You are on page 1of 14

Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 4 (1) 2006: 71-84

Pengetahuan Pengurusan Berat Badan di Kalangan Wanita Bekerja di Kuala Lumpur


POH, B.K., SIA, P.H., NORIMAH A. KARIM & MOHD ISMAIL NOOR

ABSTRAK

Prevalens obesiti dan kesedaran mengenai imej tubuh sedang meningkat dan ramai wanita cuba melangsingkan tubuh badan melalui pelbagai kaedah. Artikel ini melaporkan tahap pengetahuan mengenai pengurusan berat badan di kalangan wanita bekerja yang berumur 30 45 tahun di Kuala Lumpur. Responden merangkumi 131 guru sekolah dan 122 kakitangan awam. Ukuran antropometri yang dilakukan termasuk berat badan dan ketinggian; manakala tahap pengetahuan pengurusan berat badan dinilai melalui borang soalselidik. Responden terdiri daripada 64% Melayu, 26% Cina dan 10% India dengan min umur 38.3 4.6 tahun. Responden dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut indeks jisim tubuh (IJT): berat badan normal (IJT 18.5 hingga 24.9 kg/m2) dan lebihan berat badan (IJT ! 25.0 kg/m2). Min berat badan dan IJT adalah berbeza secara signifikan (p < 0.001) di antara keduadua kumpulan. Bagi kumpulan lebihan berat badan dan berat badan normal, min berat badan adalah masing-masing 69.0 9.5 kg dan 53.5 5.3 kg, manakala min IJT masing-masing 29.2 3.6 kg/m2 dan 21.9 1.7 kg/m2. Min skor pengetahun pengurusan berat badan tidak berbeza secara signifikan bagi kedua-dua kumpulan, iaitu masing-masing 62.4 13.7 dan 61.8 13.4 untuk lebihan berat badan dan berat badan normal. Kebanyakan wanita lebihan berat badan (71%) dan normal (73%) mempunyai skor pengetahuan yang sederhana (skor 5074%). Walau bagaimanapun, terdapat lebih ramai wanita lebihan berat badan (20%) yang mempunyai tahap pengetahuan tinggi (skor ! 75%) berbanding dengan wanita berat badan normal (15%). Hanya 9% wanita lebihan berat badan dan 12% wanita berat badan normal yang mempunyai tahap pengetahuan yang rendah (skor < 50%). Guru sekolah didapati mempunyai tahap pengetahuan yang lebih tinggi secara signifikan (p < 0.001) berbanding dengan kakitangan kerajaan dalam perkara berkaitan pengurusan berat badan, dengan min skor masing-masing 65.5 12.3 dan 58.4 13.9. Secara keseluruhan, hasil kajian ini menunjukkan bahawa wanita bekerja mempunyai pengetahuan yang sederhana mengenai pengurusan berat badan. Pengetahuan pengurusan berat badan adalah penting bagi mengelakkan risiko komorbiditi dan kesan samping. Kajian ini juga

71

menunjukkan keperluan untuk pendidikan pemakanan berkaitan dengan imej tubuh dan pengurusan berat badan yang berkesan. Kata kunci: Pengurusan berat badan, wanita bekerja, lebihan berat badan, obesiti.
ABSTRACT

Obesity prevalence and body image consciousness are on the rise, and women often try to lose weight using a variety of methods. This paper reports the knowledge on body weight management amongst working women aged 30 45 years in Kuala Lumpur. Respondents comprised 131 school teachers and 122 civil servants. Anthropometric measurements included body weight and height; while knowledge on weight management was assessed using a questionnaire. The respondents were Malay (64%), Chinese (26%) and Indian women (10%) with mean age of 38.3 4.6 years old. The respondents were grouped into two weight categories based on body mass index (BMI): normal weight (BMI 18.5 to 24.9 kg/m2) and overweight (BMI ! 25.0 kg/m2). Mean body weight and BMI were significantly different (p < 0.001) between the two weight categories. Overweight and normal weight groups had mean body weight of 69.0 9.5 kg and 53.5 5.3 kg; while mean BMI were 29.2 3.6 kg/ m2 dan 21.9 1.7 kg/m2; respectively. Mean scores for knowledge on weight management were similar for both weight categories, 62.4 13.7 and 61.8 13.4 for overweight and normal weight, respectively. A majority of overweight (71%) and normal weight (73%) women had moderate level (scores 5074%) of weight management knowledge. However, it was interesting to note that there were more overweight women (20%) who had high knowledge level (scores ! 75%) as compared to normal weight women (15%). Only 9% of overweight and 12% of normal weight women demonstrated low knowledge level (scores <50%). School teachers were significantly (p < 0.001) more knowledgeable than civil servants in weight management matters with mean knowledge scores of 65.5 12.3 and 58.4 13.9, respectively. On the whole, the results indicated that women were fairly knowledgeable in healthy body weight management. Knowledge on body weight management is essential for preventing comorbidity risks related to overweight problem. The study also revealed that there was a need for nutrition education related to body image and effective weight management. Key words: Body weight management, working women, overweight, obesity. PENDAHULUAN Kebanyakan negara sedang mengalami epidemik obesiti. Di merata dunia, peningkatan dalam pengindustrian, urbanisasi dan mekanisasi yang berlaku adalah
72

dikaitkan dengan perubahan dalam diet dan tingkah laku (WHO 2003). Pengambilan makanan yang tinggi lemak dan tinggi tenaga semakin meningkat manakala gaya hidup semakin sedentari. Data kajian memanjang mendapati bahawa wanita lebih cenderung mengalami pertambahan atau pengurangan berat badan yang besar dalam jangkamasa 10 tahun (Williamson et al. 1990). Berbanding dengan lelaki, wanita adalah dua kali lebih cenderung mengalami pertambahan berat badan yang besar. Perkembangan masalah lebihan berat badan dan obesiti di kalangan wanita biasanya berlaku di peringkat pertengahan usia dewasa (Ball et al. 2002). Obesiti merupakan faktor risiko morbiditi dan mortaliti yang boleh dielakkan (WHO 1998). Ia juga merupakan faktor yang mengurangkan kualiti kehidupan (Melin et al. 2003). Kajian National Health Morbidity Survey 1996 di Malaysia melaporkan bahawa prevalens lebihan berat badan dan obesiti di kalangan wanita lebih tinggi daripada lelaki. Di kalangan lelaki, sebanyak 20.1% adalah lebih berat badan dan 4.0% obes, sementara di kalangan wanita, 21.4% lebih berat badan dan 7.6% adalah obes (Lim et al. 2000). Pengawalan berat badan yang efektif didapati dapat menurunkan kadar mortaliti dan morbiditi (Williamson et al. 1995) dan dapat meningkatkan kesemua aspek kualiti kehidupan yang berkaitan dengan kesihatan (Kaukua et al. 2003). Kajian oleh Kong et al. (2002) mendapati bahawa 37.7% orang dewasa di kawasan bandar di Malaysia telah pernah mencuba mengurangkan berat badan. Kajian tersebut juga mendapati bahawa wanita adalah dua kali lebih cenderung untuk cuba mengurangkan berat badan berbanding dengan lelaki. Kajian oleh Fatimah et al. (1995) pula menunjukkan bahawa kebanyakan individu obes (94.3%) yang mempunyai persepsi bahawa dirinya adalah obes memang berminat untuk mengurangkan berat badan. Kajian oleh Leong et al. (2004) pula mendapati bahawa 61.6% remaja perempuan di Kuala Lumpur mempunyai keinginan untuk mengurangkan berat badan. Kajian yang sama mendapati 91.2% remaja yang lebihan berat badan dan 72.1% remaja yang mempunyai berat badan normal pernah cuba untuk mengurangkan berat badan. Walau bagaimanapun, individu yang ingin mengurangkan berat badan cenderung mengamalkan kaedah yang tidak sesuai atau amalan yang tidak sihat (Seymour et al. 1997; Kong et al. 2002). Kajian oleh Seymour et al. (1997) di Amerika Syarikat di kalangan lelaki dan wanita, mendapati bahawa wanita adalah 10.5 kali lebih cenderung untuk mengamalkan tingkah laku pengambilan makanan yang kurang sesuai berbanding dengan lelaki. Dalam kajian di kalangan populasi dewasa lelaki dan wanita di Malaysia, didapati lebih daripada separuh (58.9%) populasi kajian cuba mengurangkan berat badan dengan menggunakan produk pelangsing tubuh (Kong et al. 2002). Kajian Kong et al. (2002) juga mendapati wanita yang mempunyai lebihan berat badan biasanya kurang bersenam dan lebih cenderung berdiet atau menggunakan pil pelangsing untuk menurunkan berat badan mereka.

73

Dengan latar belakang yang sedemikian, maka kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk menilai pengetahuan, sikap dan amalan pengurusan berat badan di kalangan wanita bekerja di Kuala Lumpur yang berumur 30 hingga 45 tahun. Artikel ini hanya akan melaporkan hasil dari aspek pengetahuan tentang pengurusan berat badan. METODOLOGI Kajian ini merupakan kajian rentas yang dijalankan di pejabat-pejabat kerajaan dan sekolah-sekolah menengah dan rendah di Kuala Lumpur.
RESPONDEN

Seramai 253 orang wanita yang terdiri daripada 131 orang guru sekolah dan 122 orang kakitangan awam yang berumur 30 hingga 45 tahun mengambil bahagian dalam kajian ini secara sukarela. Responden dimaklumkan tujuan kajian serta kesemua kaedah pengukuran yang terlibat dan dikehendaki menandatangan borang persetujuan sebelum kajian dijalankan. Responden tidak hamil pada masa kajian dijalankan dan tidak bersalin dalam masa satu tahun sebelum kajian dijalankan. Guru-guru yang terlibat adalah daripada 13 buah sekolah rendah dan 5 buah sekolah menengah, sementara kakitangan awam adalah daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Perpustakaan Negara dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia yang terletak di bandaraya Kuala Lumpur. Rangka persampelan ditunjukkan dalam Rajah 1.
Kuala Lumpur

Zon bandaraya Kuala Lumpur, Sentul, Pudu, Cheras dan Sungai Besi

Guru sekolah N=131

Kakitangan awam N=122

Berat Normal N=70

Lebihan Berat N=61

Berat Normal N=61

Lebihan Berat N=61

RAJAH 1. Rangka persampelan responden

74

ANTROPOMETRI DAN KOMPOSISI TUBUH

Ukuran antropometri yang dilakukan termasuk berat badan, ketinggian, peratus lemak tubuh, ukurlilit pinggang dan pinggul. Berat badan diukur sehingga 0.1 kg yang terdekat menggunakan penimbang digital SECA Model 782 (SECA, Germany). Ketinggian pula diukur menggunakan alat pengukur yang bersambung kepada alat penimbang sehingga 0.1 cm terdekat (SECA, Germany). Subjek diukur dalam keadaan berpakaian ringan dan tanpa memakai kasut atau barangan kemas. Indeks jisim tubuh (IJT) dikira mengikut formula berat (kg) dibahagi dengan ketinggian kuasa dua (m2). Titik tolak bagi kategori berat badan adalah mengikut takrifan WHO (1998); iaitu berat badan normal (IJT 18.5 hingga 24.9 kg/m2) dan lebihan berat badan (IJT ! 25.0 kg/m2). Ukurlilit pinggang dan pinggul diukur dengan menggunakan pita ukur sehingga 0.1cm yang terdekat. Ukur lilit pinggang diukur pada titik tengah di antara crest iliak dan tulang rusuk yang terakhir. Ukur lilit pinggul pula diukur pada aras yang memberikan ukuran maksima di bahagian posterior pada punggung dan bahagian anterior pada pubic symphysis. Nisbah ukurlilit pinggang kepada pinggul (NPP) dikira mengikut formula ukur lilit pinggang (cm) / ukur lilit pinggul (cm). Peratus lemak tubuh diukur dengan alat bioimpedans Omron HBF-302 (Omron, Japan) yang menggunakan arus tunggal frekuensi tetap (550 mA, 50 kHz) untuk mengukur kandungan lemak tubuh mengikut pertaburan cecair secara segmental. Pengukuran dibuat mengikut saranan penggunaan alat bioimpedans, di mana responden perlu berpuasa selama sekurang-kurangnya 5 jam sebelum pengukuran, mengelak daripada pengambilan minuman berkafein dan alkohol 24 jam sebelum pengukuran, membuang air kecil sebaik sebelum pengukuran, serta tidak membawa atau memakai barang kemas dan lain-lain yang boleh bertindak sebagai konduktor elektrik. Paras normal peratusan lemak tubuh bagi wanita adalah di antara 20 30% (Abernathy & Black 1996).
PENGETAHUAN PENGURUSAN BERAT BADAN

Pengetahuan mengenai pengurusan berat badan dinilai menggunakan borang soalselidik 10-item yang diadaptasi daripada Weight Management Knowledge Inventory (Thombs et al. 1998) yang telah divalidasikan. Responden diminta untuk menjawab satu senarai dengan 10 soalan jenis pilihan beraneka, di mana hanya satu jawapan perlu dipilih. Jawapan yang betul akan diberikan 1 markah manakala jawapan yang salah ataupun tidak tahu diberi 0 markah. Jumlah markah pengetahun dijadikan peratusan dan dikelaskan kepada tiga kategori: iaitu memuaskan (! 75%), sederhana (5074%), dan kurang memuaskan (<50%). Pengkelasan ini adalah seperti disarankan oleh Thombs et al. (1998).
ANALISIS DATA

Analisis statistik dilakukan dengan menggunakan program Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 11.0. Ujian deskriptif digunakan untuk menentukan
75

taburan min dan sisihan piawai bagi data antropometri dan pengetahuan. Ujian t-tak berpasangan digunakan untuk membandingkan perbezaan min di antara dua kumpulan responden yang tidak bersandar dan nilai p " 0.05 adalah dianggap signifikan. HASIL DAN PERBINCANGAN Daripada sejumlah 253 responden, 122 (48%) adalah dalam golongan lebihan berat badan dan 131 (52%) mempunyai berat badan normal (Jadual 1). Taburan jenis pekerjaan dalam kumpulan berat badan adalah seragam, di mana kumpulan berat badan normal terdiri daripada 53% guru sekolah dan 47% kakitangan awam, manakala golongan lebihan berat badan pula terdiri daripada 50% guru sekolah dan 50% kakitangan awam. Tahap pendidikan responden adalah pada tahap sekolah menengah (48%) dan tahap pengajian tinggi (52%). Dalam Jadual 2, taburan responden mengikut kategori pekerjaan menunjukkan pembahagian yang serupa iaitu 131 guru sekolah (52%) dan 122 kakitangan awam (48%). Perbezaan yang signifikan dalam tahap pendidikan (#2 = 76.178; p < 0.001) dan min pendapatan (p < 0.001) wujud di antara kedua-dua kumpulan responden. Didapati majoriti guru sekolah (79%) mencapai tahap pendidikan institut pengajian tinggi, dan sebaliknya kebanyakan responden kakitangan awam (76%) mencapai tahap pendidikan sekolah menengah sahaja. Min pendapatan responden guru (RM2069 626) juga lebih tinggi daripada responden kakitangan awam (RM1553 745).
JADUAL 1. Ciri demografi responden mengikut kategori berat badan (n; %)

Status berat badan Ciri Etnik Melayu Cina India Jenis pekerjaan Guru sekolah Kakitangan awam Pendidikan Sekolah menengah Institut pengajian tinggi Pendapatan bulanan (RM, min SP)
76

Berat badan normal (n = 131)

Lebihan berat badan Jumlah (n = 122) (n = 253)

76 (58) 47 (36) 8 (6) 70 (53) 61 (47) 64 (49) 67 (51) 1796 704

87 (71) 19 (16) 16 (13) 61 (50) 61 (50) 57 (47) 65 (53) 1846 763

163 (64) 66 (26) 24 (10) 131 (52) 122 (48) 121 (48) 132 (52) 1820 732

JADUAL 2. Ciri-ciri demografi responden mengikut kumpulan pekerjaan (n; %)

Jenis pekerjaan Ciri-ciri Etnik Melayu Cina India Status berat badan Berat normal Lebihan berat Pendidikan Sekolah menengah Institut pengajian tinggi Pendapatan bulanan RM (min SP) 2069 626* 1553 745 1820 732 28 (21) 103 (79) 93 (76) 29 (24) 121 (48) 132 (52) 70 (53) 61 (47) 61 (50) 61 (50) 131 (52) 122 (48) 50 (38) 63 (48) 18 (14) 113 (93) 3 (2) 6 (5) 163 (64) 66 (26) 24 (10) Guru sekolah (n = 131) Kakitangan awam (n = 122) Jumlah (n = 253)

Ujian #2 menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara kumpulan : p < 0.001 Ujian t menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara kumpulan : *p < 0.001

Jadual 3 menunjukkan bahawa min umur kumpulan mengikut kategori berat badan tidak berbeza secara signifikan. Bagi parameter antropometri pula, seperti yang dijangkakan, didapati kesemua pembolehubah kecuali ketinggian adalah berbeza secara signifikan di antara kumpulan lebihan berat badan dan kumpulan berat badan normal. Min berat badan dan IJT kumpulan lebihan berat badan adalah masing-masing 15.5 kg dan 7.3 kg/m2 lebih tinggi daripada nilai-nilai min kumpulan berat badan normal. Jadual 4 pula menunjukkan perbandingan ciri-ciri fizikal di antara kategori pekerjaan. Secara keseluruhan, guru sekolah dan kakitangan awam mempunyai min umur dan parameter ukuran antropometri yang serupa. Ujian t tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang signifikan di antara kedua-dua kumpulan. Jadual 5 menunjukkan bahawa min skor dalam pengetahuan pengurusan berat badan adalah serupa untuk responden dalam kedua-dua kumpulan berat badan, manakala terdapat perbezaan yang signifikan (p < 0.001) apabila membandingkan kumpulan guru sekolah dengan kumpulan kakitangan awam. Jadual 6 menunjukkan peratusan responden dalam kategori berat badan normal dan lebihan berat badan yang menjawab betul bagi setiap soalan pengurusan berat badan. Secara keseluruhan, peratusan responden yang menjawab dengan betul bagi setiap soalan di antara responden berat normal dan responden lebihan berat adalah tidak berbeza secara signifikan.

77

JADUAL 3. Ciri fizikal responden mengikut kategori berat badan

(min sisihan piawai) Pembolehubah Umur (tahun) Berat badan (kg) Ketinggian (cm) IJT (kg/m2) Peratus lemak (%) Ukur lilit pinggang (cm) Ukur lilit pinggul (cm) NPP Berat badan normal (n = 131) 38.2 4.8 53.5 5.3 156.2 4.9 21.9 1.7 30.4 3.5 75.8 7.0 95.7 4.7 0.79 0.06 Lebihan berat badan (n = 122) 38.5 4.3 69.0 9.5* 156.2 4.9 29.2 3.6* 38.1 3.5* 90.8 9.8* 107.1 7.9* 0.85 0.07*

Ujian t menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara kumpulan: * p < 0.001


JADUAL 4. Ciri fizikal responden mengikut kumpulan pekerjaan

(min sisihan piawai) Pembolehubah Umur (tahun) Berat badan (kg) Ketinggian (cm) IJT (kg/m2) Peratus lemak (%) Ukur lilit pinggang (cm) Ukur lilit pinggul (cm) NPP Berat badan normal (n = 131) 38.1 4.1 61.0 9.4 156.2 5.2 25.0 4.1 33.8 4.8 82.3 9.8 101.1 7.6 0.81 0.06 Lebihan berat badan (n = 122) 38.7 5.0 60.9 12.2 153.5 5.2 25.9 5.1 34.4 5.7 83.8 12.7 101.2 9.6 0.83 0.07

Ujian t tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara kumpulan.


JADUAL 5. Min skor pengetahuan pengurusan berat badan mengikut

kumpulan IJT dan pekerjaan (min sisihan piawai) Kumpulan Berat normal berbanding lebihan berat Berat normal (n = 131) Lebihan berat (n = 122) Guru sekolah berbanding kakitangan awam Guru sekolah (n = 131) Kakitangan awam (n = 122) 25.0 4.1 25.9 5.1 65.5 12.3* 58.4 13.9 21.9 1.7 29.2 3.6* 61.8 13.4 62.4 13.7 IJT Min skor

Ujian t menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara kumpulan: *p < 0.001


78

JADUAL 6. Peratusan (%) responden yang menjawab betul bagi setiap soalan

pengurusan berat badan bagi kumpulan berat badan normal dan kumpulan lebihan berat badan Peratusan (%) responden yang menjawab betul No Soalan-soalan Berat badan normal (n = 131) 98 85 29 79 78 74 21 4 Lebihan berat badan (n = 122) 96 87 31 86 80 77 13 8

1 2 3 4 5 6 7 8 9

Kaedah penurunan berat badan yang paling sihat Keseimbangan tenaga dan perubahan berat badan Sebab terjadi perubahan berat badan ketara dalam masa singkat Amalan pengambilan makanan yang paling sihat dalam pengurusan berat badan Penurunan berat badan yang paling berjaya Kadar penurunan berat badan yang selamat Kesan amalan diet secara yo-yo Sebab terjadi perbezaan kadar perubahan berat badan semasa berdiet Pengimbangan pengambilan makanan dan aktiviti fizikal untuk pemeliharaan berat badan yang unggul

90 61

84 62

10 Kandungan kalori makanan

Hasil menunjukkan bahawa hampir kesemua responden dapat menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan kaedah penurunan berat badan yang sihat, keseimbangan tenaga, serta pengimbangan pengambilan makanan dan aktiviti fizikal. Sebaliknya, kebanyakan responden tidak dapat menjawab soalan berkaitan dengan sebab terjadinya perbezaan kadar perubahan berat badan semasa berdiet dan hanya sebahagian responden sahaja dapat menjawab soalan-soalan berkaitan dengan sebab terjadinya perubahan berat badan ketara dalam masa singkat, dan kesan amalan berdiet secara yo-yo. Kebanyakan responden didapati mempunyai konsep yang salah mengenai isu-isu ini dan masing-masing memberi jawapan salah anggap yang hampir sama. Kajian oleh Pon et al. (2004) ke atas remaja perempuan di Teluk Intan juga tidak dapat memberi jawapan yang betul bagi soalan-soalan mengenai sebab penurunan berat badan yang ketara dalam masa singkat, kesan amalan diet secara yo-yo dan sebab terjadi perbezaan kadar perubahan berat badan semasa berdiet. Merujuk kepada Rajah 2, majoriti responden dalam kumpulan berat badan normal
79

80

73

71

Peratusan subjek (%)

70 60 50 40 30 20 10 0 Rendah (<50) Sederhana (50 - 74) Kategori (Skor) Tinggi (!75) 20 12 15 9 Lebihan berat Berat normal

RAJAH 2. Kategori pengetahuan pengurusan berat badan di kalangan responden berat

badan normal dan responden lebihan berat badan

dan kumpulan lebihan berat badan tergolong dalam kategori pengetahuan sederhana (skor 5074), iaitu masing-masing 73% dan 71%. Rajah 2 juga menunjukkan bahawa lebih ramai responden dengan berat badan normal (12%) mempunyai tahap pengetahuan yang kurang memuaskan (skor <50) berbanding dengan responden lebihan berat badan (9%). Sebaliknya, lebih ramai responden lebihan berat badan (20%) mempunyai tahap pengetahuan yang memuaskan (skor ! 75) berbanding dengan responden dengan berat badan normal (15%). Hasil kajian ini menunjukkan bahawa wanita bekerja di Kuala Lumpur mempunyai tahap pengetahuan pengurusan berat badan yang sederhana. Keputusan ini adalah lebih baik daripada hasil kajian Mohd Nasir & Sabapathy (2004) yang dijalankan di kalangan lelaki India di Batu Caves, Selangor. Kajian tersebut melaporkan tahap pengetahuan pengurusan yang kurang memuaskan di kalangan lelaki dewasa India, di mana 71% responden mendapat skor kurang daripada 50 (skor <50). Dalam kajian ini, didapati wanita lebihan berat badan lebih berpengetahuan dalam pengurusan berat badan. Ini mungkin disebabkan mereka lebih prihatin dan memperolehi pengetahuan daripada doktor perubatan. Didapati 29% responden lebihan berat badan pernah mendapat nasihat daripada doktor perubatan dan 4% pernah mendapat nasihat daripada pakar pemakanan atau dietitian (Rajah 3). Sebaliknya, hanya 18% daripada responden yang berberat badan normal menyatakan pernah menerima nasihat daripada doktor perubatan dan 3% daripada pakar pemakanan atau dietitian. Rajah 3 juga menunjukkan terdapat 55% responden kumpulan berat badan normal dan 42% responden lebihan berat badan yang tidak pernah mendapat nasihat pemakanan. Selain daripada itu, sebilangan kecil juga mendapat nasihat daripada sumber yang kurang bertauliah seperti jualan langsung dan pusat
80

60 50

55

42

Peratus subjek (%)

40
29

30 20 10
3 4 0 18 12 14 6 8 2 3 0 3 0

0
Do kto Pa r ka rp em ak an an Ti da kp er na h la ng su ng M ed ia pe la ns in g Ce ra m ah Ka wa n

Ju al an

Pu sa t

Berat normal Lebihan berat

RAJAH 3. Sumber nasihat berkaitan dengan pengurusan berat badan di antara dua

kumpulan berat badan

pelangsing. Keadaan yang membimbangkan ini bukan sahaja berlaku pada responden kajian ini, malah juga pada bakal ahli dietetik di Amerika Syarikat. McArthur & Howard (2001) melaporkan bahawa dalam kajian di kalangan 128 pelajar dietetik, amalan pengurangan berat badan yang tidak sihat dan sumber maklumat pengurusan berat badan yang tidak tepat juga digunakan dan akan disarankan oleh sesetengah pelajar. Kajian Potter et al. (2001) di kalangan pesakit yang mengunjungi dua klinik jagaan kesihatan primer di California, Amerika Syarikat, mendapati bahawa kebanyakan pesakit, terutamanya yang lebihan berat badan atau obes, mengkehendaki lebih banyak bantuan dan nasihat daripada doktor perubatan. Kajian ini juga melaporkan bahawa jenis bantuan pengurusan berat badan yang diperlukan daripada doktor perubatan termasuk nasihat pemakanan, bantuan menetapkan sasaran berat yang perlu dikurangkan, dan saranan aktiviti fizikal. Rajah 4 menunjukkan bahawa majoriti guru sekolah dan kakitangan awam tergolong dalam kategori pengetahuan pengurusan berat badan yang sederhana (skor 50 74), iaitu masing-masing 73% dan 72%. Dalam kategori pencapaian tahap pengetahuan yang kurang memuaskan (skor < 50), didapati kakitangan awam (16%) adalah tiga kali ganda lebih ramai daripada guru sekolah (5%). Sebaliknya, hampir dua kali ganda lebih ramai guru sekolah (22%) yang mempunyai tahap pengetahuan yang memuaskan (skor ! 75) berbanding dengan kakitangan awam (12%). Perbezaan tahap pengetahuan di antara guru sekolah dan kakitangan awam dalam kajian ini dapat diterangkan oleh tahap pendidikan dan pendapatan yang berbeza secara signifikan (p < 0.001). Majoriti guru sekolah (79%) mempunyai pendidikan tertiari berbanding dengan kakitangan awam yang kebanyakannya
81

80

73

72

Peratusan subjek (%)

70 60 50 40 30 20 10 0 Rendah (<50) Sederhana (50 - 74) Kategori (Skor) Tinggi (!75) 5 16 22 12

123 12 123 12 123 12 Kakitangan

12 12 Guru

awam

RAJAH 4. Kategori pengetahuan pengurusan berat badan di kalangan guru

sekolah dan kakitangan awam

(76%) mencapai tahap pendidikan sekolah menengah sahaja. Selain daripada itu, min pendapatan guru sekolah (RM2069 626) juga lebih tinggi daripada kakitangan awam (RM1553 745). Secara keseluruhan, tahap pengetahuan pengurusan berat badan di kalangan wanita bekerja dalam kajian ini adalah agak memuaskan jika dibandingkan dengan remaja perempuan di Teluk Intan dalam kajian Pon et al. (2004) yang juga menggunakan borang soal selidik Thombs et al. (1998). Kebanyakan remaja perempuan yang berberat badan normal dan lebihan berat badan dalam kajian Pon et al. (2004) mempunyai tahap pengetahuan yang tidak memuaskan (52% vs 64%) atau tahap sederhana (48% vs 36%) dan tiada yang mempunyai tahap pengetahuan yang memuaskan. Kajian Leong (2004) yang juga menggunakan borang soal selidik Thombs et al. (1998) di kalangan remaja perempuan di Kuala Lumpur melaporkan bahawa pengetahuan mengenai pengurusan berat badan adalah amat tidak memuaskan, di mana 83.7% remaja perempuan dalam tahap kurang memuaskan, 16.1% tahap sederhana dan 0.2% tahap memuaskan. Secara keseluruhan, pengetahuan pengurusan berat badan di kalangan wanita bekerja dalam kajian ini adalah sederhana. Guru sekolah yang mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi didapati mempunyai tahap pengetahuan pengurusan berat badan yang lebih baik berbanding dengan kakitangan awam. Maklumat ini adalah berguna bagi ahli profesional kesihatan bagi membentuk bahan pendidikan pengurusan berat badan yang lebih komprehensif. Maklumat yang perlu dihayati oleh mereka yang mengambil berat terhadap isu pengurusan berat badan bukan setakat pengetahuan yang asas sahaja, tetapi juga maklumat yang lebih mendalam dan praktikal.

82

KESIMPULAN Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan wanita bekerja yang mengambil bahagian dalam kajian ini mempunyai pengetahuan pengurusan berat badan yang sederhana. Pengurusan berat badan yang sempurna perlu melibatkan pengetahuan serta sikap yang baik, dan yang paling kritikal sekali amalan yang sesuai. Hasil kajian ini diharap dapat membantu para profesional kesihatan yang terlibat dalam pengurusan berat badan untuk lebih memahami tahap pengetahuan pengurusan berat badan wanita bekerja dan dengan itu berupaya menyediakan program pengurusan berat badan yang lebih sesuai dan praktikal untuk golongan ini.
PENGHARGAAN

Kajian ini dibiayai oleh Geran UKM (Canselori) NN-024-2003. Para pengarang ingin mengucapkan terima kasih kepada kesemua wanita yang mengambil bahagian dalam kajian ini atas kerjasama mereka. Kami juga menghargai sokongan pihak pengurusan sekolah-sekolah serta pejabat-pejabat kerajaan yang terlibat dalam kajian ini.
RUJUKAN

Abernathy, R.P. & Black, D.R. 1996. Healthy body weights: an alternative perspective. Am. J. Clin. Nutr. 63(Suppl.): 448S-451S. Ball, K., Brown, W. & Crawford, D. 2002. Who does not gain weight? Prevalence and predictors of weight maintenance in young women. Int. J. Obesity 26: 1570-1578. Fatimah, A., Md Idris, M.N., Romzi, M.A. & Faizah, H. 1995. Perception of bodyweight status among office workers in two government departments in Kuala Lumpur. Mal. J. Nutr. 1: 11-19. Kaukua, J., Pekkarinen, T., Sane, T. & Mustajoki, P. 2003. Health-related quality of life in obese outpatients losing weight with very-low-energy diet and behaviour modification: a 2-y follow-up study. Int. J. Obesity 27: 1072-1080. Kong, W.T., Chua, S.S. & Alwi, S. 2002. Weight loss practices among Malaysia adults. Asia Pac. J. Public Health 14(2): 99-104. Leong, S.H. 2004. Kajian persepsi imej tubuh, sikap dan malan pengurangan berat badan di kalangan remaja perempuan. Tesis Sarjanamuda Sains Pemakanan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Leong, S.H., Poh, B.K. & Ng, L.O. 2004. Study on body image perception, weight loss behaviour and practices among adolescent girls. Abstract. Mal. J. Nutr. 10(1): 72. Lim, T.O., Ding, L.M., Zaki, M., Suleiman, A.B., Fatimah, H., Siti, S., Tahir, A. & Maimunah, A.H. 2000. Distribution of body weight, height and body mass index in a national sample of Malaysian adults. Med. J. Mal. 55(1): 108-128. Melin, I., Karlstrom, B., Lappalainen, R., Berglund, L., Mohsen, R. & Vessby, B. 2003. A programme of behaviour modification and nutrition counselling in the treatment of obesity: a randomized 2-y clinical trial. Int. J. Obesity 27: 1127-1135.
83

Mohd Nasir, M.T. & Sabapathy, B. 2004. Dietary intake, lifestyle factors and nutritional status of Indian adult males in Kangpung Indian Settlement, Batu Caves, Selangor. Asia Pac. J. Clin. Nutr. 13(Suppl): S144. Pon, L.W., Mirnalini, K. & Mohd Nasir, M.T. 2004. Body image perception, dietary practices, and physical activity of overweight and normal weight Malaysian female adolescents. Mal. J. Nutr. 10(2): 131-147. Potter, M.B., Vu, J.D. & Croughan-Minihane, M. 2001. Weight management: what patients want from their primary care physicians. J. Fam. Pract. 50(6): 513-518. Seymour, M., Hoerr, S.L. & Huang, Y.L. 1997. Inappropriate dieting behaviour and related lifestyle factors in young adult: are college students different? J. Nutr. Educ. 29: 21-26. Thombs, D.L., Mahoney, C.A. & McLaughlin, M.L. 1998. Expectancies, self-esteem, knowledge, and adolescent weight reduction behaviour. J. Nutr. Edu. 30(2): 107113. Williamson, D.F., Kahn, H.S., Remington, P.L. & Anda, R.F. 1990. The 10-year incidence of overweight and major weight gain in US adults. Arch. Intern. Med. 150: 665-672. Williamson, D.F., Pamuk, E. & Thun, M. 1995. Prospective study of intentional weight loss and mortality in never-smoking overweight US white women aged 40-64 years. Am. J. Epidemiol. 141(12): 1128-1141. WHO. 1998. Obesity: preventing and managing the global epidemic. Report of a WHO Consultation on Obesity. Geneva: World Health Organisation. WHO. 2003. Diet, nutrition and the prevention of chronic diseases. Report of a Joint WHO/FAO Expert Consultation. Geneva: World Health Organisation. Poh B. K. Sia P. H. Norimah A. Karim Mohd Ismail Noor Jabatan Pemakanan dan Dietetik Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu Universiti Kebangsaan Malaysia Jalan Raja Muda Abdul Aziz 50300 Kuala Lumpur

84

You might also like