You are on page 1of 2

Puding Trifle

Swiss Roll 1 Kotak Kristal Jelly (Nona) Tepung Kastard 1 Tin Susu Cair 1 Tin Besar Fruit Cocktail Gula Air - guna 1 tin susu cair PROSEDUR MEMASAK

Uolss potong lar swiss roll nipis tak senipis sangat lar Susun comel-comel macam kak Ton dalam bekas yg uolss nak buat puding triffle uolss Rapat-rapatkan saf yek uolss, nak elak syaitan daripada masuk celah-celah Dah siap, biarkan seketika & go to the next step --> Masukkan 3 sudu besar tepung kastard di dalam bekas lain Tuangkan 1 tin susu cair Dengan menggunakan tin yg sama, masukkan 1 tin air juga Kacau-kacau bagi sebati tepung dgn campuran susu cair + air Tapiskan adunan & masukkan ke dalam periuk utk dipanaskan

Buka api slow-slow hidup mati segan tak mahu ye uolss Masukkan 3 sudu besar gula Sentiasa kacau sehinggalah cecair uolss tadi menjadi pekat ala-ala gam 20 sen dulu-dulu Tuang cepat-cepat cecair gam uolss ke atas lapisan swiss roll uolss potong secomel kak Ton tadi Lambat tuang nanti cepat sejuk & cepat beku pulak Ratakan sehingga seluruh permukaan

Utk lapisan yg ketiga, uolss taburkan dgn fruit cocktail Pastikan uolss TIDAK tuang sekali dgn air fruit cocktail ye

Ratakan buah-buah cocktail sehingga menutupi lapisan kedua Untuk lapisan keempat, uolss masukkan 400ml air ke dalam periuk Buka api utk panaskan air Byhhdewrtjf Kemudian masukkan 1 kotak kristal jelly ke dalam air yg dipanaskan tadi Kacau sehingga campuran kristal jelly itu laru Tuangkan cecair jelly uolss ke atas lapisan buah-buah koktail tadi Biarkan sejuk dahulu di bawah kipas sebelum uolss masukkan ke dalam peti sejuk selama 2-3 jam .

You might also like