You are on page 1of 2

LAPORAN AJK KESELAMATAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 2 IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS

Bagi program Bina Insan Guru Fasa Dua, dua orang guru pelatih telah diberi tanggungjawab untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Keselamatan. Saya, Rethna Gorettie binti Robert Tiru dan saudara Fidelis anak Rufinus telah di amanahkan untuk memegang peti pertolongan cemas sebagai persediaan jika ada berlaku sebarang kecemasan di tempat yang kami menjalani program Bina Insan Guru dalam bentuk masyarakat ini. Sebagai persediaan sebelum menjalani program, kami telah bekerjasama dengan Ahli Jawatankuasa Peralatan iaitu saudara Sankeran a/l Jeganmohan untuk memohon dua buah peti pertolongan cemas dari unit GERKO. Namun demikian, kerana terdapat sedikit kesulitan, kami hanya mendapat satu peti pertolongan cemas sahaja. Bagi menampung keperluan guru pelatih seramai 245 orang, kami meminjam satu lagi peti pertolongan cemas daripada pensyarah iaitu Encik Sarudin bin Md Amin. Peti pertolongan cemas yang dipinjam daripada Encik Sarudin adalah lengkap, namun peti pertolongan yang diperoleh daripada unit GERKO tidak mempunyai bahan yang secukupnya. Bagi mengatasi masalah ini, kami memindahkan sebahagian barang dari peti pertolongan cemas Encik Sarudin kepada peti pertolongan dari unit GERKO setelah mendapat keizinan daripada Encik Sarudin. Sebelum memindahkan barangan tersebut, saya dan saudara Fidelis telah menyenaraikan semua barangan yang ada dalam peti kecemasan tersebut. Antara barangan yang terdapat di dalam peti tersebut ialah minyak cap kapak, losyen kuning, antiseptic, bandage, tape, gunting, kapas, sarung tangan dan sebagainya.

Dengan berbekalkan hanya dua peti kecemasan, kami mengalami masalah kekurangan peti pertolongan cemas. Hal ini demikian kerana kami dibahagikan untuk bergotong-royong di beberapa tempat yang berbeza. Di antaranya ialah Kubur Teridi, Kubur Balai, Balairaya Kampung Sege, Masjid Kampung Sege dan juga Sekolah Kebangsaan Kampung Sege. Oleh kerana kubur merupakan kawasan yang paling berpotensi menyebabkan kecederaan, maka kami telah mengamanahkan kedua-dua peti tersebut untuk dibawa ke kedua-dua buah kubur. Jarak keduaduanya juga agak jauh. Untuk persedian, saya telah membawa ubatan saya sendiri sebagai inisiatif jika kecederaan kecil berlaku pada guru pelatih yang bergotongroyong di kawasan balairaya. Semasa aktiviti dijalankan, seorang peserta telah

terkena pengsan dan seterusnya pengsan. Pada mulanya, kami telah mengurut kakinya, tetapi apabila dia pengsan dan tidak sedarkan diri, orang kampong yang berada di balairaya telah menghubungi klinik berhampiran. Pihak klinik datang untuk membuat pemeriksaan terhadap peserta berkenaan namun peserta tersebut terpaksa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Berdasarkan pemeriksaan, dia tidak mengalami apa-apa kecederaan serius. Selain itu, terdapat juga beberapa peserta yang mengalami luka kecil dan hanya perlu diberi losyen kuning sahaja. Setelah aktiviti gotong-royong berakhir, saya dan saudara Fidelis telah memeriksa semula peti pertolongan cemas dan mencatat ubat-ubatan yang digunakan sebagai rujukan jika berlaku sebarang masalah pada masa hadapan. Kesimpulannya, kami telah berjaya menjalankan tugas dengan baik sepanjang program BIG ini dan kerjasama daripada semua pihak telah membantu kami menjaga keselamatan seterusnya mengelakkan kemalangan dan kecederaan sepanjang program berlangsung. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Sarudin bin Md Amin kerana mengizinkan kami menggunakan peti pertolongan cemas milik beliau untuk program BIG ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

......................... (Rethna Gorettie binti Roert Tiru) Ketua AJK Keselamatan, Program Bina Insan Guru Fasa 2.

You might also like