You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA WAJ 3113 PERSATUAN BAHASA MELAYU, PISMP BM AMBILAN JANUARI 2011 SEMESTER 6 IPG

KAMPUS GAYA TAHUN 2013

Tarikh Masa Tempat Kehadiran

: 19 Jun 2013 : 7.30 pagi : Kelas D33 :

Pelajar Opsyen Bahasa Melayu (20 orang) Hadir Tidak hadir : 19 orang : 1 orang

Agenda

1.0. Ucapan alu-aluan Ketua Penasihat 2.0. Pelantikan AJK Induk 3.0. Perancangan motto, logo dan lagu persatuan 4.0. Cadangan aktiviti tahunan/ projek 5.0. Hal-hal lain

Agenda Mesyuarat: Bil. 1. Perkara / Agenda 1.0 Ucapan alu-aluan Ketua Penasihat 1.1 Ketua Penasihat Persatuan Bahasa Melayu iaitu Puan Widyawati telah menerangkan secara ringkas tentang sinopsis kursus WAJ 3113. 1.2 Ketuan Penasihat juga telah menyentuh tentang projek yang perlu dijalankan pada semester kali ini. Untuk makluman dan tindakan susulan setiausaha Tindakan

2.

2.0 Pelantikan AJK Induk 2.1 Pelantikan AJK Induk telah dilaksanakan berdasarkan cadangan oleh ahli yang hadir melalui sistem undian. 2.2 Mesyuarat diteruskan oleh pengerusi yang telah dipilih iaitu Saudara Mohd Din bin Yusop. Untuk makluman dan tindakan susulan setiausaha

3.

3.0 Perancamgan motto, logo dan lagu persatuan 3.1 Motto persatuan telah dipilih berdasarkan cadangan daripada ahli-ahli yang hadir. 3.2 Pengerusi telah meminta beberapa orang ahli yang berkebolehan untuk membuat logo persatuan dan logo yang bersesuaian akan dipilih. 3.3 Lagu persatuan akan dicipta oleh Pengerusi sendiri yang bertajuk Suara Bahasa. Untuk makluman kepada semua ahli dan tindakan susulan setiausaha dan Pengerusi

4.

4.0 Cadangan aktiviti tahunan/ projek 4.1 Mesyuarat diteruskan oleh Ketua Projek iaitu Intan Nurashura Mohd Deris. 4.2 Beberapa cadangan projek telah dikemukakan iaitu: 4.2.1 Teater klasik moden 4.2.2 Tayangan filem pendek 4.2.3 Permainan tradisional Untuk makluman kepada semua ahli dan tindakan susulan setiausaha

5.

5.0 Hal-hal lain 5.1 Cadangan Bajet 5.1.1 Pengerusi menerangkan tentang keperluan aktiviti kursus WAJ 3113 dan projek yang perlu dilaksanakan. 5.1.2 Hasil cadangan dan undian ahli, bayaran yang dipersetujui ialah sebanyak RM30.00 seorang untuk sepanjang semester. Untuk makluman kepada semua ahli dan tindakan susulan setiausaha serta bendahari.

Bersurai

Mesyuarat selesai pada jam 9.30 pagi.

Disediakan oleh;

Disahkan oleh;

____________________________ (NURUL SAADAH BINTI ZAINUDDIN) Setiausaha Kursus WAJ 3113 Persatuan Bahasa Melayu PISMP BM Ambilan Januari 2011 Semester 6 IPG Kampus Gaya

_____________________________ (PUAN WIDAYATI HARUN) Ketua Penasihat Kursus WAJ 3113 Persatuan Bahasa Melayu IPG Kampus Gaya

You might also like