You are on page 1of 1

4.

Penyesuaian ejaan istilah-istilah pinjaman khasnya pinjaman daripada bahasa Inggeris perlu mematuhi prinsip-prinsip ubah suai visual dan ubah suai lafaz. Huraikan tiga prinsip ubah suai visual berserta perlafazannya berdasarkan kata pinjaman bentuk akar atau dasar dan imbuhan. Berikut merupakan tiga prinsip ubah suai visual berserta perlafazannya berdasarkan kata pinjaman. Pertamanya ialah, au tetap ditulis sebagai au apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh audalam perkataan automatic dikekalkan apabila ditulis dalam bahasa Melayu iaitu automatik. Cara pelafazannya ialah au/to/ma/tik mengikut prinsip sebut apa yang dieja dan eja apa yang disebut. Prinsip yang kedua ialah, bentuk asal ee berubah kepada i apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh perkataan jeep dalam perkataan Inggeris diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu menjadi jip. Cara pelafazan perkataan ee ialah /i/ berdasarkan kepada contoh perkataan jip dalam bahasa Melayu. Prinsip yang seterusnya ialah, ae berubah kepada e-taling secara visualnya. Sebagai contoh haemoglobin ditulis menjadi hemoglobin dalam bahasa Melayu apabila diterjemahkan. Cara pelafazannya pula ialah pengguguran pada bunyi /a/ contohnya ialah he/mo/glo/bin.

You might also like