You are on page 1of 3

PERNYATAAN PROFESIONAL

a) Apa Yang Dilaksanakan Sebelum Praktikum. Praktikum merupakan satu wadah yang memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta membina insan guru secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah di bawah bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Praktikum satu memfokuskan kepada matapelajaran major guru pelatih di IPG dengan waktu mengajar minimum adalah 8 waktu dan maksimum 12 waktu. Banyak perkara yang perlu dilakukan dan diselesaikan semasa praktikum di sekolah. Bukan saja hanya mengajar, saya perlu menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) setiap hari yang saya dikehendaki mengajar, sentiasa bersedia diberi tugas oleh pihak sekolah, menyertai segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, menghadirkan diri di setiap perjumpaan guru-guru selain perlu menyiapkan semua tugasan praktikum yang telah disenaraikan untuk memenuhkan Port-Folio yang perlu ada bagi setiap guru pelatih yang menjalani praktikum ini. Selain itu juga, saya perlu menjalin hubungan baik bersama semua warga sekolah termasuk jaga, tukang kebun mahupun pekerja kantin. Saya perlu memehami budaya di sekolah serta komiti di situ selain perlu membiasakan diri dengan kawasan tempat mengajar untuk saya terapkan bahasa baku kepada murid-murid semasa mengajar. Tidak dilupakan, saya perlu sentiasa bersedia untuk dipantau oleh pensyarah pembimbing dan guru pembimbing pada bila-bila masa sahaja. RPH perlu sentiasa lengkap serta set induksi yang mantap perlu saya sediakan agar proses pengajaran dan pembelajaran yang saya kendalikan berjalan baik dengan lancar. Saya perlu sentiasa bersedia kerana kerenah murid yang aktif dan kelas yang saya jalankan kebanyakkannya diadakan di bengkel mungkin menjejaskan keselamatn murid sekiranya saya gagal mengawal kelas.

b) Apa dilalui dan dilaksanakan semasa Praktikum.

Saya Hanis Izzati Binti Ibrahim telah menjalani latihan praktikum pada semester enam iaitu Praktikum Fasa 2 di Sekolah Kebangsaan Desa Jasmin, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Praktikum ini mengambil masa selama lapan minggu bermula pada 15 Julai 2013-20 September 2013 dan saya harus mengikuti segala aktiviti yang berjalan di sekolah dalam jangka waktu tersebut. Hari pertama seperi biasa sesi perkenalan bersama guru-guru serta warga sekolah. Saya bertemu dengan Guru Besar, Puan Azizah Binti Abd Latiff dan di sambut dengan penuh meriah sebagai tanda selamat datang. Saya meneruskan perjalanan ke bengkel Kemahiran Hidup bagi melihat alatan yang ada serta sebagai persediaan saya untuk mengajar. Beramah mesra bersama guru-guru seawal hari pertama adalah sangat penting. Saya bersama dua orang lagi rakan saya menjalani praktikum yang sama di sekolah ini dan bersamasama 7 orang guru pelatih lain yang hadir dari kampus yang sama. Saya mula mengajar pada hari kedua setelah mendapat waktu tugas pada hari pertama daripada GPK1. Perkenalan diri bersama anak murid saya lakukan sedikit. Sesi pengajaran berjalan dengan cukup menduga hati. Setiap hari saya menghadapi situasi yang hampir sama iaitu, Cikgu, kita tidak perlu belajar hari ini atau Cikgu, jom main permainan. Namun saya terus lakukan tugas saya seperti yang saya rancang. Barulah saya tahu tugas sukar menanti saya ketika mula mengajar sebenar kelak. Sepanjang proses pembelajaran, jadual saya banyak diganggu oleh aktiviti sekolah seperti Peperiksaan Pra-UPSR dan sebagainya. Selain itu juga, pensyarah pembimbing saya tidak dapat hadir pada awal minggu penyeliaan akibat perkara yang tidak dapat dielakkan di institut Tetapi itu tidak menggugat saya sepanjang sesi pengajaran, kerana saya memberikan kerja rumah kepada murid agar mudah untuk mengulang kaji pelajaran yang dijalankan.

c) Apa Yang Telah Dicapai Sepanjang Praktikum Ternyata Praktikum sememangnya memberi kesan yang positif kepada setiap guru pelatih kerana mendedahkan kepada situasi sebenar sekolah. Praktikum 2 telah selesai dan pelbagai pengalaman telah saya perolehi. Pendedahan kedua membawa kepada pengukuhan pengajaran yang perlu dilakukan sebagai persediaan sebelum memasuki Praktikum 3 pada semester hadapan. Berkaitan dengan apa yang telah dicapai sepanjang praktikum, dapat saya simpulkan bahawa menjadi tanggungjawab guru membentuk murid bukan sahaja dari segi akademik malah sahsiah mereka. Walaupun ada masa seronok ketika bersama murid, tentu ada yang menguji kesabaran sehingga suara terpaksa ditinggikan dan hukuman terpkasa dijalankan. Semua telah saya lalui untuk Praktikum 2 ini. Pergaulan bersama warga sekolah boleh dianggap memuaskan. Saya masih lemah dalam pergaulan atau dengan kata lain, kemahiran sosial yang lemah dengan masih ada sifat malu dan segan. Saya perlu perbaiki elemen itu. Namun terdapat guru yang telah menjadi rakan baik saya. Saya dan rakan-rakan sentiasa bantu-membantu terutamanya dalam menjayakan beberapa program sekolah. Kesimpulannya, Praktikum Fasa 2 telah memberi banyak pengalaman baru berada di sekolah yang berbeza dari pengalaman yang sebelum ini. Murid-murid di sekolah ini kebanyakannya amat menghormati guru dan menghargai warga guru dengan baik sekali. Dan semoga praktikum kali ini dapat melatih saya dengan lebih mendalam lagi mengenai kaedah-kaedah mengajar yang baik dan mantap.

You might also like