You are on page 1of 5

Tool Kit LS.

Klip Video : Lesson Study (LS) Perhatikan klip video dan buat nota/refleksi. Berikut adalah beberapa soalan bimbingan: Watch the LS video clip and make notes/reflection. The following are some guiding questions: 1. Apakah Lesson Study (LS)? What is LS?

2. Apakah objektif LS? What is the objective of doing LS?

3. Apakah process LS? What is the process of doing LS?

4. Siapakah didalam pasukan LS? Who are in the LS team?

5. Apakah faedah mengendalikan LS? What are some of the advantages of LS?

6. Apakah yang menarik dalam video clip yang ditonton? What do you find interesting in the video clip?

1. Apakah Lesson Study (LS)?

Lesson Study ialah kajian sistematik dan kolaboratif mengenai pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pengalaman pembelajaran dan memperbaiki pengajaran guru. Lesson Study melibatkan sekumpulan guru yang bekerjasama secara berkolaboratif , melaksanakan pengajaran di bilik darjah,dan melaksanakan pengumpulan data melalui pencerapan dan menganalisis serta membincangkan data tersebut.dan menambah baik proses pengajaran dalam kumpulan LS (Lesson Study)

2. Apakah objektif LS?

Lesson Study bertujuan untuk meningkatkan kemampuan professional guru dalam merancang aktiviti Penmbelajaran dan Pengajaran murid yang lebih bersistematik dengan objektif yang boleh dicapai bagi melahirkan guru yang lebih inovatif serta meningkatkan kualiti PdP di dalam kelas.

3. Apakah proses LS? Proses/kitaran LS ialah :

Proses 1 : Menentukan objektif pembelajaran Proses 2 : Merancang rancangan mengajar (lesson plan) Proses 3 : Mengajar dan memerhati pengajaran Proses 4 : Menilai / mereflek pengajaran Proses 5 : Mengubahsuai / menambah baik rancangan pengajaran (lesson plan)

TENTUKAN OBJEKTIF PENGAJARAN

RANCANG PENGAJARAN (RANCANGAN MENGAJAR)

KITARAN LESSON STUDY

UBAHSUAI RANCANGAN MENGAJAR

AJAR / PERHATI PENGAJARAN

NILAI / REFLEK PENGAJARAN

4. Siapakah didalam pasukan LS?

Di peringkat sekolah, pasukan Lesson Study terdiri daripada pentadbir sekolah, guru kanan matapelajaran, ketua panitia, guru matapelajaran dan juga pakar rujuk seperti pengetua, guru pakar dan sebagainya. 4

5. Apakah faedah mengendalikan LS?

Antara faedah menjalankan Lesson Study ialah: a) meningkatkan kolaborasi dan mengurangkan pengasingan guru b) guru dapat berkongi pengalaman, memperoleh pandangan dan kritikan membina daripada anggota lain c) membantu guru memperdalam kandungan pengajaran d) memfokuskan pembelajaran murid e) guru dapat mondokumentasikan kemajuan kerja masing-masing.

You might also like