You are on page 1of 16

Untuk membeli peralatan dan menggunakan peruntukan kerajaan prosedur perlu dipatuhi.

barangan beberapa

Berikut ialah carta alir prosedur perolehan alatan dan bahan bengkel Kemahiran Hidup

Terbahagi kepada 3 kaedah iaitu:


Kaedah sebut harga

Kaedah terus

Kaedah tender

Kaedah sebut harga


Melibatkan pembelian bernilai RM 20 000.00 hingga RM 50 000.00 setahun. Sekolah perlu mempelawa sebut harga sekurangkurangnya daripada 5 pembekal berdaftar. Pihak sekolah hendaklah memberi gambaran jelas kepada firma-firma dan keutamaan pemilihan berdasarkan kualiti.

Ahli Jawatankuasa sebut harga mengandungi 3 orang : seorang daripadanya adalah dari kalangan pegawai kumpulan A 2 orang pegawai dari kumpulan B.

i. ii.

Pembelian melalui kaedah terus ialah pembelian yang kurang dari RM 20 000.00 Dipesan dari syarikat yang menawarkan harga setimpal atau berpatutan dengan kualitinya. Jika nilai belian tersebut melebihi RM 10 000.00, syarikat tersebut mestilah berdaftar dengan Kementerian Kewangan.

Pembelian terus hanya melibatkan barangan yang kurang daripada RM 20 000.00


Cara pembelian kaedah ini: Belian terus dilakukan oleh kerani kewangan dengan mengeluarkan LPO kepada pembekal yang membekalkan barangan. Guru besar akan mengesahkan LPO tersebut sebelum diserahkan kepada pembekal. Setelah pembekal menerima LPO yang memerlukan barangan, pembekal akan menghantar barangan dan melengkapkan borang tersebut.

LPO akan diserahkan kepada kerani kewangan untuk tujuan pembayaran.


Setelah barangan dan LPO diterima, satu invois akan disertakan bersama. Pada invois tersebut, satu pengesahan akan dilakukan oleh orang yang menerima barangan tersebut. Proses pembayaran selanjutnya akan dilakukan oleh pembantu tadbir berdasarkan lampiran 13.

# LPO (Pesanan Tempatan)

Melibatkan pembelian bernilai melebihi RM50 000.00. Semua tender bekalan dan perkhidmatan yang nilainya melebihi RM 50 000.00 mestilah disertai dengan wang sandaran atau pertaruhan berjumlah sebanyak 2 daripada amaun yang ditenderkan. Ahli Jawatankuasa tender terdiri Pegawai Pendidikan Daerah atau Pendidikan Negeri. daripada Pengarah

Penerimaan merupakan satu tatacara kerja menerima alatan, bahan atau perkhidmatan dari pihak pembekal. Setiap penerimaan bekalan perlu direkodkan. Merekod ialah satu proses menyimpan dokumen secara sistematik, supaya mudah dicari apabila diperlukan.

Langkah penerimaan : Semak nota atau bil serahan, nota bungkusan dan invois.

Semak dan hitung kuantiti yang diterima. Memberi akuan terima hanya setelah dipastikan semua barang yang diterima adalah mengikut spesifikasi, berkeadaan baik serta kuantiti yang mencukupi.

Lapor kepada pihak atasan dengan serta-merta sekiranya ada barang yang rosak dan kurang bermutu. Catat dalam Baucer Penerimaan bagi barangbarang yang dikembalikan kepada pembekal. Rekod dalam Kad Kawalan Stok/Kad Petak/Lejar/Daftar Stok Bekalan Pejabat dengan secepat mungkin

Contoh: Apabila menerima bahan atau alat yang dipesan untuk kegunaan bengkel Kemahiran Hidup, segala maklumat berkaitan dengan bahan atau alatan yang diterima mestilah direkodkan. Maklumat yang perlu direkodkan: i. Tarikh penerimaan ii. Kuantiti iii. Pembekal

Menggunakan Buku Daftar Bekalan Pejabat (Kew 314)

Contoh Buku Daftar Bekalan Pejabat

You might also like