You are on page 1of 16

WAJ 3112 KOKURIKULUM OLAHRAGA SOALAN TOTURIAL

INTERAKSI 1 : Undang-undang KOM (dahulunya KOAM)

1. Senaraikan semua acara olahraga yang dijalankan di peringkat sekolah rendah.

Acara-acara yang dijalankan di sekolah rendah adalah seperti berikut: I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII. IX. X. XI. 100m 200m 80m Lari berpagar Lompat jauh Lompat kijang Lompat tinggi Lontar peluru 4 x 100m 4 x 200m 2000m Jalan kaki Merentas desa

2. Cuba rujuk peraturan KOM melalui internet atau bahan bacaan dan jelaskan perkara-perkara yang menyebabkan lompat jauh seseorang dibatalkan.

Perkara-perkara yang menyebabkan lompat jauh seseorang dibatalkan adalaah seperti berikut: I. Semasa melonjak, menyentuh bumi selepas garisan lonjak dengan manamana bahagian badannya, sama ada membuat larian tanpa melompat atau sedang membuat lompatan.

II.

Melonjak dari luar hujung papan lonjak, sama ada selepas atau sebelum lajuran garisan lonjak.

III.

Melakukan apa jua jenis balik kuang semasa membuat larian atau sedang membuat lompatan.

IV.

Selepas melompat tetapi sebelum sentuhan pertama di kawasan mendarat, menyentuh landas lari atau bumi di luar landas lari atau bumi di luar kawasan mendarat.

V.

Semasa mendarat, menyentuh lantai di luar kawasan mendarat berhampiran dengan lanjuran garisan lonjak dari bahagian kesan daratan yang paling hampir.

VI.

Apabila meninggalkan kawasan mendarat, sentuhan pertama kakinya dengan bumi di luar kawasan mendarat lebih hampir dari kesan yang dibuat pada pasir, termasuk sebarang kesan yang dibuat oleh salah imbangan semasa mendarat yang semuanya dalam kawasan mendarat tetapi lebih hampir pada garisan lonjak daripada kesan yang mula-mula dibuat semasa mendarat.

INTERAKSI 2:

1. Nyatakan fasa-fasa dan teknik-teknik lari pecut

Lari pecut dapat dibahagikan kepada 3 fasa, iaitu: a. Fasa permulaan. b. Fasa larian c. Fasa penamat.

a. Fasa permulaan Permulaan lari pecut boleh dimulakan dengan dua cara iaitu: i. Dengan menggunakan blok permulaan ii. Tanpa menggunakan blok permulaan.

Terdapat tiga gaya fasa permulaan lari iaitu: i. Gaya peluru ii. Gaya sederhana iii. Gaya panjang

Permulaan Larian Dengan Blok Permulaan i. Gaya peluru Blok permulaan diletakkan rapat dengan garisan permulaan. Blok hadapan diletakkan dua tapak dari garisan permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan. Berikut merupakan contoh gambar untuk meletakkan blok permulaan:

Garisan permulaan Blok permulaan

Gambar blok permulaan

ii. Gaya sederhana Letakkan blok hadapan dua tapak dari garis permulaan. Manakala bagi blok belakang pula akan diletakkan dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan. Berikut merupakan contoh gambar untuk meletakkan blok permulaan:

Garisan permulaan

Blok permulaan Gambar blok permulaan

iii. Gaya panjang Blok hadapan diletakkan dua tapak dari garis permulaan Manakala blok belakang diletakkan tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan. Berikut merupakan contoh gambar untuk meletakkan blok permulaan:

Garisan permulaan

Blok permulaan Gambar blok permulaan

Permulaan Larian Tanpa Blok Permulaan

i. Gaya peluru Berdiri rapat kepada garisan dengan kira-kira dua atau setengah tapak kaki. Hujung tapak kaki belakang selari dengan tumit tapak kaki hadapan. Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

ii. Gaya sederhana Berdiri rapat kepada garisan dan kira-kira dua atau setengah tapak kaki Lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tapak kaki hadapan Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

iii. Gaya panjang Berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau setengah tapak kaki Lutut tapak kaki belakang selari dengan hujung tumit kaki hadapan Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

b. Fasa larian Seperti yang telah dinyatakan di bahagian atas tadi iaitu terdapat 3 bahagian untuk fasa larian, iaitu: i. Fasa pecutan ii. Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan iii. Fasa larian di selekoh

i. Fasa pecutan Selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengambil tempatnya di blok permulaan. Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa melakukan fasa pecutan. Antaranya ialah kedudukan tangan, kedudukan kepala dan leher dan pergerakan tangan dan kaki. Berikut merupakan penerangan untuk kedudukankedudukan tersebut:

Kedudukan tangan Tangan haruslah diluruskan serta dibuka seluas bahu.Manakala di bahagian jari pula, ibu jari dan jari telunjuk perlulah buka dengan luas dan jari-jari lain perlulah rapat di antara satu sama dengan lain dan diletakkan di belakang garisan permulaan. Gambar di bawah menunjukkan cara kedudukan tangan:

Garisan permulaan

Gambar 8: kedudukan tangan

Kedudukan kepala dan leher Kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari torso. Pinggul diangkat tinggi dan badan dicondong ke hadapan selepas arahan sedia diberikan. Gambar di bawah menunjukkan kedudukan pinggul apabila arahan sedia diberikan:
Pinggul diangkat tinggi

Gambar 9: kedudukan pinggul apabila arahan sedia diberikan

Pergerakan tangan dan kaki Pergerakan pelari haruslah bergerak ke hadapan dan bukannya ke atas selepas mendengar tembakan pistol. Kemudian tangan dan kaki digerakkan dengan pergerakan

yang kuat. Perkara yang perlu diingatkan oleh pelari pada bahagian tangan ialah: i) Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan hayunan ke hadapan. ii) iii) Tangan lain digerakkan ke belakang dengan kuat Tangan dibengkokkan pada sudut 90 darjah.

Manakala di bahagian lutut pula digerakkan ke hadapan dengan cepat dan kaki hadapan diluruskan dengan sepenuhnya. Penglibatan jarak larian di dalam fasa pecutan ialah antara 30 hingga 60 meter, jadi kedudukan badan berubah dari rendah ke condong dan hadapan. Dengan itu, jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

Gambar di bawah dapat menunjukkan dengan lebih jelas tentang pergerakan-pergerakan:

Gambar 10

Gambar 11

Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan

Pecutan berlaku pada awal dalam lari pecut dan 95peratus daripada kelajuan maksimum dicapai kira-kira 18meter. Selepas mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutan bagi seseorang pelari akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya.

Disebabkan seseorang pelari mustahil untuk berlari pada kelajuan maksimum yang lebih dari jarak 14 hingga 18 meter, jadi pelari perlukan mengekalkan kelajuan yang lebih rendah dari kelajuan maksimumnya.

Fasa larian di selekoh Semasa berlari di kawasan yang selekoh, seorang pelari perlulah merendahkan badan ke arah dalam supaya larian selekoh adalah berkesan. Hal ini disebabkan semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa centrifugal. Manakala tangan kiri dihayun lurus dan tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam.

1) Fasa penamat Untuk menamatkan sesuatu larian, faktor yang paling penting ialah berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya. Contohnya, 110m untuk 100m dan 210m untuk 200m. Bagaimanakah untuk melakukannya? Cara yang terbaik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan, mengangkat bahu ke atas dan menarik tangan ke belakang. Gambar di bawah menunjukkan cara menamatkan larian:

TeknikUntuk dua teknik yang digunakan, iaitu:

teknik lari pecut


Gambar 11

memulakan lari pecut, terdapat

Gaya berdiri
Teknik mulaan Gaya dekam

a) Gaya berdiri Ia dapat dilihat dalam 4 bahagian, iaitu: i) ii) iii) iv) Persediaan Ke garisan Sedia Mula berlari

i)

Persediaan Sebelum arahan ke garisan diberikan, pelari haruslah berdiri beberapa meter di belakang garisan permulaan.

ii)

Ke garisan Setelah arah ke garisan diberikan, pelari haruslah bergerak ke hadapan dan meletakkan hujung kaki hadapan rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya manakala kaki belakang akan bergerak sedikit ke belakang, iaitu kira-kira 30-40cm serta badan diseimbangkan. Kaki hadapan dibengkokkan dan berat badan ditumpukan pada kaki hadapan. Kemudian badan dicondongkan ke hadapan dan kedua-dua belah tangan berada di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan.

iii)

Sedia Semasa bersedia, tambah condongan badan ke hadapan dan mata pandang ke hadapan. Manakala lutut kaki hadapan dibengkokkan dan menolak kaki belakang ke tanah.

Selepas itu, jangan gerakkan badan dan tumpukan perhatian kepada tembakan pistol. Gambar di bawah menunjukkan keadaan ke garisan dan sedia :

Gambar 12

iv)

Mula berlari Apabila mendengar bunyi tembakan, pelari akan mula bergerak dengan kaki hadapan ditolak. Berikut merupakan gambarnya:

Gambar 13

b) Gaya dekam Ia juga dapat dilihat dalam 4 bahagian, iaitu: i) ii) iii) iv) Persediaan Ke garisan Sedia Mula berlari

i)

Persediaan Cara untuk meletakkan blok permulaan adalah berdasarkan tapak kaki dan garisan permulann. Manakala condongan bagi blok hadapan adalah antara 50 hingga 60 darjah dan condongan bagi blok belakang ialah 80 darjah. Jarak antara blok hadapan dan blok belakang adalah mengikut keselesaan pelari.

ii)

Ke garisan Letak tangan di belakang garisan permulaan dan kedudukan tangan haruslah seluas bahu. Bagi ibu jari dan jari telunjuk perlulah dibuka dan jari-jari lain dirapatkan. Gambar dibawa menunjukkan kedudukan seseorang pelari apabila ke garisan:

Gambar 14

iii)

Sedia Semasa bersedia, pindahkan berat badan ke bahagian kedua-dua belah tangan dengan bergerak bahu ke hadapan sikit supaya ia berada lebih hadapan daripada kedua-dua belah tangan. Punggung diangkat naik sehingga lutut hadapan adalah 90 darjah serta kedudukan punggung adalah lebih tinggi daripada kedudukan bahu. Gambar di bawah merupakan kedudukan badan yang betul semasa bersedia:

Gambar 15

iv)

Mula berlari Kaki hadapan ditolak dan tangan diangkat. Dalam masa yang sama, kaki belakang dibawa ke hadapan dari blok belakang. Semasa awal larian perlulah mencondongkan badan ke hadapan sedikit. Semasa mula berlari, kaki belakang(kaki kiri) perlulah mendarat terlebih dahulu dan kaki kanan diangkat ke hadapan. Selepas itu, condongan badan dikurangkan dengan mengangkat badan sedikit demi sedikit. Berikut merupakan gambar gerakan mula berlepas dan gambar berlepas dari blok permulaan.

Gambar 16: Gerakan mula berlepas

Gambar 17: Berlepas dari blok

1. Cuba rujuk peraturan KOM melalui internet atau bahan bacaan dan jelaskan perkara-perkara yang menyebabkan pembatalan dalam acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter.

Jawapan:

1. Peserta tersilap ambil lorong 2. Peserta menukar baten di luar pertukaran Zon. 3. Peserta tersilap mengambil baten peserta lain. Dua dua peserta akan terbatal. 4. Peserta larian menerima bantuan dari luar. 5. Peserta membaling baten kepada peserta seterusnya. 6. Apabila peserta kedua dalam larian mengambil baten yang dijatuhkan oleh peserta larian yang pertama. 7. Peserta larian menganggu atau menghalang peserta peserta di lorong yang lain.

INTERAKSI 3: Acara Lontaran : Lontar peluru

1. Senaraikan dan jelaskan perbezaan di antara teknik lontaran gaya berdiri dengan gaya Parry O Brien.

Jawapan:

Gaya berdiri o Peserta berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu kiri menghala kearah lontaran. o Setelah menempatkan peluru di bahagian yang sesuai( aiitu di bawah telinga), peserta hendaklah merendahkan badan dengan membengkokkan kaki kanannya yang terletak hampair dengan garis pusat bulatan. o Berat badan peserta hendaklah dipindahkan ke kaki belakang. Kilasan badan. o Ianya di mulakan dengan bahu tangan bebas digerakkan kehadapan. o Kemudian diikuti dengan bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan dan ke atas. o serentak dengan kesemua pergerakkan ini tangan harus mula menolak peluru. Lontaran o Tolakkan peluru diteruskan dengan kaki belakang (kaki Kanan) diluruskan sambil menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat. o Peluru pun dilontar keluar dari tangan menuju ke hadapan dan ke atas. o Tangan pelontar mengakhiri pergerakkan ini dalam keadaan lurus. o Mata pelontar pula mengikut pergerakkan peluru sehingga peluru mendarat. Pulihan o Dalam gaya berdiri ini pelontar tidak melakukan lungsuran dan pergerakkan badan pula tidak begitu kuat. o Oleh itu fasa pulihan tidak ditegaskan dalam gaya ini.

2. Cuba anda rujuk peraturan KOM melalui internet atau bahan bacaan dan jelaskan perkara-perkara yang boleh menyebabkan lontaran seseorang peserta dibatalkan. Jawapan: Pembatalan boleh berlaku dalam lontaran peluru adalah berdasarkan kepada situsi-situasi berikut: a. Jika pelontar menyentuh mana-mana kawasan diluar bulatan. b. Jika pelontar keluar dari bahagian hadapan bulatan selepas melontar c. Bila pelontar menyentuh bahagian atas penyendal dihadapan bulatan. d. Pelepas peluru yang tidak betul i. Tangan lebih rendah daripada tangan sebelum lontaran dibuat. ii. Jika tidak membawa ke belakang bahu,tangan yang melontar. e. Bila pelontar melebihi 1 minit yang dibenarkan.

INTERAKSI 4: Acara Lontaran : Kepegawaian.

1. Senaraikan bahagian dan peranan yang dimainkan oleh pegawai teknikal bagi semua acara padang. Jawapan: a. Persediaan padang , kawasan lompatan dan balingan sebelum bermula aktiviti. b. Memastikan alatan pertandingan mengikut spesifikasi rasmi c. Menyediakan borang-borang yang digunakan dalam kejohanan olahraga.

2. Apakah kelebihan bertugas di acara padang berbanding dengan acara balapan? a. Tidak memerlukan ramai petugas atau hakim perlawanan. b. Acara padang melibatkan sedikit aktiviti permainan berbanding acara balapan. c. Mudah mencari pemenang dalam setiap aktiviti. d. Mempunyai kawasan yang sempit dan memudah pergerakkan petugas. e. Hakim boleh banyak tumpuan pada seseorang atlit berbanding acara balapan.

You might also like