You are on page 1of 10

KERTAS MODUL g-CAKNA UPSR 2013 KERTAS 1 MASA: 50 MINIT Arahan Am : Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A , B, C, dan D. Bagi setiap soalan pilih satu jawapan sahaja.

Soalan 1 hingga soalan 19 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

Gambar 1 1 Ibu _____________ butang pada alat kawalan jauh untuk mematikan televisyen. A memicit B menekan C mengusik D mencucuk Setelah dibanting, Pak Leman mengumpulkan beberapa ____________ jerami padi untuk dibakar. A berkas B gemal C jambak D rumpun Puan Maimunah memasukkan _____________ telur dadar dan beberapa ________ timun ke dalam bungkusan nasi lemak itu. A sebiji ..biji B sebutir batang C sekeping .. hiris D segulung .. potong

Muka Surat 1

SULIT

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

Juara beregu badminton wanita dari Indonesia ____________ piala yang dimenangi oleh mereka. A menjulang B merangkul C menatang D menjunjung Puan Sofea menggunakan ______________ untuk menutup hidangan di atas meja supaya tidak dihinggapi lalat. A celak B cekak C cetak D cedak Sultan Mahmud Syah telah _____________ putera sulungnya sebagai Raja Muda. A memahkotai B menitahkan C mewasiatkan D mengamanahkan Ibu menyuruh Didie membuang bantal buruk yang berbau _______________ itu ke dalam tong sampah. A hamis B hanyir C hapak D hangit Kerongkong Naim sakit kerana dia _______________ semasa merarau di rumah ibu saudaranya. A bertulang B tetulang C penulangan D ketulangan

Muka Surat 2

SULIT

Ibu ______________ luka di tangan kak Siti yang terkena pisau ketika menyiang ikan. A menyalut B membebat C membungkus D menyelimuti Kamu pergilah dahulu. Lima belas minit lagi saya akan ____________ , kata Amira kepada Sofea. A menyusul B mengejar C mengikut D mengekori Encik Jamil berasa ______________ semasa berada di dalam majlis yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan itu. A malu B sugul C resah D canggung Puan Hasnah yang mempunyai enam orang anak itu ____________ apabila suaminya meninggal dunia secara mengejut. A gulung tikar B kacang hantu C patah kandar D kera sumbang Layang-layang yang tersangkut pada dahan pokok itu _______________ apabila ditiup angin. A terkedek-kedek B teroleng-oleng C terlonjak-lonjak D terkontang-kanting Bidang _________________ kayu telah diwarisi oleh Encik Darus daripada bapanya. A ukiran B pengukir C mengukir D pengukiran Puan Rahimah _______________ dari tepi pagar rumah untuk melihat tetamu yang datang ke rumah jirannya. A terkinja-kinja B tertinjau-tinjau C terkulat-kulat D termangu-mangu Muka Surat 3 SULIT

10

11

12

13

14

15

16

Encik Hamdan telah membayar _____________ ketika membuat tempahan untuk kereta baharunya. A wang saku B wang muka C wang kopi D wang belanja

17

Nenek telah dikejarkan dengan se _______________ ambulans ke hospital kerana tertelan se ______________ durian. A biji..buah B buahbiji C buahulas D biji..sepangsa Encik Rosli menasihati anak-anaknya supaya tabah dan bersemangat menghadapi cabaran sehingga tercapai apa yang dicita-citakan, ibarat ________________ A berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. B sehari selembar benang, lama-lama akan menjadi kain. C gengam bara api, biarlah sampai menjadi arang. D kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Wajah adik berkerut-kerut apabila memakan buah mangga yang ___________ kerana rasanya yang agak masam. A mengkal B ranum C masak D matang

18

19

Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris. 20 Pak Abu menopang pokok mangga yang hampir sekah itu kerana buahnya terlalu lebat. A mencacak B menyandar C memagar D menyangga

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris. 21 Pengetahuan Amran tentang ilmu keagamaan amat dangkal. A luas B dalam C besar D lancar

Muka Surat 4

SULIT

22

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah Bolehkah kamu kurangkan sedikit harganya kerana saya tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayarnya sekarang? A Barang ini bermutu tinggi dan diimport dari luar negara. B Minta maaf encik, barang ini harga mati, tetapi encik boleh berunding dengan pengurus. C Pengurus saya ingin berjumpa dengan encik untuk berbincang tentang pembayarannya. D Harga barang-barang di kedai sangat murah tetapi berkualiti.

23

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah Amin menonton televisyen sementara menunggu kakaknya menghidangkan makanan. A Bagaimanakah Amin menunggu waktu makan? B Apakah yang dilakukan oleh Amin sementara menunggu kakaknya menyediakan makanan? C Siapakah yang menonton televisyen sewaktu makan malam disediakan? D Mengapakah Amin menonton televisyen sewakltu makan malam dihidangkan?

Soalan 24 25 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 24 Farid bolehkah kamu tumpangkan saya ke sekolah ? Basikal saya rosak, kata Ali. A Ali mempelawa Farid agar menumpangnya ke sekolah kerana basikalnya rosak. B Farid ingin menumpang basikal Ali ke sekolah kerana basikalnya rosak. C Kerana basikalnya rosak, Ali ingin menumpang basikal Farid ke sekolah. D Yang ingin menumpang basikal Ali ialah Farid kerana basikalnya rosak. Lawatan tersebut terpaksa ditunda kerana ketiadaan bas. A Lawatan tersebut akan diadakan sekiranya terdapat bas. B Penundaan lawatan itu disebabkan oleh ketiadaan bas. C Ketiadaan bas memaksa lawatan dibatalkan. D Lawatan ditangguhkan kerana terpaksa

25

. Soalan 26 27 Pilih ayat ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 26 1 11 111 1V Tekaknya berasa muak apabila terhidu bau busuk dari longkang itu. Alya sudak muak dengan menu di kantin sekolahnya. Encik Ibrahim sudah muak dengan sikap seorang pekerjanya yang suka menipu. Lori itu sudah muak dengan besi-besi buruk yang dimuatkan ke dalamnya.

Muka Surat 5

SULIT

A B C D 27 1 11 111 1V A B C D

1 dan 11 1 dan 1V 11 dan 111 111 dan 1V Calon yang dipilih itu merupakan seorang muka baharu dalam bidang politik. Puan Siti melarang anak-anaknya duduk di muka pintu. Naim Najmie membayar wang muka sebanyak RM10 000.00 untuk membeli kereta idamannya. Bangkai ikan kelihatan terapung-apung di muka sungai yang tercemar itu. 11 dan 111 111 dan 1V 1, 11 dan 111 11, 111 da 1V

Soalan 28 30 Pilih ayat yang betul 28 1 11 111 1V A B C D A B C D Kasut yang kotor itu telah dibasuh oleh saya. Saya akan menyampaikan bungkusan ini bila saya bertemu dengannya. Gambar pemandangan yang cantik itu tergantung pada dinding bilik bacaan. Masakan Melayu makin digemari semua kaum di Malaysia. 1 dan 111 111 dan 1V 11 dan 1V 11 dan 111 Arif mengeluarkan wang daripada akaun simpanannya untuk membayar yuran persekolahannya. Faridah duduk di ruang tamu sambil menuntun televisyen rancangan kegemarannya. Adalah dimaklumkan bahawa pertandingan hoki akan ditangguhkan kerana cuaca tidak mengizinkan. Berbagai acara diadakan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolah itu. Rozaimi meninggalkan majlis itu di dalam kehampaan. Semua kanak-kanak diminta mengambil bahagian dalam acara mewarna sempena sambutan Bulan Kemerdekaan . Kerja-kerja memperdalam sungai giat dijalankan untuk mengelakkan banjir kilat di kawasan pendalaman. Pondok kecil yang usang itu kami menduduki selama bertahun-tahun lamannya.

29

30

A B C D

Muka Surat 6

SULIT

Soalan 31 hingga soalan 35 Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikut Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Encik Muhd Amir bin Taib, yang berusaha Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kubang Golok, guru-guru dan murid-murid yang disayangi. Salam sejahtera. Para hadirin yang dihormati, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang berucap pada pagi ini mengenai tajuk, Kepentingan Ilmu Dalam Kehidupan. Tajuk ini sangat menarik bagi saya. Ilmu boleh didapati daripada pelbagai sumber. Ilmu amat penting kepada manusia untuk membaiki kehidupan mereka. Ilmu boleh diumpamakan pelita yang menerangi kegelapan hidup manusia. Ilmu boleh membezakan antara manusia dan haiwan. Ilmu yang menerangi kehidupan seharusnya menjadi petunjuk jalan kepada manusia untuk memperoleh kehidupan yang bahagia. Ilmu dan kemahiran yang ada pada seseorang manusia itu juga memberikan manfaat jika disebarkan kepada orang lain. Contohnya ilmu Matematik yang diajarkan kepada murid dapat digunakan dalam kehidupan sehari-hari. Semua orang tahu bahawa ilmu sangat penting tetapi masih ada negara yang sedang membangun mempunyai kadar buta huruf yang tinggi. Negara ini juga ketinggalan jauh jika dibandingkan dengan negara maju. Mereka tidak dapat menyelesaikan masalah buta huruf kerana kesedaran masyarakat terhadap kepentingan mencari ilmu amat kurang. Hal yang demikian, kemiskinan melanda negara mereka. Jika tiada bantuan negara maju, maka akan ketinggalanlah mereka dan bertambah sempitlah ruang untuk mencari ilmu. Kesimpulannya, setiap individu mesti sedar tentang pentingnya untuk ilmu untuk keperluan yang lebih baik. Akhir kata sebelum saya mengundur diri, ingin saya mengingatkan para hadirin supaya bersungguh-sungguh memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak demi masa depan yang cerah, bak kata pepatah Melayu, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Begitulah pentingnya ilmu pengetahuan dalam kehidupan ini. Sekian, terima kasih.

31

Mengapakah ilmu sangat penting dalam kehidupan manusia? A Ilmu dapat membezakan manusia dan haiwan. B Ilmu meningkatkan kemahiran seseorang. C Ilmu menjadi pelita untuk menerangi keadaan yang gelap. D Ilmu mengubah nasib manusia agar menjadi lebig sempurna. Bagaimanakah keadaan rakyat di sesebuah negara yang mundur? A Ketinggalan B Merosot C Moden D Mahir

32

Muka Surat 7

SULIT

33

Harapan penyampai pada masa akan datang supaya ilmu A dikuasi oleh setiap individu B disebarkan kepada orang lain C berkembang dengan pesatnya. D boleh diperoleh di mana-mana sahaja Maksud rangkai kata bertambah sempitlah ruang dalam petikan ialah A ilmu semakin terbatas B masa semakin suntuk C kawasan semakin kecil D peluang semakin berkurangan. Semua pernyataan yang berikut adalah benar kecuali A negara yang membangun memerlukan bantuan B kadar buta huruf di negara maju sangat tinggi C perlunya ilmu untuk hidup yang lebih sempurna D rakyat yang berpengetahuan, negara maju.

34

35

Soalan 36 - 40 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Hari ini genaplah usiaku 12 tahun. Walaupun tidak ada sambutan hari jadi untukku, aku cukup gembira. Aku sedar akan keadaan keluargaku yang miskin. Kami tidak mampu mengadakan majlis sambutan hari jadi. Aku masih teringat akan peristiwa sebulan lepas ketika aku menghadiri majlis hari jadi Sofea. Rumah Sofea tersegam indah. Sofea pula berpakaian cantik pada hari itu. Aku terpegun memandangnya. Tiba-tiba lamunanku terhenti oleh batuk ibuku yang memanjang. Ibu sudah bangun, kata hatiku. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini sakit ibu semakin menjadi-jadi. Aku bertambah risau. Ayah telah keluar sejak awal pagi untuk mencari rezeki. Hanya aku dan adik yang tinggal untuk menemani ibu. Melihat keadaan ibu, berat hatiku untuk ke sekolah. Ibu menasihati aku supaya tidak ponteng sekolah. Aku ingin membantah, tetapi tidak sampai hati. Aku melihat ibu tersenyum mengiringi langkahku ke sekolah. Ibu melambai-lambaikan tangannya ke arahku. Pelajaran yang diajar oleh guru-guruku pada hari itu tidak masuk ke dalam benakku. Aku asyik teringat akan ibu. Tiba-tiba, suara Cikgu Amir mengejutkan aku daripada lamunan. Mohd Haikal, guru besar hendak berjumpa dengan kamu, kata Cikgu Amir. Terkejut aku apabila melihat ayah berada di bilik guru besar. Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Ayah memelukku dan menceritakan kejadian yang berlaku. Aku kehilangan ibu yang amat aku sayangi. Rupa-rupanya, senyuman dan lambaian ibu merupakan yang terakhir buatku. Aku tidak pernah menduga bahawa pemergian ibu menjadi hadiah hari lahirku.

Muka Surat 8

SULIT

36

Siapakah penulis cerita ini? A Mohd Haikal B Ayah aku C Adik Mohd Haikal D Cikgu Amir Berdasarkan petikan, penulis kini tinggal bersama - sama A adiknya. B ayahnya. C ayah dan adiknya D Cikgu Amir Pada hari itu, penulis keberatan untuk ke sekolah kerana A hari itu hari jadinya. B hendak ponteng sekolah C ayahnya telah keluar bekerja D bimbang akan keadaan ibunya. Pilih pernyataan yang benar tentang sifat penulis. A Dia suka mengelamun. B Dia seorang yang bertanggungjawab. C Dia seorang yang bijak. D Dia peramah dan penuh bersemangat. Apakah maksud perkataan pemergian dalam petikan ? A Keluar rumah B Pergi melancong C Meninggal dunia D Membuat perjalanan

37

38

39

40

KERTAS SOALAN TAMAT

Muka Surat 9

SULIT

SET 1JAWAPAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 B B C A D A C D B A D C B D B B C C A D B B B C C C C B A B 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 A A C D B A C D A C

You might also like