You are on page 1of 41

OBJEKTIF KAJIAN DAN PERSOALAN KAJIAN

ABDUL HALIM BIN ABDUL HAMID

M20122001374

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Kajian
Merupakan sasaran sebenar penyelidik. Objektif berbeza dengan matlamat . Matlamat ialah jangkaan umum hasil daripada sesuatu aktiviti atau proses. Objektif ialah tujuan khusus yang perlu dicapai bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

Objektif yang jelas bukan sahaja menunjukkan apa yang hendak dicapai tetapi juga memandu penyelidik bagaimana dan bila hendak mencapainya.

Term Definition
Tanpa objektif yang jelas, penyelidik mungkin akan kehilangan arah semasa menjalankan penyelidikannya. Objektif yang kurang jelas sering kali mematahkan semangat penyelidik untuk menyempurnakan penyelidikannya.

Untuk membentuk objektif yang jelas, penyelidik hendaklah menggunakan perkataan yang tepat dan boleh dicerap.

PERSOALAN KAJIAN

Soalan Kajian
Soalan penyelidikan menyatakan masalah yang cuba dijawab dalam kajian penyelidikan itu dengan ringkas dan jelas. Jenis soalan yang berbeza digunakan oleh penyelidik untuk mengenal pasti, menyempit dan mentakrif masalah penyelidikan mereka. Setiap satu soalan memainkan peranan yang berbeza dalam membantu penyelidik menyelesaikan penyelidikannya.

Soalan dan objektif kajian berhubung rapat antara satu sama lain. Soalan kajian dibina berpandukan kepada objektif kajian. Jawapan kepada soalan ini akan membantu pengkaji untuk mencapai objektif dan tujuan kajian.

contoh soalan kajian. (a) Apakah strategi pengajaran, kaedah dan teknik yang digunakan guru cemerlang dalam bilik darjah? (b) Bagaimana guru mangendalikan pelajaran praktikal sains dalam makmal? (c) Adakah kemahiran proses sains dikendalikan secara ekplisit atau implicit? (d) Adakah persepsi pelajar terhdap guru mereka sebagai teman, seorang berautoriti, pemberi informasi atau seorang waris?

Jenis-jenis Soalan Bagi Mengenal Pasti Masalah Penyelidikan


1. Soalan minat Soalan minat menunjukkan kecenderungan seseorang penyelidik dalam sesuatu tajuk atau masalah tetapi tidak mengaitkan minat tersebut dengan latar sekolah ataupun dengan membandingkan kumpulan-kumpulan pelajar. Soalan-soalan ini sering menjadi asas kepada penyelidikan.

Contoh Soalan Minat: 1. Adakah rancangan bacaan khas itu berpatutan dengan perbelanjaannya? 2. Dapatkah sekolah menyelesaikan masalah tingkah laku? 3. Terdapatkah cara untuk meningkatkan kemudahlenturan?

2. Soalan Bandingan Soalan-soalan bandingan menyoal tentang subjek yang khusus dan kaedah pengajaran yang khusus. Soalan-soalan tersebut juga menyatakan kumpulan-kumpulan perbandingan sekiranya kajian itu melibatkan perbandingan antara kumpulan.

1. Adakah rancangan bacaan khas lebih berfaedah kepada segolongan murid daripada murid-murid lain? 2. Jenis rancangan pengurusan bilik darjah bagaimanakah yang boleh membawa perubahan kepada tingkah laku pelajar? 3. Adakah terdapat pertalian antara kemudahlenturan dan kecederaan yang dialami dalam permainan bola keranjang?

Berdasarkan soalan-soalan perbandingan, penyelidik mengetahui perkara-perkara yang hendak ditentukan, dibandingkan ataupun dinilai. Soalan-soalan tersebut membantu penyelidik mengenal pasti kumpulan-kumpulan perbandingan serta jenis tingkah laku, sikap atau pencapaian yang hendak diukur.

Hipotesis
Adalah saranan sementara bagi menjelaskan fenomena yang dikaji atau saranan sementara sebagai penyelesaian masalah. Hipotesis menunjukkan perkaitan antara dua pemboleh ubah atau lebih dalam sesuatu penyelidikan. Hipotesis membolehkan penyelidik mengaitkan teori dengan cerapan.

Hipotesis memberi jangkaan penyelidik mengenai hubungan antara pemboleh ubahpemboleh ubah. Bukti-bukti daripada cerapan penyelidikan akan menentukan sama ada sesuatu hipotesis itu perlu diterima atau diketepikan.

Mengapa hipotesis perlu dibentuk?


1. Memberi jangkaan atau ramalan sementara tentang fenomena yang dikaji. 2. Hipotesis memberi kenyataan hubungan yang boleh diuji secara langsung. 3. Hipotesis dapat memberi panduan kepada penyelidikan kerana hipotesis mewakili satu objektif tertentu.

Hipotesis menentukan: Apa yang harus dilakukan. Jenis data yang perlu diperolehi. Kesesuaian fakta-fakta terpilih. Asas pemilihan sampel. Kaedah penyelidikan yang harus digunakan. Mencadangkan analisis berstatistik yang diperlukan. Kaitan pemboleh ubah yang harus diuji.

Ciri-ciri Hipotesis
1. Hipotesis hendaklah boleh dinyatakan dengan mudah, jelas dan tepat. 2. Hipotesis mestilah tekal dengan pengetahuan yang ada. 3. Hipotesis mestilah mempunyai kuasa penjelasan iaitu keupayaan hipotesis menerangkan fenomena yang dikaji dengan logik, tepat dan jelas.

4. Hipotesis hendaklah mempunyai jangkaan hubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah. Contoh: Hipotesis penambahan masa belajar dan penambahan markah ujian matematik tidak mempunyai jangkaan hubungan antara pemboleh ubah penambahan masaberlajar dengan pemboleh ubah penambahan markah.

Hipotesis tersebut akan mempunyai jangkan hubungan sekiranya dinyatakan sebagai penambahan masa belajar akan menambahkan markah ujian matematik. 5. Hipotesis mestilah boleh diuji. Pengujian hipotesis membolehkan kepastian dibuat sama ada bukti-bukti yang ada menyokong atau tidak menyokong hipotesis yang bersifat sementara.

Penyataan Hipotesis
Hipotesis berarah

Hipotesis

Hipotesis tidak berarah

Hipotesis Berarah
Ialah hipotesis yang memberi arah jangkaan dapatan penyelidikan. Penyataan hipotesis berarah dibuat apabila penyelidik mempunyai alasan bagi menjangka hubungan atau perbezaan tertentu yang wujud. Contoh, peningkatan masa belajar akan menambahkan markah mata pelajaran

Bahasa Melayu adalah hipotesis berarah kerana penyelidik mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa penambahan masa belajar akan meningkatkan markah seseorang pelajaran dalam mata pelajaran yang dipelajari.

Hipotesis Tidak Berarah


Hipotesis yang tidak menentukan arah jangkaan hubungan atau perbezaan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dikaji. Contoh, penggunaan komputer mendatangkan kesan ke atas sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris. Hipotesis ini tidak menunjukkan arah jangkaan dapatan. Mendatangkan kesan di sini membawa maksud sama ada kesan negatif atau positif.

Jenis-jenis Hipotesis
1. Hipotesis penyelidikan. 2. Hipotesis nol (nul). 3. Hipotesis alternatif

Hipotesis Penyelidikan
Ialah jangkaan penyelidik tentang penemuan penyelidikan yang akan diperolehinya kelak. Hipotesis-hipotesis sentiasa cuba mengenal pasti populasi dan kumpulan bandingan yang digunakan serta menentukan jenis perbezaan yang akan diuji dan cara ia diukur (kecuali jika pengukuran itu ditunjukkan secara automatik oleh kekerapan sesuatu tingkah laku).

Contoh: 1. Murid-murid darjah tiga yang diasingkan daripada kelas tetap selama 15 minit setiap hari untuk menyertai pengajaran bacaan secara perseorangan akan menunjukkan dengan lebih bererti kemahiran membaca yang bertambah baik berbanding dengan murid-murid yang mengikuti pengajaran di bawah guru tetap mereka.

2. Murid-murid perempuan darjah lima yang didedahkan kepada rancangan perubahan tingkah laku di bawah pengendalian guru tetap di dalam bilik darjah akan menunjukkan perubahan tingkah laku yang lebih seperti yang dikehendaki daripada murid-murid lelaki darjah lima yang juga telah didedahkan kepada rancangan yang serupa.

3. Pemain-pemain bola keranjang lelaki di sekolah menengah yang menyertai suatu program kemudahlenturan akan kurang mengalami kecederaan yang nyata berbanding dengan pemain-pemain sebanding yang tidak menyertai program tersebut.

Hipotesis Nol (Ho)


Persamaan statistik dan logik bagi sesuatu yang bertentangan dengan hipotesis penyelidikan. Hipotesis nol menyatakan bahawa tidak ada perbezaan yang signifikan secara statistik di antara kelompok-kelompok itu.

Hipotesis nol juga mengenal pasti populasi dan kumpulan perbandingan yang digunakan di samping menentukan jenis perbezaan yang akan diuji dan bagaimana perbezaan itu akan diuji.

Contoh: 1. Tidak terdapat perbezaan yang bererti di antara taburan gerak balas mengikut kategori berdasarkan soal selidik keutamaan sosial dan taburan teoritis yang berlaku secara kebetulan.

2. Tidak terdapat perhubugan yang bererti di antara pencapaian akademik piawai dalam kalangan pelajar sekolah menengah dengan prestasi akademik sebenar mereka. 3. Tidak terdapat sebarang perbezaan yang bererti di antara kekerapan tingkah laku luar tugas yang khusus berlaku dalam kalangan murid tahun tiga dan tingkah laku yang berlaku begitu sahaja.

Hipotesis Alternatif
Penyelidik perlu menimbangkan faktor-faktor dan pengaruh dalam latar pendidikan dengan teliti. Penelitian terhadap kajian-kajian lain serta sikap mempersoalkan masalah-masalah yang timbul dapat membantu penyelidik mendapatkan hipotesis alternatif.

Contoh: 1. Terdapat perbezaan yang bererti dalam perkembangan kemahiran membaca kelas bacaan khas berbanding rakan-rakan mereka yang tidak mengikuti kelas tersebut. Kawalan: Ini akan ditentukan dengan menggunakan inventori sikap.

2. Terdapat perbezaan yang bererti dalam perubahan tingkah laku seperti yang dikehendaki di antara murid lelaki dengan murid perempuan darjah lima disebabkan ganjaran bagi tingkah laku yang dikehendaki itu dianggap kelelakian atau keperempuanan. Kawalan: Ini akan ditentukan dengan mengadakan tinjauan sikap.

Hipotesis alternatif adalah hipotesis yang diringkaskan. Hipotesis ini ditulis hanya selepas penyelidik telah menulis hipotesis penyelidikan dan hipotesis nol. Hipotesis alternatif hanya bertujuan untuk mengenal pasti pemboleh ubah-pemboleh ubah luaran yang mungkin ada.

Kebanyakan kajian mengandungi satu atau dua hipotesis nol tetapi pada lazimnya terdapat lima alternatif atau lebih bagi satu kajian.

Bahan Rujukan
1. Mohd. Majid Konting (2005), Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 2. Chua Yan Piaw (2006), Kaedah Penyelidikan, McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.Bhd. Shah Alam.

You might also like