You are on page 1of 0

BAB 1

Pengenalan Kepada Astronomi


2.1 Apa itu Astronomi?
Terdapat dua definisi yang berbeza mengenai astronomi iaitu:
Kajian saintifik alam semesta dan objek di dalamnya, termasuk bintang,
planet, nebula, dan galaksi. Astronomi juga berkaitan dengan kedudukan,
saiz, pergerakan, komposisi, tenaga, dan evolusi objek-objek cakerawala.
Astronomi ialah kajian berkenaan segala-galanya, kerana ia adalah satu
kajian alam semesta dan segala-galanya adalah sebahagian daripada alam
semesta.
Secara amnya astronomi boleh dibahagikan kepada beberapa bidang iaitu:
a. Kosmologi: kajian keseluruhan alam semesta termasuk permulaannya.
Ianya membantu kita memahami struktur galaksi, lohong hitam dan
sebagainya .
b. Astrometri: pengukuran jarak di angkasa
c. Planetlogi: Kajian berkenaan planet yang mengorbit system suria kita dan
juga planet yang mengorbit bintang lain.
d. Radio astronomi: Kajian alam semesta menggunakan radio teleskop.









2.2 Unit dalam Astronomi
Jarak antara objek-objek di alam semesta adalah amat jauh antara satu sama
lain. Penggunaan unit meter dan kilometre yang biasa digunakan dalam
kehidupan seharian amat tidak sesuai dalam bidang astronomi. Oleh itu para
saintis memperkenalkan unit tersendiri dalam bidang astronomi iaitu :
Astronomical unit (A.U.)
Tahun cahaya


Astronomical Unit (AU) :
Definisi: Jarak antara Bumi dengan Matahari.
km 10 5 . 1 A.U. 1
8


Unit Tahun cahaya:
Definisi: Jarak yang dilalui oleh cahaya dalam setahun.
Kelajuan cahaya ialah 310
8
ms
-1

Maka dalam satu saat ia bergerak sebanyak 310
8
m
Setahun = 31,536,000 s
Satu tahun cahaya = 9.4610
15
m atau 10
12
km

Contoh jarak yang diukur.
Tempat Unit Ukuran Contoh
Ruang meter (dalam rumah)
Saiz bilik tidur adalah 3
5 meters.
Bandar km
Anda mungkin memandu
sejauh 5 km ke tempat
kerja
Negeri Ratusan kilometer
Jarak antara Tanjung
Malim ke Johor Bahru
dalah sekitar 450 km
Bumi Ribuan kilometer
Ukur lilit Bumi ialah
40,233.68 km.
Sistem suria
Jutaan atau blillion km, atau
astronomical units ( AU ).
1 AU = 149,597,900 km
Neptune is 30 AU or
4497.0 million km from
the sun.
Galaksi Bima
Sakti
Ratusan atau ribuan tahun
cahaya
Saiz bagi galaksi Bima
Sakti adalah sekitar
100,000 tahun cahaya.






2.3 Kelahiran Alam Semester
Pada zaman dahulu, pengetahuan manusia tentang angkasa amat terbatas.
Peralatan-peralatan yang diperlukan untuk meneroka angkasa masih belum
cukup maju seperti sekarang. Oleh itu, kadangkala manusia mempunyai
pendapat-pendapat aneh tentang bagaimana alam ini terbentuk.
Pendapat yang menyatakan alam ini telah sedia ada, merupakan pendapat
paling lucu. Sebelum manusia mempunyai teleskop dan peralatan untuk
mengkaji langit, terdapat tokoh seperti Aristotle (ahli falsafah Greek) yang
mencadangkan alam ini tidak mempunyai permulaan tetapi telah sedia wujud
dan akan terus wujud untuk selama-lamanya. Bagaimanapun ianya tidak masuk
akal.
Manusia pertama yang membuktikan alam ini mempunyai permulaan
ialah pakar astronomi Edwin Hubble (pakar astronomi ialah mereka yang
mengkaji angkasa, bintang-bintang dan galaksi-galaksi). Hubble bekerja dengan
sebuah teleskop gergasi di Mount Wilson dan mula melakukan pencerapan
sekitar awal 1920 an.
Hubble mendapati bahawa bintang-bintang tidak tertabur secara seragam
sepanjang ruang, tetapi berkumpul bersama-sama dalam koleksi luas yang
dipanggil galaksi. Dengan mengukur cahaya dari galaksi, Hubble dapat
menentukan halaju mereka. Hubble mendapati bahawa hampir semua galaksi
bergerak menjauhi kita. Selain itu, galaksi yang semakin jauh daripada kita,
ianya bergerak lebih cepat menjauhi kita. Ia telah berkembang. Jarak antara
galaksi yang jauh telah meningkat dengan masa.
Ia bukan gerakan rawak biasa. Galaksi-galaksi dan bintang-bintang
sedang bergerak menjauhi kita secara berterusan.
Hanya seratus tahun dahulu manusia mula mengetahuinya. Hari ini,
semua ahli sains bersetuju bahawa bintang-bintang bergerak daripada satu sama
lain begitu juga dengan Bumi.
Pergerakan bintang-bintang dan galaksi-galaksi ini adalah satu maklumat
penting tentang penciptaan alam ini. Fakta bahawa bintang dan galaksi ini
bergerak menjauhi satu sama lain, membuktikan bahawa suatu masa dahulu
mereka bercantum. Ahli sains menganggarkan 15 bilion tahun dahulu semua
jirim di cakerawala ini berkumpul bersama di dalam satu titik sekecil hujung
jarum. Cakerawala kita mula terbentuk apabila titik kecil ini meletup yang
dikenali sebagai Letupan Besar (Big Bang)
Sekarang mari kita senaraikan satu-persatu apa yang telah kita perhatikan:
Bintang-bintang bergerak secara berterusan;
Bintang-bintang bergerak menjauhi kita;
Jika masa dapat diundurkan, kita akan melihat bintang-bintang kembali
bercantum.
Ia akan berterusan sehinggalah seluruh cakerawala ini bercantum kembali
pada satu titik.
Jika kita pergi lebih jauh, titik ini juga akan hilang. Ini bererti alam ini wujud
daripada ketiadaan: Maka boleh disumpulkan bahawa terdapat Pencipta Yang
Maha Agong yang telah menciptanya. Bagi umat Islam, Allah adalah
Penciptanya.
Analogi kewujudan alam ini adalah seperti kewujudan diri kita sendiri:
Jika kita undurkan masa untuk tubuh kita, kita akan dapati tubuh kita akan
hilang pada akhir operasi ini. Setiap tahun apabila masa berundur, tubuh kita
akan menjadi makin kecil dan kecil, sehingga kita menjadi seorang bayi di
dalam rahim ibu kita. Jika operasi ini diteruskan, kita akan sampai pada ketika
ibu kita belum mengandung.
Begitu juga dengan alam semester. Apabila kita mengundurkan masa,
cakerawala ini juga akan menjadi lebih muda. Ia menjadi semakin kecil
sehingga menjadi satu titik dan akhirnya hilang. Semua ini membuktikan
cakerawala ini telah dicipta.
Berjuta-juta tahun dahulu, cakerawala ini wujud selepas sebuah letupan.
Banyak serpihan wujud dengan letupan ini. Serpihan-serpihan ini bergerak dan
berselerak ke merata tempat, sama seperti tanah yang berselerak. Kemudian
mereka mula membentuk cakerawala dan planet-planet dan lain-lain.
Apa yang terbayang dalam pemikiran kita adalah tidak ada letupan yang
dapat membentuk satu struktur tersusun. Sebaliknya, letupan memusnahkan
susunan yang ada. Ia merosakkan apa sahaja yang berada di sekitarnya. Satu
bahan letupan berkuasa tinggi dapat meranapkan sebuah bangunan. Bom paling
berkuasa di dunia ialah bom atom. Apabila dilepaskan, bom ini memusnahkan
semua benda di dalam sasarannya, di dalam beberapa kejadian, beberapa
bandar.
Fenomena Letupan Besar menghasilkan letupan yang berbilion kali ganda
bom atom. Tetapi Letupan Besar sebaliknya memberikan kesan berlainan dan
membentuk sebuah alam semester yang sempurna dan tersusun.
Teori Letupan Besar ini adalah satu cubaan untuk menerangkan
permulaan alam semesta.
Terdapat sesuatu telah mengatasi daya tarikan graviti yang menyebabkan
mereka semakin menjauhi satu sama lain. Daya graviti adalah tarikan antara dua
objek yang berjuahan.
Para saintis mempercayai ada sesuatu yang mengisi ruang kosong di alam
semester yang menyebabkan berlakunya pengembangan. Para saintis
menamakannya sebagai tenaga gelap (dark energy).


2.4 Objek di Alam Semesta
Terdapat pelbagai objek di alam semesta. Maka dalam sub topik ini kita akan
bincangkan berkenaan objek-objek berkenaan.

Galaksi-galaksi
Galaksi adalah gabungan berbilion bintang, planet dan lain-lain serpihan objek.
Terdapat tiga trilion bintang di dalam galaksi terbesar. Di dalam galaksi bersaiz
sederhana, terdapat kira-kira 200 ke 300 bilion bintang, sementara terdapat
sekitar 100 bilion bintang di dalam galaksi kecil.
Di dalam galaksi-galaksi bersaiz sederhana atau besar, terdapat satu pusat
galaksi. Sekeliling pusat galaksi ini adalah tangan-tangan yang berputar pada
kelajuan yang besar. Tangan-tangan ini terdiri daripada bintang-bintang, gas
dan awan-awan debu.
Dengan tangan-tangan dan pusatnya, galaksi-galaksi adalah objek
angkasa terbesar di angkasa. Kelompok-kelompok galaksi ini juga membentuk
kelompok-kelompok objek angkasa yang lain. Terdapat beratus-ratus galaksi di
dalam satu kelompok galaksi.
Tambahan pula, kelompok-kelompok galaksi ini membentuk kelompok-
kelompok objek angkasa lain. Kelompok galaksi ini makin membesar dan terus
membesar.
Simpan di dalam fikiran kamu, sebuah galaksi yang terkumpul daripada
100 bilion bintang-bintang adalah sebuah galaksi kecil, jangan lupa setiap
bintang adalah sekurang-kurangnya sebesar matahari.
Tambahan pula, terdapat planet-planet besar dan kecil seperti Bumi kita
yang berputar mengelilingi semua bintang-bintang ini.
Sekarang cuba bayangkan saiz satu galaksi. Kemudian bayangkan pula
saiz alam semesta ini yang terdiri daripada pelbagai gugusan galaksi.
Bumi kita terletak di dalam galaksi Bimasakti.
Jiran terdekat kepada galaksi Bimasakti adalah galaksi Andromeda.
Bimasakti
Bimasakti adalah nama bagi galaksi di mana terletaknya Bumi kita. Galaksi
Bimasakti amat besar. Seperti galaksi-galaksi besar yang lain, Bimasakti juga
mempunyai pusat galaksi.
Bintang-bintang di dalam pusat-pusat ini adalah bintang-bintang tua;
mereka berwarna merah atau kuning.
Bintang-bintang pada tangan-tangan galaksi ini selalunya adalah bintang-
bintang biru yang muda dan panas. Gas dan awan-awan debu terdapat di dalam
tangan-tangan ini.
Bimasakti berbentuk pusar; sebenarnya bentuk galaksi ini adalah seperti
roda pin. Iaitu, ia mempunyai tangan-tangan pada pusatnya yang keluar ke
arah bahagian luar. Terdapat empat tangan. Atau dikenali sebagai Tangan
Pemburu (Hunter Arms). Kumpulan planet yang dikenali sebagai Sistem
Suria terletak pada tangan ini, dan Bumi kita adalah satu daripada planet-planet
di dalam kumpulan ini.
Sistem Suria kita terletak sedikit agak jauh daripada pusat galaksi ini.
Matahari (dan sistem Suria kita) mengelilingi pusat galaksi ini, dan
menyempurnakan satu putaran setiap 220 juta tahun atau lebih.
Bimasakti ini telah mengekalkan bentuk dan pergerakannya selama
berbilion-bilion tahun. Walaupun bintang-bintang di dalamnya beredar dengan
kelajuan yang hebat, mereka memelihara laluan mereka sendiri.

Bintang-bintang
Bintang-bintang dan planet-planet terbentuk melalui pemampatan jirim-jirim
gas dan debu di angkasa yang dinamakan nebula. Kerana itu, nebula, sumber
objek-objek angkasa ini, mempunyai peranan utama di cakerawala ini.
Nebula tidak mempunyai cahaya sendiri seperti bintang. Oleh itu, sukar untuk
melihatnya. Ia hanya dapat dilihat apabila gas dalamnya mengeluarkan cahaya
atau jika ia memantulkan cahaya daripada bintang-bintang. Kita juga dapat
melihatnya apabila ia dilintasi satu sumber cahaya.
Bintang memberikan kepanasan, cahaya dan tenaga.
Secara umumnya terdapat dua jenis bintang iaitu bintang kecil (average
star) dan bintang besar (massive star).
Matahari adalah bintang yang diketogarikan bintang kecil. Manakala
bintang besar jisimnya adalah sekurang-kurangnya 3 kaliganda lebih berat
daripada matahari.
Sebenarnya matahari bukan bintang utama seperti yang kita sangka;
terdapat banyak bintang-bintang lebih besar daripadanya.
Tahukah kamu bintang juga mempunyai jangka hayat?
Bintang bukan benda hidup, tetapi seperti juga benda hidup, mereka juga
dilahirkan, hidup dan akhirnya mati.
Seperti yang telah kami tunjukkan, bintang terbentuk di dalam nebula.
Sebuah bintang gergasi selalunya mati di dalam letupan besar, jirim-jirim yang
membentuknya akan berselerakan ke serata arah. Daripada pecahan-pecahan ini,
ia membentuk elemen-elemen yang menyebabkan kemusnahan bintang-bintang
dan planet-planet kecil yang berdekatan.
Matahari dan planet-planet di dalam Sistem Suria dan Bumi kita telah
terbentuk berikutan letupan letupan sebutir bintang gergasi pada masa silam.
Berikut adalah proses kehidupan sebuah bintang. Jisim bintang yang
berbeza akan mengalami kitaran hidup yang berbeza.

Sistem Suria
Di dalam Sistem Suria kita, terdapat lapan planet utama dengan 61 satelit dan
sejumlah asteroid, semuanya mengelilingi sebutir bintang yang dinamakan
matahari. Matahari terletak di tengah Sistem Suria.
Lapan planet-planet ini, yang menjadi sebahagian daripada Sistem Suria
kita, berputar sendiri sebagaimana ia beredar mengelilingi matahari dalam
bentuk yang tersusun. Nama planet-planet ini ialah Utarid, Zuhrah, Bumi,
Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun. Seperti yang kita dapat lihat
dalam gambarajah di bawah, Bumi kita berada di lokasi ketiga daripada
matahari.
Namun begitu pada hari ini, Pluto tidak lagi dikategorikan sebagai planet. Ianya
dikategorikan sebagai planet kerdil (dwarf planet) bersama-sama dengan Ceres
dan Eris.

Takrifan Planet:
Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) ahli berkumpul di Perhimpunan
Umum 2006 bersetuju bahawa 'planet' ditakrifkan sebagai badan cakerawala
yang:
i) mengorbit (mengelilingi) Matahari;
ii) mempunyai jisim yang cukup untuk graviti diri (self-gravity);
iii) tidak mempunyai apa-apa objek di sekitar orbitnya

Susunan planet adalah seperti rajah di bawah.





(a)









Empat planet (Utarid, Zuhrah, Bumi, dan Marikh) dipanggil planet
berbatu. Mereka mempunyai permukaan pepejal dengan teras logam. Mereka
mempunyai batu dan habuk pada permukaan mereka.
Seterusnya empat planet (Musytari, Zuhal, Uranus, dan Neptun)
dipanggil gas gergasi. Planet ini lebih besar daripada empat planet pertama.
Mereka tidak mempunyai permukaan pepejal. Mereka adalah bola gas gergasi
dengan teras pepejal kecil. Atmosferanya terdiri gas yang kebanyakannya
adalah gas hidrogen dan helium.
Setiap planet di dalam Sistem Suria ini mempunyai ciri-ciri berbeza.
Suhu di sesetengah planet ini cukup panas sehingga mencairkan timah.
Sementara yang lain pula, diseliputi salji. Sebahagian planet terdiri daripada
gas-gas keseluruhannya. Sesetengahnya pula terlalu kecil seperti bulan.
Terdapat hubungan harmoni di antara satelit-satelit dengan primernya.
(Di dalam ilmu astronomi, satu primer bererti satu objek yang dikelilingi oleh
objek lain. Primer Bumi ialah matahari; primer bulan ialah Bumi).
Planet-planet menarik satelit-satelit mereka. Bagaimanapun, satelit-satelit
ini mengimbangi tarikan ini. Tanpa keseimbangan seperti ini, satelit akan
melekat pada planet atau terlepas ke angkasa.
Contohnya jika bulan berputar perlahan, ia akan menjunam ke Bumi
dengan kepantasan yang tinggi. Ia akan memusnahkan Bumi. Jika ia berputar
(b)
terlalu laju, ia akan bergerak meninggalkan Bumi dan tidak akan menjadi satelit
kita lagi.
Perbincangan lanjut berkenaan sistem suria akan dibincang lebih lanjut
dalam Bab 2.

Lain-lain objek.
Selain bintang dan planet yang terkandung dalam galaksi, masih terdapat objek-
objek lain di alam semesta ini. Antaranya ialah meteoroid, meteor, meteorite,
asteroid dan komet.

Meteoroid
Merupakan objek pejal yang bergerak di angkasa lepas yang mana
saiznya adalah lebih kecil daripada asteroid.
Saiz meteoroid yang dicadangkan oleh Beech dan Steel yang ditulis
dalam Jurnal Persatuan Astronomi DiRaja adalah di antara 100 m sehingga
10 m.
Objek ini mengorbit matahari dalam pelbagai orbit dan halaju. Halaju
meteoroid boleh mencapai sehingga 30, 000 km sejam.

Meteor
Apabila meteoroid memasuki atmosfera bumi ianya akan menghasilkan alur
cahaya. Alur cahaya ini dipanggil meteor.
Rajah menunjukkan kesan
hentaman meteoroid pada
bulan
Biasanya ia berlaku di ruang mesofera, di mana altitud adalah dalam
linkungan 75-100km.

Berikut adalah ilustrasi pelukis apabila meteoroid menhentam bumi.

Geseran antara meteoroid
dengan atmosfera bumi
menyebabkan terhasilnya
jejak wap panas.
Jejak wap panas yang kita
lihat dalam rajah sebelah
ialah meteor
Suhunya boleh mencapai
sehingga 1000-2000 K


Sebenarnya berjuta-juta meteoroid menghentam bumi setiap hari. Oleh itu
setiap malam kita boleh saksikan kejadian meteor ini. Ianya semakin jelas
apabila lewat malam.
Namun begitu alur cahaya yang kelihatan adalah sebentar sahaja dalam
linkungan 1-3 saat. Kenapa?

Meteorite
Kebanyakan meteoroid yang menhentam bumi akan lenyap di atmosfera bumi.
Namun begitu, meteoroid yang bersaiz besar boleh melepasi halangan atmosfera
bumi dan akhirnya menghentam permukaan bumi. Ianya dipanggil meteorite.
Meteorite ini terbahagi kepada tiga kumpulan besar.
Stony
Iron
Stony iron
Para penyelidik menggunakan meteorite ini untuk mengkaji alam semesta
kerana objek ini usianya melebihi 4 billion tahun.
Pada tahun 2013, satu meteorite telah terhempas di Russia. Ianya adalah
seperti rajah di bawah.

Kesan hentaman meteorite terhadap permukaan bumi ditunjukkan dalam rajah
di bawah


Asteroid
Asteroid merupakan batu-batuan yang sangat besar, tiada udara di sekitarnya
dan ianya mengorbit bulan.
Saiznya sangat besar tetapi tidak cukup besar untuk dikategorikan sebagai
planet.
Ianya merupakan batu-batuan yang terbentuk daripada sisa pembentukan
sistem solar kita.
Kebanyakan asteroid ini berada di asteroid belt yang terletak antara
orbit Marikh dan Jupiter.


Berikut adalah rajah asteroid yang dirakan apabila ianya ianya menghampiri
bumi.









17 Julai 2011


Terdapat juga asteroid yang berputar pada paksinya sendiri.
Terdapat juga asteroid yang mempunyai bulan (satelit).

24 Julai 2011
Terdapat juga asteoroid binari di mana dua asteroid yang mengorbit antara
satu sama lain.
Asteroid di kelaskan kepada tiga iaitu:
Jenis C
Jenis S
Jenis M

Komet
Komet merupakan bola salji yang kotor yang terdiri daripada batu, gas yang
beku dan debu.
Gas yang beku seperti ais ini disaluti dengan bahan organic yang gelap.
Saiznya agak besar kira-kira sebesar satu bandar kecil.
Apabila ianya mendekati matahari, haba daripada matahari
memansakannya menyebabkan debu dan gas yang membeku itu bertukar
menjadi kepala gergasi yang bercahaya yang sangat besar seperti sebesar planet.
Habuk dan gas membentuk ekor yang terbentang jauh daripada cahaya
matahari yang jaraknya berjuta-juta kilometer.


Rajah
menunjukkan
salah satu imej
komet yang
diambil pada 7
May 2004

You might also like