You are on page 1of 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU,

KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK,


BANDAR ENSTEK, NILAI.
PENULISAN JURNAL REFLEKTIF
JURNAL REFLEKTIF
MINGGU KETIGA
(24 Julai 2016- 29 Julai 2016)
Masalah:
Setelah tiga minggu saya menjalani praktikum, saya menghadapi satu masalah yang
serius oleh murid. Masalah tersebut ialah murid-murid tidak dapat meluahkan
pendapat di khalayak ramai. Hal ini dapat dilihat apabila murid-murid senyap dan
tidak meluahkan perasaan mereka apabila diminta untuk bercerita di hadapan kelas.

Analisis:
Saya merasakan masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh:
1) Murid-murid jarang diberi peluang untuk mengemukakan pendapat mereka.
2) Murid-murid tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
3) Murid-murid berasa malu untuk bercakap di hadapan kelas.
Sekiranya masalah ini tidak di atasi, murid saya besar kemungkinan tidak dapat
memberi dan meluahkan pendapat mereka di khalayak ramai apabila dewasa kelak.

Cadangan :
1) Saya sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk meluahkan
pendapat dan perasaan mereka.
2) Saya akan cuba menggunakan peneguhan positif dalam usaha meningkatkan
keyakinan diri murid-murid untuk mengemukakan pendapat dan perasaan
mereka.

3) Saya akan memperbanyakkan aktiviti secara kumpulan.


4) Saya akan merancang dan melaksanakan aktiviti mengikut minat dan
kebolehan murid-murid.

Tempoh Masa:
Saya akan mula melaksanakan penambahbaikan pada 29 Julai 2016 sehingga
tamat praktikum.

Tindakan Susulan:
Saya akan cuba menggunakan peneguhan positif dalam usaha meningkatkan
keyakinan diri murid-murid untuk mengemukakan pendapat dan perasaan mereka.

Penilai Kejayaan:
Penilai kejayaan ini dapat dilihat melalui respons yang diberikan oleh murid.

You might also like