You are on page 1of 2

Tajuk Karaoke atau Nyanyian dalam Pengajaran dan Pembelajaran Objektif 1) Membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran

n bahasa Melayu. 2) Meningkatkan pencapaian pelajar terhadap subjek bahasa Melayu. Tempat Kajian Bilik darjah Sample Kajian Pelajar Bermasalah Pembelajaran Kaedah Kajian Kajian kepustakaan Menggunakan model Kemmis dan McTaggard Menggunakan kaedah interaksi berpusatkan pelajar. Analisis Data Data dianalisis berdasarkan hasil pemerhatian terhadap pencapaian, focus dan minat pelajar selama kajian dijalankan. Rumusan Menggunakan model Kemmis dan Mc Taggard yang terdiri daripada 4 fasa, iaitu merancang, bertindak, pemerhatian dan refleksi. Langkah 1: Mengenal pasti masalah Bagi mengenal pasti tahap penguasaan pelajar dalam mengenali huruf-huruf vokal dan konsonan, pengkaji akan membuat pemerhatian terhadap pelajar. Pemerhatian akan dilakukan semasa proses P& P. Langkah 2: Merancang Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan kaedah karaoke atau nyanyian untuk membantu pelajar dapat menguasai kemahiran mengenal huruf vokal dan konsonan. Sebelum kajian ini dijalankan kami meminta pelajar menyebut huruf-huruf vokal dan konsonan. Kemudian kami akan menggunakan kaedah nyanyian atau karaoke dalam proses P&P. Langkah 3: Tindakan Proses P& P akan dijalankan menggunakan Kaedah nyanyian atau karaoke sehingga pelajar dapat menguasai isi pelajaran. Langkah 4: Pemerhatian Pemerhatian akan dibuat terhadap fokus, minat dan pencapaian pelajar. Pencapaian pelajar melalui latihan dalam lembaran kerja. Langkah 5: Refleksi Penambahbaikan perlu dilakukan sekiranya masih terdapat pelajar yang tidak menguasai isi pelajaran. Berdasarkan model Kemmis dan Mc Taggard ini, pengulangan perlu dilakukan daripada proses permulaan sekiranya masih ada pelajar yang lemah. Hal ini bertujuan untuk memastikan setiap objektif dapat dicapai

Pembelajaran kooperatif merupakan model pembelajaran yang mengutamakan pembelajaran secara berkumpulan dan ia merupakan pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya. Setiap ahli kumpulan mempunyai tahap kemampuan yang berbeza-beza (tinggi, sedang, rendah) dan juga terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India.

TUJUAN : 1) Untuk meningkatkan penglibatan aktif pelajar kerana semua pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2) Untuk memupuk sifat kerjasama antara pelajar kerana setelah pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan, setiap ahli kumpulan berperanan untuk memberikan idea masing-masing dan ini boleh menjana pemikiran kreatif dan inovatif para pelajar. 3) Meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar kerana pelajar dikehendaki menyuarakan pendapat dan idea masing-masing kepada tugaan yang diberikan. 4) Membantu pemahaman para pelajar terhadap sesuatu topik kerana bahan maujud ini sendiri adalah bermaksud barang yang wujud, oleh itu barang yang nampak secara fizikal akan lebih "real" dan bahan maujud juga boleh berbentuk multimedia di mana di mana penggunaan video digunakan untuk menunjukkan contoh-contoh bahan maujud yang sukar di bawa ke dalam kelas. 5) Melancarkan proses Pengajaran dan Pembelajaran. 6) Setiap kumpulan akan berusaha menyelesaikan permasalahan untuk menerapkan pengetahuan dan keterampilan dalam rangka mencapai tujuan pembelajaran.

You might also like