You are on page 1of 13

Pada 15 Oktober 2012, pukul 10.

00 pagi, saya telah berpeluang meninjau dan mengumpul maklumat mengenai tugasan yang diberi kali ini di Sekolah Menengah Pengkalan Permatang di Kuala Selangor. Saya memanjatkan kesyukuran, kerana Beliau yang saya temui adalah rakan isteri ketika di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka. SMK Pengkalan Permatang dipilih kerana sekolah ini adalah Sekolah Projek Rintis Matapelajaran Vokasional Pendidikan Khas. Beliau yang saya maksudkan adalah Puan Nor Hanifah binti Sahid. Temubual telah dijalankan disatu sudut pembelajaran kelas yang di ajar oleh beliau. Saya juga berpeluang melihat sendiri sesi pengajaran dan pembelajaran di salah satu kelas yang diajar oleh beliau. Saya sangat teruja dan berbesar hati apabila dapat berada disamping pelajar pelajar berkeperluan khas ini kerana mereka sangat gembira apabila saya duduk dan melihat mereka belajar. Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, Puan Nor Hanifah sangat bijak mengawal situasi setiap pelajarnya dan saya sangat kagum dengan ketabahan dan kesabarannya ketika berhadapan dengan pelajar berkeperluan khas masalah pembelajaran ini. Sesi temubual telah berlangsung selama 1 jam dan pelbagai maklumat telah dikongsi bersama. Disini saya sertakan sekali soalan soalan yang telah saya kemukakan ketika temubual berlangsung.

SOALAN 1 Soalan : Bolehkah Puan ceritakan secara ringkas sejarah Perkembangan Program Masalah Pembelajaran di Malaysia?

Puan Nor Hanifah : Apa yang saya tahu, Kesedaran terhadap pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran telah lama timbul disamping akta-akta yang di wujudkan demi menjaga kesejahteraan pelajar kumpulan berkeperluan khas ini seperti Akta Pendidikan 1961. Pada tahun 1988 Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan mula menubuhkan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang pertama di SRK (L) Jalan Batu 1. Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah melatih guru-guru bagi murid berkeperluan khas ini. Pada tahun 1991 Kursus satu tahun KKBP di Maktab Perguruan Ilmu Khas. Maktab Perguruan Ilmu Khas telah melatih ramai guru-guru yang berkemahiran dalam mengajar murid-murid berkeperluan khas. Program Masalah Pembelajaran peringkat menengah pula dimulakan pada tahun 1995. Itulah serba sedikit sejarah yang saya ingat, tetapi masih banyak lagi urutan sejarah perkembangan program masalah pembelajaran di Malaysia sehingga ke tahap yang dicapai hari ini. Banyak sekolah Pendidikan Khas telah di wujudkan bagi memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada semua rakyat Malaysia mengikut kategori masalah pembelajaran yang mereka hadapi.

SOALAN 2: Soalan yang dikemukakan : Bolehkah Puan ceritakan serba sedikit tentang latar belakang, pengalaman mengajar dan kursus yang pernah Puan ikuti sepanjang berkhidmat di sini?

Puan Nor Hanifah binti Sahid: Nama saya Puan Nor Hanifah binti Sahid . Saya berasal dari Kuala Selangor. Saya menerima pendidikan perguruan di Maktab Perempuan Melayu Durian Daun, Melaka. Beliau melanjutkan pelajaran dalam Diploma Perguruan Pendidikan Khas ( masalah pembelajaran ) bermula dari Januari 2003 dan menamatkan pengajian pada Disember 2005. Saya telah ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Permatang, Kuala Selangor pada Januari 2006. Saya telah berkhidmat di sekolah ini selama 7 tahun sejak tahun 2006. Saya sama sekali tidak menjangka keputusan penempatan telah menempatkan dan memerlukan saya berkhidmat dan mengajar di sekolah menengah. Kerana, ketika belajar saya hanya berhadapan dan diberi pendedahan mengenai murid sekolah rendah. Tetapi saya menganggap ini satu cabaran buat saya sebagai guru di sekolah menengah dan berusaha untuk mengalasnya dengan baik. Dalam pada itu juga, saya sangat bersyukur apabila ditempatkan di SMK Pengkalan Permatang kerana saya pernah mendapat pendidikan menengah di sekolah ini sejak dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Dan kini saya ingin mencurahkan bakti dan berkhidmat untuk warga disini sebagai pendidik bagi pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran. Banyak kursus yang pernah saya hadiri, antaranya Kursus Bahasa Isyarat dan Kursus Pengurusan Seksual Murid OKU. Banyak perkara baru yang saya perolehi sepanjang mengikuti Kursus Bahasa Isyarat. Kerana ketika di Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka dahulu, saya tidak diberi pendedahan penggunaan bahasa isyarat secara mendalam dan kini saya mampu untuk menggunakan bahasa isyarat.

SOALAN 3 Soalan yang dikemukakan : Bolehkan Puan nyatakan mengenai pecahan masalah masalah pembelajaran dalam program Kelas Khas Bermasalah pembelajaran (KKBP)?

Puan Nor Hanifah binti Sahid: Pelajar bermasalah pembelajaran merupakan golongan berkeperluan khas yang paling ramai. Mereka ini telah disahkan oleh pegawai perubatan sebagai murid bermasalah pembelajaran. Mereka yang tergolong dalam masalah pembelajaran ini dibahagi mengikut kumpulan masalah pembelajaran yang terbesar iaitu terencat akal, autisme, sindrom down dan masalah tingkah laku dan emosi. Autisme adalah masalah perkembangan seseorang individu. Autisme bermaksud ketidakupayaan seseorang kanak-kanak memahami perkara-perkara di sekelilingnya selain dirinya sendiri. Mereka yang mempunyai masalah autisme ini biasanya, tidak mengendahkan apa yang berlaku di sekelilingnya. Mereka mempunyai dunia mereka sendiri. Kalau dilihat dengan mata kasar, mereka yang mempunyai masalah autisme kelihatan normal dan tidak bermasalah. Mereka yang mempunyai masalah sindrom down pula adalah disebabkan oleh ketidak normalan kromosom atau lebih tepat lagi, kelebihan bilangan kromosom. Mengikut ujian yang telah dijalankan oleh pegawai perubatan mengesahkan mereka yang dibawah kategori sindrom down ini mempunyai IQ didalam lingkungan 30 hingga 80. Kerencatan akal pula terbahagi kepada 2. iaitu kerencatan ringan dan kerencatan berat. Contoh mereka yang mempunyai kerencatan akal ringan ialah, mereka yang tidak berupaya duduk, makan dan berdiri sendiri. Manakala ciri - ciri kerencatan berat pula adalah mereka yang sukar makan dan kerap muntah. Mereka

juga agak sukar dikawal. Biasanya, mereka yang kerencatan akal berat ini, akan meleleh air liurnya, selalu menangis dan sukar untuk bertutur. Bagi mereka yang mempunyai masalah tingkah laku dan emosi pula, mereka memerlukan perhatian. Biasanya mereka suka bermanja dan perlukan kita kasihkan mereka.

SOALAN 4 Soalan yang dikemukakan : Berapakah bilangan murid kelas Puan dan apakah kategori masalah pembelajaran yang mereka hadapi?

Puan Nor Hanifah binti Sahid: Di SMK Pengkalan Permatang terdapat 8 kelas pendidikan khas masalah pembelajaran, dan 2 kelas bagi bermasalah pendengaran. Saya mengajar di kesemua kelas. Saya dipertanggungjawabkan menjadi guru kelas bagi tahap 1. Pelajar yang berada dibawah kategori tahap 1 ini ialah mereka yang berfungsi rendah atau low fuction. Kelas juga dibahagikan tidak mengira peringkat umur. Mereka di kategorikan mengikut tahap masalah yang dihadapi. Di sini, pelajar dikategorikan mengikut tahap, dan ada 7 tahap kesemuanya, dan tahap yang paling rendah adalah mereka yang berada di tahap 1. Dalam kelas tahap 1, saya mengajar mereka yang mempunyai masalah down sindrom, autisme, dan juga terencat akal. Kebiasaannya seorang murid mempunyai lebih dari satu masalah. Ada dikalangan mereka tidak mampu untuk mengurus diri dan ada juga yang masih memakai lampin pakai buang. Sayalah yang bertanggungjawab mengajar mereka bertutur dengan betul, mengurus diri dan perkara yang perlu dilakukan sendiri dalam aktiviti harian mereka.

SOALAN 5 Soalan : Apakah punca masalah yang menyebabkan berlakunya masalah pembelajaran kepada murid murid pendidikan khas?

Puan Nor Hanifah binti Sahid : Masalah pembelajaran boleh terjadi disebabkan kecederaan otak, keturunan, dan persekitaran. Mereka yang mengalami kecederaan otak boleh berlaku dari dalam kandungan ibu lagi iaitu sebelum kelahiran, di mana ibu yang mengandung mengambil alkohol atau dadah, dijangkiti demam campak atau merokok. Sebab itu, ketika ibu mengandung, perlu menjaga kesihatan dari mengambil bahan yang boleh menyebabkan kecederaan otak. Kecederaan otak tidak hanya berlaku sebelum kelahiran. Kecederaan otak juga boleh berlaku semasa kelahiran seperti bayi kekurangan oksigen. Selepas kelahiran, kecederaan otak boleh berlaku disebabkan demam panas, hentakan yang kuat pada bahagian kepala akibat kemalangan dan jangkitan seperti meningitis. Keturunan juga merupakan salah satu sebab kepada masalah pembelajaran. Pelajar kebanyakkannya menghadapi masalah pembelajaran apabila mempunyai ibu atau bapa atau kedua-duanya menghadapi masalah pembelajaran. Ini menunjukkan masalah pembelajaran boleh diwarisi daripada keturunannya. Selain kecederaan otak, keturunan dan faktor persekitaran juga boleh menjadi penyebab kepada masalah pembelajaran. Persekitaran yang serba kekurangan kerana kemiskinan seperti pemakanan yang tidak seimbang, keadaan rumah yang tidak selesa, persekitaran yang kotor dan bising, hubungan ibu bapa dengan anak-anak tidak mesra atau tidak mencukupi boleh menimbulkan masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak.

Oleh itu, pengajaran yang sistematik patut diaturkan untuk semua pelajar bermasalah pembelajaran. Maka sekolah pendidikan khas adalah tempat yang sesuai untuk mereka yang memerlukan pengajaran sistematik dan teratur.

SOALAN 6 Soalan : Bagaimana pelaksaan pengurusan kelas integrasi di sekolah Puan?

Puan Nor Hanifah binti Sahid : Sekolah ini memang sudah lama terkenal dengan program Integrasi dan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah Pendidikan Khas yang lain. Program Pendidikan Khas Integrasi ditubuhkan pada 3 Januari 1996. Program ini dimulakan dengan nama Program Percantuman dan mempunyai 10 orang murid bermasalah pembelajaran dan dibimbing oleh Pn. Nazura bt. Hj. Abdan selaku penyelaras program dan di bantu oleh seorang lagi guru pendidikan khas. Manakala pada tahun 2000, program pendidikan khas melangkah setapak lagi dengan perwujudan program bermasalah pendengaran yang bertukar dari SMK Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor ke SMK Pengkalan Permatang. Seramai 5 orang murid bermasalah pendengaran 3 orang guru menjadikan program pendidikan khas lebih mencabar. Pada tahun 2000 juga buat pertama kalinya 3 orang murid bermasalah pembelajaran mengambil peperiksaan PMR. Sehingga kini pada tahun 2010 murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran telah bertambah kepada 63 orang dan 5 orang murid bermasalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi SMKPP menyediakan 3 Projek Khas (20072011) iaitu Projek Tunas Usahawan( Masakan Roti Bun ), Projek Perkhidmatan Mendobi(Menggosok Pakaian) dan Projek Sayuran dan Nursery. Program Pendidikan Khas Integrasi bermatlamat untuk melahirkan murid pendidikan khas yang berkemahiran, berketrampilan dan memberi peluang pekerjaan yang menjurus kearah

hidup berdikari. Moto Program Pendidikan Khas KE ARAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN KHAS akan terus direalisasikan demi masa depan murid-murid istimewa.

SOALAN 7 Soalan : Bagaimana pengurusan murid pendidikan khas di peringkat kelas pendidikan khas?

Puan Nor Hanifah binti Sahid :

Guru-guru Pendidikan Khas di sekolah ini terdiri daripada mereka yang komited dengan tugas dan sentiasa bantu membantu antara satu sama lain. Kami berusaha untuk mewujudkan kerjasama yang baik. Terdapat 14 orang guru dan 2 orang pembantu pengurusan murid (PPM) yang berkhidmat di dalam program ini. Setakat ini, semua guru memberikan komitmen yang tinggi setiap kali sesuatu aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan dapat dijayakan dengan baik sekali. Guru-guru juga telah diagihkan dengan kelas-kelas mengikut tahap keupayaan murid. Guruguru inilah yang bertanggungjawab dalam melatih murid

dalammenguruskan diri yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Guru-guru disini saling tolong menolong dalam menguruskan murid dibantu pula dengan Pembantu Pengurusan Murid yang ringan tulang. Pengurusan murid setakat ini tiada masalah, kerana mereka di latih oleh guru-guru yang berpengalaman untuk menguruskan diri. Lihat sendiri, guru sekolah ini berupaya membimbing 8 orang pelajar PPKI untuk penghasilan piza iaitu projek tunas bakeri. Projek ini juga menghantar roti pizza ke KIOSK untuk jualan pada waktu tengahari. Pelajar-pelajar yang terlibat dengan tunas bakeri ini menjalankan aktiviti penjualan roti pada hari Isnin, Rabu dan Khamis sahaja. 6 oorang pelajar telah dilatih mendobi oleh Puan Maria Norwina bt Mohd Bahar. Dalam projek ini, pelajar diajar untuk menyeterika baju serta membuat kekemasan pada pakaian.

BIODATA

Nama : Nor Hanifah Bt Sahid

Umur : 30 tahun Status : Berkahwin Tarikh Lahir : 19 Dis 1982 Pengalaman Mengajar : 7 tahun Pendidikan : Diploma Perguruan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka 2003 - 20005 Sekolah diajar : Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Pengkalan Permatang, Kuala Selangor

You might also like