You are on page 1of 20

E5124 / UNIT 6/ 1

UNIT 6 : PROTOKOL KOMUNIKASI

OBJEKTIF

Objektif Am:

Mengetahui dan memahami konsep Protocol, model rujukan ISO dan senibina rangkaian sistem (SNA)

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :menerangkan kepentingan protocol. menerangkan lapisan lapisan dalam suatu protokol. melukis gambarajah blok untuk model rujukan ISO. Menerangkan fungsi setiap blok. Mengaitkan hubungan diantara satu blok dengan blok yang lain. memberikan contoh contoh bersesuaian setiap lapisan atau setiap blok. memahami konsep SNA. memahami lapisan lapisan dalam SNA.

E5124 / UNIT 6/ 2

INPUT

6.0

Pengenalan Protokol komunikasi (communication protocol) adalah satu set piawaian tatacara komunikasi dalam sistem-sistem rangkaian komputer yang menentukan peraturan saling tindak antara pangkalan-pangkalan, komputer-komputer dan taliantalian. Piawaian ini meliputi format dan penyegerakan pertukaran data antara dua entiti yang berkomunikasi. Rajah 6.1 menunjukkan gambaran hubungan antara komputer-komputer.

PC 1

PC 2 Rajah 6.1: Penghantaran data yang melibatkan protokol Protokol komunikasi telah menetapkan fungsi-fungsi kawalan yang perlu

dilaksanakan, format serta kod kawalan yang digunakan untuk menghantar fungsifungsi tersebut dan merupakan prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi oleh keduadua entiti tersebut.

Protokol

komunikasi

juga

memastikan

bahawa

penghantaran

dan

penerimaan maklumat dapat dilaksanakan dengan berdisiplin supaya kesemua ralat dapat dikesan dan dipulihkan.

E5124 / UNIT 6/ 3 6.1 Kepentingan Protokol

Setiap protokol yang terkandung dalam setiap lapisan senibina rangkaian mempunyai kegunaan dan ciri-ciri yang berlainan. Fungsi-fungsi penting yang dilaksanakan oleh protokol ialah:

a. Memula dan menamatkan pautan Pautan antara dua entiti yang hendak berkomunikasi hanya boleh diwujudkan jika daripada entiti-entiti tersebut memberitahu entiti yang hendak dihubunginya akan maksudnya. b. Menyegerakkan hantaran utusan Protokol mentafsir peraturan penyegerakan agar setiap utusan yang dihantar oleh sesuatu entiti akan diterima dengan betul oleh entiti. c. Mengawal pautan Pautan perlu dikawal bagi memastikan tidak timbul kebuntuan (deadlock). Kebuntuan berlaku apabila sesuatu sumber sepunya perlu digunakan dengan serentak oleh beberapa pangkalan dan perebutan ini menyebabkan tidak ada satu pun pangkalan yang boleh menghantar atau menerima hantaran utusan dalam rangkaian tersebut. d. Mengesan dan membetulkan ralat Rangkaian hantaran tidak akan sentiasa bebas daripada ralat walaupun kemajuan pesat telah dicapai dalam bidang teknologi hantaran. e. Mempercepatkan penggunaan saluran Setiap saluran komunikasi perlu digunakan dengan sepenuhnya kerana saluran komunikasi mempunyai daya muatan yang tertentu. f. Mengawal aliran utusan. Rangkaian yang menggunakan pengundian menyediakan kawalan yang ketat terhadap kadar dan jujukan hantaran

E5124 / UNIT 6/ 4 6.2 Lapisan-lapisan dalam suatu protocol

Bilangan lapisan dan fungsinya tidak ditetapkan, tetapi ISO telah menetapkan bilangan lapisan-lapisannya kepada 7 lapisan. ISO dapat membahagi tugas-tugas komunikasi kepada unit-unit yang bermakna. Model ini membahagikan tugas-tugas yang melibatkan pergerakkan maklumat diantara komputer-komputer di dalam rangkaian kepada tujuh kumpulan dengan fungsi-fungsi tersendiri. Tujuh lapisan model rujukan OSI ialah seperti berikut; Lapisan 7 Lapisan Applikasi (Application layer) Lapisan 6 Lapisan Persembahan (Presentation Layer) Lapisan 5 Lapisan Sessi (Session Layer) Lapisan 4 Lapisan Pengangkutan (Transpot Layer) Lapisan 3 Lapisan Rangkaian (Network layer) Lapisan 2 Lapisan Pautan Data (Data Link Layer) Lapisan 1 Lapisan Fizikal (Physical Layer)

6.3

Model Rujukan OSI

Open system Interconnection (OSI) ialah satu koleksi pertubuhan piawaian antarabangsa (International Organization Standard ISO) yang diperuntukkan kepada komunikasi berkomputer yang dibangunkan untuk membantu system pemprosesan. Model Rujukan OSI menerangkan bagaimana maklumat satu perisian aplikasi dalam satu komputer bergerak melalui medium rangkaian ke satu perisian aplikasi di dalam komputer yang lain.

Model rujukan OSI ini merupakan satu model konseptual yang terdiri tujuh lapisan, setiap lapisan mempunyai fungsi-fungsinya yang tertentu. Model ini telah dibangunkan oleh International Organisation Standard (ISO) dalam tahun 1994. Ianya merupakan model akitektur utama bagi komunikasi antara-komputer.

E5124 / UNIT 6/ 5

7 Applikasi 6 5 4 3 Pengangkutan Data 2 1

Applikasi (Application) Persembahan (Presentation) Bahagian (Session) Pengangkutan (Transport) Rangkaian (Network ) Pautan Data ( Data Link ) Fizikal (Physical )

Rajah 3.1: Ilustrasi bagi tujuh lapisan model OSI

Tujuh lapisan ini pula terbahagi kepada dua kategori iaitu Lapisan teratas (Upper later) Lapisan terendah (Lower layer)

Lapisan teratas bagi model ini berurusan dengan isu-isu yang membabitkan aplikasi dan umumnya ia diimplemenkan hanya dalam perisian. Lapisan tertinggi iaitu lapisan aplikasi adalah lapisan yang paling hampir dengan pengguna. Proses kedua-duanya iaitu antara pengguna dan lapisan aplikasi berinteraksi perisian aplikasi yang mengandungi komponen komunikasi. dengan

Lapisan terendah bagi model OSI ini ialah berurusan dengan isu-isu yang membabitkan pengangkutan data. Lapisan fizikal dan lapisan pautan data hanya diimplemenkan didalam perkakasan. Manakala baki lapisan yang lain

diimplemenkan hanya dalam perisian. Lapisan terendah sekali iaitu lapisan fizikal merupakan lapisan yang paling hampir dengan medium fizikal rangkaian (contoh: kabel rangkaian), dan ia bertangunggjawab meletakkan maklumat yang hendak dihantar atau dikongsi ke dalam medium tersebut.

E5124 / UNIT 6/ 6 6.4 Fungsi Model Rujukan OSI

Lapisan Aplikasi

Lapisan yang bekerjasama secara terus dengan pengguna atau perisian aplikasi (Ianya tidak sama dengan perisian aplikasi) lapisan ini menyediakan perkhidmatan kepada pengguna seperti e-mail, pemindahan data file transfer, remote entry dan penempatan sumber-sumber. Contoh: Protokol X.400, FTAM (File Transfer, Access & Mgmt) dan VT (Virtual Terminal).

Lapisan Persembahan

Lapisan ini bertanggungjawab untuk mempersembahkan data dalam format yang difahami oleh pengguna. Lapisan ini yang menentukan perbezaan diantara data dan maklumat. Kewujudan rangkaian membolehkan manusia bertukar-tukar maklumat tetapi bukan dilihat dalam bentuk rentetan bit-bit rawak. Pengguna tidak perlu tahu perbezaan maklumat, mereka hanya perlu menumpu kepada maklumat tersebut. Lapisan ini juga menyediakan keselamatan data. Ia boleh menyulitkan (encrypt) data sebelum menghantarnya kepada lapisan dibawahnya manakala lapisan persembahan bagi sistem yang menerima pula akan diyahsulitkan (decrypt) data apabila menerimanya. Ini amat penting dalam rangkaian terutama dalam rangkaian luas dimana capaian oleh pengguna haram boleh menimbulkan masalah besar dalam sistem rangkaian. Bagi pengguna yang paling penting ia telah menerima atau menghantar maklumat, mereka tidak perlu tahu samada data telah dipindahkan atau bagaimana ia dpindahkan.. Contoh : Code Conversion seperti ASCII ke EBCDIC.

Lapisan Sesi

Lapisan ini membenarkan dua buah komputer yang berbeza membentuk satu sidang (session) atau sambungan logical. Lapisan ini menguruskan error recovery.

E5124 / UNIT 6/ 7 Sebagai contoh, seorang pengguna menghantar satu fail yang bersaiz besar di dalam satu rangkaian, dan dengan tiba-tiba rangkaian tersebut tergendala (crash). Apabila rangkaian kembali pulih, adakah ia perlu menghantar semula kesemua bahagian dari fail tersebut? Jawapan tidak perlu, kerana lapisan bahagian membenarkan pengguna menyelitkan titiksemak (checkpoints) dalam rentetan yang panjang, Jika rangkaian tergendala, hanya data yang dipancarkan pada checkpoint terakhir sahaja yang akan hilang. Lapisan ini juga memperlihatkan kepada pengguna seolah-olah ia melakukan operasi tunggal. Contoh protokol protokol 8327 & CCITT X.225.

Lapisan Pengangkutan

Lapisan yang terbawah yang membabitkan komunikasi hujung ke hujung (end-to-end) menentukan rangkaian mana yang perlu digunakan untuk

berkomunikasi. Sebuah komputer mungkin bersambung dengan beberapa rangkaian yang mungkin berbeza dari segi kelajuan, kos dan jenis komunikasi. Ia memastikan data yang dihantar bebas dari ralat, dalam jujukan yang betul dengan tiada data yang hilang atau data yang sama diterima dua kali. Pemilihan laluan (route) adalah bergantung kepada banyak faktor. Contoh : TP 0 hingga TP 4 dimana TP0 & TP2 (perfect network layer) menerangkan data yang hilang atau berlaku kerosankan adalah dikira kosong. TP 1 & TP3 (residual-error network layer) pula menetukan sesetengah peratus ralat adalah tidak benar manakala TP4 (unreliable network layer) membekalkan penghantaran sepenuh dua hala.

Lapisan Rangkaian

Lapisan rangkaian mengawal subnet komunikasi, iaitu koleksi transmisi media dan elemen persuisan yang diperlukan untuk laluan dan transmisi data. Lapisan ini merupakan lapisan yang tertinggi dalam subnet.

Ia memilih laluan, melakukan pensuisan dan membentuk blok-blok data sewaktu penghantaran maklumat. Ia juga menyediakan antamuka satu `system

E5124 / UNIT 6/ 8 terbuka dengan rangkaian. Data-data dihantar dari satu `node ke node yang lain dalam satu rangkaian yang memerlukan fungsi-fungsi paras ` 1 hingga 3. Contoh : X.25, X.75 dan X.21. Lapisan ini dapat mengekalkan maklumat tersebut dan menguruskan pengambilan yang berkaitan.

Lapisan Pautan Data

Lapisan

ini

menyediakan

aliran

maklumat

antara

nod

rangkaian

bersebelahan. Ia menggunakan pengesanan ralat atau teknik pembetulan untuk memastikan transmisi tidak mengandungi sebarang ralat. Jika lapisan ini mengesan ralat, ia samada memohon transmisi baru atau membaiki ralat tersebut (bergantung pada implementasi)

Ia juga mengawal jumlah maklumat yang dihantar dalam satu masa, jika maklumat yang dihantar rangkaian akan menjadi sesak (congested), jika terlalu sedikit masa dibazirkan kerana banyak penghantaran dan penerimaan menyebabkan sebahagian masa dihabiskan untuk menunggu (listen and send) lapisan ini juga dapat mengenalpasti maklumat. Data biasanya ditransmit dalam frame yang mengandungi sekumpulan bait yang tersusun mengikut format tertentu. Lapisan ini menanda permulaan (head) dan penghujung (tail) bagi setiap frame yang keluar dengan paten bit yang unik. Contoh : HDLC High Level Data Link Control, LAPB Link Access Procedure Balance dan SDLC Synchronous Data Link Control.

E5124 / UNIT 6/ 9

Lapisan Fizikal

Lapisan ini merupakan lapisan yang terendah dan yang paling hampir dengan medium penghantaran. Lapisan ini menghantar bit-bit data ke talian rangkaian. Ia menitik berat komunikasi data dari aspek elektrikal.

Antara perkara yang dipiawaikan melalui lapisan ini ialah menentukan paras voltan untuk mewakili bit 1 & 0, berapa lama penghantaran satu bit diperlukan, samada penghantaran bleh berlaku serentak atau sebaliknya dan juga jumlah pin yang diperlukan bagi penyambungan rngkaian dan kegunaan setiap pin. Ia menghantar data dalam bentuk rentetan bit-bit tanpa mengambil tahu format yang digunakan. Ini samalah seperti lapisan ini menerima data tanpa membuat sebarang analisa dan terus menyerahkannya kepada lapisan pautan data. Contoh; X.21, RS232C dan RS449.

Rumusannya, lapisan yang terendah berurusan khusus dengan komunikasi rangkaian. Dalam masa yang sama ia memberi khidmat kepada lapisan diatasnya. Manakala lapisan yang teratas berurusan dengan komunikasi hujung ke hujung (end-to-end).

E5124 / UNIT 6/ 10

E5124 / UNIT 6/ 11

INPUT
6.5 Hubungan satu blok dengan blok yang lain

Sekarang mari kita lihat bagaimana setiap lapisan bagi Model Rujukan OSI berfungsi ketika proses penghantaran data berlaku. Beberapa langkah yang terdapat dalam setiap fasa semasa suatu perutusan dipindahkan daripada penghantar kepada penerima adalah seperti berikut:
Pengguna A Pengguna B

Aplikasi Persembahan Sessi Pengangkutan Rangkaian Pautan data Fizikal Penghantar Rajah 3.2 : Proses aliran data

Aplikasi Persembahan Sessi Pengangkutan Rangkaian Pautan data Fizikal Penerima

E5124 / UNIT 6/ 12 a. Penghantar Paras aplikasi Pada paras/lapisan ini pengguna pada stesen A akan menggunakan perisian aplikasi pada paras aplikasi. Ini akan menukar dokumen e-mail yang diterima menjadi

perutusan dalam bentuk blok bit. Ia kemudiannya menambah header aplikasi pada bok tersebut. HA Perutusan

Rajah 3.3 Proses lapisan aplikasi Paras Persembahan Pada paras/lapisan ini perutusan tersebut akan dimampatkan dan di`encryptkan serta ditambahkan header persembahan(rajah 3.4)

Rajah 3.4: Proses dalam Lapisan Persembahan

E5124 / UNIT 6/ 13 HP HA Perutusan

Penambahan pada blok perutusan yang terdapat header persembahan

Paras Sesi Dalam paras ini ia akan melakukan proses penentuan sempadan perutusan yang dibawa dan mengambil giliran bagi penghantar. Ia juga menyediakan tambahan header sesi pada blok tersebut(rajah 3.5).

HS HP

HA

Perutusan

Rajah 3. 5: Proses dalam Lapisan Sesi Paras Pengangkutan Paras/lapisan akan menjalankan proses memecahkan (rajah 3.6) perutusan kepada beberapa segmen yang lebih kecil supaya tidak berlaku kehilangan data. Selain daripada itu ia juga melakukan tambahan header pengangkutan bagi setiap segmen yang membentuk unit yang dikenali sebagai transport Protocol Data Unit (TPDU).

TPDU

HS HP HA HP

xxx

HP

Xxx

HP

Xxx

HP

xxx

E5124 / UNIT 6/ 14

Rajah 3.6 : Proses dalam Lapisan Pengangkutan

Paras Rangkaian Di dalam paras ini ia akan membuat satu salinan TPDU dan membahagikannya kepada beberapa paket kecil serta menambahkan header rangkaian pada setiap pecahan TPDU tersebut (rajah 3.7) TPDU packet
HR HP xxxx HR

packet
HP xxxx HR

packet
HP xxxx

Rajah 3.7 : Proses dalam Lapisan Rangkaian

E5124 / UNIT 6/ 15

Paras Pautan Data Proses yang berlaku dalam paras ini adalah menambahkan header & trailer pautan data bagi paket serta membuat salinan paket tersebut (rajah 3.8). Selain daripada itu ia juga menentukan laluan paket untuk proses seterusnya.

Rajah 3.8 : Proses dalam Lapisan Pautan Data

Paras Fizikal Pada keadaan ini data dihantar dalam bentuk paket kepada nod berikutnya dalam bentuk isyarat elektrik.(rajah 3.9)

Rajah 3.9 : Proses dalam Lapisan Fizikal

E5124 / UNIT 6/ 16 b. Penerima Paras Fizikal Isyarat yang dihantar oleh penghantar akan diterima dalam bentuk isyarat pada paras ini. Kemudian ia menukar isyarat menjadi kerangka bit. Paras Pautan Data Pada peringkat ini proses kerangka isyarat iaitu membuang header & trailer pautan data serta memastikan tidak ada ralat berlaku dan jika ada, minta penghantaran semula. Paras Rangkaian Ia melakukan proses memeriksa dan membuang header rangkaian, semak alamat dan nombor paket Selain dari itu ia menghimpun paket membentuk TPDU semula. Paras Pengangkutan Dalam paras ia ia menyemak header TPDU untuk memastikan kesahihannya dan jika ya, hantar pengesahan kepada penghantar, jika tidak; penghantaran semula perlu dilakukan. Paras Sesi Apa yang berlaku dalam paras ini adalah ia menghimpun perutusan/maklumat dari penghantar dan menyemak header serta membuang header sesi. Paras Persembahan Dalam paras ini ia melakukan proses menyemak dan buang header persembahan pada perutusan/data tersebut. Setelah itu ia akan `decrypt data itu semula kepada keadaan asal dan mengembangkannya. Paras Aplikasi Pada paras yang terakhir ini ia akan menyemak header aplikasi untuk mengesahkan maklumat tersebut dan menghantarnya kepada aplikasi yang berkenaan. Gambarajah proses yang berkaitan untuk setiap paras pada bahagian penerima adalah seperti dalam Rajah 3.3 hingga 3.9

E5124 / UNIT 6/ 17

E5124 / UNIT 6/ 18

INPUT
6.6 Contoh paras bagi setiap blok

Contoh bagi Lapisan Sesi pengguna log secara system remote, dan ia boleh berkomunikasi menghantar dan menerima mesej. Lapisan ini membantu mengkodinasikan proses dengan menyatakan setiap punca/end bila ia boleh menghantar atau mendengar (CSMA/CD) synchronization

Contoh bagi Lapisan Pengangkutan: memadam suatu maklumat dari rekod dalam pangkalan data. Walaupun pengguna nampak proses memadam maklumat tersebut hanya satu operasi sahaja, pada hakikatnya ia melibatkan beberapa operasi. Rekod mesti ditemui terlebih dahulu untuk pindan perlu dilakukan pada penunjuk (pointer) dan alamat, juga entri dalam jadual index sebelum ia boleh dipadam.

Contoh Lapisan Rangkaian : Dalam rangkaian RING sehala, terdapat dua laluan diantara dua punca. Bagi topologi yang lebih kompleks, terdapat banyak laluan (route) yang boleh dipilih. Pemilihan bergantung kepada kelajuan , kos dan keselamatan.

6.7

Konsep Senibina rangkaian sistem (System Network Architecture)

Senibina Rangkaian Sistem (SNA) dicipta oleh IBM dalam tahun 1974, membatalkan framework bagi dilaksanakan dalam rangkaian komunikasi data menggunakan IBM atau peralatan yang serasi dengannya. SNA bukanlah suatu hasilan tetapi adalah blueprint bagaimana perkakasan, perisian dan pengguna

E5124 / UNIT 6/ 19 berinteraksi dan bertukar data dalam IBM sistem. Rangkaian yang berasaskan SNA terdiri daripada pelbagai perkakasan dan perisian.

6.8

Lapisan bagi Senibina Rangkaian Sistem DaIam lapisan SNA ia mempunyai 4 lapisan seperti berikut:

Lapisan 4 services manager Lapisan 3 - lapisan Half session - Perkhidmatan persembahan Presentation services (lapisan 5) - Kawalan aliran Flow control (lapisan 4) -Kawalan penghantaran Transmission control (lapisan 3) Lapisan 2 laluan kawalan (path control) Lapisan 1- kawalan hubungan data (data link control)

SNA juga membahagikan komponen perkakasan kepada 4 unit yang dinamakan sebagai unit fizikal (P.U). Unit fizikal ini terbahagi kepada 4 jenis dan diberikan nombor 1,2,4, dan 5 iaitu:

Unit Fizikal (Physical unit) P.U Jenis 1 Jenis 2 Jenis 4 Jenis 5

Komponen Perkakasan (hardware component) Peranti terminal Kawalan kelompok (Cluster controller) Kawalan komunikasi (communicationcontroller) Host processor

Logikal unit dan sessions

Pengguna SNA adalah diwakili dalam sistem dengan dinamakan sebagai logical units (L.U).Perantaran diantara 2 sistem pengguna dikenali sebagai sessions. Bila seorang pengguna ingin menghubungkan pengguna lain, LU akan terlibat dalam penyambungan tersebut manakala session pula terlibat dalam dua LU yang

E5124 / UNIT 6/ 20 berbeza. Sebarang aktiviti atau sumber yang digunakan dari satu LU dalam session ini dinamakan sebagai haft-sessions

User 2

User 1

User 3

LU 2 LU 1

user 2 user 5 session

LU 3

User 4

user 1- user 6 session

LU 5 user 7 user 6 session

LU 4 User 5

User 7

User 6

Rajah 3.10 : Rangkaian SNA

You might also like