yang berorentasikan mesin.

Hanya 5 orang pekerja sahaja digunaan bagi meletakkan bahan mentah ke dalam mesin dan membungkus bahan yang telah siap. Kos mengaji 5 orang pekerja ini akan dimasukkan ke dalam upah buruh langsung kedalam kos perkilangan. 3. Menyediakan anggaran overhaed. Anggaran kos overhead sukar dilakukan. Ini kerana nilai kerja overhead itu sukar untuk dikesan. Ini disebabkan oleh 3 perkara. a. Kos overhead adalah Kos tidak langsung, ini menyebabkan ia sukar untuk dikesan pada produk atau kerja tertentu, andaian perlu dilakukan. b. Terlalu banyak kos berkaitan overhead perlu dilihat iaitu daripada minyak pelincir hinggalah gaji pengurus, sukar untuk menyenaraikan semuanya. c. Walaupun jualan kurang, tapi kos overhead terus berjalan kerana adanya kos tetap, contohnya dalam memelihara mesin waktu mesin tidak digunakan, susut nilai dan upah pekerja tidak langsung dalam menjada mesin sewaktu operasi tidak berjalan. Jadi bagi memudahkan pengiraan, syarikat mengunakan asas agihan overhead yang lebih mudah digunakan. Sebagai contoh mengunakan kadar mesin per jam atau buruh per jam dalam menganggarkan kos-kos overhead yang berlaku. Lihat gambar rajah di bawah. Anggaran kadar overhead = RM100,000/10,000 mesin per jam=RM10 per jam Seperti rumusan di atas, kadar overhead RM10per jam diperolehi dengan membahagikan RM100,000 iaitu nilai yang dijangka bagi kos overhead dengan 10,000 mesin per jam iaitu jangkaan masa mesin diperlukan bagi memperolehi jumlah overhead sebanyak RM100,000. Kadar ini lah yang akan digunakan dalam membauat rekod kewangan awal terhadap kos barangan dikilangkan yang hendak dikeluarkan. Katakanlah upah perkerja langsung dan bahan langsung pada sesuatu kerja yang hendak dijalankan adalah RM60,000 dan RM20,000, jadi bagi melengkapkan penyata ini, kos overhead perlu

ditambah bagi memperolehi kos barangan dikeluarkan. Namun untuk memperolehi nilai overhead yang sebenar agak sukar kerana perlu tunggu sehingga kerja proses pengeluaran selesai. Jadi anggaran kadar overhead digunakan. Katakan pada masa itu untuk mengeluarkan produk memerlukan 1,000 masa mesin. Jadi nilai overhead adalah 1,000 X RM10 (kadar overhead yang dianggarkan) = RM10,000 Jadi kita akan syarikat akan memperolehi nilai kos barang yang dikilangkan adalah Buruh langsung Bahan langsung Overhead Kos barang dikilangkan RM60,000 RM 20,000 RM 10,000 RM 90,000

4. Tetapi nilai sebenar overhead yang berlaku sewaktu mesin berjalan sehingga tamat masihperlu direkodkan. Apabila tahun kewangan telah tamat, nilai sebenar dan nilai yang dianggarkan tadi akan dilihat semula. Jika berlaku kekurangan dan terlebih nyataan di dalam akaun, kos overhead perlu diimbangkan semula supaya nilai yang dianggarkan sama dengan nilai sebenar. 5. Kos-kos bukan perkilangan dan pentadbiran akan dimasukkan ke dalam kos barangan dikilangkan ini bagi memperolehi kos produk syarikat.

Kebaikan anggaran kos dikilangkan mengunakan pengekosan secara tradisional.


Pengalokasian kos menggunakan kaeda tradisional mudah dilakukan. Ini kerana kadar yang sama digunakan untuk jumlah overhead yang dianggarkan. Data mengenai kos overhead bagi kerja-kerja yang baru hendak dilakukan mudah diperolehi daripada kos kerja overhead yang sudah siap pada masa lepas. Ini memudahkan anggaran dibuat, untuk meganggarkan nilai overhead bagi mesin yang digunakan untuk megeluarkan produk. Data yang digunakan untuk menyediakan penyata kos perkilangan ini adalah mengikut Konsep umum akaun. Penyelarasan hanya perlu dilakukan jika terdapat salah nyataan dan

penyata ini boleh digunakan bagi maksud semakan pihak luar. Tidak perlu melakukan 2 penyata kewangan berasingan dengan format yang lain.

Cadangan bagi memperbaiki pengiraan kos produk syarikat.


Pengunaan kos tradisional dalam menganggarkan kos overhead produk syarikat mempunyai kelemahan. Ini kerana pengalokasiaan kos secara tradisional tidak mengambil kira aktiviti yang sebenar yang menyumbang kepada kos produk yang dihasilkan. Jadi di sini kami mencadangkan penggunaan pengalokasina kos berasakan aktiviti kepada Syarikat dalam meperuntukkan kos produknya kerana ia lebih tepat untuk mengangarkan kos produk syarikat. Antara yang membezakan kos tradisional dengan pengalokasian berasaskan aktiviti diceritakan di bawan.

Pengekosan berasaskan aktiviti berbeza dengan pengekosan tradisional dari segi.


1) Kos perkilangan dan bukan kos perkilangan akan dimasukkan ke dalam kos produk a. Bagi pengekosan secara tradisional, hanya kos perkilangan sahaja yang dimasukkan ke dalam kos produk. Kos jualan dan pentadbiran akan dimasukkan ke dalam belanja tertentu dan bukannya di lokasikan ke dalam kos produk. Namun, sebahagian daripada kos bukan perkilangan ini juga adalah berada di dalam kos produk, jualan, agihan, dan perhidmatan sesuatu produk. Jadi kos ini juga akan di agihkan kepada kos produk melalui pengekosan berasaskan aktiviti bagi memperolehi kos produk yang lebih terperinci dan tepat berbanding pengekosan tradisional yang digunakan oleh syarikat. 2) Sesetengah kos perkilangan akan dikeluarkan daripada kos produk. a. Bagi pengekosan secara tradisional, semua kos perkilangan akan dikira sebagai kos produk. Namun bukan semua kos perkilangan ini menyumbang kepada kos sesuatu produk.

b. Melalui pengekosan secara aktiviti, kos yang tidak menyumbang kepada kos produk di dalam kos perkilangan akan dikeluarkan daripada pengiraan kos produk contohnya kos masa terluang akibat bahan mentah yang tak mencukupi tidak akan dikira sebagai kos overhead kepada produk. 3) Kumpulan aktiviti kos overhead akan digunakan, setiap daripadanya akan dimasukkan ke dalam kos produk dan kos objek (jumlah kos pesanan dan kos penyediaan produk) mengikut aktiviti kos itu sendiri. Bagi pengekosan secara tradisional, kadar overhead tetap sama ada mengikut mesin per jam atau buruh per jam akan digunakan. Kadar tetap ini digunakan bagi pengiraan overhead bagi setiap kerja yang menyumbang kepada kos produk. Namun pengunakan kadar tetap ini tidak tepat sekiranya terdapat aktiviti yang bebeza dari satu department kepada department yang lain. Melalui pengekosan berasakan aktiviti, pengiraan kadar overhead di pelbagaikan mengikut aktiviti sesuatu perkerjaan itu. Mungkin kos mesin per jam dan buruh per jam akan digunakan bersama-sama berbanding pengekosan tradisional yang mengunakan salah satu kadar bagi keseluruhan pengiraan kos overheadnya. Ini akan menyebabkan pengiraan kos berasakan aktiviti lebih tepat. 4) Cara mengkelaskan kos selalalunya berbeza seperti yang digunakan didalam pengekosan tradisional. Akan di contohkan di bawah. 5) Kadar overhead atau kadar aktiviti, mungkin akan beasaskan tingkat kapisiti aktiviti dan bukan berasaskan tingkat belanjawan aktiviti yang berlaku. a. Kadar overhead bagi pengekosan secara tradisional ditetapkan melalui belanjawan yang diangarkan bagi pengeluaran sesuatu produk. Ini menyebabkan kadar overhead yang ditetapkan kurang tepat bagi sesetengah aktiviti. Kadar overhead yang ditetapkan mungkin kurang bagi sesuatu aktiviti manakala mungkin akan terlebih bagi aktiviti yang lain kerana kadar yang ditetapkan, adalah mengikut kos belanjawan keseluruhan pengeluaran produk.

Ini berlaku kerana terdapatnya kos tetap yang sentiasa sama walaupun tidak berlaku jualan didalam pengaloasian kos secara tradisional. b. Mengikut pengekosan berasakan aktiviti, kadar yang ditetapkan mengikut aktiviti di setiap department. Department yang berbeza akan dikenakan kadar overhead yang berbeza. Walaupun mengikut nisbah yang sama iaitu mesin per jam, namun disebabkan aktiviti yang berbeza setiap department menyebabkan kadar yang dikenakan juga berbeza.

Mereka sistem pengekosan berasaskan aktiviti.


Untuk mereka sistem ini, ianya mestilah mendapat sokongan kuat daripada setiap tahap pengurusan. Setiap department mestilah bertanggunjawab dalam menjalankan pengiraan pengekosan berasaskan aktiviti dan bukannya tanggungjawab department akauntan semata-mata.

Pemasaran Pengeluaran Staff akaunting

Kebaikan pengekosan kos berasaskan aktiviti.


Kos produk mungkin akan jadi lebih murah disebabkan bukan semua kos perkilangan yang dikira melalui sistem pengekosan tradisional adalah menyumbang kepada kos produk. Melalui pengekosan secara aktiviti, kos perkilangan yang tidak menyumbang kepada aktiviti untuk menghasilkan produk akan ditolalak, manakalau kos pentadbiran dan jualan yang yang berkaitan dengan aktiviti pengeluaran produk akan ditambah. Jadi melalu kaedah ini, kos produk mungkin akan jadi lebih murah, ataupun menjadi lebih mahal daripada pengiraan kos secara tradisional. Pengekosan secara tradisional terus digunakan untuk laporan kewangan kepada pihak luar. Namun, dalam masa yang sama pengekosan berasaskan aktiviti juga dibuat untuk pembuatan keputusan bagi pihak pengurusan dalaman. Contohnya, dalam menetapan harga produk, boleh bertanding harga (biding ) dengan syarikat lain untuk mengeluarkan produk dengan

harga yang lebih murah kerana melalui pengekosan berasaskan aktiviti, kita dapat mengetahui harga produk yang dikeluarkan dengan lebih tepat.

Langkah untuk memulakan pengekosan berasaskan aktiviti.


1. Mengenali dan mentafsirkan aktiviti yang berkaitan atau tidak kepada kos produk dan jumlah kos setiap aktiviti. a. Ini adalah langkah pertama didalam melaksanakan pengekosan berasaskan aktiviti. Setiap aktiviti yang berkaitan dengan overhead syarikat haruslah dilihat dengan teliti. Setiap aktiviti daripada pengambilan pesanan hingga mengagihkan barang kepada pengguna haruslah diteliti. Semakin banyak aktiviti yang dikesan, semakin tepat kos yang ingin dicari. Namun terlalu banyak aktiviti akan menjadi serabut pula. b. Untuk memudah kan pengesanan kos ini, kita bolehlah membahagikan kos kepada 5 ciri umum yang utama dan agihkan kos yang berkaitan kedalam 5 kos utama ini iaitu. i. Tingkat Unit aktiviti ii. Tingkat kumpulan aktiviti iii. Tingkat produk aktiviti iv. Tingkat Pelanggan aktiviti v. Organisasi aktiviti c. Setelah mengelaskan aktiviti mengikut 5 kos umum diatas, langkah seterusnya adalah mengumpulkan setiap kos ini kepada sekumpulan kos aktiviti yang berkaitan. Sekumpulan aktiviti menerangkan aktiviti yang sama, yang dikumpulkan di dalam sistem pengekosan berasaskan aktiviti. Sekumpulan aktiviti ini pula akan diletakkan kadar kos yang sesuai bagi mengira kos yang digunakan didalam pengeluaran produk. Lihat jadual di bawah. Sekumpulan kos aktiviti Kumpulan kos Ukuran aktiviti

aktiviti Pesanan pelangan Lakaran produk Size pesanan Hubungan pelanggan Lain-lain

No pesanan pelanggan No lakaran produk Mesin per jam No pelanggan yang aktive Tak dapat dikira

a. Seperti jadual di atas, kos dikumpulkan mengikut aktiviti-aktiviti yang sama dalam pengeluaran produk. Bagi contoh di atas, syarikat boleh mengkelaskan kedala 5 kumpulan aktiviti yang sama iaitu a. Pesanan pelangan - semua kos yang berkaitan dalam mengambil pesanan pelangan seperti menyediakan kertas kerja proses pengeluaran seperti yang di inginkan pelanggan, menyiapkan mesin untuk dilihat pelanggan bagi tujuan tertentu. Kos ukuran no pesanan pelangan akan digunakan kerana nilai kos ini berpandukan jumlah pesanan pelanggan yang berlaku. b. Lakaran produk disebabkan syarikat mengeluarkan pesanan mengikut pesanan pelangan, jadi kos yang berkaitan menyediakan lakaran produk seperti kos penyediaan acuan plastik dan kos lakaran mesti dikumpulkan ke dalam satu kumpulan kos. Kos ukuran per lakaran akan digunakan kerana syarikat hanya mengeluarkan produk yang sama bentuknya bagi sejumlah keluarkan. c. Size pesanan ini berkaitan dengan kos-kos yang digunakan dalam menyediakan saiz pesanan, seperti penyedian mesin dan kos pelbagai perkilangan seperti kos penjagaan mesin, kos pembersihan dan lain-lain. Bagi syarikat ini, disebabkan produk yang dikeluarkan mengunakan mesin, jadi pengiraan kos akan dilakukan bagi mesin per jam. d. Hubugan pelangan - ini brkaitan kos yang digunakan untuk mengekalkan perhubugan bersama pelanggan, seperti kos telephone ke pelanggan selepas jualan berlaku, dan kos menghiburkan pelanggan. Bagi ukuran ini, no pelanggan yang aktive akan digunakan, ini kerana hubungan pelanggan hanya akan ditekankan kepada pelanggan yang aktive terhadap syarikat sahaja.

e. Lain-lain kos-kos yang tidak dikumpulkan ke dalam 4 aktiviti di atas akan diletakkan di dalam bahagian ini. Antaranya adalah kos masa terhenti. Kos ini tidak akan dikira didalam kos produk kerana menerangkan sumber yang tidak berkaitan dengan kos produk. 2. Secara terus mengesan kos aktiviti dan kos objek a. Dalam menjalankan pengekosan berasaskan aktiviti, syarikat perlu mencari seberapa banyak kos overhead yang terlbat kepada kos objek. Antara kso objek yang boleh diambik oleh syarikat adalah produk, pesanan pelangan, dan pelangan. Selain itu, koskos overhead dan bukan perkilangan pada penyata kewangan syarikat lepas yang mengunakan kaedah pengekosan secara tradisional juga boleh diguna pakai. 3. Membahagikan kos kepada kumpulan kos tertentu. a. Setelah kos dikesan. Pembahagian kos kepada aktiviti tertentu perlu dilakukan. Sebagai contoh, dalam membahagikan upah pekerja tidak langsung didalm overhead. Aktivitiaktiviti kepada pesanan pelanggan, mereka produk, saiz pesanan, hubugan pelangan dan lain-lain aktiviti perlu dikelaskan daripada kos upah tidak langsung tadi. Kajian dan temuduga kepada setiap department perlu dilakuan bagi memperolehi nisbah pembahagian yang tepat. Kajian ini penting kerana setiap department lebih mengetahui nisbah kerja masing-masing terhadap upah tidak langsung ni. b. Setelah nisbah telah diperolehi, jadual pembahagian boleh dibuat seperti jadual di bawah. Kos aktiviti Mereka Saiz produk pesanan

Perkara department

Pesanan pelangan

Hubungan pelanggan

Lainlain

jumlah

pengeluaran Upah buruh tidak 25% langsung Susut nilai perkilangan Utuliti Kos 20% 0% NA

40% 0% 10% NA

20% 60% 50% NA

10% 0% 0% NA

5% 20% 40% NA

100% 100% 100% NA

penghantaran Department pentadbiran Upah pekerja pejabat Susutnilai barangan pejabat Department pemasaran Upah pekerja pemasaran Belanja jualan 20% 10% 10% 0% 0% 0% 60% 70% 10% 20% 100% 100% 15% 30% 5% 0% 10% 0% 30% 25% 40% 45% 100% 100%

c. Kos penghantaran tidak sesuai digunakan didalam pengekosan aktiviti kerana kos ini boleh diperolehi secara terus apabila berlaku pesanan. Jadi tidak sesuai untuk dibahagikan kepada aktiviti-aktiviti lain. d. Melalui nisbah di atas, ia menyatakan peratusan atau nisbah pembahagian aktiviti kepada kos yang berlaku. Seperti contoh ni, katakanlah bagi upah buruh tidak langsung, 25% diperuntukkan kepada aktiviti pesanan pelanggan, 40% daripada kos upah tadi digunakan dalam mereka produk , 20% digunakan didalam saiz pesanan ,10% kepada aktiviti hubungan bersama pelangan ,5% kepada aktiviti-aktiviti lain (aktiviti ini tidak menyumbang kepada kos produk dan kos daripada peratusan lain-lain ini tidak akan dikira dalam kos produk). Jumlah pembahagian nisbah peratusan tadi adalah bersamaan dengan 100% atau jumlah kos upah tidak langsung keseluruhannya. Pembahagian yang sama juga dilakukan kepada nilai kos yang lain mengikut kajian pembahagian yang dibuat. e. Setelah nisbah kepada setiap aktiviti telah ditetapkan, pengagihan nilai ringgit boleh dilakukan dengan mendarapkan jumlah kos kepada peratusan aktivit seperti gambar rajah dibawah. Kos aktiviti Mereka Saiz produk pesanan

Perkara department

Pesanan pelangan

Hubungan pelanggan

Lain-lain

jumlah

pengeluaran Upah buruh

RM54,000

RM 86,400 RM 43,200 RM 21,600 RM 0 RM 720 NA RM 1200 RM 3600 NA RM 0 RM 0 NA

RM 10,800 RM RM 1200 RM 2880 NA 210,600 RM 2,000 RM 7,200 NA

tidak langsung Susut nilai RM 400 perkilangan Utuliti Kos penghantaran Department pentadbiran Upah pekerja pejabat Susutnilai barangan pejabat Department pemasaran Upah pekerja RM 4,800 RM 0 NA

RM 21,600 RM 7,200 RM 600 RM 0

RM 14,400 RM 43,200 RM 0 RM 500

RM 57,600 RM RM 900 144,000 RM 2000

RM 2,400

RM 0

RM 14,400

RM 2,400

RM

pemasaran Belanja jualan RM 200 jumlah RM81,600

RM 0 RM 0 RM 1400 RM96,720 RM62,400 RM81,100

24,000 RM 400 RM 2000 RM76,180 RM 391,800

f. Setiap department dikira pembahagian nilai ringgit kepada setiap 5 aktiviti yang dikenalpasti bagi pembahagian kos produk. Setelah di ringgitkan nilai aktiviti, jumlah bagi setiap aktiviti perlulah dikira bagi mengira kadar bagi langkah seterusnya. 4. Kira kadar kos aktiviti a. Setelah anggaran aktiviti terhadap kos dikira dan dijumlahkan, anggaran terhadap jumlah kadar overhead setiap aktiviti boleh dilakuakan sekarang. Lihat jadual dibawah. Kos aktiviti Pesanan pelanggan Mereka produk Saiz pesanan Hubungan pelanggan Lain-lain Jumlah kos aktiviti RM 81,600 RM 96,720 RM 62,400 RM 81,100 RM 79,180 Jumlah aktiviti 200 pesanan 20 rekaan 8,000 MHs 20 pesanan Tidak dipakai Kadar aktiviti RM 408 RM 4,836 RM 7.8 RM 4,055 Tidak dipakai

b. Ini dikira dengan membahagikan aktiviti yang dijangka dalam masa setahun. Angaran berlakunya aktiviti dalam setahun boleh dibuat dengan mengunakan kos perakaunan yang lepas. c. Anggaran jumlah berlakunya aktiviti akan dibahagikan dengan kos aktiviti untuk mendapat kadar bagi setiap aktiviti. Sebabgai contoh, bagi jumlah kos saiz pesanan, katakanlah syarikat memerlukan sebanyak 8,000 mesin per jam dalam setahun bagi memenuhi pesanan pelanggan, jadi 8,000 mesin per jam akan di bahagikan oleh jumlah aktiviti menyediakan saiz pesanan iaitu RM 62,400. Jadi kita dapati bagi setiap saiz pesanan kadarnya adalah RM 7.8. Begitu juga cara untuk mengira kadar aktiviti yang lain. 5. Membahagikan jumlah kos kepada kos objek menggunakan kadar aktiviti dan ukuran aktiviti. a. Setelah mendapat kadar yang sesuai bagi setiap aktiviti, langkah seterusnya adalah memasukkan jumlah kos ini kepada kos objek. Kos objek adalah kos yang diminta oleh pelanggan dan kos yang diberi oleh syarikat. 6. Sediaakan laporan pengurusan. a. Langkah terakhir setelah selesai mengira kos objek melaui kadar overhead yang diperolehi pada langkah 4, langkah seterusnya adalah membuat akaun bagi kos produk.

Kelemahan pengalokasian ABC


Kos per produk menjadi tak stabil, bila pengiraan dilakukan untuk kuantiti yang banyak, kos akan per unit menjadi kecil, tetapi jika dikira bila pengeluaran adalah kecil, kos akan menjadi besar bagi per unit produk. Jadi begi syarikat ini, pengunaan kos berasaskan aktiviti mungkin tidak sesuai kerana akan menyebabkan kos per unit yang lebih besar berbanding persaing kerana kuantiti yang kecil dikeluarkan dalam setahun. Untuk melaksanakan pengekosan kos berasaskan aktiviti perlukan modal yang lebih berbanding pengekosan tradisional. Untuk memperolehi data tambahan seperti aktivitiaktiviti yang menyumbang kepada kos produk, satu kumpulan untuk bertugas dalam kerja ini perlu disediakan selain daripada hubungan baik antara setiap department. Data berkaitan

pelbagai aktiviti yang berlaku setiap hari perlu direkodkan. Aktiviti yang banyak untuk direkodkan ini mungkin akan menyebabkan kesilapan pula. Untuk melihat aktiviti kos bagi setiap kerja yang dilakukan sangat sukar. Andaian terhadap peratusan kerja bagi sesuatu aktiviti mungkin akan silap dan menyebabkan andaian kos yang tidak tepat. Jika syarikat melakukan pengekosan berasaskan aktiviti ini, ia hanya dapat digunakan bagi pihak pengurusan dalaman sahaja, manakala jika pihak luar ingin melihat penyata kewangan syarikat, jenis pengekosan secara tradisional pula perlu dilakukan kerana ia lebih sesuai bagi penilaian pihak luar. Disebabkan itu, 2 penyata kewangan perlu disediakan. Ini akan menyukarkan pihak syarikat untuk menjaga penyata kewangannya. Selain itu, kekeliruan mungkin akan berlaku kepada pihak-pihak yang berkepentingan didalam mengandaikan kos syarikat.

Keputusan pengalokasian kos di syarikat PISDEC


Penggunaan pengalokasian kos secara tradisonal di PISDEC adalah sangat sesuai apabila melihat aktiviti pengeluaran yang dijalankan buat masa ini. Antaranya adalah a. Kos pengalokasian berasaskan aktiviti lebih mahal berbanding tradisional Bagi syarikat PISDEC, pengunaan cara tradisional adalah lebih baik kerana barangan yang dikeluarkan adalah pada masa-masa tertentu sahaja dan bukanys berterusan. Pengeluaran hanya berlaku apabila wujudnya perintaan dan barangan yang dikeluarkan adalah dalam bentuk pukal dan sejenis sahaja. Penggunaan penalokasian kos secara tradisional memudahkan kos produk dianggarkan secara keseluruhanya apabila firma menutup akaun bagi proses kerja yang sudah berakhir. Disebabkan pengalokasian kos tradisional mengira kos secara keseluruhannya, ini memudahkan kos dianggarkan berbanding pengalokasian berasaskan aktiviti yang mengira kos mengikut aktiviti tertentu. b. Aktiviti yang menyumbang kepada kos perkilangan tidak banyak Aktiviti firma yang menyumbangkan kos perkilangan kepada produk adalah sedikit. Koskos ini mungkin tidak kelihatan atau berperatusan sangat kecil daripada jumlah

keseluruhan kos. Jika kos perkilangan dan bukan perkilangan tertentu diasingkan mengikut kaedah berasaskan aktiviti, perbezaan kos mungkin sangat sedikit atau tidak kelihatan langsung. c. Firma masih baru dalam pengeluaran barangan kilang Aktiviti pengeluaran bahan polimer masih baru bagi syarikat ini yang mana aktiviti utamanya adalah sebagai pemberi perkhidmatan dalam latihan polimer. Perkerja yang masih kurang, dan pendedahan kepada operasi dan kos mungkin tidak diketahui. Jadi kesilapan dalam menganggarkan kos aktiviti mungkin akan menyebabkan pengunaan pengalokasian kos berasaskan aktiviti menjadi tidak berkesan. Pengunaan pengalokasian kos secara tradisional lebih mudah dan berkesan buat Syarikat buat masa ini. Tambahan lagi persaingan terhadap industri polimer masih kurang di situ. Perbezaan harga yang kecil mungkin tidak akan memberi masalah kepada pengguna industri. d. Kerja berorientasikan mesin. Penggunaan pengalokasian berasaskan aktiviti juga tidak sesuai bagi syarikat PESDEC kerana barangan yang dikeluarkan lebih tertumpu kepada mesin. Pekerja yang kurang dan department yang diwujudkan banyak difokuskan kepada aktiviti perkhidmatan dan bukannya perngeluaran produk perkilangan. Ini menyebabkan kos yang terlibat didalam pengiraan secara tradisional. Overhead perkilangan mungkin boleh dikesan terus.

RUJUKAN
1. Wan Madznah Wan Ibrahim; Prinsip Perakaunan; Oxford Fajar Sdn Bhd; 2006. 2. Garrison, Noreen, Brewer; Managerial Accounting; McGraw-Hill International Edition; 2006. 3. Temuduga syarikat 4. Lawatan ke syarikat. 5. Internet berkaitan penglokasian kos dan impak pada syarikat.

6. Latihan dan video di PEARSON webpage berkenaan pengalokasian kos berasaskan aktiviti. Subscribe to: Posts (Atom)

About Me

teh0aisbawang lost View my complete profile

Blog Archive
2007 (2)

You might also like