You are on page 1of 3

Bismillahirrahmanirrahim.

NAMA : AMIRAH NURIN SURAYA BT KAMARULZAMAN. KELAS : 4 AR-RAZI. TAJUK TUGASAN : TOKOH ALEXANDER THE GREAT. NAMA GURU : PN FAIZAH HANIM BT MOHD ALI. LAMAN WEB : http://en.wikipedia.org/wiki/Alexander_the_Great

ALEXANDER THE GREAT. Alexander the Great merupakan seorang raja Empayar Macedonian, sebuah negara di daerah timur laut Greeace. Beliau merupakan pemerintah yang amat berjaya dalam sejarah dunia. Untuk pengetahuan semua, beliau telah menakluk hampir seluruh dunia yang dikenali oleh orang Yunani sebelum beliau meninggal dunia. Selain mendapat gelaran Alexander yang Agung, beliau juga pernah dikenal Alexander Keji kerana penaklukan Empayar Parsi serta pemusnahan ibu kota Persepolis. Walaubagaimanapun, merujuk tradisi Parsi kemudian sehingga ke Iran pada hari ini, Alexander yang Agung telah dikenali sebagai Eskandar dan disanjung tinggi sewaktu pembinaan Dinding Agung Sadd-e Eskandar oleh Dinasti Parthia. Kisah beliau bermula apabila Maharaja Philip II dari Empayar Macedonia dan Puteri Olympias dari Epirus berkahwin. Mereka hidup dengan bahagia dan harmoni. Pada suatu hari, mengikut kajian Plutarch, Maharaja Philip II dan Puteri Olympias telah bermimpi tentang anak yang bakal dilahirkan. Puteri Olympias bermimpi tentang dentuman guruh dan kilat yang memanah rahimnya. Maharaja Philip II pula telah bermimpi bahawa baginda mengecap rahim isterinya dengan mohor singa. Mereka begitu risau serta cemas lalu terus berunding dengan peramal mimpi mereka, Aristander dari Telmessus. Mengikut peramal tersebut, pasangan tersebut bakal mendapat anak yang mempunyai sifat singa. Alexander Agung telah selamat dilahirkan dan Aristotle telah dilantik untuk menjadi guru Alexander Agung dalam bidang retorik dan kesusasteraan serta merangsangkan minatnya terhadap sains, perubatan dan falsafah. Aristotle juga telah menghadiahkan Alexander Agung sebuah salinan illiad dan sebilah pisau yang beliau sering sorokkan di bawah bantal pada waktu malam. Pada umur 16 tahun, beliau telah dilantik untuk memerintah Macedonia, ketika ayahandanya Philip mengetuai serangan terhadap Byzantium pada 340 SM. Pada 338 SM, Alexander membantu ayahandanya dalam Perang Chaeronea. Tidak lama selepas itu, ayahandanya telah mati dibunuh sewaktu menyertai istiadat perkahwinan anaknya, Cleopatra dari Macedonia dengan Maharaja Alexander dari Epirus. Pembunuhan Philip dianggap telah dirancang dengan pengetahuan dan penglibatan Alexander atau Olympias. Selepas kematian Philip, angkatan tentera mengisytiharkan Alexander yang berumur 20 tahun sebagai maharaja baru bagi menggantikan ayahandanya untuk Empayar Macedonia. Pada tahun berikutnya, iaitu 335 SM, beliau berasa lapang untuk bertempur dengan Thrace dan Illiya supaya dapat memperoleh Danube sebagai sempadan utara untuk kerajaan Macedonia. Sewaktu baginda berkempen dengan berjaya di utara, orang Thebes dan Athens kembali memberontak. Namun, atas kecekapan Alexander Agung, beliau berjaya menangani pemberontakan tersebut dengan berlaku banyak pertumpahan darah. Selain itu, beliau juga telah berjaya meluaskan pengaruhnya di Parsi dengan kira-kira 35,000 orang askar yang terdiri khusus daripada Macedonia dan orang Yunani dan termasuk juga sebilangan orang Thrace, Paionia dan Illyria. Selepas berjaya meluaskan pengaruhnya hampir seluruh dunia, tiba-tiba seorang kawan beliau yang mungkin merupakan kekasihnya telah mati kerana suatu penyakit. Alexander menjadi tidak keruan dan kembali ke Babylon, di mana baginda jatuh sakit dan kemudian mangkat.

-Tamat-

Alhamdulillah

You might also like