You are on page 1of 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG BUKIT COOMBE 11700 GELUGOR, PULAU PINANG

REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU 2011

NAMA NO K/P KUMP AKADEMIK AMBILAN

: IZMIR FADZIL BIN IBRAHIM : 910202-05-5521 : T 1 PENGAJIAN MELAYU : PISMP JANUARI 2011

REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU Pada 30 Mac hingga 1 April yang lalu, kelas T1PM bersama-sama 7 kelas lain telah menjalani Program Bina Insan Guru (BIG) bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai perkara dan manfaat telah saya perolehi untuk di aplikasikan pada masa akan datang. Pelbagai persiapan telah dilakukan oleh saya dan rakan-rakan kelas lain sebelum menjalani program ini. Taklimat mengenai program ini telah diberikan kepada semua ketua kumpulan seawal hari Isnin. Jadi secara tidak langsung saya dan rakan-rakan kelas telah mengetahui sedikit sebanyak mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan sepanjang program ini. Saya telah diberi tanggungjawab sebagai ahli jawatankuasa bahagian peralatan. Saya bersama rakan saya Muhammad Khairul Anwar telah berjumpa dengan Puan Aneesha untuk mengetahui peralatan-peralatan yang diperlukan dalam program ini. Antara peralatan yang telah dipertanggungjawabkan kepada kami berdua ialah maker pen, kertas mah-jong, kain putih dan lain-lain lagi. Peralatan ini diperlukan untuk aktiviti dalam kumpulan. Melalui tanggungjawab yang diberikan kepada saya ini, saya berasa yakin dan selesa bekerjasama dengan rakan kelas yang begitu berdisiplin dalam menjalankan tugas. Pada hari rabu bersamaan 30 Mac, Program Bina Insan Guru ini telah pun bermula. Semua pelajar yang terlibat berkumpul di padang untuk aktiviti senam pagi. Malangnya aktiviti senam pagi tidak dapat dijalankan kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Kami berkumpul semula di surau untuk mendengar taklimat daripada ketua penasihat program ini iaitu Encik Yusof Che Hassan. Untuk sesi BIG kali ini, terdapat 8 buah kelas yang terlibat dan untuk memudahkan program ini berjalan lancar, 8 kelas ini telah dibahagikan kepada 2 buah kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Kumpulan A terdiri daripada MT1, MT2, MT3 dan SN3 manakala kumpulan B terdiri daripada kelas PM, KS, PA, PC. Saya tergolong dalam kumpulan B dan aktiviti kami pada hari itu adalah water confident. Kelas-kelas yang tergolong dalam kumpulan B telah pergi ke Pantai Shemrock, Batu Feringghi untuk melakukan aktiviti air. Semasa aktiviti air ini dijalankan terdapat pelajar-pelajar yang telah mahir berenang dan ada yang tidak tahu berenang langsung. Pensyarah pengiring telah menunjukkan cara-cara mengapungkan diri di dalam air supaya pelajar-pelajar tidak mudah tenggelam. Sebagai seorang guru pelatih, saya merasakan pelajaran mengapungkan diri ini sangat penting kepada saya kerana dapat diaplikasikan pada masa kecemasan.

Hal ini penting kerana ada guru-guru yang akan ditugaskan untuk mengajar di kawasan pedalaman dan terpaksa menaiki bot untuk ke sekolah. Jika guru itu tidak tahu berenang, teknik apungan ini boleh digunakan sekiranya bot yang di naikinya ditimpa kemalangan. Segala ilmu ini yang dipelajari ini pasti membantu saya pada masa hadapan. Aktiviti air ini berakhir pada waktu tengah hari dan pelajar-pelajar dibenarkan makan dan minum selepas pulang dari pantai. Pada sebelah petang pula, saya bersama ahli-ahli kumpulan yang lain telah melakukan aktiviti dalam kumpulan. Aktivitinya ialah mencipta dan mereka logo dan lambang kumpulan masing-masing dan diminta untuk membentangkan pada keeseokannya. Kami juga diminta untuk menyanyikan lagu kumpulan masing-masing. Aktiviti pada hari Rabu ini berakhir dengan persiapan para peserta untuk aktiviti esok iaitu pembentangan mengenai logo, lambang dan nyanyian lagu kumpulan. Khamis 31 April, aktiviti pada hari itu adalah mendaki bukit di Taman Youth Park. Melalui aktiviti ini saya dapat memupuk semangat berpasukan yang baik dengan rakanrakan yang lain. Kumpulan saya menghadapi masalah pada awal pendakian kerana tidak menjumpai klu untuk ke peringkat seterusnya. Namun, kami tidak berputus asa malah terus beusaha menyelesaikan kuiz-kuiz yang terdapat sepanjang pendakian. Kemenangan bukanlah tujuan kumpulan kami dalam aktiviti ini. Susah payah kami tetap bersama. Itu lebih baik daripada mengerah keringat setiap ahli pasukan tanpa memikirkan keselamatan diri. Kumpulan saya akhirnya berjaya melaksanakan aktiviti pendakian ini walaupun menjadi kumpulan yang terakhir sampai ke garisan penamat. Dalam aktiviti ini saya telah mempelajari sesuatu yang bermakna pada diri saya iaitu dalam apa jua keadaan, janganlah kita mementingkan diri sendiri, kita perlu peka dengan keadaan rakan-rakan yang tidak mampu meneruskan aktiviti kerana keletihan. Saya juga mempelajari cara-cara

menggunakan kompas dengan betul.

Semasa dalam perjalanan menuruni bukit, seorang rakan saya dari kelas Pengajian Agama telah mengalami kecederaan di kaki dan tidak dapat berjalan. Saya bersama rakanrakan lain telah sepakat untuk membantu membawa turun mangsa ke kaki bukit. Kerjasama antara saya dan rakan-rakan lain akhirnya telah berjaya membawa turun pelajar yang cedera itu ke bawah dengan selamat. Pelbagai pengalaman telah saya perolehi sepanjang aktiviti mendaki bukit ini. Petang itu, semua peserta telah berkumpul semula dalam kumpulan masing-masing dan bersedia untuk mempersembahkan lagu kumpulan masing-masing. Pelbagai kreativiti antara pelajar dapat saya saksikan melalui aktiviti ini. Ada kumpulan yang mencipta lagu sendiri dan menyediakan logo yang menarik untuk kumpulan masing-masing. Saya juga tidak melepaskan peluang menunjukkan bakat terpendam dalam bermain gitar. Kumpulan saya telah menyanyikan lagu diiringi bunyi gitar oleh saya. Perasaan ketika itu sangat gemuruh dan malu kerana ini adalah pertama kali saya bermain secara solo dihadapan orang ramai. Melalui aktiviti ini, saya dapat meningkatkan keyakinan dalam diri untuk berdepan dihadapan penonton. Keyakinan adalah penting bagi seorang guru untuk berhadapan dengan muridnya nanti. Segala yang saya dapat daripada aktiviti ini akan saya gunakan pada masa akan datang.

Pada waktu malam pula, Program Bina Insan Guru ini telah mengadakan malam kebudayaan. Setiap kumpulan diminta menghantar wakil untuk membuat persembahan. Aktiviti seperti ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan dalam sesebuah kumpulan dan juga menambahkan lagi keyakinan dalam diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Kumpulan saya telah mempersembahkan sebuah sajak mengenai guru diiringi petikan gitar oleh saya. Saya berasa lebih yakin selepas membuat persembahan pada malam itu. Segala perasaan gemuruh dan gementar pada waktu petang tadi telah hilang dengan serta merta. Aktiviti bertujuan untuk menghilangkan tekanan sepanjang program ini. Pada keesokannya Jumaat 1 April adalah hari terakhir Program Bina Insan Guru ini berlangsung. Kesemua peserta telah dimarahi kerana lambat hadir ke gelanggara untuk aktiviti senam pagi. Ketua penasihat program telah menyenaraikan pelajar-pelajar yang lewat dan aka diambil tindakan. Sebagai seorang bakal pendidik, kita tidak seharusnya bersikap begini. Kita tidak boleh lewat dalam sesuatu program kerana ini akan mencemarkan imej kita sebagai seorang guru. Majlis penutupan program ini telah menjadi hambar disebabkan pelajar-pelajar yang lewat ini. Namun saya berasa sungguh puas kerana dalam masa yang singkat, pelbagai aktiviti dapat dilakukan bersama. Hubungan diantara rakan-rakan dalam kumpulan juga dapat dieratkan lagi melalui program BIG ini. Semoga segala yang dipelajari dalam program BIG ini akan menjadikan saya seorang guru yang berdedikasi dan berjaya pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.

You might also like