You are on page 1of 35

Disediakan oleh: Nina Shakina binti Supardi Noraini binti Bachok Nur Annissa Anis binti Sabiran

Berpusatkan Murid

Pendekatan Berasaskan Masalah

Pendekatan pembelajaran bahasa

Berpusatkan Bahan

Pembelajaran Berasaskan projek

Pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Murid


Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila murid memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran. Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka.

Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan


mereka sendiri.

Aktiviti pemulihan dan pengayaan merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu. Banyak masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan sesuatu aktiviti.

Ciri- ciri Pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Murid


Murid memainkan peranan penting Komunikasi dua hala berlaku (Guru menyoal/membimbing) Kepimpinan guru secara demokratik (Perbincangan/galakan murid memberi pendapat) tumpuan terhadap murid dalam perkembangan pembelajaran

pilihan murid tentang jenis pengetahuan yang ingin dipelajari kolaborasi dalam kalangan murid menerusi pembinaan pengetahuan dan persekitaran yang positif penilaian secara berterusan ( formatif dan sumatif ) Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak

ansur, tolong-menolong.

Bahan pembelajaran yang mencabar pengetahuan sedia ada murid


Aktiviti luar oleh murid untuk meningkatkan pembelajaran

berupaya meningkatkan penglibatan koperatif, kolaboratif, masteri dan


kontekstual secara dinamik dalam bilik darjah.

Tujuan Pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Murid


Menggalakkan murid aktif dalam pembelajaran Meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi Menambah keyakinan diri pada murid Memberi peluang kepada murid untuk penyampaian hasil perbincangan Menggalakkan murid menghasilkan idea dan pendapat Mewujudkan suasana bekerjasama dalam kalangan murid Menggalakkan murid membina ilmu pengetahuan

Peranan Murid
Murid berperanan menggerakkan pembelajaran untuk mencetuskan situasi yang dinamik, peranan murid adalah ke arah : Penguasaan isi-isi pelajaran Tanggungjawab terhadap kawalan kadar kemajuan pembelajaran Usaha memperoleh pengetahuan dan kemahiran bahasa secara berdikari.

Penguasaan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Penekanan dalam mengaplikasikan teknik-teknik pembelajaran bahasa yang membabitkan hubungan antara aktiviti dan interaksi

Peranan Guru
Guru berperanan ke arah menggiatkan pembelajaran berpusatkan murid yang tertumpu kepada proses kendiri, peranan guru adalah untuk : Membahagi-bahagikan unit pembelajaran kepada beberapa subunit yang terdapat aktiviti-aktiviti perlu bagi tempoh pelaksanaan antara satu hingga dua minggu. Menggubal dan menyediakan ujian untuk menguji perkara-perkara

yang telah diajar.

Menyediakan bahan pembelajaran seperti modul dan buku teks yang

diperingkatkan kepada tahap-tahap tertentu.


Mengesan tahap kemajuan pembelajaran dengan berpandukan ciri

Keller pelan.
Merancang penggunaan CD interaktif supaya dapat menampung

persekitaran pembelajaran berasaskan komputer dan teknologi


maklumat.

Menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang relevan dengan sesuatu topik untuk ditempatkan di pusat akses kendiri. Membuka peluang kepada murid untuk belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya. Mencerap penaksiran kendiri murid supaya wujud maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan pembelajaran. Membimbing murid untuk menentukan tujuan dan isi kandungan pembelajaran

Hubungan Guru Dengan Murid

Jalinan persefahaman dalam hubungan antara guru murid boleh dijadikan faktor pencetus ke arah keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran Guru boleh berfungsi secara fleksibel dalam setiap aspek pengajaran sebagai contoh berperanan sebagai ibu atau bapa, rakan, Kewujudan hubungan mesra guru dan mesra murid mampu mempengaruhi minat seseorang murid dalam pembelajaran.

Hubungan dengan murid boleh dicetuskan oleh guru dengan cara berikut :

Pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran terancang


Bimbingan cara belajar Bahasa berkesan : study hard and study smart

Galakan , peneguhan dan pengayaan

Hubungan Murid Dengan Murid

Murid perlu belajar dan bukan bertanding dengan rakan yang lain. Dalam kalangan murid memang telah sedia wujud sifat berdikari untuk belajar ( Adenan Ayob, 2006 ) Peluang sesama mereka adalah terbuka untuk memperbaiki prestasi diri.

Pembelajaran kadar kendiri


Pembelajaran kadar kendiri:
Murid diberi tanggungjawab mengawal kemajuan pembelajaran Murid tidak bergantung dengan kebolehan murid lain. Seorang murid diberikan tanggungjawab melaksanakan pembelajaran kadar kendiri menerusi: 1. 2. 3. 4. 5. Inkuiri Kolaboratif Pembelajaran aktif Refleksi penilaian

Kelebihan Pendekatan Pembelajaran berpusatkan Murid


Kaedah ini membolehkan murid terlibat secara aktif dalam pelajaran mereka. Proses dan aktiviti pembelajaran dilaksanakan oleh murid dan bukan paksaan kepada murid. Guru berperanan sebagai pemudah cara atau fasilitator. Strategi ini dapat menggalakkan daya kreativiti pelajar seterusnya membantu murid membina kemahiran menyelesaikan masalah.

Pembelajaran cara ini membolehkan berlakunya pengalaman pembelajaran secara lebih mendalam dan luas Guru mudah mengenal atau mengesan kelebihan yang ada pada setiap murid (perbezaan individu )

Kelemahan Pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Murid


Lebih bersifat tumpuan pembelajaran. Tempoh berlaku pembelajaran yang optima akan mengambil masa yang panjang jika dibandingkan dengan pengajaran secara langsung. Sebagai fasilitator, guru perlu berupaya untuk mengawal pembelajaran murid-muridnya dan kemungkinan ini mungkin boleh menimbulkan rasa ketidakselesaan di kalangan murid. Banyak cabaran akan dihadapi semasa pelaksanaannya untuk membolehkan murid mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.

Pendekatan pembelajaran Berpusatkan Bahan


Pembelajaran berpusatkan bahan bermaksud pergantungan kepada bahan untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran

Interaksi berlaku antara murid dan bahan pembelajaran


Elemen berdikari, kecekapan dan kemahiran penggunaan sesuatu bahan pembelajaran dititik beratkan Penekanan juga diberikan kepada aspek jasmani, rohani dan kognitif murid.

Sumber pembelajaran
Sumber pembelajaran dikaitkan dengan manusia, bahan bercetak, bahan audio visual, dan komputer seperti:
Perkara Manusia Bahan bercetak Contoh rakan sebaya, guru, pakar dan pegawai sumber Buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, kad katalog, kamus dan manuskrip.

Bahan audio visual Komputer

Video , filem, mikrofilem You tube, internet, slaid, blog

Prinsip pembelajaran Berpusatkan Bahan


Bahan pembelajaran hendaklah dijustifikasikan hubungannya dengan kemampuan murid Bahan pembelajaran hendaklah tekal penggunaannya Bahan pembelajaran hendaklah cukup kuantitinya

Kriteria pemilihan Bahan


Bahan pengajaran perlu bersesuaian dengan sesuatu aktiviti murid Bahan pengajaran perlu ada implikasi idea-idea yang asli dan tersendiri Bahan pengajaran mestilah menarik, dan berkesan untuk menimbulkan keseronokan serta minat murid Bahan pengajaran mestilah disediakan dengan kos yang murah dan berpatutan Bahan pengajaran perlu ada implikasi dan nilai-nilai murni yang tinggi

Kepentingan Bahan
Kamaruddin Husin ( 1988) menggariskan beberapa kepentingan yang boleh dicerap daripada bahan pengajaran. Antara kepentingannya ialah :

Mewujudkan rangsangan dan motivasi murid


Menjadikan pembelajaran lebih cekal dan tekal Menyediakan pengalaman baharu kepada murid yang tidak boleh didapati dengan mudah oleh cara-cara lain Menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beraneka Menguatkan kefahaman murid.

Pembelajaran Berasaskan Projek


Maksudnya :

Pembelajaran berfokuskan tugasan amali secara terancang dan

sistematik dalam jangka masa tertentu yang kebiasaannya melibatkan

kutipan, analisis, data, dan penyediaan laporan betul dan tepat

Ciri- ciri Utama Pembelajaran Berasaskan Projek


Boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan Penilaian lengkap yang bermula daripada tahap proses sehingga tahap hasil Wujud integrasi antara pengetahuan dengan aktiviti Dalam tahap proses, wujud interaksi antara guru dengan murid yang

berupa bimbingan dan perundingan


Guru menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap

Wujud aktiviti pengumpulan dan pemprosesan bahan, maklumat dan data, serta pelaporan hasil dan refleksi kendiri Sesuai dengan kurikulum dan aras murid Berasaskan pengetahuan, kemahiran , pengalaman dan kebolehan murid.

Kepentingan Pembelajaran Berasaskan Projek


Menarik minat dan memotivasikan murid yang kurang menumpukan perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Membantu murid dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan bahasa

Mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu komuniti dalam bahasa

Memenuhi keperluan murid yang mempunyai tahap dan gaya pembelajaran bahasa berbeza

Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif dalam kalangan murid

Membantu murid dalam menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri

Menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat pembelajaran bahasa

Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah


Mula diperkenalkan dalam pembelajaran tradisional sekitar tahun 1960an di McMaster University, Canada (Barrow & Tamblyn, 1980) Menurut buletin KUITTHO (2005) pembelajaran ini diperkenalkan oleh Howard Barrow seorang pensyarah perubatan. Howard Barrow sebagai peneraju dan Universiti McMaster sebagai perintisnya.

Tokoh lain ialah Don Wood seorang pensyarah kimia.

Proses Penyelesaian Masalah dan Membuat keputusan


Menurut Raziah Abdul Jalil (2001), terdapat tujuh langkah dalam menerangkan proses masalah:
Pembahagian kumpulan
Mengenal pasti masalah

Penjanaan idea
Isu pelajaran Pembelajaran kendiri Sintesis dan aplikasi

Refleksi dan tindak balas

Jenis-jenis Personaliti Penyelesaian Masalah


Ekstrovert Kepekaan deria Berfikir Menimbang faktor perasaan Menghakimi perancangan Berfokus kepada sasaran Menunjukkan pengamatan

Baden dan Mojor (2004) mengesyorkan beberapa jenis penyelesaian masalah antaranya :
Penganalisisan unsur-unsur kompleks yang terdapat dalam sesuatu masalah

Penglibatan dalam gerak kerja kumpulan untuk menangani masalah

Pemerolehan informasi baharu melalui pembelajaran kendiri untuk mengatasi masalah

Pembimbing atau pemandu ke arah membendung masalah

You might also like