You are on page 1of 4

Lampiran 1 SCE 3112-Pengurusan Makmal Sains dan Sumber Teknik-Teknik Asas Makmal 1 Kumpulan : Nama : Aktiviti 1: Kerja Kaca

(20 minit) Anda dikehendaki menjalankan beberapa aktiviti dalam kerja kaca. a. Memotong rod kaca. Huraikan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan semasa memotong rod kaca.

b. Membuat Penitis Terangkan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi menyediakan 2 penitis daripada tiub kaca.

c. Membuat Tiub U Anda dikehendaki menyediakan sebuah tiub Uuntuk digunakan dalam ujikaji di sekolah anda. Huraikan langkah-langkah dalam penyediaan tiub U berkenaan

d. Labelkan hasil kerja (a-c) mengikut nombor kumpulan dan simpan di ruang yang telah ditetapkan. Aktiviti 2: Penyediaan Larutan Piawai dan Pencairan (30 minit) a. Senaraikan alat radas yang digunakan bagi menyediakan larutan kuprum(II) sulfat akues

b. Dengan menggunakan bahan/alat radas yang disenaraikan dalam (a), anda dikehendaki menyediakan larutan piawai kuprum (II) sulfat sebanyak 100ml dan berkepekatan 1M i. Kirakan berapakah jisim pepejal kuprum(II) sulfat yang diperlukan

ii. Apakah saiz kelalang volemetrik yang akan digunakan dalam aktiviti tersebut?

c. Berdasarkan larutan piawai yang telah disediakan dalam (b), anda dikehendaki menyediakan 100ml larutan kuprum(II) sulfat berkepekatan 0.5M i. Apakah formula yang digunakan dalam pengiraan diatas?Kirakan isipadu larutan awal yang perlu digunakan bagi menyediakan larutan di atas?

ii. Catatkan pemerhatian anda bagi dua larutan piawai yang dihasilkan

d. Isi dan labelkan kedua-dua larutan yang dihasilkan dalam botoll reagen yang disediakan dan simpan diruangan yang ditetapkan mengikut kumpulan.

Aktiviti 3: Pencairan Larutan Stok (20 minit) a. Anda dikehendaki membaca maklumat yang terdapat pada botol larutan stok asid sulfurik pekat yang terletak didalam kebuk wasap
Maklumat Peratus Ketulenan Ketumpatan relatif Jisim molekul relatif Simbol bahan berbahaya

i.

Lukiskan simbol bahan kimia berbahaya yang terdapat pada botol reagen tersebut.

ii.

Senaraikan peratus ketulenan asid, ketumpatan relatif dan Jisim molekul relatif asid berkenaan.

iii. Kirakan kepekatan asal larutan asid sulfurik pekat berdasarkan maklumat yang diperolehi dalam bahagian (ii)

iv. Dengan menggunakan formula pencairan, anda dikehendaki menyediakan 250ml larutan asid berkepekatan 2M

b. Isikan dan labelkan larutan yang dihasilkan dalam botol reagen yang disediakan dan simpan diruangan yang ditetapkan mengikut kumpulan c. Nyatakan dua langkah berjaga-jaga yang perlu diambil semasa menyediakan larutan tersebut.

You might also like