You are on page 1of 8

TAJUK 1 PENGENALAN PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH ISI KANDUNGAN 1. PENGENALAN 2. RASIONAL 3. MATLAMAT 4. OBJEKTIF 5.

KOMPONEN PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH PENGENALAN PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH Program kesihatan sekolah meliputi semua kegiatan-kegiatan dan pengalamanpengalaman yang direka untuk mempertahankan, menggalakkan dan menjaga kesihatan optima murid-murid dan kegiatan sekolah, untuk menggalakkan keadaan hidup sihat di sekolah dan untuk membina pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang diingini serta mengenai kesihatan. Fokus utama ialah Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) kerana program ini menyatupadukan dan menyelaraskan semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah. Rancangan Kesihatan Sekolah telah dimulakan sejak tahun 1967 lagi dengan tujuan utamanya untuk melahirkan pelajarpelajar dan masyarakat sekolah yang sihat dan produktif. Rancangan Kesihatan Sekolah ketika itu adalah meliputi semua kegiatan dan pengalaman yang direka untk mempertahankan, menggalakkan dan menjaga kesihatan optima murid-murid, untuk menggalakkan keadaan hidup sihat di sekolah dan untuk membina pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang diingini, mengenai kesihatan Keutamaan akan diberi untuk menambah pengambilan dan laihan kakitangan profesional kesihatan dan anggota kesihatan profesional bersekutu di sektor awam dan swasta. Peraturan yang ditetapkan dalam Akta Kemudahan dan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 akan dikuatkuasakan untuk mempertingkatkan lagi kualiti dan peluang mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh sektor swasta. Setelah lebih dua puluh tahun berlalu, konsep kesihatan sekolah semakin berkembang seiring dengan perkembangan di dalam bidang teknologi dan komunikasi.

Pada tahun 1996, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), KPM telah memberi nafas baru kepada RKS dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). PBSS diwujudkan bagi menyatupadukan dan menyelaraskan semua aktiviti berkaitan kesihatan sekolah yang mampu meningkatkan pengetahuan mengenai amalan kesihatan diri, menggalakkan amalan cara hidup sihat dan memastikan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat. Berkaitan kesihatan, KPM telah mengeluarkan beberapa pekeliling ikhtisas, surat siaran dan buku-buku panduan seperti Garis Panduan Amalan Kebersihan Sekolah 1997, Panduan Melaksanakan PBSS, Buku Panduan PROSTAR dan Modul Latihan PROSTAR, Garis Panduan Rancangan Makanan Tambahan, Garis Panduan Program Susu Sekolah dan Panduan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi di Sekolah 2005. Perkhidmatan kesihatan di bawah PBSS termasuklah menilai status kesihatan murid, memberi khidmat rawatan dan rujukan, memberi bimbingan dan kaunseling, memberi penjagaan rawatan/ kecemasan, mencegah dan mengawal kejadian penyakit serta mendiagnosis dan membantu penempatan kanak-kanak berkeperluan khas. Antara program berkaitan kesihatan yang dilaksanakan di sekolah adalah

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, Perkhidmatan Pergigian, Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Program Susu Sekolah (PSS), Pendidikan Pencegahan Denggi, menjadikan sekolah kawasan larangan merokok, menyediakan pertolongan cemas dan bilik khas kesihatan (sick-bay), mewujudkan Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja (PROSTAR), mengadakan program bebas dadah dan kempen cara hidup sihat.

1. PENGENALAN Program Kesihatan Sekolah bermaksud gabungan prosedur yang digunakan dalam pendidikan kesihatan, perkhidmatan kesihatan, hidup sihat di sekolah dan kerjasama sekolah masyarakat. Ianya bertujuan memupuk kesihatan di kalangan murid, kakitangan sekolah dan ahli masyarakat yang ada hubungan dengan sekolah.

Program Kesihatan Sekolah meliputi semua kegiatan dan pengalaman yang direka untuk mempertahankan, mengalakkan dan menjaga kesihatan optima muridmurid dan kegiatan sekolah, untuk mengalakkan keadaan hidup sihat di sekolah dan untuk membina pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang diingini mengenai kesihatan. Program Kesihatan Sekolah bertujuan untuk : Mewujudkan program kesihatan yang mampu melahirkan rasa tanggungjawab bersama & komitmen di kalangan warga sekolah. Menyeragamkan beberapa program kesihatan sekolah di bawah satu program bersepadu. Mewujudkan satu sistem yang fleksibel, inovatif dan kreatif berlandaskan kepada keperluan semasa. Meningkatkan kesefahaman dan kerjasama dalam menangani isu-isu kesihatan. Suatu usaha yang teratur dan fokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan. Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan impak serta dapat dinilai keberkesanannya. antara sekolah dan masyarakat

2. RASIONAL Rasional pembentukan Program kesihatan sekolah adalah bertujuan untuk :a. Mewujudkan program kesihatan yang mampu melahirkan rasa tanggungjawab bersama & komitmen di kalangan warga sekolah. b. Menyeragamkan beberapa program kesihatan sekolah di bawah satu program bersepadu. c. Mewujudkan satu sistem yang fleksibel, inovatif & kreatif berlandaskan kepada keperluan semasa. d. Meningkatkan kesefahaman & kerjasama antara sekolah & masyarakat dalam menangani isu-isu kesihatan. e. Suatu usaha yang teratur dan fokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan. f. Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan impak serta dapat dinilai keberkesanannya.

3. MATLAMAT Matlamat Program Kesihatan Sekolah adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kesihatan serta melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.

4. OBJEKTIF A. Menilai dan mentaksir status kesihatan murid melalui pemerhatian, penyiasatan dan pemeriksaan kesihatan. a. Mengenalpasti murid yang mempunyai kecacatan. b. Memberi nasihat kepada murid, ibu bapa atau penjaga berdasarkan penilaian status tersebut dan menggalakkan ianya diperbaiki. c. Mengadakan rujukan, rawatan pemulihan dan tindakan susulan yang sesuai. d. Mengendalikan Pendidikan Kesihatan Dan Pendidikan Pemakanan di sekolah. e. Menggalakkan hidup sihat di sekolah dari aspek fizikal, mental, sosial dan emosi. f. Mencegah dan mengawal penyakit berjangkit dalam kalangan murid. g. Memberi rawatan kecemasan kepada murid terhadap kecemasan atau penyakit ketika di sekolah. h. Menggalakkan kerjasama antara sekolah dan masyarakat untuk kesihatan sekolah dan kesihatan masyarakat.

5. KOMPONEN PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

PENDIDIKAN KESIHATAN DAN PEMAKANAN

PERKHIDMATAN KESIHATAN

HIDUP SIHAT DI SEKOLAH

KERJASAMA ANTARA SEKOLAH DAN MASYARAKAT

PENDIDIKAN KESIHATAN & PEMAKANAN Dijalankan secara formal atau tidak formal, sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Pendidikan kesihatan memberikan pengalaman yang boleh mempengaruhi pengetahuan, sikap, dan amalan kesihatan individu dan masyarakat. Memupuk minat murid untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH

Pendidikan formal Berstruktur Berjadual Ada sukatan pelajaran Diajar oleh guru pendidikan kesihatan

Pendidikan tidak formal Tidak berstruktur Tidak berjadual Tiada sukatan pelajaran Pengukuhan kepada pendidikan formal

PERKHIDMATAN KESIHATAN Sebagai prosedur yang diuruskan oleh doktor, jururawat, guru dan individu lain untuk menilai, melindung dan menggalakkan kesihatan optimum murid dan kakitangan sekolah PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH

PENTAKSIRAN KEADAAN KESIHATAN Kenal pasti individu yang memerlukan program pendidikan Mengadakan kaunseling kesihatan dan tindakan susulan

PEMERIKSAAN PERUBATAN PERGIGIAN Kajian sejarah/latar belakang Peringkat klinikal / fizikal Ujian pengesahan tertentu

PENGUBATAN / RAWATAN Menyembuhkan pesakit dan menawal pesakit Untuk mendapatkan rawatan doktor

IMUNISASI/ / KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT Proses kesihatan untuk mencegah penyakit Program imunisasi sekolah rendah

Tindakan susulan

HIDUP SIHAT DI SEKOLAH HIDUP SIHAT DI SEKOLAH

Penggunaan persekitaran yang selamat dan segar Pentadbir: o Menyediakan persekitaran sekolah yang selamat dan sesuai. o Mengajar murid cara untuk hidup selamat. Dibilik darjah Padang/gelan ggang sukan Persekitaran

Pertimbangan ke atas kesihatan individu o Makanan di kantin yang bersih o Bekalan air yang bersih dan mencukupi untuk memenuhi keperluan minuman Untuk pembersihan. Mengurus hari persekolahan Penyusunan jadual waktu Kepelbagaian dan tempoh waktu pelajaran seharusnya sesuai dengan murid berlainan tahap Kerja rumah Kawal supaya tidak keterlaluan Pengangkutan

Merancang peraturan bilik darjah o Guru dan murid bersama menetapkan peraturan dan menjaga kebersihan. o Jadual tugas disediakan untuk kerja kelas: Sapu lantai Membersihkan tingakp Membersihkan papan tulis dan sebagainya.

KEPENTINGAN KESIHATAN SEKOLAH DALAM KONTEKS Kerjasama di antara masyarakat (individu,keluarga dan komuniti) dengan sekolah bertujuan untuk mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan kesihatan masyarakat (proses dua hala). Apakah sumbangan sekolah terhadap masyarakat Apakah sumbangan masyarakat terhadap sekolah.

Kerjasama meliputi: Penyediaan tandas yang mencukupi untuk murid-murid dan kakitangan; Kemudahan bekalan air yang selamat dan mencukupi Keadaan kantin yang bersih & selamat di samping pengendalian makanan yang sempurna.

You might also like