You are on page 1of 18

Peranan Kaunselor 55

PERANAN KAUNSELOR DALAM PELAKSANAAN PENGAJARAN


MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASAINGGERIS

Noraini Idris
Loh Sau Cheong
Ahmad Zabidi Abdul Razak
Rafidah Aga Mohd .Taladin
Norjoharuddeen Mohd Nor
Rahimi Md Saad
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya

This research explored the rules of school counselor in implementation of


teaching and learning Mathematics and Science in English. Specifically, the
study aimed at identifying to what extent these counselors played their
roles in helping the students in the learning of Mathematics and Science in
English. Forty one counselors from various types of schools were selected
to explore their perceptions. Among the schools selected were national
secondary, national-type secondary, religion-based, national secondary
(female), national secondary (male), urban and rural schools in Malaysia.
The instrument of the study consisted of 25 selected items taken from the
secondary school counselors' guidebook titled Buku Panduan Pelaksanaan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah (1993).
The instrument validity and reliability were checked and established. The
reported reliability coefficient based on the Cronbach alpha value was .70
to .82. Overall, the results showed that school counselors need to enhance
their roles in implementing the teaching of Mathematics and
Science in English.

Kejayaan pelaksanaan Dasar Pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) terletak di bahu semua pihak yang terlibat yakni pihak pentadbir, guru-guru,
para pelajar dan tidak dinankanjuga kaunselor sekolah (Che Wan Jasimah Wan Mohamed
Radzi & Nor Azmi Noor, 2005). Kepentingan peranan kaunselor di sekolah memang sudah
diakui kerana sejarah perkembangan kaunseling juga bermula di sekolah dan kemudian
berkembang ke tempat lain (Suradi Salim, 1994; Suradi Salim & Rafidah Aga Mohd
Jaladin,2005).
Pemimpin-pemimpin pendidikan telah mula memberi ruang dan laluan kepada
perkhidmatan kaunseling sebagai salah satu keperluan arena pendidikan terkini. Berasaskan
kepada kepentingan peranan kaunselor inilah telah menyebabkan kaunseling di sekolah
terus berkembang dengan adanya penempatan kaunselor di setiap sekolah menengah di
seluruh negara.
56 Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27 (1)

Ini menunjukkan kaunselor mempunyai peranan yang penting bagi menjayakan sistem
pendidikan di negara ini termasuklah dalam melaksanakan pengajaran Matematik dan Sains
dalam Bahasa Inggeris. Dalam menjayakan pelaksanaan PPSMI sememangnya kaunselor
perlu memainkan peranan yang penting. Tollerud (2004) menyatakan bahawa semua pelajar
berpeluang untuk berjaya dan mencapai tahap potensi tertinggi dalam pendidikan sekiranya
kaunselor sekolah memainkan peranan yang kritikal dalam menjayakan akademik dan
kerjaya pelajar, terutamanya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
Memandangkan peranan kaunselor kian penting pada hari ini, timbul satu persoalan
utama iaitu, apakah peranan dan fungsi kaunselor sekolah sebenarnya? Berdasarkan
Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah-sekolah
Menengah (1993), telah dinyatakan peranan atau perkhidmatan yang dicadangkan, seperti
berikut:

1. Inventori individu dan rekod.


2. Pemberian maklumat.
3. Bimbingan kelompok,
4. Perkhidmatan kaunseling (individu dan kelompok).
5. Perkhidmatan konsultasi dan rujukan.
6. Konferens dengan ibu bapa.
7. Perkhidmatan penyelarasan sumber.
8. Perkhidmatan penilaian.
Kaunselor sekolah dapat memainkan pei'anan yang penting bagi membantu pelajar agar
sentiasa bermotivasi untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains
dalam Bahasa Inggeris. Menurut Noraini Idris (2001), motivasi memainkan peranan
yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pelajar yang
bermotivasi ialah pelajar yang menaruh minat untuk belajar. Mereka akan mendengar
dan memberikan perhatian yang sepenuhnya untuk mencapai kecemerlangan akademik
dan menjadi pelajar yang bertanggungjawab. Seringkali kita mendengar bahawa kejayaan
sering dicapai oleh segolongan pelajar yang mempunyai asas motivasi yang tinggi. Hal
ini adalah disebabkan pelajar yang mempunyai asas motivasi akan sentiasa bersedia
untuk belajar, berusaha untuk meningkatkan dan mengekalkan minat untuk belajar, dan
seringkali meningkatkan perasaan ingin tahu terhadap apa yang diajar oleh guru.
Pelajar yang bermotivasi ialah pelajar yang berminat untuk belajar. Mereka akan
mendengar dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada pengajaran. Di sini ditegaskan
bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah boleh dicapai
melalui guru dan pelajar yang bermotivasi. Memandangkan pengajaran dan pembelajaran
Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris ini merupakan satu perkara yang baru, sudah
tentu ciri-ciri pelajar yang bermotivasi untuk belajar perlu dimiliki oleh setiap pelajar. Oleh
itu, selain daripada guru,kaunselor sekolah jugaberperanan untuk membina tahap motivasi
yang tinggi dalam kalangan pelajar dengan mengadakan pelbagai program motivasi agar
motivasi para pelajar untuk mengikuti pelajaran Matematik dan Sains sentiasa berada
pada aras yang tinggi walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran. Legault, Green-
Demers, dan Pelletier (2006) menggariskan satu taksonomi yang menunjukkan pelajar
kurang bermotivasi dalam akademik, antaranya ialah kepercayaan tentang keupayaan
diri, usaha, nilai yang diletakkan pada sesuatu tugasan, dan ciri tugasan.
Peranan Kaunselor 57

Lent et al. (2001) telah menerapkan Teori Kognitif Sosial yang menitikberatkan
faktor kontekstual sebagai mempengaruhi minat seseorang dalam penglibatan akademik
dan sememangnya pilihan atau minat dalam sesuatu bidang boleh dipengaruhi oleh
individu yang signifikan kepada pembelajar (Lent et al., 2002). Kajian ini memberi
implikasi penting kepada kaunselor, di mana kaunselor dapat meneroka persepsi pelajar
terhadap halangan dan sokongan kontekstual terhadap pilihan yang dilakukan oleh pelajar.
Antara contoh soalan yang boleh ditanya oleh kaunselor kepada pelajar ialah, "Apakah
jenis sokongan yang anda harapkan daripada keluarga terhadap pembelajaran Matematik
dan Sains dalam bahasa Inggeris?"; "Bagaimanakah anda dapat mengatasi halangan yang
wujud semasa pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris?"; dan "Apakah
unsur yang paling mendorong/tidak mendorong anda dalam pembelajaran Matematik
dalam bahasa Inggeris?" Jawapan kepada soalan-soalan ini membolehkan kaunselor
memahami pelajar dari segi sokongan dan halangan yang ada, termasuk juga cara mereka
mengatasi halangan. Dengan ini, kaunselor dapat mengambil langkah yang wajar bagi
menolong pelajar mengatasi halangan yang dialami (Lent et al., 2001).
Dalam konteks pembelajaran, perbezaan individu dalam pembelajaran dan minat
perlu diambil kira oleh para kaunselor dalam membantu pelajar menambahkan pengetahuan
diri serta meneroka peluang-peluang pembelajaran yang lain (Snow, 1986). Pelajar yang
pada hakikatnya berasal daripada latar belakang yang berlainan, budaya yang pelbagai dan
daya intelek yang berlainan sememangnya akan merumitkan lagi proses pembelajaran.
Dalam konteks PPSMI, kaunselor perlu membantu pelajar dalam mencungkil kekuatan
yang ada pada diri pelajar.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelaksanaan perubahan kurikulum
mendatangkan kerisauan yang tinggi dan gerakbalas yang adversif dalam kalangan
pelajar tertentu (Snow, 1986). Oleh itu, kaunselor dijangka perlu memantau kandungan
pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris di sekolah
dan membina keyakinan pelajar dalam aspek komunikasi. Menurut Noraini Idris
(2001), komunikasi memainkan peranan yang penting dalam membantu pelajar
membina hubungkait antara pengalaman tidak formal dengan bahasa Matematik. Pelajar
menggunakan bahasa Matematik melalui aktiviti komunikasi. Aktiviti tersebut penting
supaya guru memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan pelajar yang lain
bagi membina pengetahuan, dan mempelajari daripada rakan tentang cara mereka berfikir
dan menjelaskan sesuatu masalah.
Kenyataan ini menunjukkan komunikasi adalah satu aktiviti yang patut digalakkan
sewaktu pengajaran Matematik. Oleh itu peranan kaunselor di sini ialah membina
keyakinan diri pelajar untuk berkomunikasi secara berkesan, bukan sahaja dengan rakan-
rakan tetapi juga dengan guru agar mereka lebih memahami dan menguasai pengajaran
guru. Tanpa keyakinan diri yang tinggi, sudah tentu sukar bagi pelajar untuk berkomunikasi
apatah lagi jika aktiviti tersebut dijalankan dalam Bahasa Inggeris.
Kajian-kajian lepas mendapati bahawa pencapaian dalam Matematik dan Sains
dikaitkan secara positif dengan tanggapan nilai dan konsep kendiri (Casey, Nuttall, &
Pezaris, 1997; Frame & Eccles, 1998; Jacobs, 1991; Jacobs, Finken, Griffin, & Wright,
1998; Parsons [Eccles], Adler, & Meece, 1984; Parsons [Eccles], Adler et al., 1985;
Updegraff, Eccles, Barber, & O'Brien, 1996; Wigneld, Eccles, Mac Iver, Reuman, &
Midgley, 1991). Kajian juga menunjukkan bahawa pelajar perempuan mempunyai konsep
58 Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27 (1)

kendiri Matematik dan Sains yang lebih rendah berbanding dengan lelaki (Jacobs, Lanza,
Osgood, Eccles, & Wigfield, 2002). Memandangkan hal demikian, kaunselor memainkan
peranan yang penting sebagai pembina konsep kendiri yang positif dalamkalangan pelajar
perempuan untuk pembelajaran Matematik dan Sains.
Sprinthall dan Scott (1989) pernah menjalankan kajian dengan melibatkan kaunselor
sekolah dan guru Matematik dalam membantu pelajar perempuan mengubah persepsi
negatif mereka dalam pembelajaran Matematik. Dalam kajian tersebut, satu program
intervensi yang khas telah dirangka oleh kaunselor tersebut bersama guru Matematik. Antara
komponen-komponen dalam program tersebut adalah seperti orientasi kepada bimbingan,
membina hubungan pertolongan, membina kemahiran komunikasi, meneroka strategi dan
aktiviti kandungan Matematik serta penilaian terhadap bimbingan. Semasa intervensi,
pelajar-pelajar sekolah menengah akan diberi peranan untuk menjadi pembimbing (tutor)
dan pelajar-pelajar sekolah rendah menjadi murid (tutee). Mereka didedahkan cara
bagaimana bertanyakan soalan terbuka, refleksi kendiri, cara mengintepretasi tanda bukan
lisan, dan cara menghilangkan kebimbangan dalam mempelajari mata pelajaran yang
susah seperti Matematik. Untuk setiap minggu, pelajar, guru Matematik dan kaunselor
akan berseminar dan pada saat-saat itulah pelajar dibimbing dalam penyediaan bahan
untuk sesi tutorial, dan juga merekodkan pengalaman mereka dalam jurnal. Peranan
guru Matematik dan kaunselor adalah menyediakan persekitaran yang menyokong demi
penglibatan pelajar-pelajar ini.
Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa kerjasama antara guru Matematik dan
kaunselor bersama pembimbing telah berhasil menyediakan satu persekitaran yang berjaya
memupuk autonomi dan penetapan matlamat dalam kalangan pembimbing dan pelajar.
Implikasi penting daripada kajian ini ialah berkenaan dengan peranan kaunseling di
sekolah menengah, di mana sering kali didapati peranan kaunselor sekolah kurang efektif
(Aubrey & Lewis, 1983). Justeru, kajian ini menunjukkan betapa pentingnya kolaborasi
antara kaunselor dan guru. Pada awalnya, peranan kedua-dua pihak adalah secara terasing
dan berfokus kepada disiplin masing-masing. Selepas beberapa seminar, kaunselor dan
guru telah sama-sama menangani isu-isu yang dihadapi oleh pelajar melalui perbincangan
dan penulisan jurnal oleh pembimbing.
Selain daripada itu, kaunselor juga berperanan untuk membina kemahiran berfikir
dalam kalangan pelajar. Menurut Noraini Idris (2001), budaya berfikir di dalam kelas
Matematik merupakan satu fenomena yang wajar dipraktikkan terutama dalam proses
menyelesaikan masalah Matematik. Keutamaan kemahiran berfikir turut diakui oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia seperti mana dinyatakan sebagai salah satu objektif
Kurikulum Baru Sekolah Menengah adalah untuk mengembangkan dan meningkatkan
lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif. Di samping itu, untuk
mencapai hasrat Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan maka sistem pendidikan
diharapkan memainkan peranan utama untuk menghasilkan rakyat yang bukan sahaja
berpengetahuan dan berketrampilan tetapi juga yang boleh berfikir secara kritis dan kreatif,
serta boleh membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan cekap dan bijak.
Kemahiran berfikir juga akan menghasilkan pelajar yang mampu menggunakan bahasa
yang baik dan menghasilkan idea-idea yang bernas, pendapat yang jitu dan pandangan
yang kritis dan kreatif semasa menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Peranan Kaunselor 59

Perbincangan di atas jelas menunjukkan kepentingan untuk menguasai kemahiran


berfikir. Namun begitu kemahiran berfikir merupakan satu proses yang kompleks yang
berlaku dalam minda seseorang. Oleh itu para kaunselor boleh membantu membina
kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar dengan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
setiap pelajar berdasarkan maklumat peribadi pelajar. Berdasarkan maklumat tersebut,
para kaunselor boleh menyediakan perkhidmatan konsultansi atau sesi kaunseling bagi
membantu pelajar membina kemahiran bernkir.
Walaupun beberapa pandangan pengkaji dan penulis sebelum ini menyatakan
mengenai kepentingan peranan kaunselor di sekolah bahkan peranan kaunselor juga
telah dijelaskan dalam buku panduan serta beberapa penulisan ilmiah, namun demikian,
masih terdapat kekaburan dalam membincangkan peranan kaunselor dalam menjayakan
pelaksanaan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris kerana kurangnya
kajian khusus yang meninjau isu ini kerana dasar ini masih baru iaitu bermula pada tahun
2003. Selain itu memandangkan perlaksanaan pengajaran Matematik dan Sains dalam
Bahasa Inggeris merupakan satu perkara yang baru, sudah tentu pelaksanaannya akan
menyebabkan stres dan kurang keyakinan diri serta akan menyebabkan motivasi pelajar
menurun bagi menghadapi cabaran ini. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk
meninjau sejauh manakah kaunselor memainkan peranan untuk membantu menjayakan
pelaksanaan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah.
Secara khususnya, kajian ini mempunyai dua objektif utama iaitu:

1. Untuk mengenal pasti jenis-jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling


yang terlibat dalam pelaksanaan PPSMI; dan
2. Untuk menilai tahap penglibatan kaunselor dalam memberikan perkhidmatan
kepada pelajar, guru, dan ibu bapa dalam PPSMI;

Soalan Kajian

Seeara spesifik, kajian ini bertujuan menjawab soalan-soalan kajian berikut:

1. Apakah jenis-jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang terlibat


dalam pelaksanaan PPSMI?
2. Apakah tahap penglibatan kaunselor dalam memberikan perkhidmatan
kepada pelajar, guru, dan ibu bapa dalam PPSMI?

Metodologi

Rekabentuk kajian. Kajian ini menggunakan kaedah kajian tinjauan bagi menjawab
soalan kajian kerana tujuan kajian adalah untuk meneroka maklumat berkaitan peranan
kaunselor dalam pelaksanaan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.
60 Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27 (1)

Populasidan sampel. Populasi kajian ini terdiri daripada kaunselor di sekolah menengah
di Malaysia. Sampel yang terpilih bagi kajian ini terdiri daripada 41 orang kaunselor
yang dipilih dari sekolah-sekolah yang pelbagai jenis yang sudah ditentukan dari awal
bagi memperolehi kepelbagaian persepsi dari kaunselor. Sekolah-sekolah tersebut terdiri
daripada sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Agama,
Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan), Sekolah Menengah Kebangsaan (Lelaki),
sekolah dalam bandar dan sekolah luar bandar di seluruh Malaysia.

Lokasi. Kajian ini telah dijalankan di tiga puluh tiga buah sekolah menengah di Malaysia.
Kesemua sekolah yang terlibat dalam kajian ini adalah dari empat belas buah negeri di
Malaysia.

Instrumen. Instrumen kajian ini merupakan borang soal selidik yang dibentuk daripada
item yang terdapat pada Buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling di Sekolah Menengah yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (1993). Item-item tersebut diubahsuai oleh pasukan penyelidik. Soal-selidik ini
terdiri daripada 22 item yang mengukur 8 dimensi yang terdapat dalam Buku Panduan ini.
Jadual 1 menunjukkan item-item dan dimensi yang berkaitan,

Jadual 1
Dimensi dan Item Soal-Selidik

Dimensi Item
Inventori Individu dan Rekod Item 1, Item 2, Item 3, Item 4 dan Item 5
Pemberian Maklumat Item 6, Item 7, Item 8, Item 9 dan Item 10
Bimbingan Kelompok Item 11 dan Item 12
Perkhidmatan Kaunseling6 (Individu dan T ._, ,.
„, .. Item 13 danT Item 14
Kelompok)
Perkhidmatan Konsultansi dan Rujukan Item 18 dan Item 19
Konferens dengan Ibu Bapa Item 20 dan Item 21
Perkhidmatan Penyelarasan Resos Item 22 dan Item 23
Perkhidmatan Penilaian Item 24 dan Item 25

Bagi setiap item, responden perlu memberi respon kepada satu Skala Likert empat poin
tentang persepsi mereka sama ada mereka tidak pernah, kadang-kadang, kerapkali atau
sangat kerap melaksanakan perkara yang dinyatakan dalam setiap item soal-selidik.

Kebolehpercayaan dan kesahan. Satu kajian rintis telah dijalankan bagi menentukan
kebolehpercayaan soal-selidik yang telah dibina untuk kajian ini. Kebolehpercayaan
Peranan Kaunselor 61

soalselidik telah ditentukan melalui Koefisien Kebolehpercayaan, alpha Cronbaeh. Nilai


alpha Cronbaeh bagi setiap item dalam soal-selidik ini adalah di antara .70 dan .82. Kesahan
instrumen diperolehi melalui penilaian oleh ahli lain dalam pasukan penyelidikan ini.

Pengurupulan data. Data telah dikumpulkan daripada sampel dengan menggunakan


soalselidik yang ditadbir secara terus kepada sampel apabila kumpulan penyelidik melawat
sekolah-sekolah yang terpilih daripada 25 Julai 2005 hingga 15 November 2005. Respon
daripada sampel telah dikumpulkan sejunis sebelum kumpulan penyelidik meninggalkan
sekolah yang dilawati.

Prosedur analisis data. Data yang diperolehi melalui soal selidik telah dianalisis
secara deskriptif. Analisis data dilaporkan dalam bentuk peratusan. Pelaporan hanya
pada peratusan kerana sesuai dengan tujuan kajian untuk meninjau peranan yang telah
dilaksanakan oleh kaunselor membantu pelajar dalam pelaksanaan pengajaran Matematik

Dapatan

Bahagian ini mempersembahkan keputusan yang diperolehi daripada analisis data yang
telah dikumpulkan melalui borang soal selidik. Bahagian ini dibahagikan kepada lapan
sub bahagian. Setiap sub bahagian akan mempersembahkan keputusan analisis statistik
deskriptif terhadap setiap satu daripada lapan dimensi dalam kajian ini.

Keputusan Analisis Dimensi Inventori Individu dan Rekod

Sub bahagian ini melaporkan keputusan analisis statistik deskriptif untuk setiap item di
bawah Dimensi Inventori Individu dan Rekod. Jadual 2 mempersembahkan kekerapan
dan peratusan untuk setiap item di bawah Dimensi Inventori Individu dan Rekod.
62 Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27 (1)

Jadual2
Inventori Individu dan Rekod
Kekerapan (%)
No Item 1 2 3 4

12 13 16 0
1 Saya telah menyenaraikan pelajar yang lemah (29%) (32%) (39%) (0%)
dalam mata pelajaran Matematik dan Sains untuk
diberi bimbingan dan kaunseling.
10 18 12 1
2 Saya telah menyediakan maklumat tentang (24%) (44%) (29%) (2%)
kepentingan melaksanakan pengajaian Matematik
dan Sains dalam Bahasa Inggeris agar pelajar
lebih jelas tentang matlamat dan tujuan
pelaksanaannya.

3 Saya telah menyediakan maklumat tentang 6 21 13 0


keperluan melaksanakan pengajaran Matematik (15%) (51%) (32%) (0%)
dan Sains dalam Bahasa Inggeris agar pelajar
lebih jelas tentang matlamat dan tujuan
pelaksanaannya.

4 Saya telah mengemas kini maklumat tentang 8 21 12 0


kepentingan melaksanakan pengajaran Matematik (20%) (51%) (29%) (0%)
dan Sains dalam Bahasa Inggeris agar pelajar
lebih jelas tentang matlamat dan tujuan
pelaksanaannya.

5 Saya telah mengemas kini maklumat tentang 7 22 12 0


keperluan melaksanakan pengajaran Matematik (17%) (54%) (29%) (0%)
dan Sains dalam Bahasa Inggeris agar pelajar lebih
jelas tentang matlamat dan tujuan pelaksanaanya.

Nota: 1=Tidakpernuh 2=kadang-kadang 3=Kerapkali 4=Sangat kerap

Berdasarkan Jadual 2, bagi item 1, seramai 12 orang (29%) rcsponden rnelaporkan


yang mereka tidak pemah menyenaraikan pelajar yang lemah dalam mata pelajaran
Matematik dan Sains untuk diberi bimbingan dan kaunseling. Manakala 16 (32%) orang
melaporkan mereka kerap kali menyenaraikan pelajar yang lemah dalam mata pelajaran
Matematik dan Sains untuk diberi bimbingan dan kaunseling. Untuk item 2, 12 orang
(29%) melaporkan yang mereka kerap kali menyediakan maklumat tentang kepentingan
melaksanakan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris agar pelajar
lebih jelas tentang matlamat dan tujuan pelaksanaannya, dan 10 orang (24%) daripada
responden tidak pemah melakukannya.
Peranan Kaunselor 63

Berdasarkan item 3 pula, analisis menunjukkan yang 13 orang (32%) daripada


reponden kerap kali menyediakan maklumat tentang keperluan melaksanakan pengajaran
Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris agar pelajar lebih jelas tentang matlamat
dan tujuan pelaksanaannya dan 6 orang (15%) pula tidak pernah melakukannya. Respon
yang diberi terhadap item 4 menunjukkan yang 8 orang (20%) daripada responden
tidak pernah mengemas kini maklumat tentang kepentingan melaksanakan pengajaran
Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris agar pelajar lebih jelas tentang matlamat dan
tujuan pelaksanaannya dan 21 orang (51%) pula kadang-kadang melakukannya. Analisis
bagi item 5 mendapati 22 orang (54%) responden kadang-kadang telah mengemas kini
maklumat tentang keperluan melaksanakan pengajaran Matematik dan Sains dalam
Bahasa Inggeris agar pelajar lebih jelas tentang matlamat dan tujuan pelaksanaanya.

Keputusan Analisis Dimensi Pemberian Maklumat

Sub bahagian ini melaporkan keputusan analisis statistik deskriptif untuk setiap item
di bawah Dimensi Pemberian Maklumat, Jadual 3 mempersembahkan kekerapan dan
peratusan untuk setiap item di bawah Dimensi Pemberian Maklumat.
Berdasarkan Jadual 3, respon terhadap item 6 menunjukkan 21 orang (51%)
responden tidak pernah menyediakan risalah, poster dan alat pandang dengar yang sesuai
untuk membantu pelajar-pelajar menguasai Bahasa Inggeris dalam kelas Matematik
dan Sains dan 16 orang (39%) kadang-kadang melakukannya. Analisis untuk item 7
mendapati 20 orang (49%) responden kadang-kadang menyediakan maklumat mengenai
kepentingan pelaksanaan pengajaran Matematik dan Sains dalam Baliasa Inggeris dan 14
orang (34%) daripada mereka tidak pernah melakukannya.
Berdasarkan analisis item 8 pula menunjukkan hanya 8 orang (20%) responden kerap
kali memberi maklumat mengenai kepentingan pelaksanaan pengajaran Matematik dan
Sains dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar. Manakala 14 orang (34%) orang responden
pula tidak pernah melakukannya. Keputusan analisis respon bagi item 9, menunjukkan
19 orang (46%), tidak pemah memberi maklumat mengenai kepentingan pelaksanaan
pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris kepada guru. Hanya 4 orang
(10%) responden yang kerap kali melakukannya.
64 Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27 (1)

Jadual3
Pemberian Maklumat

Kekerapan (%)
No Item
1 2 3 4
21 16 2 (5%) 2 (5%)
6 Saya telah menyediakan risalah, poster dan alat (51%) (39%)
pandang dengar yang sesuai untuk membantu
pelajar-pelajar menguasai Bahasa Inggeris dalam
kelas Matematik dan Sains.
14 20 7 (17%) 0
(34%) (49%) (0%)
7 Saya telah menyediakan maklumat mengenai
kepentingan pelaksanaan pengajaran Matematik
dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

8 Sayatelahmemberimaklumatmengenaikepentingan 14 17 8 2
pelaksanaan pengajaran Matematik dan Sains dalam (34%) (41%) (20%) (5%)
Bahasa Inggeris kepada pelajar.

9 Sayatelahmemberimaklumatmengenaikepentingan 19 18 4 0
pelaksanaan pengajaran Matematik dan Sains dalam (46%) (44%) (10%) (0%)
Bahasa Inggeris kepada guru.

10 Sayatelahmemberimaklumatmengenaikepentingan 18 19 4 0
pelaksanaan pengajaran Matematik dan Sains dalam (44%) (46%) (10%) (0%)
Bahasa Inggeris kepada ibu bapa dan orang yang
berkaitan dengan kemajuan pelajar.

Nota: \=Ttdak pernah 2=kadang-kadang 3=Kerap kali 4=Sangat kerap

Hasil analisis kepada respon bagi item 10 pula mendapati hanya 4 orang (10%) kerap
kali memberi maklumat mengenai kepentingan pelaksanaan pengajaran Matematik dan
Sains dalam Bahasa Inggeris kepada ibu bapa dan orang yang berkaitan dengan kemajuan
pelajar dan 19 orang (46%) responden melaporkan kadang-kadang melakukannya.

Keputusan Analisis Dimensi Bimbingan Kelompok

Sub bahagian ini melaporkan keputusan analisis statistik deskriptif untuk setiap item
di bawah Dimensi Bimbingan Kelompok. Jadual 4 mernpersernbahkan kekerapan dan
peratusan untuk setiap item di bawah Dimensi Bimbingan Kelompok.
Peranan Kaunselor 65

Jadual 4
Bimbingan Kelompok
No Item Kekerapan (%)
1 2 3 4
11 Saya telah mengadakan kelas-kelas bimbingan 13 19 4 (10%) 5
kelompok untuk membantu pelajar-pelajar yang (32%) (46%) (12%)
berisiko dalam mata pelajaran Matematik dan
Sains.
11 22 6 2 (5%)
12 Saya telah mengendalikan bimbingan kelompok (54%) (15%)
(26%)
tentang cara-cara yang lebih berkesan dalam
mempelajari Matematik dan Sains dalam Bahasa
Inggeris.
Nota: l=Tidak pernah 2=kadang-kadang 3=Kerap kali 4=Sangat kerap

Berdasarkan Jadual 4, seramai 9 orang (22%) responden melaporkan yang mereka kerap
mengadakan kelas-kelas bimbingan kelompok untuk membantu pelajar-pelajar yang
berisiko dalam mata pelajaran Matematik dan Sains manakala 13 orang (32%) responden
tidak pernah mengadakannya. Analisis juga menunjukkan yang 22 orang (54%) responden
kadang-kadang mengendalikan bimbingan kelompok tentang cara-cara yang lebih
berkesan dalam mempelajari Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

Keputusan Analisis Dimensi Perkhidmatan Kaunseling (Individu/Kelompok)

Sub bahagian ini melaporkan keputusan analisis statistik deskriptif untuk setiap
item di bawah Dimensi Perkhidmatan Kaunseling (Individu/Kelompok). Jadual 5
mempersembahkan kekerapan dan peratusan untuk setiap item di bawah Dimensi
Perkhidmatan Kaunseling (Individu/Kelompok).

Jadual 5
Perkhidmatan Kaunseling (Individu/Kelompok)
No Item Kekerapan ( %)
1 2 3 4
13 Saya telah menjalankan kaunseling individu kepada 13 20 8 0
pelajar yang berisiko tinggi dalam pembelajaran (32%) (49%) (19%) (0%)
Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

14 Saya telah menjalankan kaunseling kelompok kepada 17 19 5 0


pelajar yang berisiko tinggi dalam pembelajaran (42%) (46%) (12%) (0%)
Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

Nota: 1=Tidak pernah 2=kadang-kadang 3=Kerap kali 4=Sangat kerap


66 Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27 (1)

Menurut Jadual 5, didapati hampir separuh responden (49%) melaporkan yang mereka
kadang-kadang menjalankan kaunseling individu kepada pelajar yang berisiko tinggi
dalam pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dan hanya 8 orang
(19%) yang kerap kali menjalankannya. Keputusan analisis ke atas respon untuk item
14 menimjukkan seramai 17 orang (42%) daripada responden tidak pernah menjalankan
kaunseling kelompok kepada pelajar yang berisiko tinggi dalam pembelajaran Matematik
dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

Keputusan Analisis Dimensi Perkhidmatan Konsultansi dan Rujukan

Sub bahagian ini melaporkan keputusan analisis statistik deskriptif untuk setiap item di
bawah Dimensi Perkhidmatan Konsultansi dan Rujukan. Jadual 6 mempersembahkan
kekerapan dan peratusan untuk setiap item di bawah Dimensi Perkhidmatan Konsultansi
dan Rujukan.

Jadual 6
Perkhidmata Konsultansi dan Rujukan
No Item Kekerapan (%)
1 2 3 4
18 Say a telah berunding dengan guru Matematik dan 13 23 2 3
Sains serta guru tingkatan untuk mengenal pasti (32%) (56%) (5%) (7%)
pelajar-pelajar berisiko dalam mata pelajaran
Matematik dan Sains.

19 Saya telah merujuk pelajar-pelajar berisiko tinggi 15 19 4 3


kepada guru tingkatan untuk penempatan pelajar di (37%) (46%) (10%) (7%)
kelas tertentu.
Nota: 1=Ttdak pernah 2=kadang-kadang 3=Kerap kali 4=Sangat kerap

Jadual 6 menunjukkan yang 23 orang (56%) responden melaporkan mereka kadang-kadang


berunding dengan guru Matematik dan Sains serta guru tingkatan untuk mengenal pasti
pelajar-pelajar berisiko dalam mata pelajaran Matematik dan Sains. Manakala keputusan
yang ditunjukkan dalam Jadual 6 mendapati 15 orang (37%) responden menyatakan yang
mereka tidak pernah merujuk pelajar-pelajar berisiko tinggi kepada guru tingkatan untuk
penempatan pelajar di kelas tertentu.
Peranan Kaunselor 67

Keputusan Analisis Dimensi Konferens dengan Ibu Bapa

Sub bahagian ini melaporkan keputusan analisis statistik deskriptif untuk setiap
item di bawah Dimensi Konferens dengan Ibu Bapa. Jadual 7 mempersembahkan
kekerapan dan peratusan untuk setiap item di bawah Dimensi Konferens dengan
Ibu Bapa.

Jadual 7
Konferens dengan Ibu Bapa
Kekerapan (%)
No Item 1 2 3 4
20 Saya telah mengadakan perbincangan dengan ibu 17 19 3 (7%) 2 (5%)
(42%) (46%)
bapa pelajar-pelajar berisiko dalam mata pelajaran
Matematik dan Sains.
16 17 7 (17%) 1 (2%)
21 Saya telah memberikan penjelasan kepada ibu bapa (39%) (42%)
tentang kepentingan membantu anak-anak mereka
dalam pembelajaran Matematik dan Sains dalam
Bahasa Inggeris.
Nota. 1=Tidak pernah 2=kadang-kadang 3=Kemp kali 4=Sangat kerap

Berdasarkan keputusan yang dipersembahkan dalam Jadual 7, didapati 17 orang


(42%) responden melaporkan yang me reka tidak pernah mengadakan
perbincangan dengan ibu bapa pelajar-pelajar berisiko dalam mata pelajaran
Matematik dan Sains dan 19 orang (46%) lagi melaporkan yang mereka kadang -
kadang mengadakan perbincangan ini. Keputusan analisis bagi item 21
menunjukkan hanya 7 orang (17%) kerap kali dan seorang (2%) sangat kerap
memberikan penjelasan kepada ibu bapa tentang kepentingan membantu anak -
anak mereka dalam pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

Keputusan Analisis Dimensi Perkhidmatan Penyelarasan Resos

Sub bahagian ini melaporkan keputusan analisis statistik deskriptif untuk setiap
item di bawah Dimensi Perkhidmatan Penyelarasan Resos. Jadual 8
mempersembahkan kekerapan dan peratusan untuk setiap item di bawah Dimensi
Perkhidmatan Penyelarasan Resos.
Dari Jadual 8, keputusan analisis respon untuk item 22 menunjukkan 16
orang (39%) tidak pernah dan 18 orang (44%) kadang -kadang menghubungi
pihak-pihak/agensi berkepentingan di luar sekolah supaya menghantar maklumat
berkenaan pelaksanaan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.
Keputusan analisis bagi item 23 menunjukkan 26 orang (63%) responden
melaporkan mereka pernah memberi penjelasan kepada pelajar-pelajar berisiko
tinggi mengenai penggunaan resos dalam sekolah dan di luar sekolah untuk
membantu mereka belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.
68 Jumal Pendidikan 2007, Jilid 27(1)

Jadual 8
Perkhidmatan Penyelarasan Resos

No Item Kekerapan (%)


1 2 3 4
22 Saya telah menghubungi pihak-pihak/agensi
berkepentingan di luar sekolah supaya menghantar 16 18 6 1
maklumat berkenaan pelaksanaan pengajaran (39%) (44%) (15%) (2%)
Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.
23 Saya telah memberi penjelasan kepada pelajar-
pelajar berisiko tinggi mengenai penggunaan resos 15 16 9 1
dalam sekolah dan di luar sekolah untuk membantu (37%) (39%) (22%) (2%)
mereka belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa
Inggeris.

Nota: 1=Ttdakpernah 2=kadang-kadang 5=Kerap kali 4=Sangat kerap

Keputusan Analisis Dimensi Perkhidmatan Penilaian

Sub bahagian ini melaporkan keputusan analisis statistik deskriptif untuk setiap item di
bawah Dimensi Perkhidmatan Penilaian. Jadual 9 mempersembahkan kekerapan dan
peratusan untuk setiap item di bawah Dimensi Perkhidmatan Penilaian.
Berdasarkan Jadual 9, keputusan analisis respon kepada item 24 menunjukkan
yang 22 orang (54%) responden pernah menjalankan kajian penilaian mengenai masalah
utama pelajar-pelajar berisiko tinggi dalam pembelajaran Matematik dan Sains dalam
Bahasa Inggeris. Menurut keputusan analisis respon kepada item 25 didapati yang 23
orang (56%) responden menyatakan yang mereka pernah menjalankan kajian penilaian
mengenai masalah utama guru-guru yang berkaitan dengan pengajaran Matematik dan
Sains dalam Bahasa Inggeris.

Jadual 9
Perkhidmatan Penilaian

Kekerapan (%)
No Item 1 2 3 4
24 Saya telah menjalankan kajian penilaian mengenai
masalah utama pelajar-pelajar berisiko tinggi dalam 19 19 3 0
pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa (46%) (46%) (8%) (0%)
Inggeris.
25 Saya telah menjalankan kajian penilaian mengenai
masalah utama guru-guru yang berkaitan dengan 18 19 4 0
pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa (44%) (46%) (10%) (0%)
Inggeris.
Nota: l=Tidak pernah 2=kadang-kadang 3=Kerap kali 4=Sangat kerap
Peranan Kaunselor 69

Perbincangan

Keputusan kajian menunjukkan bahawa kira-kira 50% daripada kaunselor yang terlibat
dalam kajian ini telah menyediakan dan mengemaskini maklumat tentang keperluan dan
kepentingan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa lnggeris
dan maklumat ini telah pun disampaikan kepada pelajar; manakala 50% yang selebihnya
tidak atau kurang berbuat begitu. Keadaan ini menjelaskan bahawa kaunselor yang menjadi
pembimbing kepada pelajar perlu lebih peka terhadap keperluan pelajar agar pelajar lebih
bersedia dalam menghadapi pembelajaran mereka. Menurut Snow (1986), pengajaran dan
pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa lnggeris akan mendatangkan kerisauan
yang tinggi dan gerakbalas yang adversif dalam kalangan pelaj ar tertentu. Pengemaskinian
maklumat dan penyampaiannya kepada pelajar akan meningkatkan kesediaan kaunselor
dalam membantu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam
bahasa Inggeris dan membantu membina keyakinan dalam kalangan pelajar.
Selain itu, persoalan juga timbul iaitu adakah kaunselor sekolah tidak berinisiatif
atau kreatif dalam membantu menjayakan dasar penting negara ini sedangkan seperti
mana menurut Tollerud (2004) yang menyatakan bahawa semua pelajar berpeluang untuk
berjaya dan mencapai tahap potensi tertinggi dalam pendidikan sekiranya kaunselor
sekolah memainkan peranan yang kritikal dalam menjayakan akademik dan kerjaya
pelajar, terutamanya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
Ini memandangkan keputusan kajian juga menunjukkan bahawa kaunselor kurang
memainkan peranan mereka sebagai pemberi maklumat, padahal, pemberian maklumat
adalah penting, dan ianya tidak terhad kepada pelajar sahaja, malahan melibatkan pihak
ibu bapa, dan juga guru mata pelajaran, dalam hal ini, guru Matematik dan Sains, serta
individu berkepentingan. Ini ternyata dalam kajian Sprinthall dan Scott (1989) yang
menekankan perlunya kolaborasi antara guru mata pelajaran dengan kaunselor.
Kaunselor boleh memainkan peranan yang lebih memuaskan dalam membantu
pelajar yang berisiko dalam pembelajaran Matematik dan Sains. Ini termasuk membina
hubungan pertolongan melalui kaunseling individu dan kelompok, membina kemahiran
komunikasi, dan membantu pelajar meneroka strategi dan aktiviti Matematik dan Sains
(Sprinthall & Scott, 1989). Meningkatkan kompetensi pelajar merupakan punca utama
dalam motivasi dan ini dapat dicapai melalui sokongan sosial.
Kaunselor juga perlu memberi penjelasan kepada pelajar-pelajar berisiko tinggi
mengenai penggunaan resos dalam sekolah dan di luar sekolah untuk membantu mereka
dalam pembelajaran. Kaunselor perlu menghubungi pihak-pihak/agensi berkepentingan
di luar sekolah supaya menghantar maklumat berkenaan pelaksanaan pengajaran Mate-
matik dan Sains dalam Bahasa lnggeris. Cara bagaimana maklumat disampaikan secara
efektif adalah penting, kerana maklumat yang berguna akan memberi impak yang besar
yang membolehkan pembelajaran yang bermakna berlaku (Legault, Green-Demers, &
Pelletier, 2006). Juga, adalah penting untuk memberi maklum balas konstraktif tentang
kemajuan pembelajaran pelajar agar keperluan kompeten dapat dipenuhi. Penukaran
maklumat ini adalah penting dalam menjamin hubungan guru dan pelajar. Namun be-
gitu, sumbangan ibu bapa, kawan, dan guru adalah penting (Green-Demers, 2006; Ryan,
Stiller, & Lynch, 1994). Konferens bersama ibu bapa juga perlu dipergiatkan lagi dengan
memberikan penjelasan kepada ibu bapa di samping berbincang dengan mereka tentang
70 Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27(1)

kepentingan membantu anak-anak mereka dalam pembelajaran Matematik dan Sains da-
lam Bahasa Inggeris. Akhirnya, peranan kaunselor juga termasuklah menjalankan kajian
penilaian mengenai masalah utama pelajar-pelajar berisiko tinggi dalam pembelajaran
Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kaunselor sekolah masih
kurang terlibat secara aktif dalam membantu pelajar menangani pembelajaran Matematik
dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Dapatan juga secara tidak langsung menimbulkan
banyak persoalan yang memerlukan kepada beberapa kajian yang mendalam mengenai
perkara ini. Antara persoalannya ialah kenapa kaunselor sekolah tidak menggunakan
kesemua perkhidmatan yang telah disyorkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seperti
dalam buku panduan pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
menengah, terbitan Unit Bimbingan dan Kaunseling Bahagian Sekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia? Persoalan juga timbul, adakah kerana kaunselor sekolah kurang jelas
tentang peranan masing-masing ataupun pihak sekolah tidak memaklumkan dengan jelas
tentang penglibatan kaunselor dalam rnenjayakan pelaksanaan pengajaran Matematik dan
Sains dalam Bahasa Inggeris? Oleh yang demikian dapatan kajian ini dapat dijadikan
pencetus kepada pelbagai kajian lain yang berkaitan dalam menjayakan dasar pelaksanaan
pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.
Peranan Kaunselor 71

Rujukan

Aubrey, R-, & Lewis, J. (1983). Social issues and the counseling profession in the 1980s
and 1990s. Counseling & Human Development, 15,1-15,
Casey, M. B., Nuttall, R. L., & Pezaris, E. (1997). Mediators of gender differences in
mathematics college entrance test scores: A comparison of spatial skills with inter-
nalized beliefs and anxieties. Developmental Psychology, 33,669-680.
Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi, & Norazmi Noor. (2005). Penggunaan Bahasa
Inggeris dalam Sains dan Matematik: Pelaksanaan dan cabaran. Jurnal PendidUfftn,
25, 27-38.
Frome, P. M., & Eccles, J. S. (1998). Parents' influence on children's achievement-related
perceptions. Journal of Personality and Social Psychology, 74,435-452.
Green-Demers, I. (2006, January). The snowball effect of social support: Cumulative in-
fluencgMf teachers, parents, and friends on academic marivoftog. Paper.firesented
at the 7th Annual Conference of the Society for Personality and Social Psychology,
Palm Springs, CA.
Jacobs, J. E. (1991). Influence of gender stereotypes on parent and child mathematics at-
titudes. Journal of Educational Psychology, 83,518-527.
Jacobs, J. E., Finken, L. L., Griffin, N. L., & Wright, J. D. (1998). The career plans of
science-talented rural adolescent girls. American Educational Research Journal,
35,681-704.
Jacobs, J. E., Lanza, S., Osgood, D. W., Eccles, J. S., & Wigfield, A. (2002). Changes
in children's self-competence and values: Gender and domain differences across
grades one through twelve. Child Development, 73,509-527.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2002). Kajian penilaian pelaksanaan mata pelajaran
Bahasa Inggeris di sekolah rendah luar bandar: Aspek guru. Kuala Lumpur:
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1993). Panduan pelaksanaan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah. Kuala Lumpur: Unit Bimbingan
dan Kaunseling Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Legault, L., Green-Demers, I., & Pelletier, L. (2006). Why do high school students lack
motivation in the classroom? Toward an understanding of academic motivation and
the role of social support. Journal of Educational Psychology, 98(3), 567-582.
Lent, R. W., Brown, S. D., Brenner, B., Chopra, S. B., Davis, T., Talleyrand, R., et al.
(2001). The role of contextual supports and barriers in the choice of math/science
educational options: A test of social cognitive hypotheses. Journal of Counseling
Psychology, 48(4), 474-483.
Lent, R. W., Brown, S. D., Talleyrand, R., McPartland, E. B., Davis,T., Chopra, S. B., et
al. (2002). Career choice barriers, supports, and coping strategies: College students'
experiences. Journal of Vocational Behavior, 60(1), 61-72.
Noraini Idris (2001). Pedagogi dalam pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan.
Parsons [Eccles], J. S., Adler, T. F., Futterman, R., Goff, S. B., Kaczala, C. M., Meece,
J. L., et al. (1985). Self-perceptions, task perceptions, socializing influences, and
the decisions to enroll in mathematics. Dim S. F. Chipman, L. R. Brush, & D.
M.Wilson (Sid. Ed.), Women and mathematics: Balancing the equation (ms. 95-
121). Hillsdale, NJ: Erlbaum.
72 Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 2 7 ( 1)

Parsons [Eccles], J. S.,Adler,T., &Meece, J. L. (1984). Sex differences in achievement: A


test of alternate theories. Journal of Personality and Social Psychology, 46,26-43.
Ryan, R. M., Stiller, J. D., & Lynch, J. H. (1994). Representations of relationships to
teachers, parents, and friends as predictors of academic motivation and self-esteem.
Journal of Early Adolescence, 14,226-249.
Simpkins, S. D., Davis-Kean, P. E., & Eccles, J. S. (2006). Math and science motivation: A
longitudinal examination of the links between choices and beliefs. Developmental
Psychology, 42(1), 70-83.
Snow, R. E. (1986). Individual differences and the design of educational programs.
American Psychologist, 41 (10), 1029-1039.
Sprinthall, N. A., & Scott, J. R. (1989). Promoting psychological development, math
achievement, and success attribution of female students through deliberate
psychological education. Journal of Counseling Psychology, 36(4), 440-446.
Suradi Salim. (1994). Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling: Kajian keperluan,
pelaksanaan dan prospek. Petaling Jaya: Pustaka Akademik.
Suradi Salim, & Randan Aga Mohd Jaladin. (2005). Development of counselling services in
Malaysia. DalamZafar Afaq Ansari, Noraini M. Noor, & Amber Haque (Sid. Ed.).
Contemporary issues in Malaysian psychology. Singapore: Thomson Learning.
Tarip Abdullah. (1989). Permasalahan seorang kaunselor dalam menjalankan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling di sekolah (Problems of a counselor in providing
guidance and counseling services in schools). Kertas kerja yang dibentangkan di
Seminar Kebangsaan Perkhidmatan Kaunseling Sekolah-sekolah Malaysia. Kuala
Lumpur.
Tollerud, T. R. (2004). Role of school counselors in emphasizing Science, Mathematics
and Technology across the curriculum. Dimuat turun pada 13 Februari, 2007,
daripada www.ceet .niu .edu/orgs/nsftali .htm
Updegraff,K. A., Eccles, J. S.,Barber,B. L.,& O'Brien,K. M. (1996). Course enrollment as
self-regulatory behavior: Who takes optional high school math courses? Learning
and Individual Differences, 8,239-259.
Wigfield, A., Eccles, J. S., Mac Iver, D., Reuman, D. A., & Midgley, C. (1991). Transi-
tions during early adolescence: Changes in children's domain-specific self-percep-
tions and general self-esteem across the transition to junior high school. Develop-
mental Psychology, 27,552-565.

You might also like