You are on page 1of 1

LETTER HEAD COMPANY

Ruj. Kami:

Tarikh : 11 June 2019

COWAY (M) SDN BHD


Menara Ilham
Level 20, No 8 Jalan Binjai
50450 Kuala Lumpur

Tuan/Puan,

DOKUMEN PENGESAHAN PENGECUALIAN KONTRAK SEWA BELI MESIN PENAPIS AIR COWAY
DI SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA MERAH, 09310 KUALA KETIL, KEDAH

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Kuala Merah, Kuala Ketil Kedah
mengesahkan pengecualian Kontrak Sewa Beli bagi tujuan pembayaran sewa bulanan untuk mesin
penapis air NEO CHP-260N. Oleh hal yang demikian, klausa di bawah adalah dirujuk ;

i. Surat Setuju Terima (SST) yang dikeluarkan bagi pelantikan rasmi Kontraktor berserta
dokumen-dokumen yang berkaitan hendaklah dijadikan sebahagian daripada perjanjian perkhidmatan
dan pembayaran. Kerajaan tidak dibenarkan mengeluarkan arahan sama ada secara lisan atau
bertulis kepada Kontraktor untuk memulakan kerja sebelum SST ditandatangani. Pengeluaran
arahan kepada Kontraktor untuk memulakan kerja sebelum dokumen berkaitan ditandatangani
akan mengakibatkan masalah dalam pembayaran kelak.

ii. Surat Setuju Terima berserta dokumen-dokumen yang berkaitan bagi pihak Kerajaan
hendaklah ditandatangani oleh pegawai awam yang telah diberi kuasa untuk menguruskan hal-hal sewa
beli ini.

iii. Klausa-klausa yang terkandung bagi syarat dan terma penyewaan yang terdapat di bahagian
belakang Borang Pesanan Jualan (Sales Order Form) adalah dirujuk sebagai kontrak rasmi sewa
beli ini.

………………………………………
YUSHAIMI BIN MOHAMAD YUSUFF
Jawatan : GURU BESAR
Tarikh : 11.06.2019

You might also like