You are on page 1of 5

LAPORAN LAWATAN KE BILIK KAUNSELING IPG KAMPUS IPOH

Pada hari Jumaat, 3 haribulan Januari 2014 kami guru pelatih dari Unit J13 dan J14 telah melawat bilik kaunseling IPG Kampus Ipoh. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Lawatan berikut telah bermula pada pukul 10.30 pagi dan ia berakhir pada pukul 12.30 petang. Kami telah pergi ke bilik bimbingan dan kaunseling dan menemubual dengan kaunselor IPG Kampus Ipoh iaitu Pn Rohimah dan En.Mohd Tajuddin. Pn.Rohimah merupakan kaunselor untuk para pensyarah dan kakitangan IPG Kampus Ipoh. En.Mohd Tajuddin pula kaunselor untuk para guru pelatih. Kedua-dua kaunselor telah menyalurkan maklumat - maklumat yang berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling. Masa : 10.30 pagi 11.30 pagi Kaunselor : Pn Rohimah

Beliau telah menyalurkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan terapi. Antara terapi yang beliau nyatakan adalah terapi muzik, terapi lukisan dan terapi air. Beliau telah menjelaskan bahawa terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada faktafakta hasil kajian. Terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan suasana yang lebih tenang juga. Beliau juga telah menjelaskan bahawa terapi muzik juga melegakan keresahan, kemurungan dan meringankan stress. Terapi muzik membantu klien yang mempunyai masalah berkaitan emosi untuk meneroka serta menyelami perasaan mereka sendiri. Melalui cara ini mereka dapat melakukan perubahan yang positif terhadap tingkah laku. Selain itu, klien juga dapat

mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara tidak langsung merungkaikan dan menyelesaikan konflik mereka.

Terapi lukisan adalah kaedah untuk menggalakkan klien meluahkan perasaan pemikiran mereka yang tidak boleh dilahirkan dengan perkataan melalui seni terutama lukisan. Terapi seni boleh diertikan sebagai suatu bentuk terapi ekspresif yang menggunakan media warna, kapur, pensil dan marker. Melalui ekspresi seni klien dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi. Beliau juga telah mengatakan bahawa pakar terapi ataupun kaunselor akan mengajak klien untuk membincangkan karya yang dihasilkan. Melalui proses ini, klien akan diminta supaya bersikap terbuka dalam meluahkan dan bercakap tentang segala emosi dan perasaan-perasaan terpendam yang dihadapi olehnya. Beliau juga telah menunjukkan beberapa lukisan dan telah menjelaskan luahan klien daripada lukisan-lukisan tersebut.

Selepasn penjelasan tersebut kami juga telah melaksanakan satu aktiviti kaunseling berdasarkan tulisan nombor. Melalui aktiviti tersebut kami dapat mengetahui cara kita menulis nombor juga menunjukkan ciri-ciri dan personaliti kita. Contohnya, nombor 6 berkaitan dengan cara makan, nombor 9 bilangan kawan, nombor 8 cara penyimpanan rahsia manakala nombor 5 pula kecantikan pasangan.

Selain itu kami juga dapat mengetahui bahawa haiwan-haiwan kesukaan kami juga melambangkan personaliti kami. Aktiviti tersebut telah menarik perhatian kami. Contohnya, jika seseorang suka arnab ia bermaksud seseorang itu mempunyai kecantikan yang unik dan tidak mudah dihampiri. Jika dia menyukai katak, dia bersifat bahaya untuk bergaul. Jika seseorang suka pada anjing, orang tersebut boleh dikatakan sebagai insan yang setia kepada pasangannya. Aktiviti ini telah menyeronokkan kami.

Masa : 11.30 pagi 12.30 tengahari Kaunselor : En.Mohd Tajuddin

Semasa waktu ini, kami telah mendapat maklumat tentang perkhidmatan dalam kaunseling dan psikologi seperti perkhidmatan avokasi, kaunseling keluarga, kaunseling perkahwinan, khidmat perundingan dan intervensi transis, khidmat pembangunan modal insan, telekaunseling serta program-program berdasarkan pencegahan

pemulihan dan pengembangan.

Beliau juga telah menerangkan jenis kaunseling yang terdapat dalam bimbingan dan kaunseling. Ianya adalah kaunseling berkelompok, kaunseling individu, kaunseling kerjaya dan kaunseling keluarga. Kaunseling Individu hanya melibatkan kaunselor dengan klien tanpa intervensi dari mana-mana pihak. Ia melibatkan isu peribadi dan juga peningkatan diri. Kaunseling Kelompok ialah kaunseling yang melibatkan 5 - 15 orang ahli yang mempunyai keseragaman dalam minat, kepentingan dan maklumat. Ia meliputi kaunseling yang berkaitan dengan isu organisasi, kerjaya, peningkatan kemahiran, pegawai bermasalah, kepimpinan, psiko-sosial, seksual dan sebagainya.

Kaunseling Keluarga ialah yang meliputi isu-isu peningkatan kemahiran berkeluarga, keibubapaan, permasalahan kekeluargaan, perkahwinan dan juga seksual. Kaunselor mungkin akan mengadakan sesi kaunseling individu bersama ahli keluarga. Kaunseling kerjaya membantu klien mendapatkan maklumat kerjaya yang sejajar dengan minat, bakat, keupayaan dan pencapaian akademik. Kaunseling kerjaya adalah bagi kaunselor kerjaya ialah mengidentifikasikan kerjaya yang sesuai dengan minat kerjaya. Kaunseling kerjaya juga menolong klien menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya serta mendedahkan kepada klien secara meluas jenis-jenis kerjaya di sektor awam dan sektor swasta. Kaunseling kerjaya juga boleh memberi ingatan dan kesedaran kepada klien bahawa perancangan kerjaya adalah perlu.

Justeru, beliau telah menjelaskan kepada kami tentang bimbingan, kaunseling dan psikoterapi. Psikoterapi bermaksud kaedah terapi jiwa atau lebih dikenali dengan nama psikoterapi membawa erti rawatan kecelaruan jiwa dan tingkah laku menggunakan kaedah psikologi. Kaunseling pula satu proses yang membabitkan interaksi antara seorang kaunselor dengan kliennya. Interaksi ini berlaku dalam keadaan sulit dengan tujuan membantu klien mengubah tingkah lakunya sehinggalah resolusi yang diambilnya memuaskan kehendaknya. Bimbingan pula merupakan bantuan yang diberikan kepada individu yang bertujuan untuk mengembangkan pemahaman terhadap diri sendiri dan juga terhadap sesuatu di persekitarannya.

Beliau telah menyatakan kepentingan kaunseling perkahwinan sebelum melibatkan diri dalam hubungan perkahwinan. Kaunseling perkahwinan merupakan sejenis psikoterapi untuk pasangan yang berkahwin. Kaunseling ini melibatkan satu proses perhubungan menolong secara bersemuka antara kaunselor dengan pasangan suami isteri yang berusaha untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan perhubungan mereka. Kaunseling perkahwinan juga membantu pasangan suami isteri untuk mengurus atau menangani masalah mereka dengan cara yang lebih efektif agar mereka dapat menghindarkan masalah kecil daripada menjadi besar dan serius. Jika seseorang guru pelatih ingin berkahwin, pelatih tersebut perlu menghadiri kursus perkahwinan di IPG dulu sebelum mendapatkan kebenaran untuk berkahwin daripada pihak IPG.

Beliau juga menekankan agar sesi kaunseling dijalankan dalam suasana tertutup, sulit, tidak dilihat dan tidak didengari oleh orang lain. Beliau juga telah menekankan bahawa kaunselor mestilah mempunyai ciri-ciri yang profesional dalam mengendalikan kes. Dalam proses kaunseling yang berkesan telah dikenalpasti mempunyai kaitan dengan sifat-sifat kaunselor yang memiliki kemahiran-kemahiran kaunseling. Beliau telah mengatakan perhubungan kaunselor tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti kaunselor yang merupakan gaya dan tahap kefungsian kaunselor iaitu mesra, jujur, menerima tanpa syarat dan berempati.

Beliau juga telah berkongsi pengalamannya dalam bidang ini bersama kami. Pada akhirnya, beliau telah mengatakan bahawa jika kami terdapat apa-apa masalah mereka sedia menerima kami dengan hati terbuka tanpa mengira masa.

You might also like