You are on page 1of 11

Rancangan Pengajaran Harian Tarikh: 8.9.2013 Masa: 8.

00 pagi - 9:00 pagi Tahun: 2 Cekap Bilangan murid: 18 orang Tajuk: pergerakan lokomotor (berlari) Fokus : Berkebolehan melakukan kemahiran berlari ke pelbagai arah dan kelajuan. Standard Pembelajaran : 1.2.1 Melakukan pergerakan berlari. 2.2.1 Mengenal pasti ciri-ciri perlakuan lokomotor dan bukan lokomotor. 5.2.2 Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti. 5.3.1 Berkomunikasi antara rakan, guru dan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal. Pengalaman lepas: Mempelajari pergerakan lokomotor aras 1 Penerapan nilai: Peka, bekerjasama, prihatin

KBKK: Membuat ramalan, membuat keputusan, menyelesaikan masalah Alatan: bola gimnastik, pundi kacang, sketal, bakul, wisel, gelung rotan EMK: Keusahawanan- Sikap Keusahawanan -sangat peka kepada peluang

Bahagian

Isi Pelajaran/ Aktiviti

Butiran Pengajaran

Pengelolaan

Catatan

Set Induksi (4 minit)

Memanaskan badan: Kambing dan harimau

1. Seorang murid akan dipilih sebagai harimau dan seorang murid akan dipilih sebagai kambing. 2. Harimau akan mengejar rusa manakala murid yang lain akan menjaga kambing daripada ditangkap oleh harimau. 3. Murid hendaklah

Peralatan: wisel

Nilai: Kerjasama, peka

KBKK: ramalan, membuat keputusan.

menjaga kambing dengan membuat bulatan dan menggelakkan harimau daripada memasuki bulatan tersebut. 4. Sekiranya kambing ditangkap oleh harimau, murid yang lain akan bertukar peranan. Perkembanga n (5 minit) Aktiviti 1 : Berlari Bebas 1. Murid berlari bebas ke pelbagai arah dan kelajuan. a) Berlari ke hadapan dan belakang b) Berlari dari sisi kanan ke kiri c) Berlari dari sisi kiri ke kanan KBKK: membuat ramalan dan membuat keputusan Nilai: Peka, bekerjasama Peralatan: bola, bakul, sketal harimau kambing

2. Murid membentuk kumpulan mengikut arahan yang diberikan oleh guru. Contohnya, guru memberikan arahan membentuk kumpulan mengikut bulan lahir anda dan murid akan membentuk kumpulan mengikut arahan yang diberikan oleh murid. 3. Guru akan mengulangi aktiviti dengan arahan yang berbeza.

Perkembanga n ( 7 minit)

Aktiviti 2 : Berlari dengan membawa bola menggunakan

1. Murid akan dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan satu kumpulan mempunyai 6 orang. 2. Dalam aktiviti ini, murid

Peralatan: bola, gelung rotan, sketal

Nilai: peka, prihatin KBKK: membuat ramalan, menyelesaikan masalah

gelung rotan

akan membawa bola dengan menggunakan gelung rotan dan mengantar bola kepada rakan yang seterusnya. Murid hendaklah berpatah balik dan menghantar bola kepada rakan yang seterusnya. 3. Teknik yang digunakan ialah berlari dari belakang ke hadapan dengan pantas. 4. Kumpulan yang menghabiskan dengan cepat dikira sebagai pemenang. A B C

1. Murid dibahagikan Kemuncak(10 minit) Permainan kecil : pencuri emas kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B yang kedua- duanya terdiri daripada 9 orang pelajar. 2. 9 orang yang akan menjadi pencuri emas manakala 9 orang lagi akan menjadi penyerang. 3. Serangan akan dilakukan dengan menggunakan bola gimnastik. Aras serangan hendaklah dari bahagian pinggang dan ke bawah. Murid yang telah diserang dengan bola akan dikeluarkan. 4. Guru akan mengawal Zon C Zon B Zon A

Peralatan: bakul, sketal, pundi kacang, wisel

Nilai: bekerjasama, bertanggungjawab

KBKK: membuat keputusan, membuat ramalan

permainan iaitu di kawasan A, B dan C. Di mana kawasan A dan C merupakan kawasan selamat manakala kawasan B adalah kawasan serangan. 5. Setiap pemain hanya boleh mengutip satu emas sahaja bagi satu larian. Jika mereka ingin mengambil emas yang seterusnya, mereka hendaklah berpatah balik ke Zon Lubuk Emas untuk mengutip emas yang seterusnya. 6. Emas yang telah berjaya dikutip hendaklah dimasukkan

ke dalam bakul emas yang telah disediakan. 7. Masa yang diberikan untuk setiap kumpulan mengutip emas adalah 3 minit. 8. Teknik yang harus digunakan oleh murid ialah teknik berlari pantas. 9. Markah akan dipotong sekiranya murid melanggar peraturan. Wisel akan dibunyikan sekiranya murid melakukan kesalahan ketika bermain. 10. Pemenang akan dikira berdasarkan pungutan emas yang dapat dikumpul dalam masa empat minit yang

diberikan. 11. Sekiranya kumpulan pencuri dapat mengumpul kesemua emas dalam masa kurang daripada tiga minit, maka catatan terpantas bagi pungutan emas akan diambil. 12. Pemenang akan dikira berdasarkan catatan masa yang terpantas sekiranya kedua-dua pasukan dapat memungut kesemua emas kurang daripada tiga minit.

Penutup (4 minit)

Menyejukkan badan

1. Melakukan peyejukkan badan. -dari bawah (kaki)

Nilai: Menghargai ilmu

ABM:Lembaran Kerja

hingga atas boleh (kepala). - tarik nafas tiga kali. 2. Pelajar membuat lembaran kera yang telah disediakan untuk menilai kefahaman pelajar terhadap kemahiran berlari. KBKK: Membanding beza

You might also like