You are on page 1of 1

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KLANG

Jalan Meru,41050 Klang, Selangor Darul Ehsan


Tel : 03- 33487100 Fax : 03-33412043 Web : http://www.moe.gov/ppdklang

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Rujukan Kami : PPDK.PA.100-4/1/3/1 Jld.2 (34) Tarikh : 16 Oktober 2013 11 Zulhijjah 1434H Pengetua Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Klang Tuan, DAPATAN POST MORTEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dipohon kerjasama pihak tuan untuk menghantar dapatan Post Mortem keputusan Peperiksaan Percubaan SPM 2013 mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah tuan untuk tujuan analisa dan perbincangan dalam mesyuarat bersama Unit Bahasa Melayu Jabatan Pelajaran Negeri Selangor pada 18 Oktober Ini. 3. Sehubungan itu besarlah harapan saya untuk tuan, menghantar dapatan tersebut selewat-lewatnya pada 17 Oktober 2013 (Khamis) . 4. Kerjasama dari pihak tuan amat kami harapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sebarang kemusykilan sila berhubung dengan En. Halil bin Badli @ Jaafar, Penolong PPD Bahasa Melayu (Men.) di talian 03-33487100 samb. 110.

Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KLANG CEMERLANG KLANG TERBILANG Saya yang menurut perintah,

(HJH ADLIYAH BINTI RAMLI) Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Klang,

You might also like