You are on page 1of 12

REFLEKSI KENDIRI Dengan berkat daripada Tuhan saya bersyukur kerana saya, 4 kumpulan iaitu 1PISMP Reka Bentuk

dan Teknologi, TESL, Pra 3 dan PJ 1 telah berjaya menyertai program Bina Insan Guru (BIG) selama 4 hari, dari 28 Februari 2013 hingga 3 Mac 2013 , bertempat di Taman Rekreasi Pantai Merang Setiu, Terengganu. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk menyokong program IPG kampus Sultan Mizan di samping memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. Sepanjang program ini, saya telah banyak mendapat pengalaman dan pengetahuan umum dalam usaha sayauntuk menjayakan program ini. Pengalaman dan pengetahuan yang telah saya dapat adalah bermula daripada pembahagian tugasan yang diberi. Sebaiknya tiba di sana, sayatelah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Pembahagian tugas telah dibahagikan kepada ahli-ahli kumpulan selepas itu. Tambahan pula, saya juga berpeluang untuk memupuk semangat berpasukan dan bertanggungjawab serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan guru pelatih dan pensyarah. Sayadibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai tugasan tertentu. Walaupun begitu, saya tetap membantu kumpulan yang lain untuk menyiap tugasan mereka. Selain itu, saya juga memperoleh pengalaman dan pengetahuan dalam aktivitiaktiviti yang telah dijalankan seperti aktiviti air dan darat.Dalam aktiviti air, saya telah belajar macam mana untuk menyelamatkan orang yang lemas dan cara untuk berenang yang lebih berefisien serta pantas. Ini telah membolehkan saya untuk

menyelamatkan orang lain kalau berdepan dengan waktu kecemasan. Di samping itu, dalam aktiviti darat, saya telah mempelajari cara-cara untuk membiasakan diri dalam hutan. Saya bersyukur kerana saya dapat hadapi semuanya dengan baik tanpa sebarang kekangan. Perkhemahan ini turut mengajar saya kaedah menguruskan masa dan diri dengan baik. Masa yang diperuntukkan kepada kami untuk menguruskan diri dan

aktiviti perkhemahan amat terhad. Oleh itu, kami menjalankan aktiviti-aktiviti mengikut tentatif program dan melalui pembahagian tugas. Kami telah bergilir-gilir ketika memasak, menjalankan sentri malam serta menguruskan masa sendiri untuk membuat perkara lain seperti membersihkan diri atau berehat. Hal ini dapat memastikan semua aktiviti perkhemahan dapat dijalankan mengikut waktu yang telah ditetapkan. Keyakinan diri juga merupakan salah satu nilai yang perlu ada dalam diri setiap individu. Kita harus percaya terhadap kebolehan diri sendiri agar tidak mudah mengaku kekalahan apabila menempuh pelbagai rintangan dalam hidup. Oleh itu, aktiviti keyakinan di air telah dilaksanakan dalam program BIG. Kebanyakan peserta pada mulanya sangat pasif terhadap aktiviti ini. Setelah mereka berjaya melakukan aktiviti berenang dan terjun ke dalam air, keyakinan yang ada pada diri individu mereka telah ditingkatkan. Dalam aktiviti tersebut, saya menyedari bahawa setiap pekerjaan termasuklah perguruan haruslah dijalankan dengan bersungguh-sungguh dan penuh berkeyakinan demi mencapai matlamat diri, keluarga, masyarakat dan negara. Akhir sekali, saya sangat seronok dan gembira kerana telah melalui program BIG ini yang telah banyak memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya dan yang paling penting dapat membantu diri saya bagi membina jati diri seorang pendidik yang berkarisma tinggi. Saya berharap pada BIG yang seterusnya, saya akan lebih banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat saya untuk menjadi seorang pendidik yang serba boleh. Di sini, ingin saya ucapkan terima kasih kepada pihak penganjur dan pensyarah bimbingan yang memberi komitmen dan ajaran kepada kami.

LAPORAN REFLEKTIF Pada semester ini saya dan rakan-rakan berpeluang menjalankan aktiviti Bina Insan Guru (BIG) di Taman Rekreasi Pantai Merang Setiu, Terengganu. Pada waktu 12.30 petang, saya dan rakan-rakan dari unit-unit kumpulanyang berlainan bertolak dari Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu menuju ke Taman Rekreasi Pantai Merang Setiu, Terengganu dengan menggunakan dua buah bas. Setibanya di taman rekreasi Pantai Merang, jam menunjukkan pukul 2.00 tengahari. Oleh itu, bagi yang beragama islam, mereka menunaikan solat jamak zohor dan asar secara berjemaah. Sementara itu, yang bukan beragama Islam menunggu mereka di dewan kecil di sana. Selepas itu , kami diberi sedikit taklimat mengenai peraturan-peraturan dan jadual program BIG ini secara terperinci oleh kem warden BIG siri 1, En. Wan Azahari bin Wan Harun dan juga memperkenalkan penghulu kita, Zainol Harith bin Muhamad. Taklimat amat penting dalam program-program seperti ini kerana ianya merupakan salah satu peringatan kepada peserta supaya menepati masa dan boleh menjamin keselamatan kita sekiranya mematuhi peraturan yang ditetapkan .Setelah selesai taklimat, kami diminta untuk mengangkat khemah dan menyusun kedudukan khemah supaya seimbang iaitu 5 khemah untuk lelaki dan 9 khemah untuk pelatih perempuan. Kerjasama semua peserta diperlukan untuk melakukan tugas ini selain dapat menyelesaikan perkara ini dengan cepat dan teratur. Masing-masing memberi kerjasama dan komitmen dan akhirnya tugas ini dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Tepat pada jam 4.30 petang, aktiviti yang dijalankan ialah Panduan Ketika Kecemasan dan Asas Bantu Mula. Ketua Unit Kokurikulum , En. Mohamad bin Ab.Latiff mengendalikan aktiviti ini. Encik telah memperkenalkan pelbagai cara untuk membalut luka seperti luka tikam, luka patah tulang, luka tembus. Ini telah mempertingkatkan lagi ilmu pengetahuan saya tentang hal-hal kecemasan. Selepas masa menguruskan diri dan makan malam, aktiviti diteruskan dengan ice breaking . Kami disuruh oleh pensyarah En. Mohamad Yusoff bin Ali untuk menulis nama kami di atas kertas dan letakkan dalam satu kotak yang disediakan. Selepas itu, kami dikehendaki untuk

mencari orang dengan nama yang dipilih secara rawak dan bertanya tentang 5 perkara yang berkaitan dengan orang itu. Selesailah aktiviti pada malam pertama kami. Pada hari yang ke-2, pada awal-awal pagi, kami dibangunkan oleh ahli-ahli sentri malam. Sesi moral telah dijalankan sementara menunggu guru-guru pelatih Muslim yang pergi bersolat. Selepas itu, kami disuruh pergi ke padang untuk aktiviti pagi Malaysia Cergas.Selesai aktiviti Malaysia Cergas, kami diberi masa untuk menguruskan diri dan berehat sebelum aktiviti seterusnya. Tepat jam 10 pagi , kami diminta untuk berkumpul di tepi muara untuk taklimat aktiviti pertama kami iaitu Aktiviti Keselamatan dan Keyakinan di Air. Pertamanya kami diberi taklimat mengenai penggunaan jaket keselamatan oleh jurulatih. Taklimat ini amat penting kerana kami akan menjalani aktiviti yang berbahaya yang mungkin membahayakan keselamatan kami. Jurulatih betul-betul memberi penekanan terhadap larangan berenang terlalu jauh ketengah. Seterusnya kami melakukan aktiviti pemanasan badan, ini amat penting kerana jika tidak melakukannya dengan betul, kami mungkin akan kejang dan membahayakan keselamatan. Kami boleh mengambil contoh melalui aktiviti ini sekiranya menjadi guru kelak, iaitu kami perlu memberi penekanan terhadap perkaraperkara yang penting dan memberi larangan yang tegas untuk aktiviti yang merbahaya. Seperti biasa sebelum memulakan aktiviti, kami diberi taklimat mengenai penggunaan kayak dan langkah-langkah keselamatan yang harus diikuti. Habis taklimat, kami memulakan sesi pemanasan badan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Seperti biasa, leader berada di hadapan dan angker berada di belakang sekali. Kesemua kami berkayak di sungai yang berhampiran dan mula mengemaskan diri apabila menjelang pada pukul 1 petang. Selepas itu, kami mengangkat kayak-kayak ke stor menyimpan kayak. Di sini saya dapat melihat sikap bantu-membantu antara kami untuk menaikkan kayak ke darat. Seterusnya masa untuk menguruskan diri dan solat maghrib bagi yang muslim. Manakala bagi yang bukan muslim, kami menjalani pendidikan moral bersama jurulatih bertanggungjawab. Program kerohanian seperti ini amat penting kepada kami bakal guru kerana ia akan membantu membentuk dalaman kami supaya nilai-nilai murni yang baik dapat diterapkan dalam diri untuk menjadi guru yang baik serta suri teladan

kepada para pelajar. Selesai sahaja program kerohanian, kami dibenarkan makan petang. Tepat pada pukul 4 petang, kami menjalankan aktviti ujian psikologi. Dalam masa 2jam tersebut, kami diberi kertas soalan untuk menjawab. Ujian itu adalah untuk mengkaji apa yang kami hendak jadi apabila dewasa nanti. Tamat LDK 1, kami mula beransur masuk ke dalam khemah masing-masing untuk berehat. Apabila pukul 9 malam, kami ada aktiviti LDK 1 , iaitu Mengenali Potensi Diri. Kami dikehendaki untuk membuat pembentangan tentang peranan guru. Kami kemudiannya dibenarkan tidur pada pukul 11 malam selepas minum malam. Selepas itu, sentri yang bertugas memulakan tugasnya bermula jam 12.00 malam. Petugas akan berkawal selama 2 jam setiap kumpulan dan habis pada jam 6.00 pagi esoknya. Tugas sentri amat penting dalam menjaga keselamatan peserta program dan ini juga dapat kami aplikasikan apabila bergelar guru kelak jika kami mengikuti program-program perkhemahan seperti ini. Ini dapat menjamin keselamatan pelajar kami. Kami semua dikejutkan seawal jam 5.30 pagi untuk menguruskan diri dan bersiap-siap untuk menunaikan solat subuh berjemaah bagi yang beragama islam dan bagi yang bukan islam pula, kami pula akan menjalani kuliah moral pada jam 6.15 pagi. Pada pagi tersebut, kuliah subuh disampaikan oleh salah seorang peserta iaitu Aminuddin daripada kelas matematik 1. Kuliah ini amat bermakna kerana ia dapat melatih keyakinan seseorang untuk berada di depan dan menyampaikan maklumat. Selesai sarapan, kami berkumpul untuk senaman pagi dan nyanyian lagu patriotik. Aktivit senaman ini perlu dipraktikkan sebagai satu langkah untuk menjaga kesihatan diri. Sebagai seorang guru, kami haruslah menjaga kesihatan kami supaya dapat menjalankan tugas dengan lancar dan berkesan. Manakala nyanyian lagu patriotik pula untuk menanamkan rasa cintakan negara dan perasaan cintakan institut kami. Hal ini kerana, tanpa pendidikan yang diajar di institut, kami tidak akan berupaya menjadi guru yang baik dan berdedikasi. Selepas itu, kami semua bersiap-siap untuk LDK 2 iaitu Motivasi Kepuasan Kerja. Dalam aktiviti ini, kami diminta membentangkan mengenai logo, motto, visi dan misi kumpulan masing-masing yang direka dan dibuat semasa LDK 1 sehari sebelumnya. Kumpulan kami diberi nama Harimau Mizan. Aktiviti ini memberi banyak

manfaat kepada kami bakal-bakal guru kerana melaluinya kami dapat berkongsi idea dan pendapat masing-masing. Selain itu, kami dapat membentuk identiti serta matlamat kumpulan kami supaya lebih menyayangi dan mencintai kumpulan kami sendiri. Di samping itu, kami juga dapat melatih kreativiti dan kemahiran kami dalam mereka dan membentuk logo kumpulan. Selain itu, kami juga diminta untuk melukis gambar yang mewakili personaliti kita. Kami juga disuruh untuk membentangkan maksud gambar kita yang lukis itu. Seterusnya kami dibenarkan untuk menjamu sarapan pagi. Kumpulan yang dipertanggungjawab melakukan tugas dengan baik kerana masing-masing memberi kerjasama dan saling bantu-mambantu antara satu sama lain. Selesai makan, kami bersiap sedia untuk menjalankan aktiviti seterusnya. Pada hari ketiga, kami menjalani aktiviti darat. Seperti biasa kami diberi taklimat serta peraturan semasa menjalani aktiviti ini. Seorang ketua dan pembantu ketua dilantik dalam setiap kumpulan. Ketua dan penolong dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan ahli yang lain terutama peserta perempuan. Ini dapat melatih kami supaya dapat memikul tanggungjawab sebagai ketua dan memupuk sifat kepimpinan dalam diri kami. Setelah semua bersiap sedia, kami mula berjalan kaki menuju ke pantai untuk memulakan penerokaan. Semasa penerokaan hutan ini dijalankan, setiap peserta harus memainkan peranan supaya perkara yang tidak diingini tidak berlaku. Keselamatan diri dan ahli kumpulan amat dititik beratkan. Melalui aktiviti seperti inilah nilai tanggungjawab dan kerjasama dapat dipupuk dan diterapkan dalam diri peserta. Selain melakukan ekspidisi hutan, kami juga diberi beberapa tugasan iaitu mencatat nama serta melukis gambar 5 jenis tumbuhan yang kami jumpa sepanjang pendakian. Kumpulan saya membahagikan tugas ini kepada setiap ahli kumpulan dengan adil. Ini amat penting supaya tugasan dapat diselesaikan dengan berkesan dan cepat. Kami berhenti di satu checkpoint di tengah-tengah perjalanan untuk belajar tentang cara usungna. Selepas itu , kita meneruskan perjalanan ke dalam hutan untuk memasak makanan tengahari.Memasak dalam hutan dapat melatih kami untuk berdikari dan boleh hidup dalam hutan. Selepas cuci bekas masakan itu, kami meneruskan perjalanan ke bukit yang berhampiran.

Dalam pendakian bukit itu, banyak perkara yang telah berlaku. Terdapat ahli kumpulan yang terjatuh dan tergelincir, namun kami telah membantu mereka untuk mendaki sampai habis. Di sini, sikap bantu-membantu terserlah. Setelah semua kumpulan turun bukit, kami diminta berkumpul untuk memberi refleksi mengenai aktiviti kembara pada hari itu. Wakil setiap kumpulan memberi maklum balas mengenai aktiviti tersebut. Setelah selesai, kami bertolak balik menuju ke kem melalui jalan persisir pantai. Setibanya di kem, kami diberi masa bersihkan diri. Pada malam hari ke-3, kami ada aktiviti Malam Kebudayaan. Kami 6 kumpulan diminta untuk mempersembahkan persembahan yang bertemakan Guru . Semua kumpulan memberi komitmen yang sangat baik dengan menghiburkan kami dan para pensyarah dengan persembahan mereka yang menarik serta lucu sekali. Pada malam itu, penyelaras kem membenarkan kami berehat lebih awal kerana kami semua nampak letih. Pada pukul 10.30 malam, kami semua tidur dalam khemah dengan nyenyak sekali. Hari ketiga menjelang. Pagi ini kami bangun agak lewat kerana semua keletihan setelah melakukan aktiviti semalam. Namun, kami tetap solat subuh berjemaah seperti biasa dan kuliah moral berjalan dengan lancar. Hari ini seperti biasa kami bermula dengan senaman pagi .Aktiviti ini bertujuan untuk mendisiplinkan kami dan bertindak mengikut arahan ketua. Setelah selesai senaman pagi, kami berpusu-pusu menuju ke kantin untuk sarapan pagi. Pada waktu 8 pagi , kami memulakan LDK 3 yang bertajuk Penghargaan Kendiri dan Perubahan Sikap. Dalam LDK ini, kami diberi soalan untuk menjawab untuk mengetahui tentang pengurusan konflik kendiri kita. Semua orang dapat jawapan yang berlainan dan mendapat tahu tentang konfik dalam diri kita. Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di Taman Rekreasi Pantai Merang Setiu di Terengganu kerana pada petangnya kami akan bertolak pulang. Setelah selesai, kami diminta untuk mengemas beg dan mengosongkan khemah. Kemudian, kami diminta berkumpul di hadapan foyer untuk taklimat Break Camp. Kami dibahagi kepada beberapa kumpulan di mana setiap kumpulan akan membersihkan kawasan perkhemahan dan merobohkan khemah.

Setiap peserta memainkan peranan dan melakukan tugas yang diberi dengan penuh komitmen dan bersungguh-sungguh. Kami bergotong-royong dan saling bantu membantu melakukan kerja-kerja pembersihan. Nilai-nilai seperti ini perlu diterap dalam diri setiap individu terutamanya bakal guru seperti kami kerana ianya akan membantu kami untuk melakukan tugas dengan berkesan dan teratur. Oleh kerana kerjasama yang diberi sangat baik, kami berjaya menyelesaikan Break Camp dengan cepat. Sampah-sampah disekeliling dikutip, alat-alat memasak dicuci dan bersedia untuk di bawa balik. Khemah pula telah selesai disimpan dalam beg khemah. Seterusnya adalah majlis penutup. Ucapan daripada wakil pensyarah, penghulu dan akhir sekali ucapan penutup daripada kem komanden. Di dalam ucapan tersebut, diselitkan juga refleksi dan penilaian kursus. Tengahari kami bertolak menaiki bas menuju ke institut kita. Kami sampai di institut pada pukul 4 petang.

Cadangan penambahbaikan program perkhemahan akan datang? Setelah melaksanakan tugasan ini, saya telah melihat beberapa

penambahbaikan yang dapat dilakukan dalam menjadikan BIG ini lebih berjaya, antaranya ialah aktiviti-aktiviti yang dijalankan haruslah lebih mencabar dan mampu memperkembangkan insan guru dalam diri setiap peserta dalam BIG ini, kerana saya percaya bahawa semua peserta dalam BIG ini adalah bakal cikgu jadi dalam menghasilkan guru yang memenuhi kehendak FPK dan FPG. Selain daripada itu, keselesaan dalam BIG ini harus dikurangkan agar para guru pelatih dapat mempelajari banyak lagi perkara dan nilai agar dapat membantu mereka menjadi guru di masa kelak nanti, Contohnya, pemilihan tempat yang lebih dalam di dalam hutan serta kurang kemudahan kerana bagi saya semakin sukar tempat tersebut semakin banyak perkara dapat dipelajari. Ditulis berdasarkan analisis SWOT (kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman)? Kekuatan Sepanjang saya menjalankan BIG ini, saya telah melihat pelbagai kekuatan dalam BIG ini antaranya ialah sikap positif dikalangan para pensyarah yang terlibat dalam membimbing kami dalam melaksanakan BIG ini, walaupun banyak masalah yang ditimbulkan oleh para guru pelatih tetapi setiap pensyarah yang prihatin sentiasa setia membimbing dan menjaga kami. Selain daripada itu juga, saya merasakan 1 lagi kekuatan yang dalam BIG ini adalah kemudahan alatan air yang disediakan kerana ini sangat membantu kami dalam melaksanakan aktiviti air dengan seronok dan teratur.

Kelemahan Terdapat beberapa kelemahan yang didapati pada Program Bina Insan Guru kali ini antaranya dari aspek kerjasama semasa menjalankan aktiviti kerana ada ramai peserta yang hanya curi tulang dan hanya mahu orang lain buatkan kerja untuk mereka dan ini sangat tidak adil. Selain itu juga, saya juga melihat banyak kelemahan dari sistem pengurusan barang semasa membawa barang makanan, masakan dan bahan-bahan lain ke tapak khemah kerana ada yang tidak mahu membantu. Selain daripada itu juga, saya juga melihat kelemahan semasa menjaga tapak khemah pada waktu malam kerana ada yang tidur apabila menjaga pada waktu malam dan ini sangat berbahaya kepada semua ahli kem. Malah saya juga merasa BIG ini terlalu singkat dan saya rasa BIG yang akan dating harus diadakan dengan lebih lama lagi agar banyak perkara dapat dipelajari.

Peluang Di dalam BIG kali ini juga saya telah mendapat peluang untuk

memperkembangkan tahap kerjasama saya dalam BIG ini kerana saya telah belajar untuk berkomunikasi dengan ahli-ahli kumpulan saya yang lain. Selain itu, saya juga melihat terdapat beberapa peluang untuk para guru pelatih untuk takut kepada air kerana melalui aktiviti water confident dan aktiviti kayak serta rakit telah mendedahkan mereka kepada air dan mengubah perspektif buruk mereka terhadap air serta ini dapat menjadikan diri mereka lebih berani suatu bermain air. Disamping itu, saya juga memperoleh peluang untuk semua para guru pelatih untuk berkenalan di antara satu dengan yang lain kerana mungkin sebelum ini pernah bertentang mata tetapi tidak pernah bertegur sapa kerana ini penting untuk memudahkan komunikasi dalam melaksanakan aktiviti di IPG kelak.

Malah aktiviti BIG juga telah memberi peluang kepada semua guru pelatih untuk merapatkan hubungan silaturahim dengan semua pensyarah yang mengikuti BIG ini terutamanya tutor kumpulan kuliah masing-masing kerana ini penting dalam menyediakan ikatan yang mesra di kalangan Guru Pelatih dan para pensyarah.

Ancaman Semasa saya menjalankan BIG ini, saya rasa tidak langsung ancaman yang saya perhatikan dan semua keadaan dikawal dengan baik oleh semua pensyarah yang terlibat

You might also like