You are on page 1of 11

KONSEP MUZIK

MELODI

Susunan pic secara melintang. Susunan pic tinggi,rendah dan sederhana Pic boleh bergerak menuju kearah tinggi,rendah dan mendatar - jeda Pic boleh bergerak secara bertangga atau melompat - skel

Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan anatara satu sama lain membentuk satu kumpulan atau rangkaian pic frasa lagu Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk sebuah melodi lagu Pic boleh disusun secara berurutan sekuens Pic-pic yang berkaitan antara satu sama lain boleh membentuk sebuah lagu nada

Objektif untuk konsep melodi ialah: Murid dapat mengenal pasti dan membezakan 1. antara melodi dan iringan 2. pic tinggi,rendah dan mendatar 3. skel yang dimainkan 4. pic yang melompat dan berulang 5. nada sesebuah lagu yang dimainkan/nyanyikan

IRAMA

Diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsure masa dalam muzik. Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil - detik Setiap beat dan rehat mempunyai nilai samada panjang atau pendek not dan tanda rehat Kumpulan beat membentuk tanda masa/meter Beat-beat mempunyai tekanan accents

Gabungan not/beat membentuk corak irama yang berkaitan dan atau berulang-ulang corak irama,ostinato,rentak

Objektif untuk konsep irama ialah: Murid dapat 1. merasa nadi/detik sesuatu lagu/muzik 2. membezakan panjang pendek sesuatu corak irama 3. merasa tekanan/accent pada sesebuah lagu 4. membezakan irama/rentak yang sama dan tidak sama 5. mengenal pasti meter sesebuah lagu yang dimainkan/nyanyikan

BENTUK

Satu paten/corak boleh dihasilkan melalui gabungan beberapa pic/ton motif. Gabungan siri pic-pic menghasilkan satu ide muzik - frasa

Rangkaian frasa boleh dicantumkan untuk menghasilkan satu ide muzik yang lebih besar seksyen,koras,rangkap Segmen muzik (motif,frasa,seksyen) boleh diulang dan dipelbagaikan Segmen muzik seperti intro dan yang akhir boleh diadakan intro,koda

Objektif untuk konsep bentuk ialah: Murid dapat membezakan dan mengenal pasti 1. frasa yang sama dan yang lain melalui lagu-lagu yang dinyanyikan/dimainkan 2. rangkaian lagu berangkap dan korusnya 3. intro dan koda sesebuah lagu atau muzik

HARMONI

Hasil gabungan 2 pic atau lebih disusun secara menegak dan dinyanyikan/dimainkan serentak 1. dua pic boleh dibunyikan serentak jeda 2. gabungan 3 atau lebih pic dimainkan serentak triad,kord 3. dua atau lebih rangkaian melodi boleh digabung dan dibunyikan serentak round,polifoni,deskan,kaunter melodi 4. iringan kord pada melodi boleh menghasilkan bunyi harmoni kord iringan,homofoni

Objektif untuk konsep harmoni ialah: Murid dapat 1. membezakan antara melodi (rangkaian) dan harmoni (himpunan pic iringan)

2. mengenal pasti antara lagu/muzik satu suara dan lagu/muzik dua atau lebih suara 3. menyanyi lagu pusingan round,berkembar dan lagu-lagu yang mengandungi kaunter melodi dan deskan.

WARNA TON

1. bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber yang mempunyai cirri-ciri yang tersendiri alat,suara manusia,binatang,kenderaan,alam semulajadi 2. sesuatu bunyi-bunyian yang mempunyai mutu berlainan dan memberi satu gambaran atau ide yang tersendiri garau,kasar,pipih,nyaring 3. hasil dan mutu sesuatu bunyi itu adalah disebabkan oleh alat itu sendiri yang dibuat daripada bahan-bahan tertentu,cara dibuat dan dibunyikan soprano,alto,bes,alat membranofon(gendang),aerofon(tiupan), kordofon(bertali) dan idiofon

Objektif untuk konsep warna ton ialah: Murid dapat 1. mengenal pasti bunyi-bunyian yang didengar sekeliling mereka 2. menghasilkan pelbagai bunyi yang didengar,diterokai,dieksperimenkan 3. membeza dan mengenal pasti bunyi-bunyian yang lembut,kasar,tinggi, rendah,garau dll 4. mengenal pelbagai jenis alat muzik seperti piano,rekoder,dram,dll

EKSPRESI

Satu gabungan semua elemen deskriptif termasuk tempo,dinamik yang menghasikan satu ekspresi ide muzik 1. sesuatu bunyi itu boleh menjadi kuat atau lembut 2. satu sekuen/siri bunyi boleh dikuatkan atau dilembutkan secara beransur-ansur crescendo,diminuendo

3. sesuatu bunyi itu boleh dilanjutkan,dilicinkan dan dipendekkan secara beransur sustain,legato.staccato 4. sesuatu siri/sekuen bunyi boleh dicepatkan atau dilambatkan 5. sesebuah lagu/muzik mempunyai cirri-ciri tersendiri mud (riang,sedih,cergas)

Objektif untuk konsep ekspresi ialah: Murid dapat 1. mengenal pasti dan membezakan antara bunyi sesebuah lagu/muzik yang kuat dan lembut 2. memahami bahawa pada tempat-tempat yang tertentu dalam sesebuah lagu/muzik boleh beransur menjadi kuat atau sebaliknya 3. memehami bahawa sesebuah lagu/muzik boleh dipelbagaikan dengan bunyi pendek,panjang,lembut,terputus-putus dll.

TEKSTUR/JALINAN

Tekstur ditentukan oleh pelbagai kombinasi bunyi yang didengar 1. sesuatu bunyi yang didengar boleh memberi bunyi yang nipis atau tebal atau banyak solo,duet,trio.quartet,okestra 2. ia ditentukan oleh pembentukan harmoni monofoni,homofoni,polifoni

Objektif untuk konsep tekstur ialah: Murid dapat 1. mengenal pasti samada lagu/muzik yang didengar atau dinyanyikan oleh seorang,dua atau lebih 2. membezakan bunyi yang bercirikan monofoni,homofoni dan polifoni.

Konsep Muzik (7 elemen) Terdapat Tujuh Konsep Muzik Yang Utama (Perlu diketahui oleh semua Pendidik muzik).

# Irama # Melodi # Warna ton # Bentuk # Harmoni # Teksur # Ekspresi

1. Irama

Diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsur masa dalam muzik.

a. Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil. b. Setiap beat dan rehat mempunyai nilai sama ada panjang / pendek. c. Kumpulan beat membentuk tanda masa / meter. d. Beat-beat mempunyai tekanan. e. Gabungan not / beat membentuk corak irama yang berlainan dan atau berulang-ulang.

Simbol Verbal : Irama detik not dan tanda rehat meter tekanan corak irama, ostinato, rentak.

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat : 1. Merasa nadi/detik sesuatu lagu/muzik 2. Membezakan panjang pendek sesuatu nilai not dalam corak irama. 3. Merasa tekanan / accent pada sesuatu lagu. 4. Membezakan irama/rentak yang sama dan tidak sama.

5. Mengenal pasti meter sesebuah lagu yang dimainkan/dinyanyikan/didengar.

2. Melodi

Susunan pic secara melintang.

a. Terdapat pic tinggi,rendah dan sederhana. b. Pic dalam melodi boleh bergerak menuju ke arah tinggi,rendah dan mendatar. c. Pic dalam melodi bergerak secara bertangga atau melompat. d. Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan antara satu sama lain membentuk satu kumpulan atau rangkaian pic. e. Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk sebuah melodi lagu. f. Pic boleh disusun secara berurutan. g. Pic-pic yang berkaitan antara satu sama lain boleh membentuk sebuah melodi lagu.

Simbol Verbal : Melodi skel (major,minor,pentatonik) frasa lagu / melodi sekuens nada

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaran murid-murid anak mendapat mengenal pasti dan membezakan : 1. Antara melodi dan iringan. 2. Pic tinggi,tengah dan mendatar. 3. Skel yang dimainkan. 4. Pic yang melompat dan berulang. 5. Nada sesebuah lagu yang dimainkan/dinyanyikan.

3. Warna Ton

Bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Sesuatu bunyi-bunyian itu mempunyai mutu yang berlainan dan memberi satu gambaran atau idea yang tersendiri. Hasil dan mutu sesuatu bunyi itu adalah disebabkan oleh alat itu sendiri dibuat daripada bahanbahan tertentu dibuat,cara dibuat dan dibunyikan.

Simbol Verbal:

Alat suara - manusia, binatang, kenderaan, alam semula jadi dll.perkataan deskriptif ton - gelap , cerah , padat , garau, kasar suara - soprano ,alto ,tenor dan bes Keluarga alat muzik - membranofon, aerofon , kordofon dan idiofon.

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat : 1. Mengenal psati bunyi-bunyian yang didengar di sekeliling mereka. 2. Menghasilkan pelbagai bunyi yang didengar, diterokai / eksperimen dll. 3. Membezakan dan mengenal pasti bunyi-bunyian yang lembut, kasar, tinggi, rendah, padat, garau dll. 4.Mengenal pelbagai jenis alat muzik seperti piano, rekoder, dram, trumpet, gong, violin dll.

4. Bentuk

Satu paten/corak boleh dihasilkan melalui gabungan beberapa pic/ton. a. Gabungan siri-siri pic menghasilkan satu idea. b. Rangkaian frasa boleh dicantumkan untuk menghasilkan satu idea muzik yang lebih besar.

c.Segmen muzik (motif, frasa, seksyen) boleh diulang dan dipelbagaikan. d. Segmen muzik seperti intro dan yang akhir boleh diadakan.

Simbol Verbal : Motif frasa seksyen, koras, rangkap ABA , berulang, kontras intro, koda

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaan murid-murid akan dapat membezakan dan mengenalpasti : 1. Frasa yang sama dan yang lain melalui lagu-lagu yang dinyanyikan/mainkan. 2. Rangkaian lagu berangkap da korasnya. 3. Intro dan koda sesebuah lagu atau muzik.

5. Harmoni.

Hasil gabungan 2 pic atau lebih disusun secara menengak dan dinyanyikan/dimainkan serentak. a. Dua pic boleh dibunyikan serentak. b. Gabungan 3 atau lebih pic dimainkan secara serentak. c. Dua atau lebih rangkaian melodi boleh digabungkan dan dibunyikan serentak. d. Iringan kord pada melodi boleh menghasilkan bunyi harmoni.

Simbol Verbal : Harmoni jeda triad tonik/kord round, polifoni, deskan,kaunter melodi kord iringan homofoni

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaran murid-murid akan mendapat : 1. Membezakan antara melodi (rangkaian pic) dan harmoni (himpunan pic-pic - iringan). 2. Mengenal pasti antara lagu/muzik satu suara dan muzik/lagu dua atau lebh dua suara. 3. Menyanyi lagu pusingan - round,berkembar dan lagu-lagu yang mengandungi kaunter melodi dan deskan.

7. Tekstur / Jalinan Tekstur ditentukan oleh pelbagai kombinasi atau gabungan bunyi yang didengar. a. Sesuatu bunyi yang didengar boleh memberi bunyi yang nipis atau satu / teba atau banyak. b. Tekstur ditentukan oleh pembentukan harmoni.

Simbol Verbal

Solo duet trio quartet orkestra

monofoni homofoni polifoni

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat : 1. Mengenal pasti samada lagu/bunyi yang didengar itu dinyanyikan/dimainkan oleh seorang,dua atau lebih. 2. Membezakan bunyi yang bercirikan monofoni,homofoni dan polifoni.

6. Ekspresi

Satu gabungan semua elemen deskriptif termasuk tempo,dinamik yang mengandungi satu ekspresi ide muzik. a. Sesuatu bunyi itu boleh menjadi kuat atau lembut. b. Satu sekuen/siri bunyi boleh dikuatkan atau dilembutkan secara beransur-ansur.

c. Sesuatu bunyi itu boleh dilanjutkan, dilicinkan dan dipendekkan atau dilembutkan secara beransuransur. d. Sesuatu siri/sekuen bunyi boleh dicepatkan atau dilambatkan. e. Sesebuah lagu/muzik mempunyai ciri-ciri tersendiri - mud.

Simbol Verbal :

Dinamik Volume cerscendo diminuendo mud - riang, tenang, cemas, cergas.

susutain, legato, staccato

cepat, lambat

Objektif P & P :

Di akhir pembelajaran murid-murid akan mendapat : 1. Membeza dan mengenal pasti di antara bunyi pada sesebuah lagu dan muzik yang kuat dan lembut. 2. Memahami bahawa pada tempat-tempat yang tertentu dalam sesebuah lagu/muzik boleh beransur- ansur menjadi kuat atau perlahan. 3. Memahami bahawa sesetengah lagu/muzik boleh dipelbagaikan dengan bunyi pendek, lembut, panjang, terputus-putus dan lain-lain lagi.

You might also like