You are on page 1of 43

ISU - ISU KONTEKS DAN PROSES DALAM KAJIAN KEBERKESANAN SEKOLAH

Objektif

Isu definisi konteks Kesan perbezaan definisi terhadap SER Kajian Pembolehubah konteks:- jenis komuniti - peringkat persekolahan - struktur pentadbiran Proses - proses sekolah berkesan Kajian dimensi ketiga proses Isu isu proses dalam SER Kritikan semasa terhadap SER

ISU DEFINISI KONTEKS

Terdapat pelbagai definisi konteks yang tidak diambil kira. Akibatnya wujud banyak batasan kajian sehingga awal tahun 1980an

Isu Definisi konteks


Terdapat 5 definisi yang berbeza 1. Latar belakang Sosioekonomi Menurut Willms (1985), konteks adalah merujuk kepada latar belakang sosio ekonomi pelajar seperti kebolehan, kelas sosial, pendapatan taraf pendidikan.

2. Latar belakang Sosio politik Menurut Wimplberg, Teddlie & Stringfield (1989) konteks termasuk elemen - elemen perspektif sosio politik seperti sosio ekonomi, struktur pentadbiran, kaedah membuat keputusan, tahap persekolahan dan lain - lain. ( Unsur PROSES telah dimasukkan)

3.Menurut Scheerens (1990) pembolehubah konteks adalah terdiri daripada:saiz sekolah, komposisi pelajar, kategori sekolah. tahap galakkan yang diberikan oleh pihak pentadbir tahap pembangunan kepenggunaan

4.Scheerens et al.(1991) Teori kontigensi telah digunakan untuk menerangkan faktor konteks sekolah keberkesanan sekolah bergantung kepada situasi atau faktor kontigensi seperti : komposisi pelajar mengikut SES tahap persekolahan struktur pentadbiran sekolah saiz sekolah dan sebagainya

5.Slater & Teddlie (1992) Menggabungkan konteks dan proses pertimbangan (teori kepimpinan dan keberkesanan sekolah) Terdapat 3 elemen dalam perspektif ini: pengurusan dan kepimpinan keupayaan untuk bersedia kesediaan pelajar untuk belajar (Justeru konteks bermaksud interaksi antara mana - mana elemen ini.)

Kesan Perbezaan Definisi Konteks Terhadap SER


USA penekanan diberikan kontekstual mengikut proses yang berbeza berkaitan keberkesanan sekolah. perbezaan proses membawa kepada kemajuan dan tidak lagi melihat kepada korelasi statik dan ia lebih dinamik

UK kajian berkaitan yang memasukkan unsur kontekstual dikenali sebagai komposisi atau kajian keseimbangan penekanan konteks memberi kesan terhadap sifat saintifik sekolah terutamanya perbezaan saiz

Belanda menghasilkan teori kontigensi yang menekankan hasil dapatan serta berupaya meramalkan dapatan masa depan hanya menekankan isu pentadbiran

Kajian Jenis Komuniti Sebagai Pembolehubah Konteks

Freemen & Teddlie (1997), Hannaway & Talbert (1993), Purkey & Rutter (1987) melaporkan jenis komuniti seperti:saiz sekolah mempunyai kesan terhadap komuniti guru dan kepimpinan pengetua autonomi pengetua bergantung kepada lokasi komuniti

pengaruh kesatuan guru bergantung kepada jenis komuniti Karenah pelanggan berbeza mengikut sesuatu komuniti kesan saiz sekolah berbeza bergantung kepada jenis komuniti

Peringkat Persekolahan Sebagai Pembolehubah Konteks

Perbandingan dari segi saiz kesan dan proses berdasarkan :ciri sekolah menengah dan sekolah rendah kepimpinan sekolah menengah dan sekolah rendah

Perbezaan ciri antara sekolah menengah berkesan dengan sekolah rendah berkesan:kurikulum sekolah menengah adalah lengkap dan releven kepada keperluan pelajar (Firestone & Wilson,1989) sekolah mempunyai misi yang lebih luas untuk cemerlang dalam semua subjek berbanding sekolah rendah yang menekankan kemahiran asas sahaja ( Firestone & Herriot, 1982)-

Program - program kerjaya yang khusus dan kaunseling yang berkualiti di sekolah menengah (Hallinger & Murphy,1987) Terdapat pelbagai cara dan pengalaman pembelajaran yang mengambil kira berlainan kebolehan pelajar di sekolah menengah (Levine & Bubanks, 1989)

Matlamat utama sekolah rendah adalah akademik berbanding sekolah menengah yang menekankan matlamat peribadi pelajar dan pendidikan ( Levine et al.,1984)

Perbezaan kepimpinan sekolah menengah dan sekolah rendah berkesan guru besar sekolah rendah menyumbang lebih masa untuk melaksanakan aktiviti kepimpinan melalui teladan berbanding pengetua (Virgilio et al.,1991) Pengetua kurang memantau semua aktiviti sekolah secara peribadi kerana terlalu banyak (Levine et al.,1990)

Pengaruh panitia lebih penting daripada pengaruh sekolah di sekolah menengah ( Fitz - Gibbon,1991)

Struktur Pentadbiran Sekolah Sebagai Pembolehubah Konteks Isu struktur pentadbiran sekolah boleh dilihat dari 3 aspek: Sekolah kerajaan berbanding swasta Kesan sekolah gereja Kesan Lembaga Sekolah

Sekolah Kerajaan berbanding Swasta pelajar sekolah swasta mendapat manfaat lebih besar berbanding sekolah kerajaan pelajar sekolah swasta lebih berjaya dari segi hubungan ibu bapa dengan sekolah

Kesan berbagai jenis sekolah gereja pelajar sekolah kerajaan lebih kerap memasuki pengajian tinggi berbanding sekolah Katholik dan Protesten pelajar sekolah Protesten mempunyai pandangan yang berbeza mengenai pekerjaan yang menarik berbanding sekolah Katholik pelajar sekolah Katholik lebih banyak memasuki pendidikan vokasional

Kesan penguasa Pendidikan Tempatan dan Lembaga sekolah Pencapaian pelajar berbeza mengikut penguasa tempatan Kepimpinan dan panduan memajukan sekolah bergantung kepada pegawai pendidikan daerah

Proses - Proses Sekolah Berkesan


Terdapat 9 elemen proses sekolah berkesan kepimpinan berkesan pengajaran berkesan fokus kepada pembelajaran meningkatkan budaya sekolah yang positif

jangkaan tinggi terhadap pencapaian dan tingkahlaku menekankan tanggungjawab pelajar dan haknya kawalan dan pemantauan perkembangan di semua peringkat pembangunan staf penglibatan ibu bapa

Dimensi Ketiga Proses


Dimensi ketiga proses ialah corak perhubungan dikalangan staf dan pelajar Tiga sebab kenapa komponen ini tidak diutarakan dalam kajian SER : kesukaran mengukur corak perhubungan antara fakulti dan guru

konsep jalinan perhubungan guru pelajar sukar difahami terdapat pandangan bahawa perhubungan dalam sekolah terutamanya antar staf sentiasa berubah

3 Kepentingan kajian perhubungan:ada kaitan antara tahap keberkesanan sekolah dengan pelbagai corak perhubungan di kalangan staf ketidakberkesanan sekolah dengan corak dysfunctional relationship di kalangan staf

ada pandangan - kewujudan perhubungan yang sedia terjalin membantutkan usaha meningkatkan perkembangan profesional staf

Corak jalinan hubungan sosial di kalangan staf :kepadatan/keikrapan hubungan di kalangan staf kepentingan pengetua dalam organisasi kewujudan puak dalam sesuatu organisasi

Jenis komuniti berasaskan saiz sekolah kesan positif komuniti guru bertambah apabila saiz sekolah di pinggir bandar turut bertambah kesan positif komuniti guru berkurangan apabila saiz sekolah di bandar bertambah jenis komuniti berbeza mengikut negara

Isu Proses SER

Aspek outcomes sosial atau domain afektif kurang ditekankan berbanding akademik Pengkaji masih tidak menghargai tentang tuntutan mengumpul data di peringkat sekolah serta kaedah metodologi pelbagai aras

Hubungkait antara sekolah dengan pihak luar kurang memuaskan atau kurang didedahkan dengan maklumat terkini Alat ukur baru dan sesuai dengan perubahan organisasi sekolah serta selari dengan perkembangan globalisasi kurang diberi perhatian

Perbezaan dalam aturcara organisasi sekolah berdasarkan latar belakang budaya yang berbeza perlu demi melaksanakan keberkesanan P & P Ketiadaan running through pada pembolehubah yang sama di bilik darjah, sekolah dan komuniti pendidikan mengurangkan kuasa penerangan

Pemahaman berkaitan dengan mengukur perbezaan faktor di bilik darjah dan sekolah adalah kurang Conceptualizations danmeasurement berkaitan dengan pembolehubah di tahap sekolah tidak cukup sensitif kepada kemungkinan faktor yang akan mempengaruhinya.

Perubahan dalam sistem pendidikan dalam kebanyakan masyarakat menyebabkan faktor - faktor untuk penerimaan sekolah baru sangat penting Kuasa pengajaran sebagai penentu kepada hasil tidak sepadan dengan reconceptualization tahap semulajadi sekolah

Kritikan Semasa Terhadap SER


Kritikan berkisar kepada 3 aspek berikut: politik pengkaedahan teoritikal

Isu Politik

berkait rapat dengan isu persekolahan iaitu keperluan dan tujuan pendidikan penyelidik SER di USA dikatakan mempunyai fahaman liberal - lebih tertumpu untuk membaiki taraf kehidupan SES rendah bukan untuk kebaikan sejagat

penyelidik SER di UK pula dikatakan berideologi konservatif dan menumpu kepada reformasi pendidikan

Isu Pengkaedahan

rekabentuk yang dapat mengumpul ciri - ciri bilik darjah dan sekolah mempunyai unit - unit data yang boleh dianalisa cara pemprosesan dan pengukuran pembolehubah yang sesuai, pemerhatian secara langsung, gabungan cara kuantitatif dan kualitatif

penggunaan teknik yang mencukupi untuk menganalisa data yang melibatkan model berbilang paras menggunakan data berkumpulan yang dikutip dari invidu secara longititud dapat menyesuaikan hasil ukuran pada setiap perbezaan antara sekolah.

Isu Teoritikal

tidak mempunyai satu teori asas yang kukuh untuk menjalankan sesuatu penyelidikan yang berkesan hanya mengurangkan teori heuristic midrange yang diasaskan menerusi rumusan pandangan teoritikal yang wujud serta digabungkan dengan faktor bilik darjah dan sekolah

Sekian. Terima kaseh

You might also like