You are on page 1of 3

SEK.

KEB (P) METHODIST 1,


JALAN TUN SAMBANTHAN 4,
Telefon : 03-22741553
50470, BRICKFIELDS, KUALA LUMPUR. Fax
: 03-22743726

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI KETIGA 2010


TARIKH : 09 JULAI 2010
HARI
: JUMAAT
MASA
: 1.10 PETANG
TEMPAT : BILIK GERAKAN
KEHADIRAN
1.
Datin Hjh Nor Azian Hj Zainuddin (GPK 1)
2.
Pn Zalina bt Mat Lamin
3.
Pn Paiross bt Mohd Ali
4.
Pn Zainab bt Mustapa
5.
Pn Norhafizah bt Zainal Abidin
6.
Pn Nadwatul Husna bt Abdul Rahman
7.
Pn Hasliana bt Md Saad
AGENDA MESYUARAT
1.
Ucapan Pengerusi
2.
Pengesahan minit mesyuarat kali pertama
3.
Analisa PKSR 1
4.
Penambahbaikan
5.
Penyediaan Ujian Formatif 2
6.
Hal-hal lain
7.
Penangguhan mesyuarat
1

UCAPAN PENGERUSI.

1.1

Pn Zalina selaku pengerusi mengalu-alukan semua guru yang hadir. Beliau mengucapkan
terima kasih kerana guru-guru dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat pada hari ini.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA

2.1
2.2

Minit mesyuarat yang lepas disahkan oleh Pn Zainab bt Mustapa dan di sokong oleh Pn
Nadwatul Husna bt Abdul Rahman.
Perkara Berbangkit - TIADA

ANALISA PKSR 1

3.1

Tahun 6
Kelas

Sapphire
Emerald
Ruby

11
1
0

3
7
1

0
14
9

0
5
10

0
0
2

Jumlah
murid
14
27
22

% Lulus

% Gagal

100.00
81.48
45.45

0.00
18.52
54.55

3.2

Tahun 5
Kelas

Sapphire
Emerald

1
0

8
1

14
1

2
15

0
3

Kelas

Sapphire
Emerald
Ruby

5
3
0

13
12
4

3
6
11

0
0
5

0
0
0

Kelas

Sapphire
Emerald

2
0

5
0

12
3

3
11

0
0

Kelas

Sapphire
Emerald

10
0

9
3

3
9

1
6

0
1

3.3

3.4

3.5

3.6

Jumlah
murid
25
20

% Lulus

% Gagal

92.00
10.00

8.00
90.00

% Lulus

% Gagal

100.00
100.00
75.00

0.00
0.00
25.00

% Lulus

% Gagal

86.36
21.43

13.64
78.57

% Lulus

% Gagal

95.65
63.16

4.35
36.84

% Lulus

% Gagal

100.00
100.00

0.00
0.00

Tahun 4
Jumlah
murid
21
21
20

Tahun 3
Jumlah
murid
22
14

Tahun 2
Jumlah
murid
23
19

Tahun 1
Kelas

Sapphire
Emerald

12
5

7
13

3
5

0
0

0
0

Jumlah
murid
22
23

PENAMBAHBAIKAN

4.1

Pn Zainab memaklumkan akan memilih satu hari pada bulan Ogos yang akan datang untuk
memberi panduan teknik menjawab soalan Matematik bagi kelas 6R yang akan
menghadapi UPSR.
Khemah Ibadah ataupun kem kesedaran perlu dilaksanakan lebih awal pada tahun hadapan
untuk memberi kesedaran lebih awal pada murid tahun 6 dalam menghadapi peperiksaan
UPSR.
Murid-murid perlu diberikan latih tubi yang banyak supaya murid dapat membiasakan
dengan soalan-soalan matematik.
Guru-guru matematik perlu menekankan tentang fakta-fakta penting dalam matematik
supaya murid dapat mengingati dan meningkatkan pengetahuan dengan fakta matematik
dengan baik.
Pn Zainab mencadangkan untuk memberikan satu soalan matematik setiap minggu melalui
PA sistem sekolah 5 minit sebelum rehat dan semua murid perlu menjawab soalan pada
ketika itu juga dalam buku yang perlu disediakan oleh murid di dalam kelas. Guru yang
berada di dalam kelas pada ketika itu perlu menyemak jawapan murid. Jawapan pada
soalan yang diberikan akan ditampal di dalam bilik guru.

4.2
4.3
4.4
4.5

PENYEDIAAN UJIAN FORMATIF 2.

5.1

Berikut merupakan guru-guru yang akan menyediakan soalan Ujian Formatif 2:


Tahun 1 Pn Paiross
Tahun 2 Pn Hasliana
Tahun 3 Pn Norhafizah
Tahun 4 Pn Zalina
Tahun 5 Pn Zainab
Tahun 6 JPWP

5.2

5.4

Bagi Tahap 1, bentuk tulisan adalah Comic Sans, saiz 14, double line spacing, double
space untuk setiap perkataan dan tidak perlu meletak titik bagi nombor soalan.
Bagi Tahap 2, bentuk tulisan adalah Times New Roman, saiz 12, 1.5 line spacing, dan
tidak perlu meletak titik bagi nombor soalan.
Tarikh hantar skrip soalan Ujian Formatif 2 selewat-lewatnya pada 23 Julai 2010.

HAL-HAL LAIN.

6.1
6.2

6.6

Soalan PKSR 2 bagi Tahun 1 dan 2 adalah daripada gabungan sekolah-sekolah Brickfields.
Sekolah kita dipilih menjadi ketua bagi pembinaan soalan Matematik PKSR 2. Sekolah perlu
menentukan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) iaitu dengan nisbah 5:3:2, 5 soalan mudah, 3
soalan sederhana dan 2 soalan susah dan menentukan tajuk-tajuk untuk diberikan kepada
sekolah-sekolah lain.
Setiap sekolah perlu menyediakan 10 soalan dengan tajuk dan nisbah JSU yang telah
ditetapkan.
Guru-guru matematik Tahun 1 dan 2 iaitu Pn Paiross dan Pn Hasliana perlu melihat semula
soalan-soalan lepas dan menyemak soalan sampai tajuk apa serta memilih aras soalan.
Tarikh mesyuarat bagi mengumpulkan dan membincangkan soalan-soalan PKSR 2
gabungan sekolah-sekolah Brickfields adalah pada 5 Ogos 2010 untuk pertama kali dan kali
kedua iaitu peringkat akhir pemilihan soalan pada 26 Ogos 2010 bagi kertas Matematik.
CD akhir soalan PKSR 2 perlu diberikan selewat-lewatnya pada 20 September 2010.

PENANGGUHAN MESYUARAT

7.1

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.10 petang.

5.3

6.3
6.4
6.5

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

..........................................
(PN NORHAFIZAH BT ZAINAL ABIDIN)
Setiausaha Panitia Matematik,
SK (P) Methodist 1, KL

......................................
(PN ZALINA BT MAT LAMIN)
Ketua Panitia Matematik.
SK(P) Methodist 1,KL..

You might also like