You are on page 1of 2

Terima kasih pengacara majlis. Yang berbahagia .

, guru besar, guru-guru, rakan-rakan,


kombinasi para juri yang arif lagi bijaksana sebagai penegak keadilan, penjaga masa yang
budiman, dan seterusnya hadirin-hadirat warga dewan yang saya kasih sekalian.
Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh dan salam sejahtera pembuka bicara.

Berdirinya saya di atas persada indah tidak lain dan tidak bukan, kerana ingin
menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk, Fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan, Bahasa Rasmi dan Bahasa perpaduan.
Sebelum lancang menuju ke muara, sebelum kita membelah bicara, sebelum isi menyusur
hujah, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina tajuk pidato agar hadirin
terbuka minda, agar hakim tidak terpinga-pinga, dan saya petah berkata-kata, seperti
kata orang dahulu kala :

Yang buta tidak teraba-raba,


Yang pekak tidak tertanya-tanya,
Yang kecil tidak terambin-ambin,
Yang pendek tidak tertinjau-tinjau.

Di Malaysia, bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan sekali gus berfungsi sebagai
bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan dapat ditakrifkan sebagai bahasa yang
diterima dan digunakan oleh penduduk dalam sesebuah negara. Bahasa Kebangsaan bagi
negara Malaysia ialah Bahasa Melayu.

Para hakim yang bijaksana lagi arif,

Wacana saya yang pertama, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Tuan-
tuan dan Puan-puan, ingatlah, bahasa Melayu mesti perkasa dalam negara Malaysia untuk
kepentingan kebangsaan. Semangat perjuangan menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu
tercetus apabila jiwa rakyat telah timbul kesedaran untuk jadi bangsa berdaulat. Salah
satu cara menjadi bangsa berdaulat ialah memerintah sendiri negara tanpa dikuasai atau
ditunjuk oleh penjajah. Setelah kemerdekaan tercapai, Persekutuan Tanah Melayu
memilih bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Fungsi ini telah termaktub dalam
Bahagian 12 AM dan pelbagai 152 fasal (1) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
yang menyebut bahawa, Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis
dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh
parlimen. Maka terbuktilah bahawa bahasa Melayu merupakan lambang kebebasan dan
kedaulatan negara daripada belenggu penjajahan.

Wacana saya yang kedua, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Selain
dipilih sebagai bahasa Kebangsaan, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Maksud
bahasa rasmi ialah bahasa utama yang digunakan dalam segala urusan pentadbiran dan
urusan rasmi negara. Penggunaan bahasa selain bahasa Melayu adalah menyalahi Artikel
152 Perlembagaan Malaysia. Sesiapa yang membelakangkan penggunaan bahasa Melayu
dalam urusan rasmi negara, termasuk pemimpin negara sekalipun, mereka adalah
penjenayah negara yang mesti dihukum, dengan hujah itu, terbukti lagi jelas dan nyata,
betapa penting bahasa Melayu memainkan peranan dalam urusan pentadbiran negara.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Wacana saya yang ketiga, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat
Malaysia. Bahasa perpaduan bermaksud bahasa yang digunakan sebagai tali pengikat
kemuafakatan antara anggota masyarakat. Hal ini kerana, masyarakat kita adalah
masyarakat majmuk yang berbeza kepercayaan, amalan, budaya, agama dan bahasa.
Bahasa Melayu dapat memainkan peranan sebagai penyatu kepelbagaian tersebut melalui
penggunaan bersama, atau satu bahasa untuk satu negara. Apabila penggunaan bersama
bahasa Melayu di tempat terbuka sudah menjadi amalan, maka akan wujud kemesraan,
kepercayaan, hormat dan rasa selamat. Rasa kemesraan, rasa kepercayaan, rasa hormat
dan rasa selamat merupakan faktor yang membina perpaduan antara kaum. Dengan itu,
dapatlah kita melahirkan bangsa yang bersatu dan menganggap Malaysia sebagai negara
milik bersama.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Setelah frasa demi frasa tajuk pidato saya ini dikupas, maka dapatlah saya menutup
rumusan bahawa bahasa Melayu memikul tanggungjawab yang besar dalam mengangkat
martabat dan bangsa di tanah air tercinta ini. Oleh sebab itu, segala fungsi bahasa
Melayu iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan perlu
terus didaulatkan agar keperkasaan bahasa Melayu kekal dan dikagumi.

Sebelum saya mengundur duru, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada
terkasar bahasa, tersalah kata atau tersilap bicara. Saya mengakhiri pidato saya ini
dengan serangkap pantun :
Alang-alang menyeluk pekasam,
Biar sampai ke pangkal lengan,
Alang-alang bahasa dijulang,
Biar kekal sepanjang zaman.

Sekian, wabillahi taufik wajhidayah wasalamualaikum warohmatullahi waborokatuh.

You might also like