You are on page 1of 6

MOHAMMAD SUFRY BIN KADIR KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

ULASAN ARTIKEL JURNAL


PENYELIDIK Nurzatulshima Kamarudin Lilia Halim Kamisah Osman T Subahan Mohd. Meerah Pengurusan Penglibatan Pelajar dalam Amali Sains (Management of Students Involvement in Science Practical Work) Jurnal Pendidikan Malaysia 34 1 2009 205 217

TAJUK JURNAL VOLUME ISSUE TAHUN HALAMAN

MOHAMMAD SUFRY BIN KADIR KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

1.0

PENGENALAN Penulis ulasan artikel ini telah memilih Jurnal Pendidikan yang bertajuk Pengurusan Penglibatan Pelajar dalam Amali Sains (Management of Students Involvement in Science Practical Work) Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 205 217 telah dikaji oleh Nurzatulshima Kamarudin, Lilia Halim, Kamisah Osman dan T Subahan Mohd. Meerah. 1.1 Menjana Fokus Kajian Berdasarkan pembacaan artikel jurnal, pengulas artikel memahami bahawa penyelidik mengemukakan fokus kajian dengan kaedah / metod Saintifik Tradisional bagi menjelaskan topik awalan yang penyelidik kualitatif akan terokai. Buktinya, penyelidik telah menghasilkan sorotan litaratur yang mencapai tahap ketepuan iaitu apabila penyelidik mendapati kebanyakan rujukan telah dibaca atau diketahui. Kemudian, penyelidik boleh mengucup dan mengembang fokus kajian bersandarkan data yang dikutip dengan penyelidikan kualitatif (Othman Lebar, 2006). Metodologi Kajian Kajian ini bertujuan untuk meneroka cara pengurusan penglibatan pelajar dalam kelas amali sains dan menilai tahap penglibatan pelajar hasil pengurusan yang dilaksanakan. Kajian yang menggunakan reka bentuk kajian kes multicasemultisite studies merujuk kepada kajian pelbagai kes dan pelbagai tempat. Pengkaji telah mendapatkan data yang terperinci berkaitan tiga kes pengurusan penglibatan pelajar dalam kelas amali dan menggunakan pelbagai lokasi sekolah yang menempatkan responden kajian bertugas. Conceptual Or Empirical Disamping itu, artikel jurnal ini adalah bersifat konseptual dalam penyelidikan mereka. Berdasarkan pembacaan penulis ulasan artikel ini didapati bahawa penyelidik tidak menggunakan sebarang bentuk kerengka teoritikal. Hal ini kerana Othman Lebar (2006) menjelaskan bahawa kerengka teoritikal merupakan orientasi atau pendirian yang penyelidik bawa ke dalam kajiannya. Ia merupakan struktur kerengka sokongan atau kerengka kajian (Marriam, 2011). Malahan penulis ulasan artikel mendapati bahawa orientasi yang mengandungi konsep atau teori tertentu seperti psikologi, sosiologi, falsafah, antropologi untuk menjelaskan konsep dan teori tidak dinyatakan oleh penyelidik dalam artikel jurnal.

1.2

1.3

2.0

RINGKASAN/RUMUSAN 2.1 Permasalahan Kajian Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah berdasarkan permasalahan kajian tersebut: I. Cara pengurusan penglibatan pelajar dalam kelas amali sains. II. Tahap penglibatan pelajar dalam kelas amali sains.

MOHAMMAD SUFRY BIN KADIR KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

2.2

Pernyataan Tujuan Artikel ini bertujuan untuk meneroka cara guru mengurus pelajar, bagi meningkatkan penglibatan mereka dalam amali sains.

2.3

Persoalan Kajian Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan penyelesaian kepada persoalan: I. Bagaimanakah cara pengurusan penglibatan pelajar dalam kelas amali sains? II. Apakah tahap penglibatan pelajar dalam kelas amali sains?

2.4

Persempalan Pengkaji telah memilih tiga orang guru sains sebagai responden secara persampelan bertujuan (purposeful sampling) yang bermaksud pemilihan sampel untuk memenuhi keperluan kajian. Creswell (2002) serta Bogdan dan Biklen (2003) menyatakan, melalui purposeful sampling, responden yang dipilih merupakan responden terbaik yang dapat memberi sumber maklumat yang maksimum bagi membantu memahami fenomena yang dikaji. Pengkaji menggunakan tiga guru berpengalaman yang telah mengajar lebih daripada 15 tahun, yang secara sukarela bersedia menjadi responden. Tradisi Penyelidikan Kualitatif Tradisi penyelidikan kualitatif yang digunakan oleh menyelidik adalah kajian kes. 2.5.1 Mengumpul Dan Menjana Data Kualitatif Pembacaan penulis ulasan ini mendapati bahawa artikel ini menjalankan kajian menggunakan pendekatan kualitatif dengan pengumpulan data melalui pemerhatian guru, temu bual pelajar dan analisis dokumen pelajar. Pemerhatian Dalam kajian ini, pengkaji bertindak sebagai pemerhati (nonparticipant observation) semasa guru menguruskan kelas amali yang dijalankan. Pengkaji menggunakan borang pemerhatian guru bagi mencatat segala aktiviti, interaksi dan tindakan pengurusan penglibatan pelajar sepanjang kelas amali berlangsung serta merakamkan segala audio dalam kelas menggunakan MP3. Temu Bual Dalam kajian temu bual bersemuka (one-to-one interviews), perbualan dirakam menggunakan pita rakaman, MP3 dan nota catatan. Sesi temu bual dimulai dengan mengajukan soalan pokok (main question) yang berbentuk umum dan mudah kepada yang lebih berfokus. Sesi temu bual

2.5

I.

II.

MOHAMMAD SUFRY BIN KADIR KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

dijalankan untuk mendapatkan penjelasan cara pengurusan pelajar oleh guru agar mereka terlibat dalam kelas amali. III. Sumber Dokumen Bagi penganalisisan dokumen pelajar, pengkaji menggunakan dokumen pelajar yang berbentuk social map bagi menilai tahap penglibatan ahli kumpulan. Dokumen tersebut dipungut semula selepas waktu kelas amali yang dikaji tamat. Penganalisisan Data Setelah semua instrumen dikumpulkan, penganalisisan data dilakukan mengikut kesesuaian maklumat dan data yang diperolehi. Bagi data yang diperolehi melalui pemerhatian, pengkaji menyusun secara manual setiap bentuk pemerhatian yang telah direkodkan. Manakala maklumat yang diperolehi melalui temu bual, pengkaji mendengar semula rakaman dan membandingkannya dengan catatan yang dilakukan. Penganalisisan data temu bual dilakukan secara manual mengikut soalan-soalan yang dikemukakan, melalui dua peringkat: (i) Transkripsi rakaman temu bual (ii) Pencarian tema dan pengkodan. Bagi dokumen pelajar pula, pengkaji meneliti setiap dokumen yang diterima dan mengira tahap penglibatan setiap ahli kumpulan menggunakan Borang Analisis Dokumen Pelajar.

IV.

3.0

HASIL DAPATAN Hasil kajian menunjukkan penglibatan pelajar dalam amali sains adalah tinggi, apabila guru mengurus mereka dengan membahagi pelajar kepada tiga hingga lima orang sekumpulan serta mengagih tugas. Didapati rondaan dan teguran sepanjang kerja amali berlangsung, pemberian ganjaran positif dan kerjasama pembantu makmal mengawasi pelajar, turut membantu meningkatkan penglibatan pelajar dalam kelas amali. Tegasnya, penglibatan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat membantu dalam penghasilan modal insan yang dilengkapi dengan ciri-ciri kreativiti, kritikal dan inovatif.

4.0

CONTRIBUTION/SUMBANGAN

5.0

FAUNDATION Berdasarkan pembacaan penulis ulasan artikel ini didapati bahawa Penyelidik telah memastikan bahawa sorotan litaratur mencukupi. Hal ini kerana penyelidik dalam jurnal yang bertajuk Pengurusan Penglibatan Pelajar dalam Amali Sains (Management of Students Involvement in Science Practical Work) merasa mereka telah mencapai tahap ketepuan iaitu apabila penyelidik mendapati kebanyakan rujukan telah dibaca atau diketahui. Di samping itu, penyelidik juga menyedari yang ia boleh mengetahui

MOHAMMAD SUFRY BIN KADIR KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

kebanyakan bahan rujukan dengan mudah dan yakin dapat mengesan serta menyatakan petikan dapatan kajian yang telah dilakukan (Othman Lebar, 2006). Berdasarkan pembacaan penulis ulasan artikel ini mendapati bahawa penyelidik telah membuat sorotan litaraturnya melalui penelitian terhadap syor pakar-pakar pendidikan. Contohnya petikan Pakar-pakar pendidikan bersetuju bahawa, secara umumnya kaedah amali sains mengandungi tiga teknik pengajaran yang berbeza: teknik penerangan (pre-lab), teknik penyiasatan (lab work) dan teknik perbincangan (pos lab)

Penggunakan kaedah amali boleh menghasilkan ketiga-tiga domain pembelajaran yang dikehendaki iaitu domain kognitif, domain psikomotor dan domain afektif.

MOHAMMAD SUFRY BIN KADIR KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

6.0

KRITIKAN UMUM

7.0

ISU-ISU (PANDANGAN PENULIS ARTIKEL) Kajian yang dijalankan telah meneroka cara pengurusan yang dijangkakan dapat membawa kepada penglibatan pelajar yang aktif di dalam kerja amali sains. Menerusi penyemakan semula kurikulum, penekanan penggunaan pembelajaran secara amali dilihat mampu menghasilkan pelajar yang kreatif, berpengetahuan, mempunyai kemahiran penyelesaian masalah. Namun, penghasilan pelajar yang berciri modal insan hanya berhasil sekiranya pelajar aktif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran termasuklah kelas amali. Menerusi kajian yang dilakukan, didapati GPA kurang berjaya memastikan pelajar-pelajarnya terlibat dengan aktif dan seragam di dalam kumpulan masing-masing. Berbanding dengan GPB dan GPC, pembahagian kumpulan yang kecil dilihat mampu menghasilkan penglibatan ahli yang seragam. Selain daripada itu, arahan setiap ahli kumpulan mempunyai data tersendiri serta tawaran ganjaran, turut mampu menjadikan pelajar aktif, bekerjasama dalam menyelesaikan kerja amali yang diberi. Dapatan kajian turut mencadangkan beberapa garis panduan praktikal yang harus diikuti lagi memastikan keterlibatan aktif pelajar. ISU-ISU (PANDANGAN PENGULAS ARTIKEL) PERSOALAN (PANDANGAN PENGULAS ARTIKEL) PENUTUP

8.0 9.0 10.0

You might also like