You are on page 1of 14

Main Peranan merujuk kepada satu teknik mengajarndalm dan luar bilik darjah.

Aktiviti ini melibatkan lakonan spotan yang melibatkan interaksi atau sekumpulan murid tanpa menggunakan sebarang skrip. Akttiviti lakonan ini adalah berdasarkan sesuatu situasi atau masalah yang timbul. Biasanya aktiviti main peranan ini, pelajar-pelajar membayangkan situasi yang timbul dan kemudian melakonkannya mengikut situasi yang dibayangkan. Situasi ini boleh di struktur atau tanpa struktur (atau gabungan)

Pandangan yang lain merujuk main peranan sebagai satu teknik untuk membolehkan pelajar sendiri mendapatkan gambaran,atau contoh pengalaman spotan,tidak dilatih dahulu, dan seolah-olah hidup untuk mencapai objektif pengajaran pembelajaran.
Ada sesetengah ahli akademik membezakan kedua-dua jenis ini (main peranan-sosio drama) tetapi dalam hampir semua keadaan dia telah diberi makna dan proses yang sama.

Heinich (1993) merujuk main peranan sebagai sejenis lakonan drama spontan yang memerlukan seseorang pelajar menggunakan daya imaginasi memainkan watak-watak yang berbeza dalam situasi yang berbeza.

Tujuan Main Peranan ialah untuk:


1.mewujudkan satu situasi yang realistik agar mudah diterima dan difahami oleh pelajar. 2.memberi kepada pelajar untuk melahirkan perasaan mereka dan memahami perasaan orang lain.

3.memberi peluang kepada pelajar melakonkan pelbagai watak dan melaluinya mampu memperluaskan pengalaman hidup dan menghadapi masalah dalm realiti hidup. 4.membantu pelajar pendiam mengambil bahagian dan membina sikap sosail yang lebih positif. 5.menambah kecekapan emosi (EQ) , sosial(SQ) pelajar. 6. menigkatkan peguasaan dan kemahiran menggunakan bahasa.

Prinsip Pelaksanaan Sebelum sesi 1.Guru menentukan sama ada sesuatu sesi main peranan/lakonan itu sesuai dengan tujuan dan objektif pengajaran-pembelajaran serta berfaedah kepada pelajar. 2.Guru memaklumkan apa yang perlu dilakonkan.

3.Tentukan apa dan sebanyak mana maklumat yang perlu ada dalam sesi lakonan tersebut. Sediakan soalan-soalan yang perlu dan selebihnya biarkan pelajar menggunakan imaginasi mereka sendiri dalam melakonkan situasi berkenaan. 4.tentukan sama ada guru/pelajar sendiri yang memilih pelakon. Pelajar lain sebagai pemerhati dan akan memberi reaksi mereka selepas aktiviti tersebut. 5.tentukan masa yang perlu diambil bagi melaksanakan sesi tersebut (anggaran:1520 minit)

Semasa sesi
1.Guru sebagai fasilitator. Boleh memaklumkan aspek yang perlu ditambah agar lebih realistik dan bermanfaat. 2.Guru memastikan agar lakonan situasi tidak terkeluar daripada maksud asal atau memastikan aktiviti berjalan lancar.

Selepas Sesi
1.Perlu diperuntukkan masa untuk perbincangan dan penilaian pengalaman semasa lakonan umpamanya aspek isi, bahasa, kelancaran, psikologi pelakon, perbandingan antara situasi sebenar dengan dalam lakonan.

2.Perbincangan juga penting kerana ada pelajar yang tidak sedar mereka telah mempelajari sesuatu melalui aktiviti tersebut. Guru boleh membantu mereka menyedari dan mengenal pasti maklumat yang tersembunyi yang perlu/telah dipelajari daripada aktiviti tersebut.

3.Perbincangan boleh dilakukan dalam pelbagai cara umpamanya ialah antara pelajar dengan pelajar atau kumpulan dengan kumpulan.
4.Perbincangan menghala kepada mengenal pasti pembelajaran pelajar, rumusan, dan pengukuhan terhadap perkara yang telah dipelajari hasil daripada sesi main peranan tadi.

5.Aktiviti menulis dan memberi pendapat berkaitan lakonan tadi sebagai aktiviti pengukuhan (kerja rumah)
6.Guru menilai aktiviti lakonan tersebut untuk mengetahui sama ada ia telah berjaya atau tidak mencapai objektif pengajaran dan pembelajarannya.

CONTOH Sejarah : Main Peranan : Cara British di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka

Bahasa Melayu Menjalankan aktiviti main peranan dalam diskusi tentang isu kenaikan harga barang atau isu dalam mesyuarat persatuan. Gunakan kata dan ungkapan yang menunjukkan penegasan pendirian.

You might also like