You are on page 1of 4

SK LKTP JENGKA 9,

26400 BANDAR JENGKA,


PAHANG DARUL MAKMUR.
LAPORAN MINIT MESYUARAT
PANITIA PENDIDIKAN
JASMANI DAN KESIHATAN
KALI KETIGA 2012

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


KALI KETIGA 2012
SK LKTP JENGKA 9,26400 BANDAR JENGKA
PAHANG DARUL MAKMUR
TARIKH
: 25 Jun 2012
MASA
: 10.15-10.35 pagi
HARI
: Isnin
TEMPAT
: Kantin
PENASIHAT : En.Ruslan B.Basharuddin (GPK KOKU)
PENGERUSI : Cik Norhazwani Bt.Khamis (KP PJK)
KEHADIRAN:
1) En.Ruslan B.Basharuddin (PJK Tahun 4 & 6)
2) En.Ruzaiman B.A.Hamid (PJK Tahun 2 & 5)
3) En.Mohd Zaki B.Abd. Majid (PJK Tahun3 )
4) Norhazwani Bt. Khamis (PJK Tahun 1)
Bil
1.0

Agenda/Perkara
Pembukaan / Ucapan Ketua Panitia:
1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan surah Al-Fatihah. Beliau
mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran guru-guru PJK dalam
mesyuarat panitia kali ketiga 2012.

Tindakan

Makluman

1.2 Pengerusi berharap semua ahli mesyuarat dapat memikul semua


tanggungjawab yang diberikan dengan hati yang ikhlas dan dapat
menyelesaikannya dalam masa yang telah ditetapkan.
2.0

Ucapan GPK Kokurikulum


2.1 En.Ruslan mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran guru-guru
PJK dalam mesyuarat kali ketiga 2012.
2.2 Buku Latihan
Makluman
2.2.1 En.Ruslan memaklumkan supaya guru menambah nota dan latihan
pelajar supaya lebih banyak. Guru diminta seimbangkan Pendidikan
Kesihatan dan Pendidikan Jasmani.
2.3 Stor Sukan
2.3.1 Barang-barang dalam stor sukan tidak perlu diubah dan perlu
disusun mengikut kedudukan sekarang.
2.4Pemakaian Baju PJK (Pelajar)
2.4.1 Semua pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah
sepanjang bulan Ramadhan.

3.0

2.4.2 Pada setiap hari Isnin pelajar dan guru dikehendaki memakai
pakaian sekolah yang formal. Selepas perhimpunan rasmi pelajar
dan guru boleh menukar pakaian PJK.
Pengesahan Minit Mesyuarat
3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa minit mesyuarat kali kedua
belum boleh dibentangkan kerana setiausaha belum
menghantarnya lagi.
3.2 Pengerusi meminta agar setiausaha segera menghantar minit
mesyuarat yang lengkap selewat-lewatnya pada 29 Jun 2012.

4.0

Setiausaha

Laporan Analisa Keputusan P2 Pendidikan Jasmani & Kesihatan(PJK)


Keputusan seperti dilampirkan. Pengerusi berharap kasualti dapat
dikurangkan.

Makluman

4.1 Pencapaian PJK Tahun 3 hingga Tahun 6 terdapat 3


orang murid mendapat D berbanding 14 orang pada P1 yang lepas
iaitu:
Tahun 3- 2 orang
Tahun 4- 0 orang
Tahun 5- 1 orang
Tahun 6- 0 orang
(Tiada murid yang mendapat gred E dalam peperiksaan P2/2012)
4.2 Analisa P2
Murid-murid Tahun 1 dan Tahun 2 tidak menduduki PKBS P2. Mereka
diuji berdasarkan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang
dijalankan secara berterusan dari semasa ke semasa sepanjang tahun.
4.3 Tahun 1- Cik Norhazwani Bt. Khamis &
Tahun 2 - En.Ruzaiman B. A Hamid
KEKUATAN : Murid menunjukkan minat dalam matapelajaran PJK
KELEMAHAN: Cara pentaksiran KSSR berbeza dari silibus sebelum
ini.
CARA ATASI: Guru memberikan penerangan yang secukupnya
sebelum memulakan aktiviti.
Tahun 3- En. Mohd Zaki B. Abd Majid
Bil. murid mendapat A-0
Bil. murid mendapat B-10
Bil. murid mendapat C-10
Tahun 4- En. Ruslan B. Basharuddin
Bil. murid mendapat A-2
Bil. murid mendapat B-23
Bil. murid mendapat C-0

Tahun 5- En.Ruzaiman B. A Hamid


Bil. murid mendapat A-1
Bil. murid mendapat B-7
Bil. murid mendapat C-12
Tahun 6- En. Ruslan B. Basharuddin
Bil. murid mendapat A-0
Bil. murid mendapat B-19
Bil. murid mendapat C-8
5.0

Hal-hal lain
5.1 Semua guru PJK dikehendaki menyerahkan satu salinan jadual
baru kepada Ketua Panitia.
5.2 Pengerusi memaklumkan bahawa wang peruntukan untuk panitia PJK
telah berjaya digunakan dengan sepenuhnya. Alatan sukan yang baru
telah disimpan oleh Setiausaha Sukan bagi memastikan keselamatan
alatan tersebut. Oleh itu, guru-guru PJK yang ingin menggunakan
alatan tersebut boleh berhubung dengan En. Firdaus B. Asuri.

6.0

Makluman

Penangguhan dan bersurai


6.1

Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan bacaan Tasbih Kifarah dan


Surah Al-Asr.

6.2

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.35 pagi.

Disediakan oleh;
_________________________
(CIK NORHAZWANI KHAMIS)
KP Panitia PJK
SKJ9 2012

You might also like