You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA PJK KETIGA SESI 2013 Tarikh Hari Masa Tempat Kehadiran : 27 Ogos 2013 : Selasa

: 1.30 2.30 petang : Bilik Gerakan SK LKTP Jengka 9 : GPK 1 PJ & PK Tahun 1 PJ & PK Tahun 2 PJ & PK Tahun 3 PJ & PK Tahun 4 & Tahun 5 PJ Tahun 6 PK Tahun 6 AGENDA CATATAN

1. En. Mohd Zainal B. Mohd Zahari 2. Cik Norhazwani Bt. Khamis 3. En. Ruzaiman B. Ab. Hamid 4. En. Mohd Zaki B. Majid 5. Pn.Hjh. Habsah Bt.Abd Raffar 6. Pn. Nor Rohana Bt. Ismail 7. Pn. Norasikin Bt. Abdul Mubin BIL 1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran guruguru PJK dalam mesyuarat panitia kali ketiga 2013. Makluman 2. Ucapan Penasihat 2.1 En. Mohd Zainal mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran guru-guru PJK dalam mesyuarat kali ketiga 2013. Makluman 3. Pengesahan Minit Mesyuarat 3.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat kali kedua bagi 2013 untuk disemak dan disahkan. 3.2 Keputusan: Minit Mesyuarat kali kedua disahkan oleh Pn. Hjh. Habsah Bt. Abd Raffar dan disokong oleh En. Mohd Zaki B. Majid Makluman 4. Perkara Berbangkit 4.1 Gotong-Royong Gotong royong membersih dan mengemaskan stor sukan akan diadakan selepas hari raya.Guru-guru PJK bertanggungjawab mengetuai gotong royong ini.

4.2 Kehilangan Bola Bilangan bola dalam stor sukan akan dikira dan dicatatkan dalam buku log untuk mengelakkan kehilangan bola. 4.3 Guru PJK bertanggungjawab mengambil dan membawa keluar bola daripada stor sukan. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam stor dan mengambil bola. Makluman 5. Perkara yang dibincangkan 5.1 Semakan Buku Berdasarkan semakan buku kali kedua, semua guru menghantar buku untuk semakan. 5.2 En. Mohd Zainal memaklumkan supaya guru menambah nota dan latihan pelajar supaya lebih banyak. 5.3 Guru diminta seimbangkan Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Jasmani. 5.4 Stor Sukan Barang-barang dalam stor sukan tidak perlu diubah dan perlu disusun mengikut kedudukan sekarang. 5.5 Pemakaian Baju PJK (Pelajar) Semua pelajar dikehendaki memakai pakaian PJK sepanjang hari jika terdapat matapelajaran PJK untuk hari tersebut. 5.6 Pada setiap hari Isnin pelajar dan guru dikehendaki memakai pakaian sekolah yang formal. Selepas perhimpunan rasmi pelajar dan guru boleh menukar pakaian PJK. 5.7 Post Mortem Rujuk Lampiran Analisis P2 & P3 PJK Makluman 6. Hal-hal lain 6.1 Semua guru PJK dikehendaki menyerahkan satu salinan jadual baru kepada Ketua Panitia. 6.2 Guru bertanggungjawab menjaga dan membawa keluar barangbarang permainan daripada stor sukan. 6.3 Pengerusi memaklumkan Guru Besar telah mengingatkan semua guru PJK untuk berpakaian rasmi pada setiap hari Isnin termasuk pelajar semasa perhimpunan rasmi.

6.4 GKMP akan memaklumkan kepada semua guru berkaitan guru relief semasa matapelajaran PJK tidak dibenarkan membawa pelajar ke padang. 6.5 Guru-guru PJK tidak boleh membenarkan pelajar membeli air di kantin semasa waktu PJK. Makluman 7. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan Oleh,

Disahkan Oleh,

RUZAIMAN B. A. HAMID S/U PJ & PK SK LKTP Jengka 9 ,

MOHD ZAINAL B. MOHD ZAHARI GURU PENOLONG KANAN 1 SK LKTP Jengka 9

You might also like