You are on page 1of 2

Rujukan Kami: SKSK () Tarikh: 28 OGOS 2013 Pegawai Perubatan, Klinik Kesihatan Tudan, 98000 Miri, Sarawak.

Tuan/ Puan PEMERIKSAAN DAN PENGESAHAN KESIHATAN Nama Murid : Khainiezwan Iqram bin Samat No. Surat Baranak/No. Kad Pengenalan: Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. Khainiezwan Iqram bin Samat merupakan murid tahun 1 di SK Kampung Bungai. Dukacita dimaklumkan guru-guru mengesan murid ini mempunyai masalah pembelajaran, perkembangan lambat, daya mengingat yang lemah, cepat lupa dan tidak mampu menguasai pelajaran mengikut tahap umurnya. 3. Sehubungan itu, pihak sekolah telah berbincang dengan ibu bapanya dan bersetuju murid ini dirujuk kepada pakar pusat kesihatan untuk pemeriksaan dan pengesahan bagi penempatan ke Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran. Bersama-sama ini dilampirkan instrumen dan ulasan guru-guru terhadap masalah pembelajaran dan sikap murid ini. Oleh itu diharap pihak tuan dapat membuat pemeriksaan lanjut terhadap beliau. 4. Segala kerjasama dan perhatian tuan sangatlah dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, .. (ENCIK ISMAIL BIN HASSAN) Guru Besar, SK Kampung Bungai

You might also like