You are on page 1of 1

No.

Tel : 07-8831012 PEJABAT PELAJARAN DAERAH KOTA TINGGI 07-8833201 PTB 1165, JALAN BUKIT SERI LALANG No. Faks : 07-8832480 81900 KOTA TINGGI e-mail : ppd@kotatinggi.edu.my JOHOR DARUL TAZIM Laman Web : http://www.ppdkotatinggi.edu.my

Ruj. Kami: PPDKT/SPPK/01/002 ( ) Ruj. Tuan : Tarikh : JULAI 2009 Ruj. Kami : JPA3005.05/600-10/2/7 ( ) Tarikh : 15 April 2013
Guru Besar Sekolah-sekolah Rendah, Kota Tinggi Johor. Tuan, PROGRAM PEMULIHAN 3M (ProTiM) BAGI KEMAHIRAN MEMBACA, MENULIS, DAN MENGIRA TAHUN 4,5. DAN 6 SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2013.

Dengan segala hormatnya, surat daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia bernombor rujukan KP (BPK) 700-4/2/4 (54) bertarikh 9 April 2013 adalah dirujuk dan berkaitan. 2. Sehubungan dengan itu, Ketua Panitia Bahasa Malaysia dan Matematik diminta untuk memuat turun bahan Ujian PraProTiM di laman sesawang http://www.moe.gov.my/bpk atau di laman sesawang Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi. Ujian PraProTiM perlu dijalankan serentak bagi Tahun 4,5,dan 6 bermula dari tarikh 15 April 2013 hingga 19 April 2013. Proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan selama 10 minggu sebelum calon diuji semula dalam Ujian PascaProTiM. 3. Untuk makluman tuan, data Ujian PraProTiM Bahasa Malaysia yang telah lengkap dianalisis hendaklah dihantar melalui emel kepada Penolong PPD Bahasa Melayu ( Rendah ), En. Noor Azam Bin Mahat di alamat emel noorazammahat.ppdkotatinggi@gmail.com manakala data Ujian PraProTiM Matematik pula hendaklah diemelkan kepada Penolong PPD Sains dan Matematik (Rendah), En. Kamalhuzaimi Bin Khamis di alamat emel kamalkhuzaimi@yahoo.com sebelum atau pada 26 April 2013 . Ketua Panitia bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik sekolah tuan juga perlu mengisi data Ujian PraProTiM bahagian LOGIN C Protim di laman sesawang One Stop Data Center di alamat http://jpnjdata.net/ah/menu/index.html. 4. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Penolong PPD Bahasa Melayu ( Rendah ), En. Noor Azam Bin Mahat di talian 013-7832792 atau Penolong PPD Sains dan Matematik ( Rendah ), En. Kamalhuzaimi Bin Khamis di talian 013-7793709. Semoga dalam makluman dan tindakan tuan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

( MD DIN BIN HUSSIEN ) Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi


NA/ProTiMSR /15042013

You might also like