You are on page 1of 11

Konsep Seni

Pandangan Tokoh Barat dan Timur mengenai Seni Visual

Ainaa Nawwara binti Kamarudin Nurul Farhana Rarah Muhammad Fakhriy bin Selamat Kalai anak Ampi

Takrifan Seni
Mengikut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka(1988),"Seni bermaksud kecil sekali, halus, molek atau elok, kecekapan atau kepandaian membuat sesuatu yang indah-indah". Berdasarkan Ensiklopedia Malaysiana (1996:453),"Seni ialah

sesuatu yang indah pada pandangan pancaindera manusia


sama ada melalui penglihatan atau pendengaran". Mengikut Ibn. Khaldun "seni itu adalah kebenaran,keindahan

dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika


dan logika".

Takrifan Seni Visual


Suatu ciptaan atau ekspresi terhadap sesuatu yang
dianggap indah dan bersifat tampak. Memenuhi keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi keperluan-keperluan naluri keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan tertentu.

Tokoh Barat

Herbert Read

Nama penuh : Herbert Edward Read Tarikh Lahir : 4 Disember 1893 Tempat Lahir : Kirkbymoorside, North Yorkshire. Pekerjaan : Penyajak, Sejarawan Seni Moden, Pengkritik Seni dan Sastera. Meninggal dunia : 12 Jun 1968 Menjadi profesor seni rupa di Universiti Edinburgh,1931-1933 Pensyarah Seni di Universiti Liverpool (1935-36).

Pendapat Herbert Read


o Herbert Read banyak menulis mengenai Pendidikan Seni. Buku terkenalnya adalah seperti Education Through Art dan History of Moden Art. Beliau telah menyentuh tentang kedua-duanya keindahan dan kemanusiaan. o Menurut beliau, seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kedamaian estetik. o Seni sebagai alat untuk mendidik seseorang merupakan penyataan klasik beliau.

o Beliau selalunya mengemukan 3 perkara penting dalam seni seperti berikut: - Ekpressi diri dan komunikasi - Pemerhatian dan pengetahuan konsep melalui aktiviti tampak; dan - Apreasiasi dan tindakbalas individu terhadap hasil kerja orang lain. o Beliau memberi pengertian baru kepada konsep pengucapan diri dalam seni lukis moden dengan hujahan terkenalnya mengenai Moden Art is as old as man.

o Beliau juga mendapati terdapat persamaan seni lukis kanak-kanak yang datang dari bahagian dunia yang berlainan. o Beliau menulis mengenai peningkatan ketenteraman sedunia melalui persefahaman antara bangsa dengan konsep Global Art. o Seperti pendapat Yunani awal, Read berpendapat bahawa seni boleh digunakan untuk menyatupadukan semua negara. o Seni boleh menjadi alat bantu dalam perpaduan manusia. Konsep ini memberi penekanan kepada pendidikan dan pembentukan diri.

Teori-teori Herbert Read


a) Teori Objektif dan Teori Subjektif
Teori Objektif = keindahan atau ciri - ciri yang mencipta nilai estetik adalah sifat ( kualiti ) yang memang telah melekat pada bentuk indah yang bersangkutan , terlepas daripada orang yang mengamatinya . Teori Subjektif = ciri - ciri yang mencipta keindahan suatu benda itu tidak ada , yang ada hanya perasaan dalam diri seseorang yang mengamati sesuatu benda . Keindahan hanya ada pada fikiran orang yang menerangkannya dan setiap fikiran melihat suatu keindahan yang berbeza - beza .

b) Teori Perimbangan
-

Tokoh Barat - Socrates


Socrates dikenali sebagai ahli pikir pertama Yunani yang membicarakan keindahan. Perbincangan menarik tentang keindahan yang dilakukan Socrates terjadi ketika berdiskusi dengan Hippias. Dilahirkan pada tahun 469SM dan meninggal dunia kerana dihukum bunuh pada tahun 399SM, dengan meminum racun Hemlock sebagai pilihannya untuk menegakkan kefahaman dan perjuangannya. Banyak menghabiskan masa dalam perdebatan dan mengajar falsafah kepada orang-orang muda, tetapi bukan untuk wang seperti ahli Sofis yang lain.

Merupakan seorang ahli fikir, tetapi beliau tidak menghasilkan apa-apa penulisan. Memiliki gaya ketegasan yang rasional dan luar biasa, peribadi yang peramah dan gemar kepada jenaka serta seorang lelaki yang gagah dan sihat dengan kekuatan fizikal. Mampu memberi konsentrasi yang ekstrim dan berpanjangan dalam sesuatu majlis. Banyak mendapat idea dari persekitaran masyarakat di sekelilingnya.

Teori socrates
Socrates memperkenalkan teori penciptaan seninya yang berkonsepkan keseluruhan dan kesatuan. Beliau menyatakan bahawa sesuatu hasil seni harus tergubah dalam hubungan yang sesuai antara satu sama lain dalam suatu keseluruhan dan kesatuan di samping mempunyai ciri-ciri kesempurnaan dan keseimbangan, kecantikan dan kesempurnaan.

You might also like