You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PIBG KALI KE 4 2008

TARIKH : 21.04 2008


TEMPAT : KANTIN SK BADANG
KEHADIRAN :

1. En Nazri bin Ismail - Penasihat


2. En Dahalim b Zakaria - YDP
3. Us Yushaimi b Mohamad Yusuf - Setiausaha
4. Us Abdullah b Abdul Rahman - Bendahari
5.

Tidak Hadir

1. Pn Kamisah bt

BIL AGENDA TINDAKAN


1 Ucapan YDP
- YDP mengucapkan selamat datang dan terima kasih atas
kepada Guru Besar selaku penasihat dan semua AJK atas
kehadiran di mesyuarat ksli pertama selepas mesyuarat agung
tahun 2008 ini.
2 Ucapan Guru Besar
- Ucapan aluan kepada semua AJK yang hadir.
- Tahniah kepada semua AJK yang dilantik.
- Ucapan terima kasih kerana dapat mengadakan
mesyuarat ini selepas mesyuarat agung.
- Makluman sekolah kekurangan 2 orang guru. Makluman
- Kerjasama waris dan guru adalah perlu untuk
memastikan kejayaan anak-anak.
- Hampir 70 orang belum menjelaskan yuran. Diharap
semua AJK dapat membantu pihak sekolah dengan cara
menjelaskan kepada ibu bapa dalam hal ini.
- 4 guru praktikum telah menamatkan latihan pada 11
April 2008.
3 Pembentangan Minit Mesyuarat Agung ke 29
- 6.1 Pembetulan tentang yuran komputer- ditetapkan oleh
PIBG, bukan Kementerian(GB)
- 7.3 Perbincangan tentang kelas tasmik hari Selasa bagi
tahun 2 yang pulang pada jam 2.15 – Keputusan :
Dikekalkan atas dasar yang ditetapkan Kementerian.
- 7.4 Pelajar tahun 1 di tingkat atas. Keputusan :
Dikekalkan.
-
-
4 Perkara berbangkit
- AJK bersetuju melantik seorang guru KAFA sebagai AJK
PIBG 2008- Hjh Rosnah bt Abu Bakar 6.3
5 Pembentangan Kewangan
- Baki pada 21 April 2008 = RM 959.75.
- Baki akaun komputer pada 21 April 2008 = RM 748.60
- Baki akaun surau pada 21 April 2008 = RM 464.50

Rujuk lampiran untuk penerangan lanjut.

- En Radzi bertanya tentang peruntukan untuk pembaikan


komputer kegunaan guru. GB menjelaskan bahawa
pembaikan yang dilakukan adalah untuk kegunaan
pelajar. Peruntukan dari Kementerian ada tetapi lambat
diterima.
-

6 Hal-Hal lain
- YDP membangkitkan mengenai penyalahgunaan
KWAPM di kalangan ibu bapa. Pihak sekolah tidak dapat
berbuat apa-apa akan hal ini kerana ianya diluar bidang
kuasa sekolah.
- En Ismail b Awang bertanya tentang bidang tugas AJK
PIBG dari kalangan ibubapa. Guru Besar menjelaskan
bahawa ibu bapa tidak dibenarkan mencampuri urusan
pentadbiran dan pengurusan sekolah kerana ia di bawah
kuasa Jabatan dan Kementerian. PIBG boleh melakukan
apa-apa aktiviti yang boleh memajukan sekolah dan
murid.
- En Arif b Haron bertanya tentang 70 orang yang belum
bayar, mungkin terdapat kekeliruan tentang hal ini. En
Razak b Saad, Penolong Kanan HEM menjelaskan
bahawa bahawa surat peringatan akan dikeluarkan.
- Isu yuran sekolah, ramai waris yang tidak mahu
membayar kerana tidak dapat KWAPM dan juga kerana
kekeliruan pemahaman mengenai yuran percuma. GB
menjelaskan bahawa surat mengenainya akan
dikeluarkan.
- Isu ponteng kelas KAFA, En Radzi meminta pihak
sekolah berbincang dengan penyelia KAFA. GB
menjelaskan bahawa KAFA bukan dibawah bidang
sekolah. Penyelia KAFA sepatutnya berjumpa dengan
pihak sekolah untuk menyelesaikan masalah ini.
- Isu tuisyen pelajar tahun 2. Penolong Kanan HEM
menjelaskan tuisyen ini dikendalikan oleh pihak luar dan
bukan sekolah, cuma menumpang kelas di sekolah
sahaja.
- Pertanyaan tentang tuisyen tahun 3. Pihak sekolah tidak
dapat melaksanakan kerana masa yang ada telah dipenuhi
dengan tuisyen tahun 4,5 dan 6.
- Guru tahun satu (Pn Zurayati) meminta pandangan dan
persetujuan ibu bapa tentang permohonan RM 10.00
setahun kepada ibu bapa untuk kegunaan P/P pelajar
tahun satu. Keputusan = Semua AJK bersetuju dan surat
kepada ibubapa akan dikeluarkan atas nama PIBG.
- Perancangan aktiviti PIBG akan dibincangkan dalam
mesyuarat akan datang.
- En Razak b Saad (PK HEM) – Isu KWAPM, kelulusan
bukan di bawah sekolah, tetapi Kementerian yang
lakukan. Keputusan pemilihan diperingkat sekolah
diputuskan oleh Jawatankuasa yang dilantik sekolah
berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh pihak
Kementerian.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

You might also like