You are on page 1of 6

ISL MINGGU 12 TUGASAN ISL: Mencari dan mengumpul contoh-contoh dan maklumat aktiviti yang dapat dilaksanakan untuk

projek kewarganegaraan. PROJEK KEWARGANEGARAAN Projek Kewarganegaraan merupakan komponen penting dalam kurikulum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Projek Kewarganegaraan ialah kerja amali yang dijalankan di luar jadual waktu persekolahan. Murid dikehendak menjalankan satu Projek Kewarganegaraan sekurang-kurangnya 10 jam setahun dan menyediakan laporan dalam bentuk portfolio. Melalui projek in murid diharapkan dapat merealisasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik Penyertaan murid dalam kerja projek ini juga dapat menyediakan warganegar yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam

memastikan murid menjalankan kerja projek mengikut tema seperti dalam senarai cadangan di bawah. Namun begitu, guru dan murid boleh memilih projek lain yang difikirkan sesuai dengan persekitaran, tahap dan pencapaian murid. Tema Cadangan Projek Tahun 4 Sayangi Diri Brosur Penjagaan Kesihatan Diri Brosur Penjagaan Keselamatan Diri Sayangi Keluarga Projek Hari Ibu Bapa Kempen Budaya Sopan Tema Cadangan Projek Tahun 5: Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat Projek Menceriakan Sekolah

Projek Menghijaukan Sekolah Projek Haiwan Peliharaan Projek Membersihkan Jalan/Pantai/Tempat Rekreasi/Tempat Beribadat di Kawasan Setempat Kenali Budaya Malaysia Sudut Maklumat Adat Resam Kaum Hari Kebudayaan Pelbagai Kaum Projek Mengenali Bahasa-bahasa di Malaysia Tema Cadangan Projek Tahun 6: Malaysia Negaraku Brosur Tempat-tempat Menarik di Malaysia Projek Bendera Sekolah/Negeri/Jalur Gemilang Sedia Hadapi Cabaran Kempen Sifar Ponteng Kempen Anti Merokok Kempen Pengukuhan Bahasa Inggeris Pusat Aduan Murid Stesen Radio Sekolah

Cadangan Aktiviti-aktiviti lain yang bertemakan: Cabaran Masa Depan

- Projek menyelesaikan masalah komuniti perumahan/sekolah - Projek tabungan untuk membantu pelarian/mangsa bencana alam - Projek mereka cipta sistem pengangkutan mesra alam - Kempen mengatasi gejala sosial - Projek mereka cipta pelan perumahan/model perumahan mesra alam - Projek mereka cipta alatan moden alaf baru - Projek petani/penternak/peladang moden - Projek membina laman web mempromosikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pelbagai bidang - Pameran tentang Malaysia sebagai pusat pendidikan antarabangsa - Projek berita/bulletin warga sihat Murid boleh memilih projek Khidmat Masyarakat lain yang difikirkan sesuai dengan tema yang telah ditetapkan di atas.

CONTOH CADANGAN PROJEK KEWARGANEGARAAN


PROJEK KEWARGANEGARAANTAHUN 6 TEMA TEMA 5 MALAYSIA NEGARAKU - Membuat Buku skrap tentang Tokoh-tokoh kemerdekaan - Membuat Flash card tentang bendera-bendera negeri diMalaysia - Membuat brosur tentang tempat-tempat pelancongan diMalaysia
PROJEK KEWARGANEGARAAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGRAAN TAHUN : TAHUN 6 TEMA 5 : MALAYSIA NEGARAKU TAJUK : PROJEK JALUR GEMILANG Tujuan : - Mengenali Jalur Gemilang yang menjadi lambang negara - Mengkaji sejarah Jalur Gemilang - Menghasilkan Jalur gemilang - Mengibarkan dan menghormati Jalur Gemilang

CADANGAN PROJEK - Projek Jalur Gemilang - Menyediakan Mini Mural tentang tema-tema Hari Kemerdekaan

Bahan : - Kain putih - Cat - Berus warna - Alat tulis GERAK KERJA A. Perancangan 1. 2. 3. Senaraikan tugasan yang hendak dilakukan dan bahagikan tugas Lantik ahli jawatankuasa untuk melakukannya Tetapkan tempoh masa untuk melaksanakan tugasan.

B. Pelaksanaan 1. Sebelum menjalankan aktiviti, tentukan cara a) Merekodkan projek b) Membuat minit mesyuarat atau minit sesi perbincangan yang diadakan c) Membuat catatan segala aktiviti yang dijalankan sebelum, semasa dan selepas projek d) Mengambil foto tentang kerja amali yang dijalankan e) Membuat rakaman atau catatan hasil daripada temubual atau penerangan pihak yang terlibat 2. Lakukan aktiviti yang dirancang: a) Mengkaji sejarah Jalur Gemilang b) Mencari maksud Jalur Gemilang c) Menghasilkan bendera Jalur Gemilang d) Memasang dan menaikkan Jalur Gemilang

e) Memastikan protokol mengibarkan Jalur Gemilang f) Memastikan protokol kedudukan bendera dalam bilik mesyuarat g) Menentukan cara menghormati Jalur Gemilang C. Penilaian dan Refleksi 1. 2. 3. D. Pelaporan Sediakan juga portfolio berkaitan dengan projek yang dijalankan. Folio mesti mengandungi aspek-aspek sepertimana yang tercatat dalam dokumentasi murid. Nilai hasil kerja, samada berjaya atau tidak Selepas menjalankan projek, catat pengalaman semasa menjalankan projek. Sila rujuk Borang Penilaian Projek Kewarganegaran.

You might also like