You are on page 1of 2

Daripada :

Siti Hajar bt Ramli


Bahagian Perancangan dan Penilaian
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Aras 7, Blok Menara
No.18, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 PUTRAJAYA.

29 Jun 2009

Kepada :

Ketua Pengarah Perkhidmatan


Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Perkhidmatan
Tingkat 1, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62250 PUTRAJAYA
(u.p. : Cari peg Bahagian Perkhidmatan yang jaga PT N 17)

Melalui :

Pengarah
Bahagian Perancangan dan Penilaian // Tukar Alamat Bahagian SM MITI
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Aras 7, Blok Menara
No.18, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62652 PUTRAJAYA.

Tuan,

PERMOHONAN PERTUKARAN DARI KEMENTERIAN PERDAGANGAN


ANTARABANGSA DAN INDUSTRI KE MANA-MANA JABATAN KERAJAAN
DI SEKITAR PUTRAJAYA - PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN
/OPERASI) GRED N17

Adalah saya seperti nama dan alamat yang tersebut di atas kini berkhidmat
sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 di Bahagian
Perancangan dan Penilaian, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri, Putrajaya (MITI).
2. Untuk makluman tuan, Bahagian ini dahulunya merupakan satu Bahagian
di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dan
telah diserap masuk ke dalam MITI selepas pembubaran MECD pada 8 April
2009. Kini Bahagian ini masih lagi melaksanakan peranan dan fungsi yang sama
di bawah MITI. Sehubungan dengan itu, saya memohon untuk bertukar dari
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ke mana-mana Jabatan
Kerajaan Persekutuan lain di sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya
memandangkan saya telah berkhidmat selama 3 tahun 2 bulan bermula dari 20
Mac 2006 hingga sekarang.

3. Semoga dengan pertukaran ini akan dapat menambahkan ilmu


pengetahuan dan pengalaman dalam bidang tugas jawatan saya serta
mencari pengalaman yang baru dalam suasana yang berlainan. Ini akan
membantu meningkatkan prestasi dan kerjaya saya di masa hadapan.
Diharapkan permohonan saya ini mendapat pertimbangan dan kelulusan
yang sewajarnya dari pihak tuan. Pertimbangan dan kelulusan dari pihak
tuan amat saya hargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang Benar,

..........................................
( SITI HAJAR BT RAMLI )
800402-04-5240

You might also like