You are on page 1of 24

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM PRA SARJANA MUDA PENGAJARAN ( SEMESTER JANUARI, 2010 )

HBHE 2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

NAMA : KU HANIZA BINTI KU OSMAN NOMBOR KAD PENGENALAN : 810622 08 - 5972 NOMBOR TELEFON : 012 - 5774143 E-MAIL ADDRESS : honeyzaa@ymail.com NAMA TUTOR : EN. KRISHNA KUMAR A/L VARATHARAJ

ISI KANDUNGAN

1. Pengurusan Kesihatan

2. Definisi Pengurusan Kesihatan

3. Objektif Pengurusan Kesihatan

4. Faedah Dalam Pengurusan Kesihatan

5. Kepentingan Pengurusan Kesihatan

6. Rancangan Pengajaran Harian

10

7. Bibliografi

12

8. Lampiran

13

Pengurusan Kesihatan Diri Pengurusan kesihatan diri ialah pengetahuan atau kemahiran dalam menguruskan diri. Tubuh yang sihat akan menjadikan hidup kita lebih sejahtera. Di dalam pengurusan kesihatan diri juga terdapat merancang, melaksana dan menilai keseluruhan program dan aktiviti-aktiviti pengurusan kesihatan diri.

Pengurusan Kesihatan Keluarga Keluarga merupakan tunjang kepada kekuatan sesebuah keluarga. Keluarga yang sihat adalah tonggak kepada pembangunan insan sesebuah negara. Kempen Cara Hidup sihat yang dilancarkan pada tahun 2001 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai kesihatan, pemakanan, kesihatan pergigian, kesihatan reproduktif, kesihatan mental dan rohani. ( Sumber : Berita Harian, 13 Ogos 2007 )

DEFINISI

OBJEKTIF

KEPENTINGAN

FAEDAH

KESIHATAN DIRI Kemahiran mengurus diri

KESIHATAN KELUARGA Berpengetahuan, mempunyai sikap dan kemahiran untuk mencapai kesihatan keluarga optimum

KESIHATAN DIRI
AM : Untuk meningkatkan tahap pengetahuan, perubahan sikap dan amalan tingkahlaku sihat. KHUSUS : Untuk mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan, mempunyai kesedaran, minat, sikap dan amalan yang baik dari segi penjagaan pengurusan kesihatan diri.

KESIHATAN KELUARGA
Menyumbang ke arah membentuk individu yang kukuh, berakhlak sihat, berilmu dan harmoni.

membuatkan kita sentiasa berasa selesa dapat menjalankan kerja dengan sempurna menghindari segala penyakit

FAEDAH DALAM PENGURUSAN KESIHATAN DIRI


mengelakkan stress mengelakkan obesiti

membentuk badan yang ideal

mengamalkan nilai moral yang baik

mengamalkan kesihatan reproduktif yang optimum

mengekalkan kesihatan mental dan emosi yang seimbang

dapat melakukan aktiviti senaman

FAEDAH DALAM PENGURUSAN KESIHATAN KELUARGA

berkongsi masa lapang sesama suami, isteri dan anak-anak

mengawal keselamatan emosi dalam diri dan keluarga

mengimbangi pendapatan keluarga

memupuk sokongan sosial

KEPENTINGAN KESIHATAN KELUARGA

menyediakan maklumat tentang kesihatan keluarga

memberi pendedahan tentang pendidikan kesihatan keluarga

meningkatkan tahap kesedaran tentang kesihatan

menghapuskan subsidi

memberi keutamaan kepada individu yang benarbenar sakit

KEPENTINGAN KESIHATAN DIRI


mewujudkan dan mengukuhkan polisipolisi kesihatan diri meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepada anggota kesihatan, masyarakat dan agensi menyesuaikan perkhidmatan mengikut keperluan semasa

smart partnership

PERKARA PENTING DALAM PENGURUSAN DIRI


Pengurusan Kebersihan Diri

Pengurusan Tahap Kesihatan

Pengurusan Pemakanan Sihat

Pengurusan Berat Badan

Pengurusan Tekanan ( stress )

Pengurusan Kebersihan Tubuh

Rancangan Pengajaran Harian(RPH) Pengurusan kesihatan Diri Tahun 5 Matapelajaran Tunjang Tahun Masa Tajuk Subtajuk : Pendidikan Kesihatan : Pengurusan Kesihatan Diri :5 : 30 minit : Penyakit Tidak Berjangkit : 1. Karies Gigi 2. Penyakit Jantung

Hasil Pembelajaran/ Objektif: Pada akhir pembelajaran, murid dapat


menyatakan empat sebab berlakunya penyakit tidak berjangkit. bersyukur terhadap kesihatan diri sendiri. menyenaraikan cara pencegahan penyakit tidak berjangkit.

Kognitif: 1. Menyatakan kepentingan menjaga kebersihan ketika mengalami haid dan ihtilam. 2. Membincangkan langkah-langkah pencegahan penyakit tidak berjangkit.

Efektif : 1. Menyemai sikap bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan terutamanya yang penyakit tidak berjangkit. 2. Mengamalkan sikap positif terhadap pencegahan dan pengawalan penyakit tidak berjangkit.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid memang sudah mengetahui penyakit tidak berjangkit dari pembacaan dan melalui televisyen.

Bahan : Alatan/keperluan menjaga kebersihan, kalendar, gambar.

Nilai: hargai diri, bertanggungjawab,kesyukuran, rasional dan kerjasama :

Perkara Set Induksi (3 minit)

Isi/ Aktiviti 1.Murid melihat gambar berkaitan penyakit karies gigi dan penyakit jantung.(Lampiran 2) 2.Guru dan murid berbincang mengenai gambar tersebut.

Strategi P&P 1.Teori kecerdasan pelbagai Kecerdasan intrapersonal Kecerdasan verbal linguistik. 2.Belajar cara belajar.

Langkah 1 (12 minit)

1.Forum: Murid dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada seorang pengerusi dan tiga orang ahli panel. 2. Kump.A (Karies gigi dan pencegahannya) Kump.B (Penyakit jantung dan caracara pencegahannya) 3.Murid yang tidak terlibat dibahagikan kepada empat kumpulan dan mencatat maklumat berkaitan tajuk forum.

1.Teori kecerdasan pelbagai

Kecerdasan intrapersonal

Kecerdasan verbal linguistik.

2.Belajar cara belajar.

Langkah 2 (12 minit)

1.Setiap kumpulan membuat pembentangan tugasan dalam bentuk puisi. 2.Pembentangan tugasan adalah berlatarkan sketsa, berdasarkan tajuk yang diberikan.

1.Teori kecerdasan pelbagai

Kecerdasan intrapersonal

Kecerdasan verbal linguistik.

2.Belajar cara belajar.

Penutup (3 minit)

1.Guru merumuskan sebab berlaku penyakit tidak berjangkit dan cara pencegahannya.

Bibliografi

Kementerian Kesihatan Malaysia . (1997). Modul kempen cara hidup sihat: Promosi makan secara sihat. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Kesihatan Malaysia . (1998). Modul kempen cara hidup sihat: Promosi senaman dan kecergasan fizikal. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Kesihatan Malaysia . (1998). Modul kempen cara hidup sihat: Promosi Promosi mental sihat. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa da Pustaka.

Mok Soon Sang. (2004). Penghantar pendidikan teras. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kementerian Kesihatan Malaysia . (2001). Sihat sepanjang hayat. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka.

http:/ /www.infosihat.gov.my/penyakit-rahsia remaja.html. http:/ /www.infosihat.gov.my www.moh.gov.my/carahidupsihat.html

Lampiran 1

PENGURUSAN KESIHATAN DIRI Pengurusan kesihatan diri ialah pengetahuan atau kemahiran dalam menguruskan diri yang menjadi asas yang penting untukmenjamin tahap kesihatan dalam hidup sihat sepanjang hayat. Semasa usia baru meningkat terutamanya alam remaja pengurusan kesihatan diri akan semakin berubah di mana remaja tersebut akan mengalami beberapa perubahan disebabkan oleh perubahan hormone dalam badan. Remaja perlu bersedia dalam menghadapi perubahan tersebutdan perlu mengutamakan pengurusan kesihatan diri. Tubuh yang sihat akan menjadikan kehidupan kita lebih sejahtera. Di dalam pengurusan kesihatan diri juga terdapat merancang, melaksana dan menilai keseluruhan program dan aktiviti-aktiviti pengurusan kesihatan diri. Program-program yang dirancang khas perlu dilaksanakan dan juga memberi perkhidmatan sokongan dalam setiap aspek berkaitan pengurusan kesihatan diri. Di samping itu juga, unit ini juga banyak bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain, sektor swasta dan NGO dalam melaksanakan program pengurusan kesihatan diri.

Objektif Am Pengurusan Kesihatan Diri Untuk meningkatkan tahap pengetahuan, perubahan sikap dan amalan tingkahlaku sihat yang bertujuan untuk memperbaiki taraf pengurusan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat menerusi inisiatif sendiri dan usaha-usaha masyarakat. Objektif Khusus Pengurusan Kesihatan Diri Mengwujudkan masyarakat yang berpengetahuan dalam aspek pencegahan, rawatan,

pemulihan dan cara-cara memperbaiki tahap pengurusan kesihatan diri mereka. Melahirkan masyarakat yang mempunyai kesedaran dan minat terhadap kepentingan

penjagaan pengurusan kesihatan diri. Mewujudkan masyarakat yang mempunyai sikap dan amalan yang baik dari segi

penjagaan pengurusan kesihatan diri.

Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai perkhidmatan dan kemudahann

kesihatan yang sedia ada supaya mereka dapat memanfaatkannya secara efisien.

Kepentingan-kepentingan Pengurusan Kesihatan Diri


Mewujudkan atau mengukuhkan polisi-polisi pengurusan kesihatan diri. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota kesihatan, masyarakat dan agensi terlibat dalam promosi pengurusan kesihatan diri.

Menggalakkan penglibatan masyarakat. Smart Partnership dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan NGO, untuk menyediakan persekitaran yang menyokong ke arah kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera.

Menyesuaikan perkhidmatan pengurusan kesihatan diri dengan keperluan semasa.

Sebagai ibu dan bapa cenderung memberi lebih keutamaan kepada anak-anak dalam pelbagai perkara termasuk soal kesihatan diri berbanding dirinya sendiri. Kepentingan dan kesihatan diri sendiri biasanya pada kedudukan terakhir dalam senarai hidup mereka semata-mata demi mendahulukan anak-anak. Sedangkan, disedari atau tidak kesejahteraan keluarga secara keseluruhan sebenarnya banyak bergantung kepada tahap kesihatan diri dari ibu dan bapa kerana dengan tubuh badan yang sihat, baru mereka dapat menjaga orang lain begitu juga sebaliknya. Menurut pengasas dan Pengerusi Eksekutif Pusat Perubatan PrimaNora (PMC), Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar, tiada gunanya harta dan kekayaan yang melimpah ruah sekiranya semua nikmat itu tidak dapat dinikmati apabila diri kita berada dalam keadaan tidak sihat dan diserang pelbagai penyakit. Justeru itu, jelasnya, biar bagaimana sibuk sekalipun, ibu dan bapa perlu mengutamakan kesihatan mereka. Katanya lagi, kebahagiaan sesebuah keluarga juga boleh terancam sekiranya ibu dan bapa tidak dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka kerana sentiasa tidak sihat. "Jika semua golongan sentiasa kurang sihat, bagaimanakah golongan ini akan dapat melahirkan sebuah institusi keluarga yang sihat serta memainkan peranan sebagai pengurus dalam

rumahtangga," ujarnya ketika menyampaikan ceramah bertajuk Kesihatan Wanita di Seminar PrimaNora Cares untuk Wanita anjuran bersama Pusat Perubatan PrimaNora dan Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) baru-baru ini. Menurut Dr . Nor Ashikin, kita sendiri perlu sedar betapa kesihatan diri itu penting dan mengetahui bahawa menjaga kesihatan tidak sahaja bermakna kita berusaha mengelak dari penyakit berbahaya seperti barah. Ia sebenar lebih daripada itu. Malah jelasnya, untuk memastikan bahawa semua golongan benar-benar sihat, pemeriksaan kesihatan juga perlu dilakukan secara berkala dan tidak menunggu sehingga benar-benar perlu sahaja. Mengakui ibu dan bapa adalah insan yang paling penting dalam kesejahteraan keluarga seharusnya mereka perlu mengelak daripada pelbagai penyakit biasa yang lain seperti penyakit darah tinggi, kencing manis, ostereoporosis dan sebagainya bagi memperoleh kehidupan yang sihat. "Semua golongan perlu menjaga pemakanan dan memastikan makanan yang seimbang, melakukan senaman harian untuk menyihatkan tubuh badan dan melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat menyihatkan diri dan juga minda," jelasnya. Perunding PMC, Prof. Datuk Dr. Aminuddin Ahmad yang turut berkongsi mengenai Mengimbangi Tekanan. Menurutnya, setiap penyakit ada penawarnya, begitu juga dalam menghadapi tekanan, pasti ada jalan penyelesaiannya.Tegasnya, memandangkan dunia pekerjaan memang memberi pengaruh yang cukup hebat dalam kehidupan. Apa tidaknya, satu pertiga daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja. Tekanan disebabkan pekerjaan merupakan interaksi kompleks di antara persekitaran di tempat kerja, personaliti dan reaksi tubuh badan serta mental seseorang.Malah, persekitaran pekerjaan juga memberikan desakan dan tekanan tertentu yang merangsang tindak balas individu secara mental dan fizikal. Tekanan ini, akuinya, akan memberi impak terhadap kesihatan psikologi dan fisiologi seseorang individu sekiranya ia tidak dikawal dengan metodologi yang tepat. Banyak implikasi negatif akan berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal tekanan kerjanya. Panas baran, murung, gelisah, kelesuan, sentiasa rasa bersalah, ketakutan, dan hilang tumpuan adalah antara kesannya. Kadang kala, ada di kalangan kita yang mencari jalan singkat dan salah dalam mengatasi tekanan. Malah tegasnya, ada juga berlaku kes-kes di mana individu yang tertekan di tempat kerja melepaskan tekanan di rumah yang mewujudkan pula

masalah rumahtangga seperti pertengkaran dengan pasangan hidup, mendera anak, dan sebagainya. Sebagai seorang Muslim, beliau menegaskan, kita perlu sedar bahawa kaedah terbaik menangani tekanan kerja sebegini adalah dengan berpegang erat kepada ajaran dan syariat Islam. "Islam telah menetapkan bahawa seseorang yang menghadapi tekanan dan kesusahan perlulah bersabar, tenang, sentiasa rasional dan yakin dengan ketentuan Allah SWT. "Bahkan, amalan hidup sihat perlu dijadikan amalan hidup kita, supaya kesihatan sentiasa wujud di dalam diri dan keluarga kita."Di dalam era persaingan kini, kesihatan menjadi tunjang utama kepada kejayaan kita. Jika tidak sihat, tiada satu kerja pun dapat dilaksanakan dengan baik," katanya. Faedah-faedah dalam pengurusan kesihatan diri Di dalam pengurusan kebersihan pakaian, hendaklah menggunakan pakaian yang

bersih dan wangi.Ini akan menjdikan si pemakai akan merasa selesan memasa memakai pakaian tersebut. Semasa membasuh pakaian mestilah menggunakan sabun untuk menghilangkan bau. Baju tersebut hendaklah dibasuh selepas digunakan. Pengurusan tahap kesihatan juga merupakan aspek yang penting dalam penjagaan

tubuh badan. Segala aktiviti dapat dijalankan jika tubuh badan sihat. Segala penyakit perlu dihindar dengan segera. Jika berlaku serangan penyakit pada badan segeralah berjumpa dengan doktor. Makanan yang seimbang perlu di dalam penjagaan pengurusan pemakanan yang

sihat. Maknan yang seimbang terdiri daripada karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan lain-lain. Makanan yang seimbang perlu untuk mengekalkan kesihatan yangb baik dan akan sentiasa sihat serta membentuk badan yang ideal. Berat dan tinggi yang normal seorang merupakan aspek pengurusan berat badan.

Berat badan yang normal secara logiknya penyakit tiada. Berat dan tinggi perlu normal kerana jika berlebihan akan dakan mengakibatkan seseorang mengalami obesiti iaitu

kegemukkan yang berlebihan. Maka dengan itu pemakanan perlu dijaga untuk mengimbangi berat badan seseorang. Pemikiran yang sihat membawa kepada hasil kerja yang baik dan berkualiti. Jika

tiada stress semasa bekerja maka hasil kerja yang baik dapat dihasilkan. Apabila pengurusan kebersihan tubuh dapat dijalankan dengan sempurna maka tubuh

badan akan sentiasa sihat dan segala aktiviti dapat dijalankan dengan sempurna. Perkara penting dalam pengurusan diri Dalam pengurusan kesihatan diri terdapat enam perkara yang perlu dititikberatkan iaitu: Pengurusan kebersihan pakaian. Pengurusan tahap kesihatan. Pengurusan pemakanan yang sihat. Pengurusan berat badan. Pengurusan tekanan(stress) Pengurusan kebersihan tubuh

PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA Pengenalan Keluarga merupakan tunjang kepada kekuatan sesebuah Negara. Jika ia teguh maka kuatlah sesebuah Negara. Keluarga yang sihat adalah tonggak kepada pembangunan insane sesebuah Negara. Kempen Cara Hidup Sihat yang dilancarkan pada tahun 2001 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai kesihatan pemakanan, senaman, kesihatan pergigian, kesihatan reproduktif, kesihatan mental dan rohani.(Sumber: Berita Harian, 13 Ogos 2007) Objektif Objektif utama Pendidkan Kesihatan Keluarga adalah bagi menyumbang ke arah pembentukan individu, keluarga dan masyarakat yang kukuh, berakhlak, sihat, berilmu dan harmoni melalui perkhidmatan kekeluargaan yang berkualiti, mesra pengguna dan berkesan. Fungsi Melaksanakan program pembangunan pendidikan kesihatan keluarga menerusi kursus dan aktiviti yang boleh meningkatkan tahap pengetahuan serta kemahiran dalam aspek keibubapaan dan kekeluargaan. Melaksanakan program dan aktiviti reproduksi manusia melalui perkhidmatan klinikal dan kaunseling kepada kumpulan sasar. Menyediakan program advokasi, promosi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia. Bertindak sebagai focal point untuk program pembangunan keluarga di peringkat negeri, dan bekerjasama dengan exco negeri yang bertanggungjawab kepada isu wanita dan keluarga. Menyediakan satu pusat sumber bagi membantu pihak berkenaan mendapat maklumat mengenai kependudukan, keluarga dan reproduksi manusia. Fungsi-fungsi Pendidikan Kesihatan Keluarga adalah seperti berikut : Kesihatan Antenata Kesihatan Postnatal Kesihatan Kanak-kanak Kesihatan Wanita Warga Sihat Kesihatan Remaja Kesihatan Wargatua Kesihatan Mental Kesihatan Pekerja Kesihatan Sekolah Pemakanan dan Dietetik

Kesihatan Pergigian Rehabitatif Rawatan dan Jagaan di rumah Surveilans Kesihatan OPD

Objektif PendidiKan Kesihatan keluarga Bersesuaian dengan Wawasan 2020 dan Dasar Pembangunan Negara dan bagi mencapai Kesihatan Untuk Semua, objektif-objektifnya adalah seperti berikut:

Meneruskan tindakann untuk memudahkan setiap individu mencapai dan mengekalkan taraf kesihatan yang membolehkannya menjalani kehidupan yang produktif dari segi sosial dan ekonomi.

Meneruskan penggunaan pendekatan Penjagaan Kesihatan Primer yang menuju kepada peningkatan kesihatan dan mengurangkan jurang perbezaan ke atas status kesihatan bagi mencapai ekuiti antara kumpulan-kumpulan dan kawasan-kawasan yang berbeza.

Melaksanakan strategi-strategi kesihatan yang menyokong dasar kerajaan untuk membangunkan masyarakat penyayang.

Melalui program promosi kesihatan, individu menyedari kesihatan dan sebagai individu mengambil tindakan positif bagi membaiki kesihatan sendiri dan juga keluarganya.

Meningkatkan penyertaan masyarakat didalam aktiviti-aktiviti kesihatan disamping meningkatkan perkongsian kos.

Menggalakkan usaha kerjasama antara sector dan agensi terutama meningkatkan hubungan antara sector awam dan swasta.

Meningkatkan produktiviti dan kualiti melalui penanaman etika dan nilai-nilai kerja murni, disamping mencapai mutu bertaraf tinggi dan pengurusan yang professional.

Merancang dan menyelaraskan pengeluaran pelbagai sumber manusia yang sesuai bagi kepentingan dan keperluan-keperluan perkhidmatan kesihatan.

Membendung kos dan mengurangkan peningkatan kos rawatan kesihatan untuk membolehkan setiap individu menikmati perkhidmatan rawatan yang saksama dan meringankan bebanan kerajaan.

Menjalankan

aktiviti-aktiviti

penyelidikan

untuk

menyokong

perancangan

dan

penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Mengukuhkan system maklumat kesihatan untuk menyokong dengan lebih berkesan keperluan-keperluan perkhidmatan kesihatan.

Faedah-faedah dalam pendidikan kesihatan keluarga


Dapat mengamalkan nilai-nilai moral yang baik dan fahaman agama dapat ditingkatkan. Dapat mengamalkan amalan-amalan yang sihat seperti dapat melakukan aktiviti senaman atau fizikal dan pemakanan yang sihat.

Dapat mengamalkan kesihatan reproduktif yang optimum bagi memastikan kestabilan dan keseimbangan keluarga.

Dalam pada itu juga dapat mengekalkan kesihatan mental dan emosi yang seimbang. Dapat berkongsi masa lapang sesama suami, isteri dan anak-anak dalam sesebuah keluarga.

Dapat memupuk sokongan social. Dapat menimbangi pendapat keluarga dengan pendapatan bulanan. Dapat mengawal keselamatan emosi dalam diri dan keluarga.

Kepentingan Pendidikan Kesihatan Keluarga Pendidikan Kesihatan Keluarga adalah salah satu cabang perubatan yang bertanggunjawab untuk menyediakan maklumat kesihatan keluarga buat komuniti. Pendidikan Kesihatan Keluarga memberi fokus utama dalam maklumat-maklumat yang penting yang perlu didedahkan dalam penjagaan wanita mengandung, klinik kanak-kanak, klinik pesakit luar dan juga sebagai pusat rawatan susulan bagi pesakit kronik seperti hipertensi dan kencing manis (diabetes mellitus). Pendidikan Kesihatan Keluarga juga bertanggunjawab untuk memberi maklumat-maklumat pencegahan dan kesedaran mengenai penyakit untuk sesebuah komuniti. Di Malaysia, usaha ini dilaksanakan oleh klinik-klinik kesihatan kerajaan yang bertebaran di seluruh negara. Dalam menuju tahun 2020, hampir setiap mukim akan memiliki sekurangkurangnya sebuah klinik kesihatan kerajaan. Klinik-klinik ini dibiaya sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia . Kita masih ketinggalan Pada dasarnya, pendedahan Pendidikan Kesihatan Keluarga di Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding negara-negara maju walaupun memiliki kelengkapan infrakstruktur dan pemberian dana yang berterusan dari kerajaan. Peratusan populasi Malaysia yang menghidap

diabetes mellitus atau hipertensi berada di tahap yang membimbangkan (Peratusan untuk populasi dunia mengikut laporan WHO adalah 6% dari populasi dunia menghidap diabetes mellitus, tetapi di Malaysia peratusan yang dicatat tahun 2007 adalah pada tahap 14% - tertinggi di dalam rantau Asia Tenggara). Ini belum diambil kira beberapa penyakit kronik lain seperti obesiti, asma, penyakit paru-paru kronik (chronic obstructive lung disease), penyakit jantung, kolesterol berlebihan (dyslipidemia) dan banyak lagi. Tahap kesedaran yang rendah mengenai penyakit-penyakit ini di kalangan masyarakat juga amat meresahkan. Satu lagi bukti kegagalan pendedahan maklumat Pendidikan Kesihatan Keluarga di Malaysia juga dapat dilihat pada jumlah perokok lelaki yang melebihi 50% daripada jumlah populasi lelaki Malaysia . Kementerian Kesihatan Malaysia masih gagal untuk menzahirkan satu sistem di mana rekod perubatan seseorang warga Malaysia dari lahir boleh diperolehi pada bila-bila masa untuk rujukan atau semakan samada di klinik atau hospital. Kita sebagai warga juga ramai yang tidak menyimpan rekod perubatan kita sendiri kerana sejak kecil kita tidak dididik untuk mengambil tahu akan kesihatan diri sendiri. Masalah lain yang sering kedengaran di dada akhbar atau media elektronik ialah masa menunggu yang terlalu lama dan jumlah pesakit di sesebuah klinik yang terlampau ramai. Melihat permasalahan ini bermula dari tahap kesedaran dan pendidikan warga kita mengenai kesihatan. Jaminan hanya 50% daripada pesakit yang hadir ke klinik adalah mereka yang hanya hadir untuk mendapatkan dua tiga biji panadol dan sebotol ubat batuk atau lebih 'parah' hanya untuk mendapatkan sijil cuti sakit. Ini menyebabkan masa menunggu menjadi lebih panjang dan doktor atau jururawat tidak dapat meluangkan masa yang lebih untuk pesakit kronik diabetes, hipertensi dan penyakit-penyakit kronik lain. Hapuskan subsidi Bagi permasalahan sebegini wujud kerana jumlah bayaran perkhidmatan yang dikenakan untuk pelbagai perkhidmatan, termasuk khidmat perundingan (konsultansi), ujian makmal, dan ubatan, adalah terlampau murah kerana disubsisdi kerajaan. Bagai orang mengantuk disorong bantal, maka ramai yang hadir adalah mereka yang sekadar ingin mengambil kesempatan untuk isu-isu peribadi yang tersendiri. Mungkin telah tiba masanya dijalankan semakan semula terhadap sistem subsidi perkhidmatan kesihatan di klinik-klinik kesihatan kerajaan. Subsidi ini perlu dikurangkan atau dihapuskan terus. Ini kerana permasalahan

utama kebanjiran pesakit 'manja' di klinik kesihatan kerajaan adalah kerana jumlah bayaran perkhidmatan yang murah. Sudah tiba masanya bayaran dikenakan untuk seorang pesakit samada hadir untuk rawatan penyakit kronik mahupun akut ('acute'). Maka dengan ini secara logiknya, pesakit 'manja' yang hanya hadir untuk mendapatkan panadol atau ubat batuk akan berhenti mengunjungi klinik tersebut kerana ianya lebih murah untuk dibeli di farmasi sahaja. Seperti yang saya sebutkan di atas, separuh dari bebanan kerja dapat dikurangkan dan lebih masa dapat diluangkan oleh pekerja kesihatan untuk merawat penyakit-penyakit kronik. Klinik juga sepatutnya mengenakan bayaran tambahan untuk perkhidmatan-perkhidmatan tertentu seperti Xray atau kaunseling kesihatan seperti klinik berhenti merokok dan klinik obesiti. Melalui kaedah ini, klinik-klinik ini mampu untuk menjana dana sendiri bagi mengerakkan usaha-usaha promosi kesedaran kesihatan dan klinik-klinik itu akan bersaing untuk mewujudkan pekhidmatan yang terbaik pada harga yang berpatutan. Perkhidmatan tambahan seperti gim senaman, spa mahupun menjadi pusat komuniti untuk mengajar anak-anak istimewa akan dapat diwujudkan andai klinik-klinik ini diberi kebebasan untuk mengumpul dana sendiri melalui bayaran perkhidmatan dan juga dana dari komuniti setempat. Maka dengan cara ini, masyarakat akan lebih hampir dengan penyedia perkhidmatan kesihatan dan usaha pendidikan kesihatan akan lebih mudah untuk menyedarkan masyarakat mengenai kesihatan mereka. Dengan pendidikan, kesedaran dan ditambah dengan perkhidmatan yang berkualiti, usaha memerangi penyakit kronik di Malaysia dapat dipertingkatkan dan secara tidak langsung meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat Malaysia .

Lampiran 2
Karies gigi

Sakit Jantung

You might also like