You are on page 1of 5

PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN ( SEJARAH ) ( PITOS )

TUGASAN OFF- CAMPUS 1 PITOS 105 : MALAYSIA ABAD KE 19

NAMA PELAJAR NO. MATRIK NAMA PENSYARAH TARIKH

: : : :

NAZURA BINTI MOHD NASIR DR. SIA KENG YEK 25 OKTOBER 2013

Pendahuluan Selepas termeterai Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Inggeris mula meluaskan kuasanya ke Tanah Melayu tanpa mendapat sebarang gangguan daripada kuasa Barat yang lain. Pada masa ini, berlaku pengeksploitasian terhadap kekayaan hasil bumi dan sumber ekonomi di Tanah Melayu. Sistem pentadbiran yang digunakan oleh Inggeris telah berjaya meletakkan masyarakat setempat terus berada di takuk lama dan hal ini sangat menguntungkan pihak Inggeris untuk terus mengawal ekonomi di Tanah Melayu. Perluasan Kuasa Politik Inggeris Terhadap Tanah Melayu Selepas termeterai Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, maka bermulalah perluasan kuasa British di Tanah Melayu tanpa gangguan dari kuasa Barat yang lain. Justeru, kedatangan British di Tanah Melayu begitu ketara menjejaskan kuasa Raja dan Sultan di mana kuasa Raja dan Sultan sebelum ini yang bersifat mutlak menjadi lebih terhad. Raja atau Sultan hanya boleh menyentuh hal-hal mengenai adat istiadat dan hal-hal keagamaan sahaja. ( Kassim Thukiman, 2002 ). Bagi kaum bukan Melayu iaitu Cina dan India, mereka tidak begitu memikirkan hal politik yang berlaku di Tanah Melayu memandangkan mereka merupakan golongan yang dibawa oleh pihak Inggeris bagi tujuan ekonomi. Justeru, mereka lebih mementingkan kegiatan ekonomi mereka di Tanah Melayu. Dalam aspek pemerintahan Inggeris, pihak Inggeris berjaya memerintah dan mentadbir Tanah Melayu dengan lancar melalui dasar pecah dan perintah kerana tidak mendapat sebarang ampur tangan daripada Sultan mahu pun pembesar. British telah menjadikan orang Melayu terus hidup ditakuk lama iaitu berkhidmat dengan taat dan setia terhadap Sultan dan pembesar. Dasar pecah dan perintah adalah kehendak daripada pihak Inggeris sendiri kerana melalui dasar ini Inggeris telah berjaya mengurangkan kuasa pembesar selain daripada kejayaan mereka mengelakkan campur tangan pembesar Melayu dalam bidang politik. Penglibatan kaum Melayu dalam pentadbiran adalah sangat kecil dan amat terhad kepada jawatan yang rendah. Manakala bagi kaum Cina dan India, mereka tidak langsung terlibat dalam aspek politik dan pentadbiran. Hal ini memudahkan pentadbiran Inggeris mengikut kaum-kaum tersebut.

Perluasan Kuasa Ekonomi British Terhadap Tanah Melayu Dasar ekonomi British melalui dasar pecah dan perintah telah mangasingkan setiap kaum mengikut aktiviti mereka sendiri. Inggeris telah mengasingkan kaum utama di Tanah Melayu ketika itu iaitu Melayu, Cina dan India mengikut penempatan dan corak ekonomi masing-masing. Keadaan ini bagi memudahkan Inggeris mengawal dan menghapuskan perpaduan antara mereka. Peahan kaum ini, akan memudahkan usaha mereka mengeksploitasi hasil Bumi Tanah Melayu. Hal ini dilihat, apabila berlaku perluasan kuasa yang dilakukan oleh Inggeris, sistem ekonomi komersial diperkenal namun masyarakat Melayu kekal mengusahakan tanaman sara diri sebagaimana yang dilakukan sebelum berlaku perluasan kuasa Inggeris. Masyarakat Melayu kekal diletakkan di tempat kediaman asal iaitu perkampungan atau luar bandar. Namun, berbeza dengan saudagar Cina di Tanah Melayu kerana sejak pertengahan abad ke18 hingga akhir abad ke-18 perusahaan lombong bijih timah di Tanah Melayu dimiliki oleh saudagar Cina. Justeru, Inggeris lebih menumpukan kegiatan ekonomi yang berorientasikan eksport. Keadaan ini secara tidak langsung mendorong pelabur-pelabur asing untuk datang ke Tanah Melayu membawa teknologi dan sistem pengurusan ekonomi yang lebih sistematik. Perkembangan perusahaan getah pula menarik minat buruh India datang ke Tanah Melayu memandangkan masyarakat Melayu tidak berminat untuk bekerja di ladang getah.

Rumusan Dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh Inggeris telah menimbulkan pelbagai implikasi negatif terhadap masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum mengikut jenis pekerjaan dan petempatan telah mengurangkan interaksi dan komunikasi antara mereka dan ini membawa kepada rasa curiga antara satu sama lain. Pemisahan kaum mengikut sumber ekonomi mereka sengaja dilakukan oleh Inggeris bagi menyekat sebarang kemungkinan penyatuan mereka yang membawa risiko penentangan terhadap mereka. Justeru, dasar peah dan perintah yang diamalkan oleh Inggeris adalah disebabkan oleh kehendak mereka sendiri dan bukan didorong oleh kaum-kaum tertentu di Tanah Melayu.

Rujukan
1. Mohamad bin Abd.Karim ( 2009 ). Sejarah British di Tanah Melayu.

http://mohdkarimassigmentbloggerscom.blogspot.com/2009/10/sejarah-british-di-tanahmelayu.html.

You might also like