You are on page 1of 8

Persatuan Ibu Bapa & Guru SKUP Motivasi UPSR 2012

PERSATUAN IBU BAPA & GURU SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP ULU PENGGELI KLUANG, JOHOR. KERTAS KERJA PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN & PERKHEMAHAN UPSR 2012 PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP ULU PENGGELI.

1.0

Muqadimah Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan ujian penilaian yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang belajar dalam tahun 6 sahaja. Ujian ini merupakan kayu pengukur kepada murid yang telah belajar selama 6 tahun di sekolah dari segi pencapaian akademik iaitu subjek Bahasa Melayu Kefahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Bagi memastikan kejayaan dari aspek ini tercapai dengan jayanya maka Persatuan Ibu Bapa dan Guru ingin mengadakan Program Motivasi Kecemerlangan UPSR bagi memastikan para pelajar dapat membuat persiapan yang cukup bagi menduduki peperiksaan UPSR.

2.0

Objektif 2.1 Memberi peluang kepada pelajar membuat persiapan lebih awal sebelum menduduki UPSR. 2.2 Memberi pendedahan awal kepada pelajar teknik-teknik menjawab soalan UPSR yang berkesan. 2.3 Melatih pelajar menjawab contoh soalan UPSR sebelum menduduki UPSR yang sebenar. 2.4 Membantu pelajar meningkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan dalam bidang akadamik mahupun sosial.

Ke Arah Kecemerlangan UPSR

Persatuan Ibu Bapa & Guru SKUP Motivasi UPSR 2012

3.0

Tema KE ARAH KECEMERLANGAN UPSR

4.0

Anjuran

Persatuan Ibu Bapa & Guru, Sekolah Kebangsaan LKTP Ulu Penggeli, Kluang.

5.0

Perasmi

Cadangan Perasmi Program Motivasi Kecemerlangan & Perkhemahan UPSR 2012: En. Roslan Bin Ehwan, YDP PIBG Sekolah

6.0

Tarikh

Program ini akan diadakan pada 25-26 Mei 2012

7.0

Tempat

Program ini akan diadakan di Sekolah Kebangsaan LKTP Ulu Penggeli. 8.0 Sasaran

Program ini mensasarkan murid tahun 5 dan tahun 6.

9.0

Perisian Program

Ceramah Motivasi A. Ceramah motivasi kecemerlangan UPSR kepada murid tahun 6 yang akan disampaikan oleh guru yang berpengalaman dan berpengetahuan.

Ke Arah Kecemerlangan UPSR

Persatuan Ibu Bapa & Guru SKUP Motivasi UPSR 2012

B. Ceramah teknik menjawab soalan UPSR subjek Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains. Teknik menjawab soalan Matematik Pn. Norhasliza binti Alias Teknik menjawab soalan Sains Pn. Hjh. Norrafidah binti Yahya Teknik menjawab soalan Bahasa Inggeris En. Mohamad Jamil bin Hj. Ladisma Teknik menjawab soalan Bahasa Melayu En. Nor Fazli bin Sharif C. Ceramah kerohanian Ceramah ini akan disampaikan oleh Ustaz Md. Yazid bin Badir 10.0 Struktur Organisasi

(Sila lihat lampiran A)

11.0

Aturcara Program

(Sila lihat lampiran B)

12.0

Anggaran Belanjawan

(Sila lihat lampiran C)

13.0

Penutup

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Ke Arah Kecemerlangan UPSR

Persatuan Ibu Bapa & Guru SKUP Motivasi UPSR 2012

Disediakan oleh :-

................................................... Mohamad Jamil bin Hj. Ladisma Setiausaha, Persatuan Ibu Bapa & Guru, Sekolah Kebangsaan LKTP Ulu Penggeli, Kluang, Johor.

Disemak oleh:-

............................................. Tn. Hj. Mukhatar bin Hassim Ex Officio, Persatuan Ibu Bapa & Guru, Sekolah Kebangsaan LKTP Ulu Penggeli, Kluang, Johor.

Disahkan oleh:-

............................. Roslan bin Ehwan Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa & Guru, Sekolah Kebangsaan LKTP Ulu Penggeli, Kluang, Johor.

Ke Arah Kecemerlangan UPSR

Persatuan Ibu Bapa & Guru SKUP Motivasi UPSR 2012

Lampiran A

CARTA ORGANISASI SEMINAR MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR 2012


AHLI JAWATANKUASA INDUK PENASIHAT PENGERUSI SETIAUSAHA BENDAHARI TN. HJ. MUKHATAR BIN HASSIM, GB SKUP EN. ROSLAN BIN EHWAN, YDP PIBG EN. MOHAMAD JAMIL BIN HJ. LADISMA PN. AZFARIZA BINTI MOSTAFFA AHLI JAWATANKUASA KERJA PENYELARAS PROGRAM & PUBLISITI PENYELARAS TEKNIKAL DAN PERALATAN PENYELARAS JAMUAN & TEMPAT PENYELARAS CENDERAMATA EN. AZIRUL BIN ALI DAUD YM. TENGKU ZAINUDIN B. TG. ABDULLAH EN. NOR FAZLI BIN SHARIF PN. NORHASLIZA BINTI ALIAS

Ke Arah Kecemerlangan UPSR

Persatuan Ibu Bapa & Guru SKUP Motivasi UPSR 2012

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA 1. PENGERUSI Membentuk jawatankuasa pelaksana Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat 2. SETIAUSAHA Menguruskan surat menyurat Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyediakan minit mesyuarat Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program Menyediakan laporan penuh program 3. BENDAHARI Menyediakan anggaran perbelanjaan Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa Mengurus dan menyelia perolehan serta perbelanjaan Menyediakan laporan perbelanjaan

4. UNIT PROGRAM DAN PENDAFTARAN Menyediakan borang pendaftaran ahli Menyediakan pamphlet aturcara program Memantau dan membantu perjalanan program 5. UNIT TEKNIKAL DAN PERALATAN Menyedia dan menyusun tapak perkhemahan dan Balai Muafakat Memastikan kebersihan dan kekemasan tempat aktiviti Menyediakan alternatif tempat, alatan dan bahan jika ada keperluan segera Menyenaraikan senarai barangan keperluan peserta 6. UNIT JAMUAN Menyediakan anggaran perbelanjaan Menyediakan tempat jamuan dan menguruskannya Menguruskan bil pembayaran tempahan makanan melalui bendahari 7. UNIT PUBLISITI Menyediakan kain rentang dan backdrop

Ke Arah Kecemerlangan UPSR

Persatuan Ibu Bapa & Guru SKUP Motivasi UPSR 2012

Lampiran B Aturcara Program PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN & PERKHEMAHAN UPSR 2012 25 Mei 2012 (Jumaat) 5.30ptg 6.00 ptg 7.15 ptg 8.30 mlm 10.00mlm 10.30 mlm 12.00 mlm 26 Mei 2012 (Sabtu) 5.00 pagi 6.30 pagi 8.00 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi 1.00 tgh 2.00 ptg 4.00 ptg 5.00 ptg Mandi dan Solat Subuh Senaman dan Sarapan pagi Teknik Menjawab Soalan Bahasa Inggeris K 1 & K 2 Minum pagi Teknik Menjawab Soalan matematik K 1 & K 2 Makan tenghari, Solat Zohor & Rehat Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu K 1 & K 2 Majlis Penutupan dan Penyampaian Cenderahati Bersurai Pelajar mendaftar diri Pembahagian kumpulan, mendirikan Khemah dan Makan Malam Solat Maghrib, Tazkirah & Solat Isyak Ceramah Motivasi Kecemerlangan UPSR Minum malam Teknik Menjawab Soalan Sains Tidur

Ke Arah Kecemerlangan UPSR

Persatuan Ibu Bapa & Guru SKUP Motivasi UPSR 2012

LAMPIRAN C ANGGARAN PENDAPATAN Subsidi PIBG (RM 10 x 61 orang) Sumbangan Sekolah JUMLAH KESELURUHAN RM RM RM 610.00 400.00 1010.00

ANGGARAN BELANJAWAN Jamuan Sarapan pagi Guru & Murid (50) x RM2.00 = RM 100.00 Makan Tengahari Guru & Murid (50) x RM4.50 = RM 225.00 Makan Petang Guru & Murid (50) x RM4.50 = RM 225.00 Bahan Makan Lain = RM 100.00 RM 650 .00

Cenderamata Sijil RM 3.00 X 43 = Perasmi = Program Photostat 5 subjek x 8 = RM 40.00 Belanja Luar Jangka

RM RM 129.00 RM 50.00 RM

179.00

40.00

RM RM

141.00 1010.00

JUMLAH KESELURUHAN

Ke Arah Kecemerlangan UPSR

You might also like